Anda di halaman 1dari 1

Mentoring 1 Oktober

Pada pendapat anda apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin yang baik.

Pada pendapat saya, seorang pemimpin yang baik haruslah bertanggungjawab. Dalam sesuatu
organisasi, seorang pemimpin memainkan peranan sebagai ketua. Seorang pemimpin haruslah
melaksanakan tugas sebagai ketua dengan sempurna dan penuh bertanggungjawab dan bukan hanya
mengarahkan orang bawahan untuk menjalankan tugas yang sepatutnya dijialankan oleh beliau.
Seseorang pemimpin haruslah berkemampuan dan mempunyai kebolehan untuk menyakinkan orang
lain dengan keupayaan sendiri.

Seterusnya, seorang pemimpin yang baik haruslah seorang yang berfikiran rasional. Dalam sesebuah
organisasi, seseorang pemimpin bertanggungjawab untuk mengambil keputusan dalam pelbagai hal.
Oleh itu, seseorang pemimpin yang baik haruslah berfikir dan bertindak dengan waras dalam pelbagai
urusan. Contohnya, seseorang guru besar haruslah berkemampuan berfikiran rasional dengan membuat
pertimbangan yang wajar dalam mengambil pelbagai keputusan mengenai urusan sekolah agar dapat
menjamin manfaat dan nama baik sekolah. Seseorang pemimpin yang berwibawa akan dikagumi semua.

Seseorang pemimpin yang baik haruslah berintegriti. Seseorang pemimpin yang baik haruslah
mempunyai sifat ketelusan dan kejujuran dalam melaksanakan kewajipan mereka. Seorang pemimpin
yang baik harus mengelakkan terlibat dalam gejala rasuah sama sekali agar dapat menjamin nama baik
sendiri walaupun orang lain memberi ganjaran atau pulangan yang lumayan sekali. Contohnya,
seseorang guru besar tidak boleh menerima sebarang ‘duit kopi’ atau ‘komisen’ dari pihak mana-mana
demi kepentingan sendiri. Seseorang pemimpin yang baik tidak boleh hanya berkepentingan sendiri
sebaliknya perlu meletakkan kepentingan sekolah dan anak murid sebelum kepentingan sendiri.

Seorang pemimpin yang baik haruslah adil. Seseorang pemimpin yang baik tidak boleh bersikap pilih
kasih. Seseorang pemimpin yang baik tidak boleh memihak kepada mana-mana pihak sekiranya berlaku
pertelingkahan antara orang bawahannya. Contohnya seseorang guru besar haruslah memberi layanan
sama rata kepada guru-guru tanpa mengira bangsa. Seseorang guru besar juga tidak sepatutnya
memberi layanan luar biasa atau kelonggaran kepada guru yang melakukan kesalahan walaupun
mempunyai hubungan erat atau lama berkenalan.

Selain itu, saya berpendapat bahawa seseorang pemimpin haruslah mampu bertimbang rasa. Seseorang
guru besar perlu boleh bertimbang rasa orang bawahannya dan jangan menyusahkan orang lain
sekiranya keadaan mengizinkan. Contohnya, seseorang guru besar boleh memberi kelulusan atau
kebenaran kepada guru-guru untuk memohon cuti sekiranya ada urusan kecemasan berdasarkan budi
bicara beliau. Seseorang pemimpin yang berbudi bicara wajar boleh bertimbang rasa orang bawahannya
dan tidak memaksa mereka sekiranya ada alasan yang munasabah. Seseorang pemimpin haruslah boleh
saling bertolak ansur.

Anda mungkin juga menyukai