Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK: 1/2023 (JAN-MEI)

Program: PROGRAM IJAZAH SARJANA Nama Pelajar:


MUDA PERGURUAN

Kod: BMMB3182 Semester / Tahun: SEMESTER II TAHUN 2


Ambilan : JUN 2021
Nama Kursus: PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Kumpulan : PISMP
ABAD KE-21

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


Tugasan (PBS)
Penulisan Reflektif
13 Februari 2023 6 Mac 2023
Pengumpulan Maklumat untuk penghasilan
Bahan Inovasi
Penghasilan Bahan Inovasi
6 Mac 2023 13 Mac 2023
Pembentangan Kumpulan
13 – 17 Mac 2023
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan PPPM 2013-
2025 (C2, PLO1, PLO3, CTPS2).
2. Menganalisis strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu abad ke-21 di sekolah
rendah semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dalam penulisan reflektif (C4,
PLO3, CTPS3).
3. Mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu abad ke-
21 secara pembentangan kumpulan (C3, PLO3, PLO4, PLO5, CTPS2, CS1, TS1).
4. Membina bahan pengajaran bahasa Melayu yang mengintegrasikan TMK berdasarkan
sumber (C6, PLO3, CTPS3).
5. Menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara kreatif
(C6, PLO3, CTPS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5.


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menganalisis maklumat tentang strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa


Melayu abad ke-21 di sekolah rendah semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
dalam penulisan reflektif.

2. Menghasilkan bahan pengajaran berinovasi bahasa Melayu yang mengintegrasikan


TMK berdasarkan pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber.
3. Mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu
abad ke-21 secara pembentangan kumpulan

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang


berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni. Murid-murid
dapat membina keyakinan diri semasa berinteraksi bersama rakan-rakan lain kerana
mereka mampu mendengar dan memberi maklum balas, mampu untuk memberi
penerangan yang jelas dan ringkas, memahami kaedah-kaedah untuk menyampaikan
maklumat dan juga mereka akan berasa lebih terbuka jika diminta untuk mengulas
sebarang topik.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan PBS

Berdasarkan pernyataan di atas analisis maklumat tentang strategi pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu abad ke-21 di sekolah rendah semasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam
penulisan reflektif. (30%)
Segala maklumat berkaitan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dikumpulkan
dalam folio sebagai bahan sokongan untuk penghasilan bahan berinovasi. (15%)

Penghasilan Bahan Inovasi (15%)

Dalam kelas abad ke-21, guru boleh meminta muridnya untuk menghasilkan sesuatu
produk yang unik, iaitu produk yang lain daripada produk sedia ada. Perkara ini amat
bersesuaian dengan ciri-ciri kelas abad ke-21, iaitu pembelajaran berpusatkan murid.
Walau bagaimanapun, murid-murid masih memerlukan bimbingan daripada seorang
guru. Guru boleh menerapkan unsur pemikiran kritis dengan meminta murid-murid lain
untuk turut memberi pandangan dan idea bagi tujuan penambahbaikan terhadap produk
tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid dapat menjana pelbagai idea daripada
rakan-rakan mereka sendiri.

Berdasarkan pernyataan di atas bina bahan pengajaran bahasa Melayu berinovasi yang
mengintegrasikan TMK berdasarkan pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber.

Pembentangan Kumpulan (10%)

Mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu abad ke-21
secara pembentangan kumpulan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan (PBS) dan Penghasilan Bahan Inovasi merupakan tugasan individu manakala
Pembentangan Kumpulan pula merupakan tugasan secara berkumpulan.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut :


3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Fon Arial
3.3. Saiz huruf - 11
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA(American Psychological Association)
3.6 Lampiran
4. Panjang Penulisan Reflektif (PBS) tidak kurang daripada 800 patah perkataan.
Sehubungan itu, tempoh pelaksanaan pembentangan kumpulan pula ialah 30 minit.
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan (PBS) dan Penghasilan Bahan Inovasi serta Pembentangan Kumpulan ini
membawa markah 70%.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Nama: PUAN TAN SOK PHIAW)


(Nama: FARIDAH MOHAMAD SAAD)
Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus/
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

(Nama MOHAMAD RADZI BIN SALLEH)

Ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai