Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


TAHUN AKADEMIK 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar :

Kod Kursus : GPMK1012 Semester / Tahun : Semester 1/ Tahun 1


Ambilan : JUN 2022
Nama Kursus :
Kumpulan : PPISMP AMBILAN JUN 2022
Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi
(BM/SJH/PK/BNK/PIM/PSV)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


Kuiz 1: 8 September 2022 8 September 2022
1. Kuiz (3 kuiz) Kuiz 2: 3 November 2022 3 November 2022
Kuiz 3: 10 November 2022 10 November 2022
2. Pembentangan kumpulan (30 minit) 23 Oktober 2022 2 November 2022
3. Penulisan Esei (1000 pp) 28 September 2022 13 Oktober 2022

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK):

1. Menjelaskan laras bahasa dan komunikasi tulisan. (C2, HP1)


2. Mengaplikasikan asas kemahiran berkomunikasi dalam komunikasi lisan. (C3, A2, HP2, HP4, KKG1,
KIK2)
3. Menilai kesantunan berbahasa dalam komunikasi era digital. (C5, HP2, KKG4)

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, dan 3

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan aspek laras bahasa dan komunikasi lisan semasa menjawab soalan kuiz
2. Mengaplikasi asas kemahiran komunikasi lisan melalui simulasi temu ramah, perbincangan atau
mesyuarat yang bertemakan isu kemasyarakatan di Malaysia secara persembahan kumpulan
3. Menilai kesan pelanggaran etika dan kestidaksantunan berbahasa dalam komunikasi era digital dalam
bentuk penulisan esei.

Dalam komunikasi era digital, aspek pengaplikasian asas-asas komunikasi lisan dan tulisan, laras bahasa yang
betul serta kesantunan perlu dititikberatkan demi menjamin keberkesanan penyampaian ilmu dan maklumat.
Bagi menguasai aspek tersebut, anda diminta melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : KUIZ (35%)

Secara individu, anda dikehendaki menjawab tiga kuiz melibatkan Tajuk 2, iaitu Laras Bahasa dan Tajuk 4,
iaitu Komunikasi Tulisan.

TUGASAN 2 : SIMULASI KUMPULAN (25%)

Secara berkumpulan (2-3 orang), anda dikehendaki mempersembahkan satu simulasi temu ramah, perbincangan
atau mesyuarat yang bertemakan isu kemasyarakatan di Malaysia dengan memperlihatkan ciri-ciri komunikasi
berkesan dan berhemah. Untuk melaksanakan tugasan ini, perkara berikut boleh dijadikan panduan:

1
1. Merancang persembahan yang bertemakan isu kemasyarakatan di Malaysia.
2. Memperlihatkan ciri-ciri komunikasi berkesan dan berhemah dalam persembahan.
3. Melaksanakan simulasi berdasarkan aktiviti yang telah dirancang dengan bahan bantu yang sesuai.
4. Tempoh persembahan dalam lingkungan 30 minit.
5. Cadangan jadual pembentangan ialah antara 23 Oktober 2022 hingga 2 November 2022.

TUGASAN 3 : PENULISAN ESEI (40%)

Secara individu, anda dikehendaki membincangkan kesan pelanggaran etika dan ketidaksantunan berbahasa
dalam komunikasi media sosial dengan mengemukakan contoh-contoh yang relevan dalam bentuk penulisan
esei. Panjang tugasan hendaklah dalam lingkungan 1000 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

Tugasan ini dilaksanakan secara individu bagi tugasan 1 dan 3, secara berkumpulan bagi tugasan 2.
1. Anda boleh secara kolaboratif mengumpul maklumat dan data.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;
a. Muka depan mengikut templat terkini.
b. Fon Arial.
c. Saiz huruf 11.
d. Langkau 1.5 baris
e. Penulisan rujukan mengikut format APA.
f. Lampiran disertakan jika perlu
g. Jawapan ditulis dalam bahasa Melayu.
3. Amalan PLAGIAT tidak dibenarkan.
4. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Tugasan ini membawa markah 100%
6. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
7. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah hendaklah dikemukakan.
8. Organisasi laporan perlu jelas dan berkaitan.
9. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
10. Penulisan esei menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan
kematangan hujah.
11. Pengurusan persembahan yang mantap, penggunaan bahasa yang baik dan menepati masa.
12. Rujukan perlu pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
13. Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.
14. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No Kad pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensayarah
vii. Tarikh Hantar
viii. Pengakuan Pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

2
Disediakan oleh: Disemak oleh:

(BUKHARI BIN SHAFIE) (AZMAN BIN ARIS)


Penyelaras Kursus GPMK1012 Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Darulaman. IPG Kampus Darulaman.

Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh:

(HAMDAN BIN AHMAD)


Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Darulaman.

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai