Anda di halaman 1dari 5

BINCANGKAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN TAMADUN ISLAM SEPERTI

CIRI-CIRI, PERINSIP, ASAL USUL DAN TOKOH-TOKOH ILMUAN

CIRI-CIRI:

Tamadun Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Tamadun Islam bersifat terbuka iaitu
boleh menerima Tamadun asing selagi Tamadun tersebut tidak bercanggah dengan dasar-
dasar Islam. Berikut merupakan ciri-ciri Tamadun Islam:

1. Berasaskan kepada ajaran al-Quran

Segala bentuk Tamadun samada dari segi kebendaan atau kerohanian tertakluk kepada
ajaran al-Quran. Hal ini kerana al-Quran merupakan sumber ajaran Islam yang utama dan
perlembagaan hidup yang syumul dalam menjamin kesejahteraan alam sejagat. Dengan
ajaran Al-Quranlah terbinanya kecemerlangan dan kegemilangan Tamadun Islam dalam
beberapa abad yang lampau.

2. Berteraskan Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

Islam amat menitik beratkan ilmu. Ilmu merupakan tonggak kesempurnaan iman dan
ketaqwaan. Ini jelas diperkatakan oleh al-Quran maksudnya “Sesungguhnya setakut-takut
hamba (manusia)kepada Allah ialah para ulamak” Fathir :28 Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dalam membina kemajuan agama dan
Tamadun sebagaimana sabdanya yang bermaksud Sesiapa yang inginkan dunia hendaklah
dia berilmu dan sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang
inginkan kedua-duanya (dunia dan akhirat) hendaklah dia berilmu Hasil dari gesaan inilah
lahirnya ilmuan-ilmuan Islam yang mahir dalam semua bidang dan sama-sama
membangunkan Tamadun yang murni berasaskan ketaqwaan kepada pencipta Alam
(Allah).

3. Penggunaan Tulisan

Kejahilan manusia dapat dihapuskan melalui penulisan. Oleh itu al-Quran telah memberi
perhatian utama mengenai penulisan ini di mana ayat yang pertama yang diturunkan adalah
perintah supaya manusia membaca dan menerangkan juga bahawa Allah mengajar
manusia melalui perantaraan pena. (Lihat Surah al-‘Alaq:1)
4. Gabungan antara Aspek rohani dan Jasmani

Keamanan dan kesejahteraan insan itu berkait rapat dengan keperibadian yang tinggi dan
pekerti yang mulia. Kemajuan dan pembangunan serta kemewahan adalah bersifat
kebendaan semata-mata. Itu semua tidak bermakna sekiranya tidak disepadukan dengan
pembangunan rohani insan. Contoh terbaik adalah kegagalan dari kemajuan Barat pada hari
ini bahkan juga negara-negara Islam juga berpunca daripada Tamadun dan pembangunan
manusia yang hanya bersifat kebendaan semata-mata tanpa diikuti dengan pembangunan
rohani.

5. Masyarakat Majmuk (Multy National)

Dalam Islam, sentimen perkauman dan ras keturunan amatlah ditolak sama sekali. Semua
bangsa yang memeluk Islam dianggap sebagai masyarakat Islam dan mereka berperanan
dalam membangunkan Tamadun di wilayah yang mereka diami seperti Istana Al-Hambra di
Sepanyol dan Taj Mahal di Agra India. Begitu juga dengan aspek-aspek lain terutamanya
penulisan buku, penterjemahan dan lain-lain lagi yang akan kita pelajari dalam bidang-
bidangnya yang tertentu.

PRINSIP:

1) MEMELIHARA AGAMA:

Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi
beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain
yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib
dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar memahami
agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya.
Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan kesempatan
untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi berbincang tentang fahaman
masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip agama masing-masing supaya lahir
suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati. Kesimpulannya setiap penganut
agama mestilah memahami dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan
beramal dengannya. Ini jelas menunjukkan betapa Tamadun Islam sesuai diamalkan di
dalam masyarakat majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu
agama dan mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping
kesucian agama yang akan tetap terpelihara.
2) MEMELIHARA NYAWA:

Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau


perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah
dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan
merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-
paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan
merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Membunuh tanpa
sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa
azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia
akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan
nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

3) MEMELIHARA AKAL:

Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik
untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran
ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling
mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat
Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah
mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga
mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan
mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam
menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan
yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan
agama.

4) MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN:

Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam
mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam
juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan
hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan
berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu
tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini
adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk
mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat
tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam.
5) MEMELIHARA HARTA

Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat,
mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan
masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan
yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan
dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang
memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

ASAL USUL:

Sejarah perkembangan Tamadun Islam bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. Zaman
Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah dan period Madinah. Period
Makkah merupakan zaman asas dalam pembentukan Tamadun Islam yang memberi
penekanan kepada aspek spiritual, mental dan akhlak masyarakat. Period Madinah pula
adalah zaman untuk membina komuniti dan negara yang baik serta mendapat keampunan
Tuhan. Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabi'al-Awwal tahun Gajah, bersamaan 20 April tahun
571 Masihi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yang jujur dan amanah
menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada
ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6Ogos tahun 610 Masihi baginda mendapat
wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t. iaitu pelantikan sebagai Rasul Allah.

TOKOH-TOKOH ILMUAN:

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu
sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan.
Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam". Abu Hamid Ibnu
Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450
Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan
menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari
segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.

bnu Sina telah meninggalkan beberapa buku yang bermutu tinggi terutama dalam
bidang perubatan, falsafah, mantiq dan fizik. Buku Qanun Fi al -Tib yang menghuraikan
sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah perubatannya. Diantarapenyakit yang menjadi
kajian beliau adalah jantung, penyakit TB. saluran darah, ulser, psikologi, penyakit saraf,
bengkak otak dan penyakit kanak-kanak. Beberapa penemuan baru beliau pada masa itu
ialah ubata-ubatan herb. Minerologi dan bius. Buku ini merupakan buku rujukan bidang yang
muktabar dalam bidang perubatan yang telah diterjemahkan kedalam berbagai bahasa
asing, termasuklah bahasa Latin dan Inggeris. Di samping itu beliau juga menemui
beberapa perkara tentang sifat logam, pembentukan lembah dan huraian roh. Penemuan-
penemuan amat penting dalam dunia perubatan dan sebagainya.

Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat
kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya,
sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya
agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi
relevan dengan masalah ekonomi semasa. Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa
prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation),
kesederhanaan (moderation), dan fairness. Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn
Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas
kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara
akan hancur dan musnah.

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al - Khawarizmi adalah bapa Algebra. Beliau
lebih dikenali sebagai Al-Khwarizmi, seorang ahli sains Islam yang terulung dalam bidang
matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada
zamannya. Hasil kajiannya dalam bidang algebra sangat cemerlang. Beliau berjaya
membangunkan penyelesaian analitikal dalam penembangan garis lurus serta persamaan
kuadratik dan kaedah penyelesaiannya. Beliau juga telah membangunkan sistem
algorithma yang merupakan asas kepada teori pengaturcaraan komputer serta teori
geometri.

Anda mungkin juga menyukai