Anda di halaman 1dari 2

PROPOSAL PROJEK PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Group Assignment)

TAJUK PROJEK :

Webinar Jom Buat Duit : Jana Pendapatan Pasca Covid-19

TEMA PROJEK :

#BisnesDariRumah

TUJUAN PROJEK :

Sebagai salah satu bentuk program keusahawanan dalam kalangan penuntut dan graduan dimana
berpotensi menawarkan peluang menjana pendapatan kepada golongan itu sendiri disebalik isu
ketiadaan jaminan kerja kepada mereka selepas tamat pengajian.

LATAR BELAKANG PROJEK :

Pasca pandemik Covid-19 telah menuntut semua pihak termasuk individu itu sendiri untuk
melakukan pengubahsuaian dalam gaya hidup termasuklah dalam aspek menguruskan kewangan dan
bagaimana mereka boleh menjana pendapatan demi mengharungi waktu getir ini. Dari sudut perspektif
mikro, hal ini turut memberi impak besar kepada peratusan kebolehpasaran graduan terutama kepada
mereka yang telah dan akan tamat belajar pada tahun 2021. Ilmu keusahawanan dalam diri individu
perlu ada dan diamalkan bagi menjalankan operasi perniagaan mikro mereka dengan cara lebih kreatif,
selain mampu menjana pendapatan yang menguntungkan.

Trend semasa dimana kita dapat melihat bidang keusahawanan seperti aktiviti menjalankan
perniagan mikro secara atas talian atau bisnes dari rumah mampu menjana pendapatan individu. Corak
kehidupan masyarakat pasca Covid-19 tidak akan sama berbanding sebelum ini. Amalan harian seperti
penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) seperti sebelum ini mesti diteruskan bagi menurunkan risiko penyebaran pandemik Covid-19
kepada masyarakat umum. Justeru, sistem urus niaga dalam talian yang melibatkan pembayaran dalam
talian perbankan atau aplikasi e-dompet serta penawaran servis penghantaran barangan dari rumah ke
rumah akan membuka banyak peluang kepada peniaga mikro yang kehilangan pendapatan dan graduan
yang menganggur akibat impak pandemik ini. Malahan, jika diamati sedalamnya bidang keusahawanan
secara atas talian sebenarnya akan mempercepatkan trend transaksi jual beli tanpa tunai dalam
masyarakat kita pada hari ini.

OBJEKTIF PROJEK :

1. Memberi kesedaran terhadap umum khususnya pelajar IPT dan graduan universiti tentang
kepentingan aspek menjana pendapatan melalui medium keusahawanan secara atas talian selepas
mereka tamat pengajian, terutamanya situasi menempuh detik pasca pandemik Covid-19.
2. Menyampaikan maklumat kepada para peserta program mengenai apa dan bagaimana mereka boleh
menjadikan bidang keusahawanan ini sebagai salah satu kerjaya yang sukses.
3. Menyediakan pengetahuan terhadap prospek, hala tuju dan bentuk-bentuk perniagaan secara atas
talian (bisnes dari rumah) dimana dapat menjana pendapatan individu yang menguntungkan.

PLATFORM VIRTUAL :

Webinar / Online forum melalui medium Webex / MS Team / FB Live

KHALAYAK SASARAN :

1. Para pelajar UUM.


2. Panel terlibat (pakar penasihat kewangan & usahawan business online).
3. Penglibatan pihak penganjur (ahli pelajar UUM PACE KL).

Anda mungkin juga menyukai