Anda di halaman 1dari 1

Mentoring 24 September( Ganti pada 1 Oktober) 3-4 ptg.

Pada pendapat anda apakah langkah yang perlu diambil oleh golongan B40 untuk mengatasi
masalah kekurangan pendapatan menjelang pasca covid-19.

Pada pendapat saya, golongan B40 boleh mencari sumber pendapatan alternatif untuk
mengatasi masalah pendapatan menjelang pasca wabak Covid-19. Kumpulan B40 boleh
memulakan perniagaan kecil seperti gerai makanan atau jualan hasil kraftangan untuk
menambah pendapatan. Sementara PKP masih dilaksanakan dan masyarakat dinasihatkan
untuk tinggal di rumah tanpa urusan penting, golongan B40 berkemungkinan menghadapi
masalah pengangguran dan sumber pendapatan berkurangan. Oleh itu, masyarakat yang
menganggur di rumah atau yang mempunyai masa lapang boleh menghasilkan kraftangan
sendiri untuk dijual secara atas talian melalui medium seperti Facebook dan Instagram.
Pendekatan ini tidak memerlukan perbelanjaan seperti duit sewa dan bayaran bil air dan
elektrik. Masyarakat boleh menyiarkan iklan produk sendiri melalui media sosial tanpa sebarang
perbelanjaan. Dengan ini, golongan B40 dapat menambah pendapatan keluarga sementara
menganggur.

Seterusnya, golongan B40 juga boleh menambah pendapatan dengan melakukan kerja
sampingan menjadi pemandu Grab atau ahli penghantaran makanan seperti ‘Foodpanda’ dan
‘GrabFood.’ Hal ini dikatakan demikian kerana kerja-kerja sampingan ini tidak ada had waktu
dan boleh dilaksanakan sekiranya mempunyai masa lapang. Waktu kerja agak fleksible dan
kerja sampingan ini tidak akan menjejaskan prestasi perkerjaan utama mereka. Jika seseorang
itu mempunyai kemudahan pengangkutan seperti kereta atau motosikal, maka mereka boleh
melakukan kerja sampingan ini untuk menambah pendapatan sendiri menjelang pasca wabak
Covid- 19.

Anda mungkin juga menyukai