Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


TAHUN AKADEMIK : 2022
Program : PISMP Nama Pelajar :
Kod Kursus : BMMB3043 Semester / Tahun : Semester 3 / Tahun 1
Ambilan : Jun 2021
Nama Kursus : Kajian Kurikulum Bahasa
Kumpulan : Bahasa Melayu 1,2,3
Melayu Sekolah Rendah

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Esei 1 (1000 pp) (25%) 24 Februari 2022 13 Mac 2022
2. Penulisan Esei 2 (1000 pp) (25%) 3 April 2022 20 April 2022
3. Pembentangan Kumpulan (30 minit) 21 April 2022 28 April 2022
(10%)

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Mentafsir reka bentuk kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (DSKP BM SR) melalui penilaian yang
berjustifikasi (C4, PLO1,PLO3,CTPS1)
2. Menghuraikan Organisasi Kandungan Kurikulum berdasarkan DSKP BM SR, dengan berkesan
(C6, PlO3, CTPS2)
3. Mengaplikasikan Standard Pembelajaran kemahiran bahasa dan aspek bahasa serta
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan DSKP BM SR dengan jelas
secara bertulis (C3, PlO3, PLO6, CTPS1, LL1)
4. Mengintergrasikan elemen Pengisian Kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia berdasarkan DSKP BM SR menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat
dalam pembentangan kumpulan (C6, Plo4, PLO5, CS1, TS1)
5. Menginterpretasikan Pentaksiran Sekolah berdasarkan DSKP BM SR dengan jelas dan
berkesan (C5, PLO3, CTPS3)

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat :

1. Menghuraikan dan menyatakan justifikasi , perkaitan antara Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dengan reka bentuk kurikulum dan organisasi kandungan kurikulum
berdasarkan DSKP BM SR.
2. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan
kemahiran bahasa dan aspek bahasa serta membuat interpretasi pentaksiran sekolah
berdasarkan DSKP BM SR secara bertulis.
3. Mengaplikasikan Standard Pembelajaran Kemahiran bahasa serta mengintegrasikan
elemen pengisian kurikulum dalam aktiviti P&P BM yang dirancang menggunakan kemahiran
Teknologi Maklumat dalam pembentangan kumpulan.

1
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan secara berperingkat menggunakan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu sebagai panduan kepada guru
Bahasa Melayu. DSKP ini dihasilkan dengan menyepadukan enam tunjang kerangka KSSR dan
jelmaan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1- Penulisan Esei 1 (25%)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan memperkembang potensi individu secara


menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Manakala, Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dijelmakan melalui
penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang mengandungi Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Reka bentuk kurikulum, tunjang KSSR,
matlamat KSSR , objektif KSSR, fokus KSSR dan organisasi kandungan digubal bertujuan melahirkan
insan yang seimbang selari dengan FPK.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, secara individu, anda dikehendaki menjelaskan reka bentuk
kurikulum dan organisasi kandungan kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah serta memberi justifikasi perkaitannya dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penulisan anda perlu disokong dengan contoh yang releven dan terkini.

Panjang tugasan hendaklah dalam lingkungan 1000 patah perkataan.

TUGASAN 2 – Penulisan Esei 2 (25%)

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang terkandung dalam DSKP BM SR, terdiri
daripada kemahiran bahasa yang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, kemahiran menulis dan aspek bahasa iaitu seni bahasa dan tatabahasa. Guru perlu
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang telah ditetapkan dalam DSKP BM SR.

Berdasarkan pernyataan tersebut, secara individu anda perlu merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran BM dengan mengaplikasikan kemahiran bahasa dan aspek bahasa serta membuat
interpretasi pentaksiran sekolah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran BM SR
secara bertulis. Untuk melaksanakan tugasan 2, perkara berikut boleh dijadikan panduan.
i. Merancang aktiviti PdP yang lengkap dengan mengaplikasikan mana-mana kemahiran atau
aspek bahasa berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum yang dipilih.
ii. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran boleh dipilih berdasarkan salah satu
daripada modul (mendengar dan bertutur, membaca, menulis, seni bahasa dan tatabahasa)
yang terdapat dalam DSKP BM SR.
iii. Merancang aktiviti yang bersesuaian berdasarkan tema yang dipilih daripada mata pelajaran
bahasa Malaysia tahun 1,2,3,4,5 atau 6.
iv. Menilai kesesuaian standard prestasi dalam DSKP BM berdasarkan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang dipilih.
v. Panjang tugasan dalam lingkungan 1000 patah perkataan.

2
TUGASAN 3- Pembentangan (10%)

Elemen pengisian kurikulum dan penggunaan TMK penting diterapkan oleh guru dalam merancang
aktiviti PdP untuk menunjukkan seni belajar yang berkualiti dalam era digital

Secara berkumpulan (2-3 orang) anda dikehendaki mengaplikasikan Standard Pembelajaran


Kemahiran bahasa dengan mengintegrasikan elemen pengisian kurikulum dalam aktiviti PdP BM
yang dirancang serta mempersembahkan menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dalam
pembentangan kumpulan. Penggunaan TMK mestilah kreatif bagi menggambarkan seni belajar yang
berkualiti dalam era digital. Untuk melaksanakan tugasan 3, perkara berikut boleh dijadikan
panduan.

i. Mengintegrasikan elemen pengisian kurikulum dalam aktiviti PdP BM yang dirancang


ii. Menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat semasa pembentangan kumpulan.
iii. Melaksanakan simulasi PdP berdasarkan aktiviti yang telah dirancang dengan bahan
sokongan yang sesuai.
iv. Tempoh persembahan dalam lingkungan 30 minit.
v. Cadangan jadual pembentangan ialah antara 21 April hingga 28 April 2021

Arahan Pelaksanaan Tugasan :


Tugasan ini dilaksanakan secara individu bagi tugasan 1 dan 2, secara berkumpulan bagi tugasan 3.
1. Anda boleh secara kolaboratif mengumpul maklumat dan data.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;
a. Muka depan mengikut templat terkini.
b. Fon Arial.
c. Saiz huruf 11.
d. Langkau 1.5 baris
e. Penulisan rujukan mengikut format APA.
f. Lampiran disertakan jika perlu.
g. Jawapan ditulis dalam bahasa Melayu.
3. Amalan PLAGIAT tidak dibenarkan.
4. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Penghantaran tugasan yang lewat
akan ditolak markah.
5. Tugasan ini membawa markah 60%
6. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
7. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah hendaklah dikemukakan.
8. Organisasi laporan perlu jelas dan berkaitan.
9. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
10. Penulisan esei menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan
ejaan dan kematangan hujah.
11. Pengurusan persembahan yang mantap, penggunaan bahasa yang baik dan menepati masa.
12. Rujukan perlu pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
13. Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.
14. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran

3
iii. No Kad pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensayarah
vii. Tarikh Hantar
viii. Pengakuan Pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(DR. HJH. NOOR ZILA BINTI MD. YUSUF) (DR HJ.AMIR BIN HJ. JUHARI )
(Penyelaras Kursus BMMB3043) Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Darulaman. IPG Kampus Darulaman.

13 Februari 2022 14 Februari 2022

Disahkan oleh:

(EN HAMDAN BIN AHMAD)


Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Darulaman.

17 Februari 2022

Anda mungkin juga menyukai