Anda di halaman 1dari 9

Keusahawanan merujuk kepada keseluruhan sikap, kemahiran, pengetahuan, dan nilai yang

membolehkan seseorang usahawan itu mampu untuk mencari, mengenal pasti dan merebut
peluang serta menterjemahkan peluang tersebut kepada strategi-strategi dan usaha-usaha
perniagaan bagi manfaat keuntungan dan ekonomi. Menurut Kao (1995), keusahawanan
didefinisikan sebagai satu proses mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif bagi mencipta
kekayaan dan menambah nilai kepada masyarakat. Menurut Histrich dan Peter (1988),
keusahawanan bermaksud satu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan yang
dicipta oleh seseorang individu menanggung risiko dalam masa dan komitmen kerjaya
ataupun menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Keusahawanan
merupakan proses mencipta sesuatu yang baru dan berbeza dengan mengambil kira masa,
usaha dan risiko kewangan serta faktor sosial dan psikologi. Usahawan pula ditakrifkan
sebagai seseorang yang pandai mencari peluang, pengambil risiko, kreatif dan inovatif, bijak
menggunakan sumber serta mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif
mendapat keuntungan. Menurut Kamus Webster’s New World, usahawan didefinisikan
sebagai seseorang yang mengorganisasi dan mengurus sesuatu perniagaan dengan mengambil
kira risiko dengan tujuan memperoleh keuntungan. Terdapat banyak ciri yang perlu dimiliki
oleh seseorang usahawan. Antaranya ialah proaktif, budaya terbuka, tajam daya pemerhatian,
berpandangan jauh, berorientasikan keputusan, berorientasikan pasukan, rangkaian, berani
mengambil risiko terbuka, percaya kegagalan adalah satu pilihan, dan sebagainya.

Pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh negara telah menyebabkan banyak negara
mengenakan sekatan perjalanan dan kawalan pergerakan. Di Malaysia misalnya, sektor
perniagaan kecil adalah salah satu sektor yang paling terkesan oleh perintah kawalan
pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. Ini berikutan daripada penutupan bagi sektor sokongan
seperti peruncitan dan juga pengangkutan yang menyebabkan kebanyakan peniaga kecil tidak
dapat beroperasi dan sekaligus menyebabkan mereka hilang punca pendapatan. Namun
demikian, sekiranya komuniti peniaga kecil memanfaatkan sepenuhnya aplikasi digital dalam
perniagaan maka punca pendapatan mereka tidak begitu terkesan ekoran daripada krisis
COVID-19 yang melanda pada masa kini. Justeru, adalah penting untuk mengkaji sejauh
mana amalan dan penglibatan peniaga kecil menerusi aktiviti pemasaran digital dalam
memperkasa norma baharu perniagaan di samping meninjau strategi perniagaan pasca
COVID-19 pada masa depan. Kajian ini dijalankan ke atas 75 peniaga kecil yang
menjalankan perniagaan dalam talian
Mengenal pasti peluang perniaagan.

Apa yang boleh dikenalpasti peluang perniagaan di waktu covid-19 ini adalah perniagaan
perkhidmatan bergerak. Antara contoh perkhidmatan bergerak adalah penghantaran makanan,
pembelian barangan runcit. Hal ini kerana di waktu covid-19 ramai orang tidak dibenarkan
keluar sesuka hati melainkan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Dari segi sektor
perkhidmatan amat lah menjamin kerana di sektor ini rakyat yang menjadi ‘frontliners’ boleh
bergerak mengikut SOP yang ditetapkan. Di waktu covid-19 banyak syarikat perusahaan
yang lain terjejas akan tetapi sektor perkhidmatan berjalan seperti biasa malah boleh
meningkatkan dua kali ganda perniagaan di sektor ini sepanjang covid-19. Contohnya ,
pesakit covid-19 yang dikenakan qurantin di rumah yang tidak mempunyai kenalan yang
boleh membantunya membeli barang keperluan, dia boleh menggunakan perkhidmatan atas
talian seperti Lalamove, segalanya di hujung jari sahaja.

Sumber- sumber idea

1. Yang tidak dijangka


Apa yang dimaksudkan tidak dijangka ialah adalah diwaktu ini covid-19 ini. Banyak
perniagaan terjejas disebabkan covid-19 seperti pengangkutan. Banyak bas yang tidak
dapat bergerak disebabkan di waktu covid-19 berlakunya lockdown jadi kita tidak
boleh rentas negeri. perniagaan yang boleh menjana di waktu covid-19 ini ialah
perkhidmatan seperti menghantar makanan terus ke rumah. Hal ini kerana di waktu
pandemic ini bermula ramai yang takut keluar rumah dan mesti patuhi SOP yang
ditetapkan. Dengan adanya perkhidmatan makanan terus ke rumah jadi mudahlah kita
menikmati makanan yang dari restoran yang kita minati. Jadi menghantar makanan
menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia Ketika pandemik ini. Wajarlah ia
menjadi perniagaan baharu yang sangat memuaskan hati pelanggan.

2. Jurang industri dan pasaran.


Di sektor pelancongan kini terjejas akibat Covid-19, semua hotel kini tidak lagi
beroperasi akibat Covid-19. Rakyat Malaysia tidak boleh melancong sesuka hati
melainkan atas urusan kerja sahaja. Banyak rakyat kini menganggur disebabkan
Covid-19. Peluang yang dapat kita lihat bagi membendung permasalahan rakyat yang
tidak mempunyai kerja adalah menghantar barangan runcit secara rumah ke rumah.
Dengan ketakutan rakyat Malaysia yang ingin keluar membeli barangan runcit kini
boleh membeli menerusi aplikasi online. Pelbagai pilihan yang boleh dilihat di dalam
aplikasi online. Justeru rakyat Malaysia dibenarkan keluar seorang sahaja bagi setiap
isi pada Mac 2019. Pada Mac 2019 SOP sangatlah ketat bagai di ibaratkan darurat
hanya segelintir sahaja yang boleh keluar rumah, barisan hadapan dan penghantar
makanan dan barangan runcit sahaja yang boleh keluar rumah. Mereka mempunyai
tiket khas agar nasib rakyat Malaysia terbela.

3. Perubahan persepsi
Jikalau dahulunya masyarakat tidak ambil peduli tentang kesihatan dan kebersihan,
sekarang rata-rata masyarakat telah ambil tentang kebersihan serta kesihatan. Kini,
melanda covid-19 banyak orang menjaga pelitup muka dan hand sanitasi, sudah
menjadi kewajipan memakai pelitup muka untuk memasuki mana-mana premis
perniagaan dan hand santizer bagi membasmi kuman Covid-19. Hal ini kerana bagi
mengelakkan Covid-19 terus menular Ketika berada di luar rumah. Peniagaan baharu
yang boleh dilaksanakan adalah membuat pelitup muka sendiri, buatan tangan. Hal ini
kerana rata-rata mask ini menjadi kewajipan jadi trend untuk menampakkan kelainan
itu pasti wujud di kalangan masyarakat. Jadi penampakkan corak yang menarik dan
kepelbagaian warna pun timbul. Pasti mengguntungkan jika mask ini dibuat secara
buatan tangan kerana mask ini adalah wajib pada Ketika ini.

4. Keperluan proses
Di waktu Covid-19 ini ramai yang takut untuk keluar rumah dan tidak dibenarkan
keluar kecuali barisan hadapan dan penghantar makanan. Keperluan proses di
maksudkan adalah barang keperluan harian yang diperlukan , sebagai contoh manusia
perlu untuk terus hidup adalah makanan dan minuman. Jadi di waktu Covid-19 ini
ramai yang takut untuk keluar rumah, mereka boleh memesan makanan menerusi
telefon bimbit sahaja. Hal ini kerana kerajaan telah menetapkan yang boleh keluar
rumah adalah satu orang setiap isi rumah tetapi Ketika kejutan pertama hadir di waktu
mac 2019 semua orang takut untuk keluar rumah jadi rata-rata rakyat Malaysia
membeli makanan menerusi telefon bimbit sahaja kerana mudah dan selesa.
Perniagaan baharu yang boleh dikongsikan adalah ansonrider penghantaran lebih
murah berbanding foodpanda dan makanannya lebih banyak ditawarkan. Hal ini
kerana di waktu covid-19 ramai didapati dibuang kerja banyak sektor terancam akibat
covid-19 ini. Dengan harga delivery yang rumah mudahlah org memesan makanan di
atas talian dan banyak aneka pilihan yang ditawarkan, makin ramailah orang ingin
memesannya.

5. Perubahan demograpfik
Bermaksud perubahan dari segi jantina umur. Perbezaan masyarakat Malaysia dari
segi pebezaan umur serta jantina masing-masing telah kenal dengan IT. Kini telefon
pintar tidak asing lagi bagi setiap umur. Masing-masing telah kenal IT baik lelaki
mahupun perempuan telah kenal IT. Dahulunya IT ini hanya seglintir masyarakat
sahaja yang tahu kini semua orang bebas menggunakan carian di google. Di covid-19
ini kegunaan internet sangatlah dari sedut semua aspek kesihatan,makanan,
Pendidikan. Ramai orang tidak kira umur membuat isi video di fb mahupun youtube
untuk menjana pendapatan Ketika covid-19 , tidak kira lapisan umur bole menonton
isi video tersebut. Perniagaan baharu yang boleh dilaksanakan adalah perniagaan
insurance adalah menggunakan secara atas talian di waktu covid-19 insurans
kenderaan motor amatlah di perlukan kita berada di jalan perlu mempunyai insurans
kenderaan bagi kenderaan motor.

Idea usaha baru


Peniagaan insurans menjadi salah satu idea baharu yang ingin saya lakukan di waktu
covid-19 ini. Insurans terbahagi kepada dua insurans nyawa dan insurans motor. Idea
dan usaha baru yang ingin saya lalukan di waktu covid-19 adalah insurans kenderaan
motor.
Skop perniagaan, aktiviti utama perniagaan membuat insurans kenderaan,
pembaharuan cukai jalan, dan menghidupkan lesen. Di waktu covid-19 ini kenderaan
mestilah menghidupkan insurans kenderaan jika kita tidak memperbaharui insurans
kenderaan, kenderaan tidak boleh bergerak di atas jalan raya. Selain itu memperbahui
lesen memandu amatlah wajib yang dikenakan kerajaan. Akan tetapi akses ini hanya
kepada orang yang membuat booking secara atas talian dan agen insurans sahaja
kerana di waktu covid ini tidak boleh ramai-ramai ke jpj. Cukai jalan raya sahaja di
berikan kelonggaran sedikit untuk tidak menghidupkannya.
Memulakan kerjaya sebagai ejen insurans boleh menjadi peluang yang menarik untuk
profesional baru dan mantap terutama jika anda mempunyai lesen ejen Insurans.
Bergantung pada bidang penekanan, ia adalah tugas yang membolehkan fleksibiliti
dan senarai pelbagai pelanggan yang menarik.

Keperluan untuk menjadi insurans agen berbeza mengikut keadaan, tetapi sering
boleh diselesaikan lebih cepat daripada profesion lain yang memerlukan lesen.

Business plan

Ringkasan eksekutif
1. Pengenalan: syarikat aiman Iskandar entreprise adalah sebuah peniagaan
persendirian yang telah ditubuhkan pada . perniagaan ini beroperasi di dataran
parit 2 chenderong balai teluk intan ,perak

Aiman Iskandar entreprise merupakan sebuah syarikat insurans am. Perniagaan ini
telah dijalankan selama 3 tahun oleh pemiliknya dan mempunyai pengalaman
yang luas dalam industri ini.

Visi & objektif syarikat


Visi
Menjadikan syarikat insurans am bumiputera terulung dan dapat mengekalkan day
kerja yang sistematik.

Objektif syarikat
Dapat menjadikan syarikat yang berdaya saing dan sejurus dengan itu dapat
memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sekaligus dapat
menaikkan taraf hidup bumiputera.

Aktiviti utama perniagaan adalah insurans am di waktu covid-19 ini.


Perkhidmatan yang ditawarkan adalah membuat insurans kenderaan, membuat
lesen serta membuat tukar nama kenderaan pelanggan.
Analisa SWOT
Kekuatan
Sentiasa ikhlas dalam sesuatu urusan dan menyediakan perkhidmatan yang cekap
serta effisen secara langsung dengan pelanggan . selain itu, syarikat ini
mempunyai organisasi yang kukuh, berfikiran optimis dan berdaya maju.
Kelemahan
Kekurangan modal pusingan.
Peluang
Dapat menjana pendapatan serta peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar
chenderong balai. Selain itu, mengenalkan business dengan lebih lanjut di bisnes
expo di anjur oleh kerajaan. Mendapatkan sokongan agensi insurans.
Ancaman
Menghadapi kesukaran dari segi polisi bank negara. Selain itu kegawatan
ekonomi yang menjurus kepada kekurangan kuasa membeli.
Strategi promosi
Membuat bunting, banner, flyers, dan brochure bagi menarik minat pelanggan
untuk membeli insurans motor. Kemudian kita boleh menawarkan promosi bagi
pelanggan pertama kali melanggan insurans. Membuat event charity di Kawasan
sekitar bagi meraih tumpuan orang sekeliling. Dapat memberikan jaminan serta
penerangan lanjut di expo perniagaan. Memasarkan perniagaan secara atas talian
seperti di blogpot, fb dan Instagram.
Kelebihan lokasi perniagaan
Terletak di tengah-tengah pusat bandar teluk intan.
Permulaan

Apakah Agensi Insurans?


Agensi insurans menyediakan perlindungan untuk bencana dan kejadian yang tidak
diingini. "Agensi-agensi ini membantu individu, keluarga, dan perniagaan memilih
polisi insurans yang memberikan perlindungan terbaik untuk kehidupan, kesihatan,
dan harta benda mereka," menurut Biro Statistik Tenaga Kerja AS.
Seorang usahawan yang ingin membuka agensi insurans mesti terlebih dahulu
menyelesaikan kerja kursus yang diperlukan dan mendapatkan lesen sebagai ejen
insurans.

Siapa Agen Insurans?

Ejen insurans ditakrif sebagai seseorang yang bekerja untuk menjual dasar insurans
kepada pelanggan. Itu hanya penerangan umum tentang pekerjaan itu dan tidak
mendedahkan tugas atau butiran tertentu tentang apa yang dilakukan oleh agen
insurans pada hari ke hari.

Berapa lamakah ia mengambil masa untuk menjadi agen insurans?

Kebanyakan orang boleh menjadi hanya dalam beberapa minggu sahaja. Jika anda
memilih untuk mengambil kursus dalam talian yang memerlukan beberapa jam
pengajian, keupayaan anda untuk melengkapkannya akan menentukan waktu lesen
anda.

Terdapat juga satu atau dua minggu menunggu lesen dikeluarkan sebaik sahaja
peperiksaan dan peperiksaan latar belakang anda selesai.

Apakah Kelayakan Saya Perlu Menjadi Agen Insurans?


Diploma sekolah menengah, walaupun banyak bermula dengan ijazah sarjana muda
selain itu, Lesen diperlukan untuk bekerja sebagai ejen insurans. justeru Kemahiran
perkhidmatan pelanggan yang baik: anda harus berasa selesa bercakap dengan orang
lain. Akhir sekali Pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan, seperti jualan
(bukan keperluan).

Tidak terlupa kita mesti daftar syarikat di suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM).kini
daftar syarikat di atas talian di ezbiz ssm. Diwaktu covid-19 segalanya atas talian
kalau tidak dahulunya kalua kita ingin buka syarikat kita mestilah pergi (SSM) yang
berdekatan.
Selepas sahaja lulus ujian menjadi agens insurans barulah kita boleh membuka firma
syarikat agens insurans.

Permohonan dana

Permohonan dana untuk meluaskan lagi perniagaan insurans saya ini, saya ingin
memohon pinjaman daripada pinjaman mara. Pinjaman mara amatlah rendah dari
kadar bayaran balik iaitu 3% sahaja sehingga tamat pinjaman. Selain itu permohonan
pinjaman mara sangat mudah untuk lulus bagi kita telah menjadi graduan nanti.
Tujuan permohanan mara adalah untuk mengembangkan perniagaan dari sudut
dekorasi ruangan premis, penjualan dan pemasaran , dan membayar gaji pekerja yang
mahir. Pinjaman mara kebiasaannya 5 tahun dapat lah saya melunaskannya dan dapat
membuat pusingan modal.
Lima faktor penting dalam menentukan kejayaan business
Hendaklah sentiasa menepati masa. Memberikan sepenuh tumpuan pada perniagaan
yang sedang dijalankan . hendaklah berbelanja mengikut keperluan. Mempunyai
rakan pasukan yang terbaik antara faktor penting dalam menentukan kejayaan
business. Kemudian memahami kehendak pelanggan.

Anda mungkin juga menyukai