Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL M1 BMMB3043

 Perkaitan Antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Reka Bentuk


Kurikulum

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk


pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang
ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung
kait dan bersepadu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula turut memfokuskan
memperkembang potensi individu berkait rapat dengan KSSR iaitu pembentukkan
modal insan yang seimbang. Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4
iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu
boleh diperkembangkan dan di gilap.

 Perkaitan Antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Tunjang KSSR

Tunjang KSSR dibina berdasarkan FPK. Hal ini kerana tunjang KSSR adalah
bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. Tujuan tersebut juga terdapat di
dalam KSSR iaitu “…mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis…”.

Tunjang KSSR menekankan tentang perkembangan fizikal dan estetika. Hal ini juga
turut ditekankan di dalam FPK iaitu “…dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…”
Murid-murid yang akan dihasilkan kemudian bukan sahaja diharap cemerlang dari
segi akademik malah dari segi jasmani dan kesihatan diri mereka.

Kerohanian sikap dan nilai terdapat di dalam tunjang KSSR dan begitu juga dengan
FPK. Dalam FPK ada menyatakan “…berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan…”, yang menunjukkan hasrat FPK yang ingin melahirkan insan yang
bukan sahaja mempunyai agama malah mempercayai dan patuh pula kepada
Tuhan. Melalui kurikulum KSSR, murid-murid juga diharap dapat menghayati
amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai-nilai murni.

Anda mungkin juga menyukai