Anda di halaman 1dari 21

KAJIAN ISU SEMASA

BULI
Disediakan oleh:
Muhammad Syahmi b. Aziz
Kursus: 1TK
13hbFeb2016

1
ISI KANDUNGAN
1. Sekapur sireh
2. Pengenalan

3. Definisi buli dan penyataan masalah


4. Dapatan kajian
5. Persepsi pelajar tentang perlakuan buli
6. Kekerapan dibuli dan pengalaman mangsa dibuli
7. Persepsi guru tentang perlakuan buli di sekolah
8. Siapakah yang sering dibuli dan membuli
9. Kenapa mereka dibuli
10. Adakah perempuan terlibat
11. Jenis jenis buli?
12. Kesan buli.
13. Cara cara mengatasai buli di sekolah
14. Cadangan
15. Cadangan untuk kajian akan datang
16. Refleksi dan Rujukan

2
 SEKAPUR SIREH
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya panjatkan kesyukuran
kerana dengan limpah kurnia dan hidayatNya dapatlah saya menyiapkantugasan yang
diamanahkan ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga saya ucapkan kepada pensyarah Kemahiran Belajar bagi bahasa
Melayu semester 1 Puan Fadzillah bt Ishak telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan
juga bimbinganyang terbaik kepada saya dan juga kawan-kawan sekelas dalam
menyempurnakan tugasan ini.
Selain itu, terima kasih ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa
dan keluarga yang selama ini telah banyak memberikan semangat dandorongan kepada saya
supaya menyiapkan sebarang tugasan yang diberikanoleh para pensyarah.
Tidak lupa juga kepada rakan
rakan sekelas yang telah banyakberkongsi ilmu pengetahuan, sudi menghulurkan sebarang k
erjasama,bantuan dan komitmen dengan seikhlas hati mereka dalam menyempurnakan
tugasan yang diberi dengan jayanya
3
Pengenalan
 
 Masalah buli dalam kalangan para pelajar.
Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kes
rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuhtelah menimbulkan kebimbangan
segenap lapisan masyarakat di seluruhnegara. Sayangnya kita sering melihat sebilangan pihak
hanya bertindakdengan menuding jari mencari siapa yang bersalah tanpa
mengembelingtenaga dan usaha bagi mencari formula dan tindakan untuk
menyelesaikanmasalah ini. Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana dianggap cuai
mendidikanak-anak mereka di rumah.
Sering kali pula guru-guru dipersalahkan keranatidak dapat mendisiplinkan pelajar
mereka di sekolah.Bagi menangani masalah ini, kita perlu memahami apakah punca
yangmenyebabkan perlakuan buli ini wujud di kalangan pelajar? Apakahsebenarnya yang
dikatakan `buli’?
Adakah pihak sekolah menyedari kewujudan masalah-masalah ini dan apakah langkah
dan program intervensiyang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan sekolah
sebagaitempat yang selamat untuk memastikan program pendidikan dapat berjalandengan
lancar dan sempurna.Usaha yang bersepadu antara semua pihakamat penting bagi mencari
punca dan menyelesaikan kemelut ini daripadamerebak dan seterusnya menggagalkan hasrat
dan aspirasi negara ini. 
Kajian ini cuba untuk mencari apakah wujud tingkah laku buli, punca
kewujudanperlakuan buli, kategori perlakuan buli,persepsi guru dan
pelajar terhadapperlakuan buli di kalangan pelajar di sekolah menengah?

4
  Definisi Buli 

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah
mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

Ada maksud lain yang menyatakan bahawa bulibermaksud tingkah laku agresif sama ada
dalam bentuk fizikal ataupsikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan
iabertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram danharmoni.

Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatanyang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsaserta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada
orang lain.

5
5
 Pernyataan Masalah

Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosipelajar dan


keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasiserangan suatu pihak di mana
penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk
membalas semula.

Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak
negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa bulidan
juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah lakuini.

Persepsi yang tepat tentang akibat dan kesan perlakuan buli ini dapatmembantu
sama ada pembuli dan mangsa buli mendapatkan bantuanpemulihan. Adalah jelas sejak
beberapa dekad kebelakangan ini, perlakuanbuli merupakan masalah yang memerlukan
pencegahan dan intervensi(Greenbaum, Turner, dan Stephens,1989; Wilson, 1992).

Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini di
sekolah. Persepsi serta kepirihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda-
tanda awal perlakuan buli adalah amat penting untuk merangka strategipencegahan dan
intevensi bagi menangani masalah perlakuan buli di sekolah

6
 Dapatan Kajian
Kekerapan dan Kategori Perlakuan Buli Yang Dilaporkan Oleh Pelajar-Pelajar
Sekolah Menengah di Daerah Batu Pahat. Berdasarkan kajian yangtelah dilakukan
kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan oleh pelajar sekolah menengah di daerah
Batu Pahat secara keseluruhannya beradapada tahap sederhana dengan min skor 2.72 dan
sisihan piawai 0.75.Sementara itu perlakuan buli secara verbal (min skor = 3.17, sisihan
piawai =0.88) merupakan perlakuan buli yang paling kerap berlaku berbandingperlakuan
buli secara fizikal (min skor = 2.55, sisihan piawai = 0.91).

Kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain denganpanggilan nama
yang buruk merupakan kategori perlakuan buli secara verbalyang paling kerap dilihat
berlaku di sekolah (min skor = 3.98, sisihan piawai =1.27) diikuti dengan perlakuan
menyinggung perasaan, mempersendakan,mencemuh, mengajak untuk bergaduh dan
mengancam untuk memukul dan mencederakan pelajar lain. Menolak pelajar lain
merupakan jenis perlakuan buli secara fizikal yang paling kerap dilihat berlaku di sekolah-
sekolah menengah daerah Batu Pahat dengan min skor 3.27 dan sisihan piawai 1.39.

Dapatan kajian ini mendapati bahawa dalam kelas (min skor = 2.83, sisihan piawai =
1.49) merupakan lokasi di mana perlakuan dilihat paling kerap berlaku diikuti semasa rehat
,dalam perjalanan sekolah dan dalam perjalanan ke sekolah.

7
kanperlakuan buli di sekolah.
 Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.

awa gurudan pelajar perlu sal


Dapatan kajian menunjukkan, pernyataan `kerana mereka meyakitkanhati saya’ merupakan
alasan buli yang paling utama (min skor = 3.42 , sisihanpiawai = 1.17) dilaporkan oleh para pelajar
sekolah menengah daerah BatuPahat. Ini diikuti dengan alasan untuk membalas semula, kerana
orang lainmelakukannya, untuk suka-suka, untuk mendapatkan sesuatu atau wang,untuk

akuan buli ini.Vandalisma at


menunjukkan kekuatan dan akhir sekali kerana mereka (mangsa buli)adalah pengecut.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap alasan untuk membuli
pelajar lain berada pada tahap sederhana(min skor = 2.66, sisihan piawai = 0.80). Pelajar-pelajar
sekolah menengahdaerah Batu Pahat mempunyai persepsi yang tinggi terhadap keupayaanmereka

rupakan isukeselamatan yang


untuk menentang dan menghentikan pelajar sebaya mereka daripadamembuli mereka (min skor =
2.97, sisihan piawai 1.22). Secarakeseluruhannya persepsi pelajar terhadap pencegahan buli
berada padatahap yang tinggi (min skor = 3.95, sisihan piawai = 0.69). Majoriti pelajar percaya
bahawa guru dan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikanperlakuan buli di sekolah.(89.8

Batu Pahatmenurut persepsi p


peratus). Mereka juga bersetuju bahawa gurudan pelajar perlu saling bekerjasama bagi
menghentikan perlakuan buli ini.Vandalisma atau merosakkan harta benda sekolah merupakan
isukeselamatan yang paling serius di sekolah menengah daerah Batu Pahatmenurut persepsi pelajar.
Ini diikuti dengan isu-isu aktiviti kumpulan samseng,perlakuan buli, keganasan

mpulan samseng,perlakuan bu
fizikal, ancaman verbal, ancaman untuk  dicederakan semasa dalam perjalanan ke sekolah
dan ancaman untukdicederakan dalam perjalanan pulang dari sekolah.Secarakeseluruhannya,
persepsi pelajar terhadap isu-isu keselamatandi sekolah berada pada tahap sederhana. Ini
menunjukkan wujudnyakesedaran dan sikap pelajar terhadap isu keselamatan persekitaran dan

ncaman untuk
tingkah laku di sekolah.

7 8
 Kekerapan DiBuli dan Pengalaman Mangsa Buli.
Daripada 480 orang responden yang dikaji, hanya 109 orang (22.7peratus)responden
menyatakan bahawa mereka pernah dibuli. Dari jumlah ini hanya2.5 peratus responden menyatakan
mereka telah dibuli setiap hari, 2.7peratus menyatakan mereka dibuli 1 atau 2 kali seminggu, 5.6
mereka kadang-kadang (1 atau 2 kali sebulan) dibuli dan 11.9peratus lagi menyatakan mereka jarang
(1 atau 2 kali setahun) dibuli.Dapatan jelas menunjukkan tahap kekerapan perlakuan buli di sekolah
menengah daerah Batu Pahat berada pada tahap yang rendah (min skor =1.41, sisihan piawai =
0.91). 

Tahap kekerapan perlakuan buli yang dilaporkanini jauh lebih rendah daripada dapatan kajian
yang dijalankan oleh Smith danSharp (1994), di United Kingdom yang mendapati 4 peratus daripada
pelajar yang disoal selidik melaporkan bahawa mereka telah dibuli sekurang-kurangnya 1 kali
seminggu.

Berdasarkan laporan mangsa buli, dapatan kajianini juga mendapati bahawa perlakuan buli
secara verbal merupakanperlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mangsa buli
berbandingperlakuan buli secara fizikal. Berbeza dengan laporan pelajar yang melihatperlakuan buli,
mangsa buli melaporkan bahawa perlakuan buli secara verbalyang paling kerap dialami oleh mereka
adalah mereka sering disinggungperasaan, diikuti dengan cemuhan, diejek dengan panggilan nama
yangburuk, dipersendakan, diajak untuk bergaduh dan akhir sekali diancam untuk dicederakan.

9
  Persepsi Guru Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.
Seiring dengan pelajar, secara keseluruhannya persepsi guru sekolahmenengah daerah
Batu Pahat terhadap pencegahan buli berada pada tahapyang tinggi(min skor = 4.31, sisihan
piawai = 0.53). Majoriti guru ( 95.3peratus) berpendapat guru dan pelajar perlu saling
berkerjasama untukmenghentikan perlakuan buli di sekolah.

Mereka juga bersetuju supaya gurudan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikan
perlakuan buli di sekolah.Ini diikuti dengan pernyataan pelajar seharusnya saling membantu
bagi menghentikan perlakuan buli, guru juga seharusnya cuba untukmenghentikan perlakuan
buli, mereka secara sendirinya perlu cuba untuk menghentikan perlakuan buli, berminat untuk
memperkatakan masalahperlakuan buli dengan guru-guru lain dan akhir sekali pelajar
bolehmendapatkan bantuan daripada seseorang untuk mengelakkan merekadaripada dibuli.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa para guru mempunyaiperspsi dan kesedaran yang


positif terhadap pencegahan perlakuan buli disekolah `Untuk membalas semula atau
untuk membalas dendam’ merupakanalasan membuli yang paling utama menurut persepsi
guru.Ini diikuti dengan alasan kerana mereka meyakitkan hati rakan, untukmenunjukkan
kekuatan, untuk suka-suka, kerana mereka adalah pengecut,kerana orang lain melakukannya
dan akhir sekali untukmendapatkan sesuatuatau wang. Ini amat berbeza dengan persepsi
pelajar yang menyatakan`kerana seseorang telah menyakitkan hati saya’ merupakan alasan
membul

10
  Siapakah yang sering membuli dan dibuli. 

 Pembuli

Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, danenam.Bertubuh


besar, tegap, dan tinggi.Melibatkan sekumpulan pelajar danbiasanya usia mereka adalah
sebaya.Membuli satu cara untukmenghilangkan perasaan bosan di sekolah.Kejayaan
membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah
digertak.

 Dibuli

DiMalaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah


iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolahrendah.mereke yang bertubuh
kecil.Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akanmenjadi sasaran.Pelajar baru di sekolah.

11
 Siapakah yang sering membuli
 Kenapakah mereka sering membuli?

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli.Antara sebabnya


adalah:Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untukmengubah tingkah
laku pelajar.Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas
hati mereka.

Mereka pernah menjadi mangsabuli.Gangguan personaliti seperti antisosial


golongan yang tidak pernahberasa bersalah apabila membuat kesilapan.Individu yang
gagalmengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat padakanak-
kanak cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernahmengambil peduli
perasaan orang lain.

11
12
  Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?

Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki.Tapi, ia silap.


Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatantersebut. Biarpun peratusannya agak
sedikit, namun perkara tersebut mampumendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak
dibendung.

Buli dalam kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekandari segi fizikal.


Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadangemuk dan kulitnya gelap,
mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikanbahan ejekan.

Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidakterlalu ganas seperti


pelajar lelaki.Antara faktor perdana yang menyebabkan pelajar perempuan terlibatsama
dalam gejala buli ialah:Pengaruh rakan sebaya. Misalnya, golongan-golongan kaya
biasanyaakan mencaci dan mengejek golongan yang miskin.Hal ini kerana merekamerasa
hina dan malu bergaul dengan golongan miskin.

13
 JENIS-JENIS BULI

 Buli fizikal
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang,menarik rambut,
menolak, mencubit, atau sepak terajang hinggamenyebabkan kecederaan.Paling
ganas boleh menyebabkan kematian.

 Buli mental
Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapapelajar
agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang
membuli.Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatianmedia massa, ia
sebenarnya serius berlaku di sekolah

13
14
 Kesan buli
1.Pembuli Kesan luaran:

Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadipenjenayah.Bertindak agresif


apabila dewasa seperti merogol, merompak,atau menjadi seorang pendera terhadap
isteri. 

2.Kesan luaran
Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untukmengembalikan
harga diri yang hilang akibat dibuli.Mereka akan mengalamikecederaan dan mungkin
juga kematian

3.Kesan dalaman
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja,sanggup melakukan
sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu kesekolah, dan sebagainya.
Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan dirisendiri kerana merasakan diri mereka tidak
berguna.

15
 Cara-cara mengatasi masalah buli disekolah.
 Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi
seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan
Psikologi Malaysia, Datin Dr. NoranFauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk
menangani masalah buliiaitu:

 Tahap sekolah
 Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yangberlaku di sekolah
masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan
meminta para pelajar mengisi borang soalselidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga
boleh menulis kes-kesbuli yang telah mereka alami.
Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah
dirahsiakan.Pihak sekolah perlumempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini
bukan sahajadilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan
risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.Maklumat yang
terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli,petua mudah untuk menangani insiden
buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-
884774.Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada
pembuli.Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secaratidak langsung
dapat mengekang kejadian gengster.
15

16
 Tahap kelas
Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar
tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan
sebagai tingkah laku buli(psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap
atau dilapor melakukannya.
Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku
buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam failpelajar.
Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan
tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa ataup enjaga dengan sekolah.Selain itu, guru-guru juga
hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

  Tahap individu
Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa.Jawatankuasa penyelaras antibuli
hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli
dan mangsa,tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.
Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap
tingkah laku empati (daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak
agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa

16 17
 Cadangan

Berdasarkan dapatan, perbincangan dan rumusan daripada


kajian yangdijalankan,penyelidik ingin memberi beberapa cadangan yang
boleh dipertimbangkan oleh pihak Kemeterian Pelajaran, JPN, PPD, pengetua, guru-guru
dan ibubapa khususnya di daerah Batu Pahat.Oleh kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapatnya hubungan yang sederhana antara program intervensi dengan kekerapan bulidi
sekolah makadicadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran dapat merangka danmewujudkan
model program anti buli yang khusus bagi mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di
sekolah-sekolah.
Model ini dapat dijadikan rujukandan panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara.
Ianya dapat dijadikan sebagai asas kepada pembentukan program anti perlakuan
buli yangdisalurkan melalui kurikulum sekolah. Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis
panduan umum kepada semua sekolah tentang perlakuan buli serta bagaimana pihak sekolah
dapat menangani masalah tersebut di sekolah.  
Dapatan kajian juga mendapati pelajar merasakan pihak guru kurang meyokong dan
memberi perhatian terhadap masalah perlakuan buli yangdialami oleh mereka maka dicadangkan
pihak Kementerian Pelajaran merangka sertamembentuk program latihan kepada guru-guru
tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli di kalangan
pelajar sekolah.

18
 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

Dapatan kajian ini mengesahkan dapatan kajian terdahulu danbeberapa andaian awal
terhadap persepsi pelajar dan persepsi guru tentangperlakuan buli di sekolah menengah.
Walaubagaimanapun terdapat dapatan yang memerlukan kajian lanjutan untuk mengesahkan
dan mencari faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.Antara kajian lanjutan yang dirasakan
wajar dilakukan adalah seperti berikut;

 Kajian yang dijalankan ini meneroka persepsi guru dan pelajar tentang perlakuan buli di
lapan buah sekolah menengah daerah Batu Pahat. 
 Kajian lanjutan hendaklah dilakukan terhadap semua sekolah di daerah batu Pahat(25 buah
sekolah) untuk mendapatkan maklumat seterusnya mengesahkandapatan kajian.
 Responden kajian di setiap sekolah pula sebaik-baiknya mewakili 50 peratus daripada
populasi responden kajian. Kajian terhadap persepsi pelajar dan guru terhadap perlakuan
buli dikalangan pelajar sekolah menengah di daerah Batu Pahat ini menggunakan kaedah
kuantitatif.
 Adalah lebih bermakna sekiranya kajian lanjutan dapat menggabungkan kaedah
kualitatif bagi mendapatkan maklumat yang lebih

19
mpelajari danmelalui pelbagai
 REFLEKSI
Konklusinya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahrahmat dan kurniaNya saya
dapat menyiapkan tugasan ini bagi semester satu. Saya berasa berpuas hati dengan hasil kerja saya

sa
sendiri walaupun ianya kurang terperinci tetapi sekurang-kurangnya saya telah berusaha
untukmencari maklumat yang terbaik bagi menyiapkan kerja kursus ini. Sedikitsebanyak, kerja
kursus ini telah memberikan saya tentang
professionkeguruan dan kod etika keguruan, tugas dan tanggungjawab untukmeningkatkan
konsep

adapi pelbagai masalah seper
profession perguruan ini.Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan
lebihmendalam mengenai objektif sebenar tugasan ini. Dengan bantuan pensyarah yang berkaliber
yang mana beliau sanggup meluangkan masau ntuk memberi tunjuk ajar kepada saya.
Saya telah banyak mempelajari danmelalui pelbagai dugaan untuk menyiapkan tugasan ini.

di dalam tugasan ini. Saya ju
Semasamenyiapkantugasan ini, saya menghadapi pelbagai masalah seperti dalam mencarimaklumat
 untuk diletakkan di dalam tugasan ini. Saya juga menghadapi masalah apabila mencetak tugasan
saya disebabkan oleh kerosakan yang berlaku kepada printer secara tiba-

gasan saya disebabkan oleh


tiba. Walau bagaimanapun, semuanya membuatkan saya
menjadikan seorang guru yang baik masa hadapan.
menjadi lebih matang untuk

Bahan yang saya dapati cuma daripada tiga sumber sahaja iaitudaripada bahan ilmiah seperti

er secara tiba-
buku rujukan di pusat sumber dan sebagainya.Sumber kedua pula adalah melalui internet dan yang
terakhir ialah rujukan daripada ibu bapa saya sendiri. 
Sesungguhnya yang buruk itu datangdaripada Allah dan disandarkan kepada saya, dan 
yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.

a 20
Sekian, terima kasih…

21

Anda mungkin juga menyukai