Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 29/3/2020

1. Apakah Tonggak 12 dalam perkhidmatan awam. Bincangkan setiap tonggak


dalam konteks anda sebagai seorang bakal guru pendidikan moral.

Antara tonggak utama adalah mengargai masa. Sebagai seorang


bakal guru, kita hendaklah menggunakan masa untuk membuat tugas yang
akan memberi faedah kepada kita tetapi bukanlah membuat sesuatu yang
sia-sia sahaja. Sebagai contoh, saya akan menggunakan masa yang lebih
banyak masa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah
bebanding dengan masa untuk bermain telefon bimbit iaitu, menyekatkan diri
hanya boleh bermain telefon bimbit selama 2 jam sehari.

Selain itu, tonggak yang kedua ialah ketekunan dalam membawa


kejayaan. Sebagai seorang bakal guru kita hendaklah mempunyai amalan
amalan yang baik seperti gigih, tekun, sabra, berdisplin, cekal dan
bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun
menghadapi banyak rintangan. Sebagai contoh, semasa bakal guru diminta
untuk menganjurkan majlis persaraan, maka bakal guru hendaklah
menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga supaya majlis dapat dijalankan
dengan lancar.

Seterusnya, tonggak yang ketiga ialah keseronokan bekerja. Sebagai


seorang bakal guru, kita hendaklah menganggap kerja kita sebagai ibadat
dan gemar teradap segala kerja kita. Kita hendaklah berinisiatif untuk
menerima kerja semasa ada peluang. Kita hendaklah mengelakkan kita
daripada menganggap kerja kita sebagai suatu beban. Sebagai contoh,
sebagai seorang bakal guru, kita hendaklah membuat kerja kursus dan
tutorial yang diberikan dengan rela dan gembira.

Tambahan pula, tonggak yang keempat ialah kemuliaan


kesederhanaan. Sebagai seorang bakal guru, kita hendaklah bersedia
menerima cadangan dan nasihat orang lain. Kita hendaklah mengelakkan diri
daripada sombong dan tidak mementingkan pandagan yang diberikan oleh
orang lain. Sebagai contoh, semasa berbincang dalam kumpulan, kita
hendaklah bersedia untuk mendengar dan menerima pandangan orang lain.
Selain itu, sebagai seorang bakal guru, kita hendaklah bersedia untuk
menerima nasihat yang diberikan oleh pensyarah dan bakal guru yang lain
supaya dapat menjadi orang yang semakin baik.

Di samping itu, tonggak yang kelima ialah ketinggian peribadi. Sebagai


seorang bakal guru, kita hendaklah berilmu dan berpengetahuan luas supaya
dapat menghadapi cabaran pada masa yang akan datang. Sebagai contoh,
bakal guru hendaklah memenuhi diri dengan ilmu penetahuan yang
berkaiatan dengan teknologi supaya dapat mengajar pelajar dengan cara
yang berbeza dan dapat menaikkan minat pelajar untuk belajar.

Antara tonggak yang keenam ialah kekuatan sifat baik hati. Sebagai
contoh, sebagai seorang bakal guru kita hendaklah menjadi seorang yang
berhemah tinggi. Kita hendaklah mengamalkan amalan amalan seperti
bersopan santun, jujur dan hormat mrnghormati. Sebagai contoh, semasa kita
berjumpa dengan pensyarah dan bakal guru yang lain, kita aakn bersalam
dengan bersalam dengan mereka. Selain itu, kita juga hendakalah meminta
maaf daripada seseorang jika kita telah berbuat sesuatu yang kurang baik
terhadap seseorang itu.

Antara tonggak yang ketujuh ialah pengaruh teladan. Sebagai contoh,


sebagai seorang guru, kita hendaklah bertanggungjawab dengan segala
tugasan kita. Sebagai contoh, semasa seseorang bakal telah menerima
sesebuah tugasan daripada seorang pensyarah, maka seseorang itu
hendaklah menjalankan tugasan itu dengan baik supaya dapat menimbulkan
kepercayaan daripada pensysrah tersebut.

Antara tonggak yang kelapan ialah kewajipan menjalankan tugas.


Sebagai seorang bakal guru, kita hendaklah tekun dan bersabar semasa
menjalankan tugas yang diberikan. Sebagai contoh, seorang bakal guru telah
menerima kerja kursus daripada seseorang pensyarah maka seseorang itu
telah meluangkan masa yang banyak dalam kerja kurses tersebut untuk
menunjukkan tanggungjawab seseorang itu terhadap kerja kursus itu dan
seseorang itu telah mendapatkan keputusan yang baik dalam kerja kursus
tersebut.
Antara tonggak yang kesembilan ialah kebijaksanaan berhemat.
Sebagai seorang bakal guru kita hendklah berhati hati semasa berbelanja.
Sebagai contoh, semasa seseorang bakal guru menerima ealun, maka dia
telah merancangkan sistem kewangan yang berkesan supaya elaun
digunakan di tempat yang berpatutan.

Antara tonggak yang kesepuluh ialah keutamaan kesabaran. Sebagai


seorang guru kita hendaklah tenang apabila menghadapimasalah rumit yang
berusaha untuk mencari jalan untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh,
seorang bakal guru menghadapi masalah semasa membuat tugasan autocad,
maka dia telah mencari maklumat yang berkaitan dengan google dan betanya
kawan tentang masalah yang dihadapi supaya dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan secepat mungkin.

Di samping itu, nikmat mencipta juga merupakan salah satu tonggak


dalam perkhidmatan awam. Sebagai seorang bakal guru, kita hendaklah
berani umtuk mencuba sesuatu yang baru supaya ilmu pengetahuan akan
ditambah. Seseorang bakal guru hendaklah berani untuk menceburi bidang
bidang yang baru. Sebagai contoh, seorang bakal guru yang mengajar RBT
telah menceburi bidang baru dengan mempelajari psikologi. Dengan ini,
seseorang bakal guru itu akan mengajar pelajar dengan lebih efisen
disebabkan ilmu dalam bidang psikologi yang dipelajari.

Tonggak dalam perkhidmatan awam yang terakhir ialah peningkatan


bakat. Sebagai seorang bakal guru, kita hendaklah memberi dorongan
terhadap kreativiti seseorang dengan memberi pengiktirafan usaha usaha
original. Sebagai contoh, semasa seseorang bakal guru membuat kerja
kursus sudah pasti seseorang itu akan merujukan terhadap segala maklumat
di internet. Oleh itu, seseorang individu hendaklah membuat bahagian
‘rujukkan ‘ dalam kerja kursus sebagai penghormatan terhadap penulis
maklumat.
2. Integriti adalah suatu nilai murni atau kualiti unggul yang harus wujud dalam
diri setiap individu atau sesebuah organisasi. Bincangkan dengan contoh
bagaimana anda tetapkan budaya intergriti dalam kehidupan seharian anda
sebagai seorang bakal guru.
Aspek integriti dalam pendidikan adalah bakal guru melaksanakan
tugas dengan amanah, mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang,
tahap ketabahan yang tinggi dan tidak mengambil kesempatan. Bakal
guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada
semua orang. Ini menunjukan dedikasi seorang bakal guru terhadap
semua orang di mana seorang bakal guru tidak mengharapkan sebarang
ganjaran daripada orang lain. Bakal guru seharusnya mengikut kod etika
perguruan bagi memastikan isu integriti tidak dipersoalkan. Dengan
adanya kod etika perguruan, para bakal guru dapat menjaga tingkah laku
sebagai seorang guru, memahami dengan jelas etika guru iaitu
tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat
dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang
berlaku terhadap pelajar tetapi hendaklah membantu mereka
menyelesaikan masalah. Etika dan integriti yang dimiliki seseorang
bakal guru akan menjadikan beliau itu bertanggungjawab kepada
Tuhannya.

Anda mungkin juga menyukai