Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan & Definisi


Menurut Nik Hassan Shuhaimi (2012), Mohd Razimi Husin (2013) dan Lew H. Men et
al. (2014), tamadun adalah berasal daripada perkataan bahasa Latin civilization, citizen,
civis dan civilis yang membawa maksud masyarakat yang tersusun dengan baik serta
dikenali dengan pengetahuan yang lebih dalam pedagangan, kerajaan, seni, sains dan juga
bahasa persuratan. Bagi bahasa Inggeris pula, istilah civilization adalah berasal daripada
perkataan Greek ‘civitas’ yang membawa maksud bandar atupun peradaban.
Dalam konteks bahasa Arab pula, istilah tamadun adalah berasal daripada perkataan
Arab maddana, mudun dan madain yang bererti tinggi budi bahasa, pembukaan bandar
serta masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. (Lew H. M. et
al, 2014) Wawasan Open University (n.d.) juga percaya bahawa kata dasar ‘da-na’ yang
bererti beragama telah mengasaskan kata tamaddana yang bererti kehidupan pembandaran
dan kehalusan budi pekerti. Perkataan tamaddana akhirnya juga mencipta
perkataan tamaddun.
Jika dilihat daripada perspektif pendapat tokoh-tokoh Barat terutamanya Gordon
Childe, Darcy Riberio dan R.A. Buchanan, ketamadunan adalah berpandukan unsur lahiriah
seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Walaubagaimanapun,
tokoh Islam seperti Ibn Khaldun dan Syed Naquip al-Attas berpendapat bahawa tamadun
mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah maka pendapat ini turut disokong
oleh Richard Sullivan. (Nik Hassan Shuhaimi, 2012)
Secara umumnya, sesebuah tamadun adalah memiliki ciri-ciri ketamadunan seperti
petempatan kekal, kehidupan berorganisasi, sistem pemerintahan, pengkhususan
pekerjaan, agama dan kepercayaan serta bahasa dan tulisan. (Mahdi Bin Shuib, 2013)
Secara keseluruhannya, memang kita dapat rumuskan bahawa kemajuan tamadun
sememangnya berkaitan dengan pembangunan bahasa dan sistem tulisan, kesenian serta
kesusateraan. Aspek-aspek ini sememangnya banyak dipengaruhi agama, kepercayaan,
sektor-sektor pekerjaan dan bangsa.
Bagi konteks tamadun Malaysia pula, Dewan Bahasa dan Pustaka (2015) telah
mendefinisikan Malaysia sebagai salah satu negara yang terletak di Asia Tenggara yang ibu
negaranya Kuala Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu, dan
agama rasminya agama Islam.
Dalam usaha memajukan tamadun Malaysia agar mencapaikan kecemerlangan dan
ketamadunan selepas kemerdekaan, Malaysia telah banyak mengambil iktibar daripada
Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India. Tamadun-tamadun ini turut memberi
sumbangan kepada pembentukan tamadun Malaysia dalam konteks bahasa, kesenian dan
kesusasteraan.

1
2.0 Faktor Interaksi
2.1 Tamadun Islam
Sebagai pembuka tirai perbincangan, tamadun Islam telah memberi implikasi kepada
kebudayaan Tamadun Malaysia melalui penyebaran agama Islam. Menurut Nik Hassan
Shuhaimi (2012) pula, penyebaran Islam di Tanah Melayu adalah melalui perdagangan,
perkahwinan, pengislaman raja dan golongan bangsawan, kelahiran kerajaan Islam,
kewujudan pusat kebudayaan, peranan Mubaligh dan keistimewaan agama Islam.
Dari aspek pengislaman, Mohd Razimi Husin (2013) percaya bahawa Sultan Melaka
telah menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat selepas memeluk agama Islam. Lew H.
M. et al. (2014) pula bersependapat bahawa pengislaman dan perkahwinan raja dan
golongan bangsawan telah menyebabkan kewujudan pusat kebudayaan dan keintelektualan
Islam.
Nik Hassan Shuhaimi (2012) juga percaya bahawa penyebaran agama Islam oleh
pedagang dengan aman dan tertib maka sifat keterbukaan penduduk tempatan telah
memudahkan proses menyebarkan dakwah Islamiah tanpa paksaan.
2.2 Tamadun India
Menurut Nik Hassan Shuhaimi (2012) pula, tamadun Malaysia berinteraksi dengan
tamadun India apabila golongan Ksyatria ataupun tentera membawa budaya dan agama
semasa meluaskan jajahan takhluk di Asia Tenggera. Selain itu, interaksi juga berlaku
apabila golongan Brahmin ataupun pendeta menyebarkan agama Hindu dan Buddha di
Tanah Melayu. Seterusnya, pengaruh budaya turut dibawa oleh pedagang atau Vaisya
maka kebudayaan India yang menarik telah diambil dan disesuaikan dengan budaya
tempatan. Kerajaan tempatan dan masyarakat Melayu juga memeluk agama Hindu sebelum
kedatangan agma Islam.
2.3 Tamadun China
Bagi Tamadun China pula, Mohd Razimi Husin (2013) berpendapat bahawa interaksi
Tamadun China dan Tamadun Melayu bermula sebelum Masihi sejak Dinasti Han (140-117
SM). Menurut beliau, catatan Geografi telah menjelaskan pelayaran utusan Maharaja Wu Di
ke India adalah perlu melalui Semenanjung Tanah Melayu. Dalam hal ini, perniagaan sistem
barter telah wujud dan proses perniagaan telah menyebarkan budaya masyarakat China.
Semasa Dinasti Tang (618-907 M), hubungan diplomatik juga turut terbina dengan melalui
pembukaan tujuh jalur jalan dagang yang salah satunya menyabung Alam Melayu dengan
China. Menurut Liang Liji (1996) pula, persembahan ufti dan balasan barangan berharga
antara raja juga turut menyebabkan wujudnya perhubungan diplomatik. Dalam konteks ini,
bahan dagangan dan teknologi dagangan turut dibawa ke tanah Melayu. Perkahwinan

2
antara orang Cina dan orang Melayu juga mewujudkan etnik Bapa-Nyonya yang kaya
dengan kebudayaan tersendiri.
Secaran umumnya, interaksi tamadun sebagaimana yang dibincangkan di atas telah
menyebabkan asimilasi budaya berlaku dan kadangkala masyarakat tidak menyedari
bahawa tradisi yang sudah berakar umbi adalah dipengaruhi oleh budaya tamadun lain. (Nik
Hassan Shuhaimi, 2012) Budaya Tamadun China, Tamadun India dan Tamadun Islam juga
turut berinteraksi dengan budaya Tamadun Malaysia selepas kemerdekaan atas faktor
penghijrahan demi mendapat taraf hidup yang lebih baik, keselamatan dan peluang
pekerjaan.

3.0 Bahasa
3.1 Sumbangan Tamadun Islam Dalam Konteks Bahasa
Antara sumbangan tamadun Islam kepada Tamadun Malaysia ialah Bahasa Arab
yang dibawa bersama agama Islam. Pada hari ini, bahasa Arab masih dipelajari oleh muslim
di Malaysia secara formal maka secara tidak formal dalam kehidupan seharian. Dalam hal
ini, bahasa Arab biasanya digunakan dalam upacara Masjid maka digunakan sebagai
bahasa ilmu dalam mempelajari dan menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat dan
undang-undang syariah. (Mahdi Bin Shuib, 2013)
Selain itu, Bahasa Arab juga membantu meluaskan kosa kata Bahasa Melayu yang
berkaitan dengan keagamaan. Mohd Razimi Husin (2013) percaya bahawa pemindahan
ilmu agama Islam kepada bahasa Melayu oleh pendakwah Arab telah mengembangkan ilmu
maka meluaskan kosa kata bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Dari perspektif Sejarah pula, tulisan jawi telah menjadi tulisan rasmi kepada bahasa
Melayu sebelum digantikan dengan tulisan rumi. Dalam hal ini, tulisan jawi adalah
mengambil huruf bahasa Arab dalam penulisan Melayu. (Mohd Razimi Husin, 2013)
Misalnya, slogan "Bersekutu Bertambah Mutu” telah ditulis dalam bentuk tulisan jawi pada
jata Negara. Ia juga digunakan dalam hal ehwal kesultanan, pentadbiran, keagamaan dan
undang-undang. Justeru, tulisan jawi masih penting sebagai alat pengantar persuratan serta
alat penyampaian dan penyebaran. Huruf-huruf jawi juga dimasukkan ke dalam sistem
penulisan bahasa Melayu dan masih dapat dijumpai di dalam Kamus Dewan. Dari aspek
arkeologi juga, batu bersurat tulisan jawi di Terengganu juga menunjukkan hasil interaksi.
3.2 Sumbangan Tamadun China Dalam Konteks Bahasa
Seterusnya, Ros Aiza Mohd Mokhtar (2011) berpendapat bahawa imigran dan
pedagang daripada China telah membawa 7 dialek utama dari China, iaitu Mandarin, Wu,
Hunanis, Kiangsi, Hakka, Katonis dan Fukien ke tanah Melayu dan menggunakan mereka
dalam pergaulan seharian sehingga penduduk tempatan berpeluang mempelajari dan

3
menguasai dialek tersebut. Bahasa Cina dan tulisan Mandarin masih dipelajari dan
digunakan dalam masyarakat Malaysia.
Ros Aiza Mohd Mokhtar (2011) juga merumuskan pendapat Za’ba bahawa beberapa
istilah Cina telah diserap ke dalam bahasa Melayu dalam pelbagai bidang. Misalnya,
makanan dan buah-buahan (bihun, cincau dan tauhu), pakaian (tocang, gincu dan koyok),
barangan dagangan (candu, tokok dan kaci), peralatan rumah (beca, loceng dan cawan),
manusia (Apek, taukey, amoi) serta perayaan (tanglung dan angpau).
Bagi golongan Baba dan Nyonya, iaitu komuniti lelaki Cina yang berhijrah ke Tanah
Melayu lalu berkahwin dengan masyarakat Melayu tempatan, mereka bukan sahaja
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan malah dalam institusi keluarga.
Dialek bagi Baba Nyonya juga berbeza dengan bahasa Melayu baku maka mempunyai
banyak kata pinjaman daripada bahasa Cina terutamanya dialek Hokkien yang berkaitan
dengan adat, kekeluargaan dan agama. (Noor Sham Abdul Hamit, 2008)
3.3 Sumbangan Tamadun India Dalam Konteks Bahasa
Seterusnya, kosa kata bahasa Tamil juga dipinjam oleh Bahasa Melayu dari aspek
budaya dan seni (seloka, gurindam), peralatan (katil, tali dan peti), manusia dan panggilan
(bapa, emak dan sami), makanan dan minuman (apam, canai, kari) serta lain-lain (curi,
jodoh dan loham) untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. (Noor
Sham Abdul Hamit, 2008)
Melalui interaksi dengan Tamadun India, agama Hindu dan Buddha yang tersebar
sebelum kedatangan agama Islam turut membawa masuk bahasa Sanskrit sebagai bahasa
pengantar agama Buddha dan Hindu, bahasa pemerintahan dan bahasa ilmu. Dalam hal ini,
bukti yang kukuh telah dijumpai pada batu bersurat bahasa Sanskrit yang di Lembah
Bujang, Kedah. Lebih-lebih lagi, terdapat juga banyak kata pinjman bahasa Sanskrit bahasa
Melayu seperti berikut. (Nik Hassan Shuhaimi, 2012)
Bahasa Saznskrit Bahasa Melayu
Dosa Dosa
Dukkha Duka
Manusa Manusia
Phala Pahala
Rupa Rupa
Samsara Sengsara

4.0 Kesenian

4
Dari aspek kesenian pula, interaksi dengan tamadun-tamadun telah membanyakkan
seni warisan dari aspek seni pakaian, seni persembahan, seni mempertahankan diri, seni
visual, seni muzik, seni kraf tangan dan juga seni bina.
4.1 Sumbangan Tamadun Islam Dalam Konteks Kesenian
Dengan penyebaran agama Islam, pelbagai istana, masjid, surau dan madrasah
telah dibina untuk tujuan keagamaan dan pentadbiran. Dalam hal ini, kebanyakan bangunan
telah dibina berdasarkan unsur Islam. Misalnya, bangunan yang dibina biasanya mempunyai
motif tumbuh-tumbuhan, motif alam sekitar, geometri dan tulisan jawi. Dalam hal ini, motif
yang melibatkan manusia dan haiwan telah dielakkan untuk mengelakkan penyembahan
terhadap motif tersebut. Terdapat juga madrasah-madrasah bersejarah yang dikekalkan
sehingga hari ini seperti Madrasah Khairiyah di Segamat dan Madrasah Haji Taib di Muar.
(Noor Sham Abdul Hamit, 2008)
Menurut Ros Aiza Mohd Mokhtar (2011) pula, interaksi Tamadun Malaysia dengan
Tamadun Islam juga membawa maksud kebendaan maka menghasilkan kebendaan baru
dari aspek pakaian, makanan, wang syiling dan batu bersurat sebagai hasil seni.
4.2 Sumbangan Tamadun China Dalam Konteks Kesenian
Dari aspek interaksi dengan Tamadun China, masyarakat Cina telah membawa
masuk kepercayaan Feng Hsui yang merupakan sistem estetika Cina dalam menyusun
barangan di rumah dan menghiaskan rumah. Lebih-lebih lagi, sebahagian masyarakat Cina
juga masih mengamalkan budaya memuja roh nenek moyang sejak zaman Shang dengan
makanan, duit kertas dan barangan perhiasan yang diperbuat daripada kertas seperti
kereta, haiwan dan rumah.
Seterusnya, ukiran kayu telah digunakan sebagai hiasan pada dinding, tiang-tiang
dan bahagian-bahagian tertentu bagi bangunan terutamanya di rumah dan kuil. Terdapat
juga bangunan tradisional Cina yang dibina melalui penebukan lubang dan dicantum dengan
rapi dan kukuh tanpa menggunakan pahu ataupun peringkat. (Noor Sham Abdul Hamit,
2008)
Dari aspek seni mempertahankan diri, wushu masih dipelajari oleh masyarakat Cina
maka masyarakat berbilang kaum di Malaysia sebagai aktiviti kecergasan badan dan
pertahanan diri sehingga ke hari ini. Pada hakikatnya, sesetengah Kung Fu Tai-chi dan Chi
Kung adalah berkaitan fungsi rawatan dan fungsi mengurangkan tekanan. (Ros Aiza Mohd
Mokhtar, 2011)
Seterusnya, kesenian muzik klasik Cina juga merupakan muzik yang paling lama dan
berkembang pesat di dunia. Alat-alat muzik Cina juga mempunyai kategori yang berbeza
dari aspek bahan akustik serta cara memainkan mereka. Pada dasarnya, bahan-bahan unik
telah digunakan untuk menghasil alat muzik termasuk tanah liat, kulit, sutera, labu dan
buluh. Cara memainkan alatan muzik juga merangkumi cara meniup, cara gendering, cara

5
memetik dan cara menggesek. (Noor Sham Abdul Hamit, 2008) Bagi aspek fahaman muzik
pula, buku-buku klasik seperti Li Ji (Rekod Ritual) dan Yue Ji (Rekod Muzik) yang mencatat
pendapat tokoh-tokoh yang berminat terhadap teori muzik seperti pendapat Confucius juga
turut dibawa masuk.
Kaligrafi Cina pula merupakan seni menggunakan berus Cina dalam menulis
perkataan Cina pada permukaan kain sutera ataupun kertas untuk tujuan membuat pakaian,
bahan tontonan umum ataupun penyampaian mesej. Dalam hal ini, tulisan Cina yang dicipta
juga unik dan mempunyai 11 strok asas yang perlu ditulis dalam urutan yang tetap. Ia juga
bukan bersifat fonetik tetapi sebaliknya berbentuk grafik. Jadi, tulisan kaligrafi adalah agak
memerlukan latihan untuk menulis setiap perkataan dengan kemas, cantik dan kreatif.
(Mohd Razimi Husin, 2013) Setiap tulisan kaligrafi Cina juga berbeza mengikut penulis, garis
huruf, bentuk dan struktur. Tulisan kaligrafi juga masih dipentingkan dalam subjek Bahasa
Cina sehingga hari ini.
Seterusnya, hasil seni juga dibawa masuk dari China apabila utusan dari China yang
diketuai oleh Laksamana Cheng Ho membawa anugerah alat kebesaran seperti cap mohor,
pakaian sutera dan sekaki payung kuning untuk dihadiahkan kepada Parameswara pada
tahun 1405. (Lew H. Men et al., 2014)
4.3 Sumbangan Tamadun India Dalam Konteks Kesenian
Seterusnya, interaksi dengan Tamadun India telah mempengaruhi aspek seni bina
dan mewujudkan peninggalan arkeologi yang unik. Dalam hal ini, candi di Lembah Bujang
Kedah merupakan salah satu candi di Asia Tenggera yang digunakan sebagai rumah ibadat
dan tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya. Ia juga dipercayai pembinaan
candi pada zaman tersebut melambangkan keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan
seni bina. Seterusnya, arca Buddha yang ditemui di tapak 16 A Lembah Bujang
menunjukkan ciri campuran antara gaya samath dari India dan langgam seni arca tempatan.
Arca Avalokitesvara juga didapati digunakan sebagai asas pelapik tiang candi di tapak 21.
(Nik Hassan Shuhaimi, 2012)
Bagi peninggalan arkeologi di Lembah Bujang bahagian Seberang Perai, terdapat 70
buah tapak arkeologi telah dikenalpasti dan 7 daripada mereka telah dibina semula Lantai,
iaitu Candi di Estet Sungai Batu, Candi di Bukit Batu Pahat, Candi di Pendiat dan Candi di
Pangkalan Bujang. Ahli arkeologi juga menjumpai banyak tinggalan seperti tembikar tanah,
tembikar China, barangan kaca, manik, patung agama Hindu dan Buddha serta pelbagai
jenis bahan binaan dan struktur binaan di candi. (Lew H. Men et al., 2014)
Bagi batu bersurat yang ditemui di Lembah Bujang, Kedah juga, ahli arkeologi berpendapat
bahawa tukang batu bersurat tersebut adalah mempunyai kemahiran memahat yang tinggi
maka penulisnya juga mempunyai asas yang kukuh menggunakan bahasa Sanskrit. (Nik
Hassan Shuhaimi, 2012)

6
Interaksi dengan Tamadun India juga membawa masuk budaya seperti pakaian sari
dan dhoti, Tarian Bharata Natyam dan Tarian Kathak, makanan roti canai dan kari, perayaan
Deepavali, alat muzik Dholak dan Sitar, adat perkahwinan merisik, wayang kulit serta
solekan berdarkan pokok Inai.
5.0 Kesusasteraan
5.1 Sumbangan Tamadun Islam Dalam Konteks Kesusateraan
Seterusnya, pelbagai hasil karya Islam telah menjadi bahan bacaan penulis
tempatan lalu mempengaruhi pemikiran mereka dan gaya penulisan. Misalnya, Al-Quran,
ilmu fiqah, tauhid, tasawuf, Hadis, kitab Dar al-Manzum, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah. Sebagai kesanya, sastera Melayu telah diadaptasi dengan cerita-
cerita Arab Islam dan hasil karya sastera sebegini juga masih dipelajari oleh murid Sekolah
Menengah di Malaysia seperti Hikayat Umar Umaiyah. (Mahdi Bin Shuib, 2013)
Terdapat juga banyak sastera Melayu yang bertemakan Islam ditulis seperti Hikayat
Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabidan Rasul dan Hikayat Para Pahlawan Islam yang
dikarya oleh penulis tempatan. Bagi puisi pula, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri
dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri adalah dipercayai sebagai karya sastera hasil
interaksi dengan Tamadun Islam. (Mahdi Bin Shuib, 2013)
Seterusnya, karya bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis dan
Bustanus-Salatin turut dicatat dalam buku Sejarah. Ia juga dipercayai hasil karya Melayu
Arab mempengaruhi cara pendokumentasian dan aspek tema, bentuk, genre serta matlamat
bagi karya sastera tempatan. (Mahdi Bin Shuib, 2013) Sasterawan tempatan juga
terpengaruh untuk menghasilkan karya sastera meliputi cabang-cabang ilmu fiqah, ilmu
tasawuf, ilmu kalam, falsafah, sejarah Islam dan agama Islam tanpa dikongkong untuk
menghasilkan karya-karya bercorak fiksyen.
5.2 Sumbangan Tamadun China Dalam Konteks Kesusateraan
Seterusnya, karya falsafah perang Sun Tzu “The Art of War” yang bertemakan selok-
belok perang telah dibawa ke Tanah Melayu dan karya ini masih diulang cetak ke dalam
pelbagai bahasa untuk digunakan dalam dunia perniagaan. (Noor Sham Abdul Hamit, 2008)
Bagi prosa pula, karya Shih Chi yang merangkumi tajuk perbincangan tentang sosial,
sejarah, kerajaan, pemimpin dan aspek ilmu pengetahuan telah ditulis oleh Su-ma Chien
sebagai catatan Sejarah turut diajar di sekolah Cina Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.
Begitu juga dengan karya puisi oleh Tu Fu dan Li Po. 9 buah buku suci, iaitu Five Classics
dan The Four Books yang dikarya oleh Kun-Fu seperti Shih Ching (Book of Poetry or
Songs), Li Chi (Book of Rites), Lun Yu (Analects atau Dialogues of Confucius) dan lain-lain
juga turut dipelajari oleh masyarakat Cina hari ini. (Noor Sham Abdul Hamit, 2008)
Genre sastera klasik Cina seperti puisi, prosa, drama dan fiksyen juga
mempengaruhi karya tempatan seperti Antologi China yang terawal ialah Shi Jing yang

7
mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat. Prosa klasik ataupun
guwen yang mendominasu sastera klasik Cina juga turut dipelajari oleh masyarakat Cina
Malaysia.
5.3 Sumbangan Tamadun India Dalam Konteks Kesusateraan
Tamadun India juga kaya dengan pelbagai kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil
yang ditulis dengan bahasa Sanskrit. Misalnya, epik Ramayana yang menceritakan
peperangan antara 2 orang tentera dan Mahabharata yang merupakan cerita inkarnasi
Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan
isterinya, Sita. Pada hakikatnya, karya-karya satera telah menyumbang unsur mitos dalam
kesusasteraan klasik Tanah Melayu maka wujudlah naskah yang kemudian bagi epik-epik
ini. Misalnya, karya lanjutan Mahabharata seperti Hikayat Pendawa Jaya dan naskah
tambahan Epik Ramayana Hikayat Seri Rama telah ditulis oleh penulis tempatan.
Puisi dan prosa vedik, epik dan sajak di Tanah Melayu juga dipengaruhi buku-buku
agama Hindu, lagu-lagu agama Hindu dan hukum agama Hindu. (Ros Aiza Mohd Mokhtar,
2011)

6.0 Penutup
Kesimpulannya, interaksi Tamadun Malaysia dengan tamadun-tamadun lain telah
menyebabkan Tamadun Malaysia semakin maju dari aspek kesenian, kesusasteraan dan
bahasa. Penyesuaian budaya yang berlaku turut mengasaskan hasil seni, hasil sastera dan
kewujudan bahasa yang unik dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat, mempelbagaikan
budaya masyarakat dan memajukan sektor pelancongan.

8
Rujukan
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa
dan Pustaka. Diakses Mac 10, 2019 daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu:
prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=malaysia

Lew H. M. et al. (2014). Success Sejarah SPM. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Liang, Liji. (1996). Lembaran Sejarah Gemilang Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming
Abad Ke-15. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mahdi Bin Shuib. (2013). Ketamadunan Manusia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Mohd Razimi Husin. (2013). Siri Pendidikan Guru: Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nik Hassan Shuhaimi. (2012). Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Sham Abdul Hamit. (2008). STPM & PRA-U: Teks Dan Rujukan Lengkap Sejarah
Kertas
1. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Diakses Mac 10, 2019 daripada Google
Books: https://books.google.com.my/books?id=fiTzg88b0X4C&pg=PA159&dq=The+
Four+Books+Lun+Yu+
(Analects+atau+Dialogues+of+Confucius)&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiBzdjjrJXhAh
Wq6XMBHSP_BW8Q6AEIKjAA#v=onepage&q=The%20Four%20Books%20Lun
%20Yu%20(Analects%20atau%20Dialogues%20of%20Confucius)&f=false

Ros Aiza Mohd Mokhtar. (2011). Tamaduun Islam dab Tamadun Asia (TITAS). Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Wawasan Open University. (n.d.). Konsep dan Pengertian Tamadun. Pulau Pinang:
Wawasan
Open University. Diakses Mac 10, 2019 daripada Pressbook Pengajian Islam:
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/konsep-dan-pengertian-tamadun/

Anda mungkin juga menyukai