Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


TAHUN AKADEMIK JANUARI – MEI 2023

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB3143 Semester / Tahun: SEMESTER II /


TAHUN 3
Nama Kursus:
Ambilan: JUN 2020
ASAS PENYELIDIKAN DALAM
Kumpulan: BM1,BM2,BM3 &BM4
PENDIDIKAN

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN 29 Januari 2023 20 Mac 2023
PENDIDIKAN
PEMBENTANGAN CADANGAN KAJIAN 26 Mac 2023 30 Mac 2023

Hasil Pembelajaran Kursus

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1) Menjelaskan asas dan proses penyelidikan dalam pendidikan. (C2, A3, PLO1)
2) Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan. (C4,
A5, PLO3, PLO6, CTPS3, LL2)
3) Memberi justifikasi cadangan kajian secara kritis dan profesional melalui
pembentangan (C5, A2, PLO3, PLO4, CTPS 3, CS3)
4) Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan dengan
mengambil kira etika dalam penyelidikan dan merujuk kepada pelbagai sumber yang
relevan (C6, A5, PLO6, LL2)

Pembelajaran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 3 dan 4.

Objektif Pentaksiran Berterusan

Pelajar dapat:

1) Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam bidang Bahasa Melayu


dengan merujuk literatur yang sesuai dan mengambil kira etika penyelidikan.
2) Memberi justifikasi secara kritis dan profesional terhadap cadangan penyelidikan
dalam bidang Bahasa Melayu yang dihasilkan melalui satu pembentangan lisan.

1
Rangsangan/ Stimulus

Selaras hasrat KPM untuk menjadikan IPG sebagai sebuah institusi latihan guru bertaraf
dunia, standard penyelidikan juga perlu ditingkatkan. Secara umumnya fungsi
penyelidikan pendidikan tersebut adalah untuk mengembangkan ilmu pendidikan,
menyelesaikan masalah pendidikan dan menyelidik pembangunan pendidikan negara.
Melalui penyelidikan pendidikan sebegini, guru selaku pengamal pendidikan berpeluang
untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan
profesionalisme keguruan.
Buku Panduan Penyelidikan IPGM, 2018

Berdasarkan rangsangan tersebut, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan (2500 pp) - 60 markah

Hasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam bidang Bahasa Melayu yang merangkumi
pendahuluan, sorotan literatur dan metodologi kajian dengan merujuk literatur yang sesuai.

Spesifikasi Penulisan Esei

 Cadangan penyelidikan yang dihasilkan perlu mengambil kira etika penyelidikan.


 Setiap pelajar dikehendaki mematuhi format penulisan kertas cadangan penyelidikan
(Garis Panduan Pelaksanaan Penyelidikan IPGM, 2018).
 Setiap pelajar perlu merujuk spesifikasi rubrik kriteria penilaian penulisan kertas
cadangan penyelidikan (Garis Panduan Pelaksanaan Penyelidikan IPGM, 2018).

Tugasan 2: Pembentangan (30 minit) – 10 markah.

Beri justifikasi secara kritis dan profesional terhadap cadangan penyelidikan yang dihasilkan
dalam satu pembentangan lisan.
.
Spesifikasi Pembentangan
 Pembentangan perlu dilaksanakan dalam seminar yang dianjurkan oleh pelajar.
 Pembentangan boleh dibantu oleh paparan slaid dengan jumlah slaid tidak melebihi
10 slaid.
 Setiap pelajar diperuntukkan 20 minit untuk membentangkan cadangan penyelidikan
dan 10 minit bagi sesi soal jawab.
 Setiap pelajar dikehendaki mematuhi format penulisan laporan penyelidikan (Garis
Panduan Pelaksanaan Penyelidikan IPGM, 2018).
 Setiap pelajar perlu merujuk spesifikasi rubrik kriteria penilaian pembentangan kertas
cadangan penyelidikan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan

1. Tugasan 1 dan Tugasan 2 adalah tugasan secara individu namun bahan yang
dikumpul boleh dikongsi bersama-sama pelajar.
2. Tugasan 1: Kertas Cadangan Penyelidikan (60%)
3. Tugasan 2: Pembentangan (10%)

2
3
4

Anda mungkin juga menyukai