Anda di halaman 1dari 3

Aku

Maksud
Rangkap 1 : Penyajak mengatakan bahawa hanya dirinya yang berada di pantai ini.
Rangkap 2 : Penyajak menyusuri pantai yang panjang dan berpasir sambil membayangkan
dirinya sebagai Adam.
Rangkap 3 : Penyajak membayangkan dia dicipta pada hari tersebut. Buat pertama kalinya
juga, dia dapat melihat laut, langit dan pohon.
Rangkap 4 : Penyajak mengatakan bahwa kelmarin dia belum wujud dan dia tidak mendengar
bunyi ombak.
Rangkap 5 : Penyajak tidak dapat merasai sentuhan angin yang bertiup di serata alam.
Rangkap 6 : Penyajak mengatakan bahawa dia tidak tahu akan kewujudan kulit kerang dan ru
di pantai ini.
Rangkap 7 : Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.

Tema
Kecintaan kepada Pencipta. Contohnya, penyajak membayangkan dirinya baru dicipta pada
hari ini. Dia juga dapat melihat laut, langit dan pohon buat pertama kalinya. Dengan
membayangkan dirinya belum dicipta pada hari kelmarin, penyajak baru sedar bahawa dia
tidak dapat mendengar bunyi ombak, tidak dapat merasai tiupan angin serta tidak tahu
bahawa kulit kerang dan ru ada di pantai itu. Kini, dia yakin bahawa Tuhan ialah Pencipta
kerana dirinya baru wujud.

Persoalan
(a) Tindakan merenung kewujudan diri akan mendekatkan diri kepada Pencipta.
(b) Kesyukuran kerana kita dihidupkan lalu dapat melihat dunia dan isi alam.
(c) Keinsafan bahawa apabila kita sudah tiada nanti, kita tidak dapat mendengar bunyi
ombak dan merasai sentuhan angin.
(d) Keyakinan bahawa Tuhanlah yang mencipta kita.

Bentuk
(a) Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya,
 Rangkap 1 : tiga baris
 Rangkap 2 : tiga baris
 Rangkap 3 : tiga baris
 Rangkap 4 : tiga baris
 Rangkap 5 : tiga baris
 Rangkap 6 : tiga baris
 Rangkap 7 : tiga baris
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara satu hingga empat patah kata.
Contohnya,
 Tuhan ( 1 patah kata )
 Tidak ada manusia lain ( 4 patah kata )
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara dua hingga sepuluh suku kata. Contohnya,
 Tuhan ( 2 suku kata )
 Hari inilah aku tercipta ( 10 suku kata )
(e) Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya,
 Dan pertama kali melihat ( perulangan vokal a )
 Hari inilah aku tercipta ( perulangan vokal i )
 Kususuri pasir panjang ( perulangan vokal u )
(b) Aliterasi. Contohnya,
 Kususuri pasir panjang ( perulangan konsonan p )
 Laut, langit dan pohon ( perulangan konsonan l )
 Tidak terdengar olehku ( perulangan konsonan t )
 Kulit kerang dan ru ( perulangan konsonan k )
(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya,
 Rangkap 1 : abc
 Rangkap 2 : abc
 Rangkap 3 : abc
 Rangkap 4 : abb
 Rangkap 5 : abc
 Rangkap 6 : aab
 Rangkap 7 : abb

Gaya Bahasa
(a) Bahasa yang puitis. Contohnya,
 Bunyi ombak
 Kususur pasir panjang
 Sentuhan angin ini
(b) Hiperbola. Contohnya,
 Aku ini Adam
 Hari inilah aku tercipta
(c) Imej alam. Contohnya, pantai ; pasir ; ombak ; kulit kerang
(d) Inversi. Contohnya,
 Tidak ada manusia lain
 Kelmarin aku belum ada

Nada
Sajak ini bernada romantic.

Nilai
(a) Keinsafan. Contohnya, insaf akan keesaan Tuhan apabila dijadikan insan.
(b) Kesyukuran. Contohnya, bersyukur kerana dapat melihat laut, langit dan pohon.
(c) Kesedaran. Contohnya, sedar bahawa setelah kita meninggal dunia, semua kurniaan
Tuhan seperti mendengar bunyi ombak dan merasai tiupan angin tidak dapat
dinikmati lagi.
(d) Keimanan. Contohnya, keyakinan yang tinggi terhadap Tuhan.
(e) Kasih saying. Contohnya, kasih dan saying akan keindahan alam sekeliling.

Pengajaran
(a) Kita harus insaf akan kejadian diri supaya menghargai nyawa. Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila kita dihidupkan, kita dapat menikmati kehidupan di dunia.
(b) Kita hendaklah bersyukur kerana dapat melihat laut, langit dan pohon.
(c) Kita harus sedar bahawa setelah kita meninggal dunia, kita tidak dapat mendengar
bunyi ombak dan merasai tiupan angin.
(d) Kita tidak seharusnya sombong akan nikmat yang kita peroleh ketika hidup.
(e) Kita sepatutnya beriman kepada Tuhan kerana kita hanyalah insan yang kerdil di sisi-
Nya.
(f) Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya alam sekitar tidak dicemari atau
diganggu dengan sesuka hati.

Anda mungkin juga menyukai