Anda di halaman 1dari 5

6.

1 Pemerhatian

Sepanjang masa saya menjalankan PBS di SJK(C) Foon Yew 2, saya telah membuat
pemerhatian atas beberapa aspek sekolah ini, iaitu displin sekolah, hubungan antara
pihak sekolah dengan pelajar, hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa,
kawasan sekolah, kebudayaan sekolah dan juga keceriaan pesekitaran sekolah.

(a) Disiplin sekolah


 Mempunyai disiplin yang memuaskan
 Semua murid sekolah sentiasa bersikap teratur. Misalnya, pelajar balik
ke kelas sendiri secara bergilir gilir mengikut kelas sendiri.
 Semua murid akan masuk ke kelas selepas loceng berbunyi tanpa
merayu-rayu di luar kelas
(b) Hubungan antara pihak sekolah dengan pelajar
 Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar
 Guru dan pelajar akan berbual-bual dan bertukar pandangan mereka
tentang sesuatu perkara yang berlaku
(c) Hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa
 Guru mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa
 Ibu bapa akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap
pihak sekolah
(d) Infrastruktur
 Mempunyai kemuduhan asas yang lengkap
 Mempunyai bilik darjah yang mencukupi
 Menghadapi kekangan kekurangan kemudahan yang canggih seperti
projector, komputer dan juga smartboard
(e) Tahap kebersihan dan keceriaan
 Kebersihan persekitaran sekolah dijaga dengan baik
 Kebersihan persekitarab tandas memuaskan dan dihiaskan degan
ceria
 Pihak sekolah mementingkan keceriaan sekolah dan menghiaskan
kawasan sekolah dengan flora dan fauna.
6.2 Senarai Semak

Dalam tempoh saya menjalankan program PBS di SJK ( C) Foon Yew 2, Johor saya
telah menjalankan pemerhatian dan interaksi saya dengan komuniti sekolah tersebut
berdasarkan senarai semak yang disediakan. Hal ini kerana senarai semak tersebut adalah
sebagai dokumen bagi menyemak sama ada saya telah menjalankan semua aktiviti yang
perlu saya laksanakan dalam tempoh PBS di sekolah tersebut.

Berdasarkan senerai semak yang disediakan tersebut, kami dikehendaki untuk


menjalankan pemerhatian atas prasaranan dan kemudahan sekolah tersebut. Oleh hal yang
demikian, saya telah memerhatikan kemudahan dan prasarana yang berada di sekolah
tersebut berdasarkan elemen-elemen yang terkandung dalam senarai semak. Saya telah
mendapati bahawa sekolah tersebut mempunyai prasana dan kemudahan asas yang
lengkap. Kawasan sekolah tersebut adalah luas serta dilengkapkan dengan prasarana yang
baik seperti kantin, bilik mesyuarat,bilik pemulihan, bilik sains,bilik sukan dan sebagainya.
Sekolah ini juga mempunyai dua tapak dewan yang luas bagi tujuan tempat mengadakan
aktiviti bagi semua warga sekolah seperti perhimpunan, bermaian badminton dan
menjalankanlatihan sukan. Bilik darjah sekolah ini juga dilengkapkan dengan paparan jadual
waktu, jadual tugas dan tempat mempamerkan maklumat yang menarik yang berkait dengan
pengajaran dan pembelajaran murid-murid sekolah. Pelajar juga dihendaki menghiaskan
papan notis mengikut kreativiti pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa sekolah ini mempunyai
persekitaran yang bersih dan selera.

Konklusinya, saya berasa senarai semak ini adalah penting kepada saya dalam
proses saya semasa menjalankan program PBS. Hal ini demikian kerana senarai semak
tersebut dapat memberi sesuatu bimbingan kepada saya mengenai aktiviti-aktiviti yang perlu
saya laksanakan serta aspek-aspek yang harus saya perhatikan ketika saya melaksanakn
PBS di sekolah tersebut.
6.3 Temu Bual

Sepanjang proses saya menjalankan program PBS di SJK( C) Foon Yew 2, saya
telah mempunyai sempat untuk bertemu bual dengan beberapa guru,guru Guru Besar dan
kakitangan sekolah

Menurut guru yang ditemu bual, saya sudah mendapati bahawa tahap bahasa dalam
kalangan murid sekolah ini agak lemah sikit.Cadangan mentor saya untuk menyelesaikan
masalah adalah mereka cipta aktiviti yang dapat menarik minat murid untuk memepelajari
bahasa. Contohnya, menggunakan peta minda/menjalankan aktiviti berkumpulan. Saya juga
mencadangkan bahawa guru hendaklah menyediakan suasana membaca dalam kelas
Sediakan sudut membaca dalam kelas)serta memilih bahan membaca untuk murid mengikut
tahap murid yang berlainan.Saya sudah tahu bahawa cadangan untuk menyelesaikan
masalah ini.

Selain itu, saya juga memahami tanggungjawab dan tugas sebagai seorang
kakitangan ,iaitu security di sekolah. Melalui sesi bertemu bual dengan Guru Besar Foon
Yew 2, saya juga mendapati bahawa sekolah ini telah mempunyai pelbagai masalah disiplin
seperti masalah murid bergaduh, tidak mematuhi peraturan dan sebagainya.
7.1 Aktiviti
7.2 PERBINCANGAN/ INTERAKSI

Sepanjang saya menjalankan PBS di sekolah ini, saya telah dapat


mempertingkatkan teknik untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Antara instrumen
yang telah saya gunakan ialah pemerhatian, temu bual, senarai semak dan soal selidik.

Saya bersyukur kerana berpeluang untuk memahami peranan yang dimainkan oleh
setiap pihak di dalam sekolah. Misalnya ialah guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-
guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Saya mendapati setiap pihak telah
melaksanakan peranan masing-masing dan hal ini adalah amat penting untuk membina
sesebuah sekolah yang cemerlang.

Melalui interaksi dengan warga sekolah, saya telah lebih memahami pengurusan
sekolah dan budaya sekolah ini. Contohnya budaya di sekolah ini ialah murid di sekolah ini
bersopan santun. Apabila murid-murid bertemu dengan guru-guru, mereka akan memberi
salam kepada guru tersebut. Saya mendapati bahawa para guru di sekolah ini telah
menjalinkan hubungan yang erat dan sentiasa membantu antara satu sama lain. Pada
masa lapang, guru juga akan bertukar pengetahuan dan pengalaman yang ada dengan guru
lain. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga mempunyai persekitaran yang bersih dan prasarana
yang lengkap. Hal ini amat penting kerana apabila seseorang murid dapat belajar dalam
suasana yang selesa dan bersih, maka mereka akan mempunyai minat untuk belajar dan ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka.

Selain itu, saya juga mengetahui masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru di
sekolah ini. Antara masalah yang dihadapi ialah sesetengah murid tidak menyiapkan kerja
rumah yang diberi, pengetahuan am mereka adalah rendah, dan tahap pembelajaran setiap
murid adalah berbeza. Setelah perbincangan dengan guru, saya mendapati bahawa
masalah ini berlaku adalah disebabkan latar belakang keluarga yang berbeza, murid tidak
berminat untuk belajar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pihak sekolah telah
mengambil tindakan dan berusaha bersama-sama untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tuntasnya, saya telah mendapat banyak faedah dan ilmu pengetahuan melalui
perbincangan dengan warga di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai