Anda di halaman 1dari 1

Perkembangan teknologi dalam bidang pertanian di Malaysia

Antara perkembangan teknologi dalam bidang pertanian di Malaysia ialah


perkembangan dalam bidang bioteknologi. Dalam konteks ini, masih banyak lagi
bahan pertanian di negara kita belum lagi kita kaji dengan mendalam, khususnya
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Banyak pokok herba yang
tumbuh liar di hutan di negara kita dipercayai boleh dijadikan asas rawatan sesuatu
penyakit jika diproses secara saitntifik. Penemuan produk baharu yang bernilai aka
memberikan satu kegunaan baharu kepada ekonomi negara kita. Sebagai contoh,
penggunaan baja organic dan aplikasi bioteknologi juga menyumbang
pembangunan pertanian dan meningkatkan pengeluaran makanan. Baja organic
yang digunakan untuk tanaman sayur sayura bebas daripada pencemaran baja
kimia dan bahan kimia yang lain. Sayur sayuran yang menggunakan baja organik
mempunyai kadar tumbesaran yang yang cepat dan subur.

Selain itu, rumah hijau juga merupakan salah satu perkembangan didalam
teknologi pertanian. Rumah hijau ini biasanya diperbuat daripada kaca atau plastik
yang membolehkansinar matahri menembusinya agar semua tanaman didalamnya
terkena cahaya matahari danmampu melakukan proses fotosistensis. Bangunan ini
mempunya pelbagai saiz dan bentukmengikut keperluan petani yang
menguruskannya. Rumah hijau ini juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan
moden yang dapat mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanamandidalamnya.
Tanaman didalam rumah hijau ini adalah lebih sihat dan terjamin kerana ianyadijaga
dengan rapi. Tanaman rumah hijau ini juga telah banyak dilakukan
teruatamanyadikawasan tanah yang lapang. Berbanding dulu kala, tanaman
biasanya ditanam dimerata-ratatempat serta khasiat dan kebersihan tidak terjamin
dan hasil tanaman juga tidak boleh dikutipdengan kerap kerana kadang kalanya ia
tercemar ataupun rosak.

Anda mungkin juga menyukai