Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2020/2021

Program : DIPLOMA PASCASISWAZAH Nama Pelajar:


PERGURUAN (PDPP)

Kod: EDUP2122 Semester / Tahun: Semester 1 Tahun


2020/2021

Nama Kursus: Pentaksiran dalam Bilik Ambilan: OKTOBER 2020


Darjah
Kumpulan: PDPP PPC

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1 FEBRUARI 2021 5 FEBRUARI 2021


1. Kuiz

25 JANUARI 2021 24 FEBRUARI 2021


2. Laporan Prestasi

27 JANUARI 2021 26 FEBRUARI 2021


3. Ulasan Artikel

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK):

1. Mengaplikasi konsep asas pentaksiran; peranan dan tujuan pentaksiran dalam


pendidikan serta ciri-ciri pentaksiran (C3, HP2, KKG1).

2. Membina pelbagai instrumen pentaksiran bilik darjah yang sejajar dengan standard (C6,
HP2, HP7, KKG5, KDN6).

3. Melapor prestasi pelajar hasil daripada pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan
dengan beretika. (A3, HP10, KEP11).

4. Mentafsir aspek berkaitan jenis pentaksiran, reka bentuk dan pembinaan ujian serta isu-
isu dalam konteks pentaksiran di Malaysia (C6, HP2, KKG6).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menerapkan konsep asas pentaksiran; peranan dan tujuan pentaksiran dalam


pendidikan; serta ciri-ciri pentaksiran dalam kuiz.

2. Menggubal instrumen pentaksiran dalam bilik darjah yang sejajar dengan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

3. Menghasilkan laporan prestasi pelajar hasil daripada pentaksiran bilik darjah yang
dijalankan dengan beretika.

4. Mengulas dan memberi cadangan penambahbaikan berkaitan isu-isu pentaksiran dalam


artikel.

Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) dengan menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang
hendak ditafsir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan
pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan
membuat tindakan susulan. Oleh yang demikian pelajar dikehendaki melaksanakan
tugasan berikut:

Tugasan 1: Kuiz (15%)

Kuiz mengandungi soalan berikut :


1. Sepuluh soalan aneka pilihan dan 1 soalan struktur pendek.
2. Cadangan pelaksanaan pada 3 Februari jam 9.00 – 9.30 pagi

Tugasan 2: Laporan Prestasi (45%)

1. Tugasan secara individu iaitu menghasilkan pentaksiran bilik darjah melalui proses
merungkai dan merangkai standard bagi satu topik pengajaran yang selaras dengan
tahap penguasaan 3 hingga 6. Proses ini perlu ditunjukkan.
2. Membina instrumen pentaksiran secara individu yang sejajar dengan tahap
penguasaan yang dipilih berdasarkan DSKP dan instrumen ini perlu digunakan
semasa pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah. Terangkan dengan terperinci
bagaimana pelaksanaan PBD dijalankan dan bukti pelaksanaan pentaksiran perlu
disertakan.
3. Tunjukkan perekodan dan pentaksiran tahap penguasaan murid yang anda lakukan.
Anda perlu memberi justifikasi dalam menetapkan tahap penguasaan murid.
4. Sediakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid mengikut format yang
dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kurikulum (BPK)
5. Penulisan Laporan Prestasi ini tidak melebihi 1200 patah perkataan
Tugasan 3: Ulasan Artikel (40%)

1. Ulasan Artikel adalah secara individu


2. Membaca dan menaksir artikel yang diberi (The Pros and Cons of Take-Home
Exams)
3. Membuat ulasan berkaitan artikel yang dibaca
4 Mencadangkan penambahbaikan berkaitan isu-isu yang dibaca dalam artikel
tersebut
5. Ulasan artikel tidak melebihi 1200 patah perkataan

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu/Berkumpulan.


2. Panjang laporan pentaksiran adalah seperti yang dinyatakan. Penulisan perlu bertaip
dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.
3. Rujukan lebih daripada lima sumber yang pelbagai.
4. Penulisan rujukan mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association)
5. Penulisan akademik harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Muka depan penulisan akademik merangkumi :
i. Nama pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh hantar
8. Tarikh menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred tugasan
laporan anda.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

Mior Termizi Ganesan


( Nama : DR. MIOR AHMAD TERMIZI) (Nama:DR. GANESAN A/L SHANMUGAVELU)
Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Pendidikan Islam IPGK Pendidikan Islam

Disahkan oleh :

Zulkufli
(ZULKUFLI BIN MAHAYUDIN)
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Pendidikan Islam.

Anda mungkin juga menyukai