Anda di halaman 1dari 2

Komen terhadap:

Titas merupakan satu subjek yang sesuati untuk semua kaum di Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana kandungan Titis bukan sahaja tamadun islam sahaja
tetapi merangkumi pelbagai tamadun yang dapat membantu membentuk sahsiah
serta nilai pelajar yang mempelajari subjek tersebut. Selain itu, Titis juga dapat akan
menyebabkan ‘worldview’ seseorang meningkat atas sebab lebih faham terhadap
sejarah dunia ini.

a) Apakah yang anda faham tentang worldview/pandangan semesta Islam


Pada pandangan saya, pandangan semesta Islam adalah pandangan yang
terkandung dalam ajaran Al-Quran kerana tamadun Islam tertegak dan
berkembang atas asas yang kukuh berbeza dengan tamadun yang berkonsep
materialiastik. Selain itu, pandangan semesta Islam meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia dan alam seperti sifat dan nilai yang hendak diamalkan
ole seorang manusia.
b) Huraikan tentang konsep dan asas-asas Tamadun Islam,
Antara konsep Tamadun Islam boleh ditakrifkan sebagai sejumlah
pencapaian atau kemajuan umat Islam dalam pelbagai aspek ketamadunan.
Antara aspek aspek yang ditekankan oleh Tamadun Islam ialah menjadi
hamba, berorganisasi atas akidah tauhid, kesucian institute keluarga dan
sebagainya.
c) Apakah sumber-sumber utama Tamadun Islam
Antara sumber sumber utama Tamadun Islam ialah Al Quran, Al-
Sunnah, Al Ijmah dan Al- Qiyas.
(d) Apakah dasar Tamadun Islam
Antara dasar Tamadun Islam ialah memelihara nyawa atau jiwa.
Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap
nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun
Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain.
Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa
digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan yang boleh
mencederakan fizikal orang lain.
Selain itu, memelihara maruah atau keturunan. Fitrah semula jadi
manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya
mata. Malangnya sejarah telah mencatatkan bahawa sejak zaman jahiliah
budaya pembuangan dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk memelihara
generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan
sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku.

(e) Refleksi Kendiri

Saya amat fahami tentang isi yang disampaikan atas bentuan video. Hal ini
dikatakan demikian kerana semasa saya tidak faham tentang isi yang disampaikan
oleh video, maka saya boleh menggunakan google untuk mencari maklumat yang
berkaitan. Dengan ini, saya dapat faham secara mendalam tentang isi yang ingin
disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai