Anda di halaman 1dari 15

Tajuk 5 Nilai-nilai Agama dan Masyarakat Latihan 1 Bahaskan bahawa kepelbagaian beragama dalam sesebuah masyarakat lebih banyak

membawa kebaikan daripada keburukan. PENDAHULUAN Pada umumnya, faktor yang sering menimbulkan konflik dan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum (plural society) adalah hal-hal yang berkaitan dengan agama. Namun, pada millenium ini, elemen yang sering menimbulkan konflik di kalangan masyarakat majmuk adalah bukan agama itu sendiri, tetapi faktor kegagalan rakyat memahami nilai-nilai yang terkandung dalam agama lain. Dalam konteks ini, Malaysia selaku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain, perlu memahami nilainilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang menjadi anutan rakyat Malaysia agar dapat menerapkan nilai-nilai menghormati agama lain dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia. Memandangkan komposisi rakyat beragama Islam adalah seramai 60.4%, penganut agama Buddha seramai 19.2 %, penganut agama Kristian seramai 9.1 %, penganut agama Hindu 6.3 % dan penganut fahaman Confusius/Taoism dan lain-lain fahaman tradisi Cina dan lain-lain adalah seramai 2.6 %, nilai-nilai yang bersifat universal antara kaum perlu ditonjolkan supaya rakyat dapat menghormati agama-agama yang diamalkan di Malaysia. Toleransi dan memperakui perbezaan agama antara rakyat adalah asas perpaduan dan kekuatan rakyat Malaysia. Malah, kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai pelbagai agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usaha-usaha kerajaan dalam memupuk dan memantapkan perpaduan sejati di kalangan rakyat Malaysia. Semua agama dan ajaran utama yang diamalkan di Malaysia seperti agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, ajaran Konfusius dan Taoisma memiliki nilai-nilai murni yang mengorak langkah ke arah perpaduan dan kesejahteraan malah menjadi platform untuk kejayaan dan kekuatan rakyat Malaysia. Walaupun konsep, falsafah, teologi dan doktrin agama rakyat Malaysia berbeza-beza dalam konteks akidah (not the same) kerana perbezaan asal-usul, sejarah dan perkembangannya, adalah penting bagi rakyat Malaysia secara amnya dan generasi muda

secara khususnya memahami nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam pelbagai agama supaya rakyat Malaysia dapat menjalinkan hubungan baik antara mereka tanpa perasaan prejudis agama. Generasi muda perlu dididik memahami persamaan dan perbezaan-perbezaan di antara agama-agama di Malaysia kerana merekalah bakal pemimpin, tiang dan warisan negara ini. Mereka perlu dilengkapkan dengan pengetahuan sosio-budaya rakyat berbilang kaum supaya mereka mampu terus mempertahankan warisan negara agar menjamin kemakmuran bumi ini secara berterusan. Kefahaman nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama akan membantu rakyat Malaysia secara amnya dan golongan generasi muda secara khususnya supaya mengkikiskan persepsi negatif terhadap penganut agama lain. Pengakuan perbezaan agama adalah asas dan teras kepada kejayaan Gagasan 1 Malaysia, malah membantu memupuk dan memantapkan perpaduan rakyat dalam abad 21. NILAI-NILAI DALAM AGAMA ISLAM Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu salm yang bererti manusia menyerah diri secara total kepada Tuhan (Allah) dan apabila manusia menyerahkan diri kepada Tuhan, maka mereka akan dibalas dengan keamanan (peace) dan kesejahteraan. Dengan itu, orang Islam mengucapkan Assalamualaikum yang bererti sejahtera ke atas kamu (peace be upon you), apabila bertemu sesama mereka. Mengikut Abdul Qadir Djaelani, seorang pemikir Islam , dalam bukunya Negara Berdaulat Dalam Perspektif Islam, Islam adalah agama yang sempurna, yang mengatur setiap aspek kehidupan manusia. Kerana itu, Islam merupakan satu sistem kehidupan yang lengkap dan sempurna. ( SURAH AL-MAIDAH :5:3) (Terjemahan) Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nimatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. (SURAH AL-MAIDAH :5:4) Menurutnya, Islam merangkumi lima bahagian seperti spiritual, moral, politik, ekonomi dan sosial. Dengan itu, jelaslah bahawa Islam adalah satu cara hidup atau adDeen (complete way of life) berdasarkan beberapa prinsip dan nilai-nilai mulia. Dewasa ini, hampir 1.2 billion penduduk dunia menganut agama Islam.

Dalam konteks amalan hidup pula, Islam menganjurkan nilai-nilai murni seperti keselamatan (safety), keadilan sosial (social justice), keamanan (peace), kesederhanaan (moderation), permuafakatan (cooperation) dan ketaqwaan kepada Tuhan (submission to God) sebagai satu cara hidup. Agama Islam melarang penghinaan terhadap agama lain tanpa mengira sebarang pendekatan termasuklah secara lisan ataupun tindakan. Islam literally means commitment and obedience. As a religion, it stands for belief in one God and in all the prophets of God, the last of whom was Muhammad (peace be upon him), and for complete submission to the Divine will as revealed through His prophets. Al-Quran ialah kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Jibrail A.S. Ia mula diturunkan ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira, pada bulan Ramadan. Ayat yang mula-mula diturunkan ialah lima ayat pertama daripada Surah al-Alaq yang bermaksud Bacalah (Muhammad), dengan nama Tuhan Mu yang menciptakan. Dia mencipta manusia dengan segumpul darah. Bacalah dengan nama Tuhan mu Yang Pemurah, yang mengajar dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun. Kesimpulannya, Khurshid Ahmad, seorang sarjana Islam, dalam bukunya Islam: Its meaning and Message menyatakan bahawa kepercayaan agama Islam adalah berteraskan tiga perkara asas yang berikut: 1. Belief in Oneness of God. 2. Belief in the Prophethood of Muhammad (peace be upon him) and in the guidance which he be queathed; an 3. Belief in the life-after-death and in Mans accountability before God on the day of judgement. Menurut pandangan Islam, manusia adalah khalifah Allah (vicegerant) di muka bumi berteraskan falsafah Khilafah. Konsep ini menjelaskan bahawa Allah

mempertanggungjawabkan manusia sebagai makhluk yang paling tepat dipilih untuk memakmurkan muka bumi ini menurut kuasa, kelebihan, akal yang bijaksana, tenaga, yang dimiliki oleh manusia, yang dianugerahkan Allah kepadanya, berbanding dengan makhlukmakhluk lain yang serba kekurangan dan tidak mampu untuk menjalankan fungsi sepertimana manusia. Secara ringkasnya tanggungjawap manusia sebagai khalifah di bumi ini adalah memakmurkan dunia berasaskan tuntutan agama.

Konsep pembangunan dalam Islam pula adalah sangat menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia secara bersepadu, sama ada dari segi moral, spiritual dan material (ekonomi). Islam menganjurkan konsep umat pertengahan. Islam menganjurkan sistem ekonomi yang bersifat al-Adl wal Ihsan iaitu keadilan dan kerjasama. Kedua-dua sifat ekonomi tersebut menjadi asas pencapaian perjalanan sistem ekonomi yang teratur, cekap dan progresif. Islam mengakui kenyataan hidup bahawa dunia ini akan diduduki oleh masyarakat yang menganuti pelbagai agama dan budaya atau masyarakat majmuk.Islam juga menganjurkan konsep mengenali dan hidup bersama dengan perbezaan perbezaan hakiki yang terdapat di kalangan masyarakat. Berhubung dengan kebebasan beragama, pendapat dan tindakan-tindakan khalifah Islam dengan jelasnya menunjukkan pengiktirafan dan tolak ansur terhadap agama-agama sebelum kedatangan Islam. Contoh: Abu Bakar (r.a.), khalifah yang pertama, pernah berpesan kepada Usamah, seorang ketua tentera, supaya tidak mengganggu paderi-paderi dan yang beribadat di dalam tempat-tempat ibadat mereka. Di samping itu, Khalifah Omar bin al-Khattab semasa berada di dalam gereja di Baitul maqaddis setiap waktu sembayang, beliau keluar sembayang di luar gereja dan berkata: Jika saya bersembayang di dalamnya nescaya nanti orang-orang Islam akan merampasnya. Mereka akan mengatakan di sini Omar sembayang. Islam menolak keganasan dan sifat pelampau sebagai satu cara hidup atau budaya masyarakat Islam. Huraian dan beberapa petikan ayat dari Al-Quran yang dibincangkan itu dengan jelasnya menunjukkan bahawa Islam sememangnya menganjurkan keamanan (peace), kesederhanaan (moderation) dan berserah kepada Tuhan (submission to God) sebagai satu cara hidup (ad-din). Namun, Islam dan masyarakat Islam dikaitkan dengan kegiatan kegiatan keganasan. Islam menentang kekerasan dan tindakan-tindakan keganasan. Sebaliknya, Islam menganjurkan persaudaraan dan hubungan mesra bukan sahaja di kalangan penganut Islam bahkan juga di kalangan bukan Islam. (SURAH AL-HUJURAT: 49:13). (Terjemahan) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya

semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keterunan atau bangsanya). Islam tidak menganjurkan sifat kepimpinan yang ganas iaitu menekan dan menghalang kemajuan wanita, menghalang wanita bersekolah dan wanita bekerja, menyekat permainan muzik dan hiburan-hiburan baik, menyebarkan agama dengan paksaan dan menganggap mereka yang tidak sependapat dengan fahaman mereka sebagai kafir. Berdasarkan tafsiran dan penjelasan mengenai konsep, tamadun dan nilai-nilai Islam yang telah dibincangkan itu, tidak dapat dinafikan bahawa nilai-nilai yang dianjurkan oleh agama Islam adalah nilai-nilai murni dan bersifat sejagat atau universal. Dalam hubungan ini, Dr.Mohamed Asin Dollah, seorang penyelidik Islam tempatan, menyenaraikan beberapa nilai-nilai murni yang bersifat universal dalam Islam seperti berikut. 1. Kepercayaan kepada Tuhan. 2. Toleransi beragama. 3. Hidup bersama dan bekerjasama di antara masyarakat sesama agama dan bukan seagama dalam membina sebuah negara yang bahagia, sejahtera dan selamat (Pemuafakatan). 4. Menjamin dan menegakkan keadilan bagi semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan (Keadilan). 5. Berbuat baik kepada setiap orang dan mengelak kejahatan (Bermuamalah). 6. Mencari kekayaan /harta dengan cara yang dibenarkan (halal) oleh agama untuk memastikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. 7. Mentadbir dan menjaga keindahan alam semulajadi dengan hemat demi kepentingan dan kebajikan manusia 8. Persamaan 9. Pengiktirafan kedudukan wanita dalam masyarakat. 10. Perseimbangan antara dua kehidupan, dunia dan akhirat (Tawazun). 11. Kesederhanaan dalam kehidupan ( al-Wasatiyyah). Secara amnya, dapat membuat kesimpulan bahawa Islam mencegah tabiat yang membawa mudarat kepada manusia seperti ketidak adilan (injustice), ketamakan (greed), kepentingan diri (selfishness) dan kejahilan (ignorance).

NILAI-NILAI AJARAN CONFUSIUS Ajaran Confusius diasaskan oleh Kung Fu Tze. Pada umumnya ajaran ini banyak menyentuh tentang hal-hal kehidupan duniawi manusia . Dr.Loh Yuet Keung daripada Jabatan Pengajian Cina di National University of Singapore, berpendapat bahawa Confucius is an unusual perceptive and reflective person with diligence, honesty and integrity. His teachings are incredibly profound and useful in modern life. He teaches us to become human beings with mutual respect and filial piety. Tujuan ajaran Confusius ( Kung Fu Tse) menuju kepada kemajuan dan kesejahteraan negara, dunia dan kehidupan sekarang (Focus on the here-and now factor of the human life). Mengikut kepercayaan fahaman Confusius, manusia lahir dengan nilai-nilai yang baik dan terpuji dan hanya dirosakkan oleh persekitarannya. Ajaran ini juga menganjurkan perikemanusiaan( ren) yang berteraskan menjaga kemesraan antara manusia, buat baik pada setiap orang dan murah hati setiap masa. Menghormati sesama(shu) manusia menjadi asas pada ajaran ini. Ajaran confusius termaktub dalam kitabnya-analects. Pada amnya, ajaran Confusius menitikberatkan tingkahlaku dan tabiat yang baik dalam lima bentuk perhubungan manusia seperti berikut: Perhubungan baik di antara rakyat dengan pemimpin negara Perhubungan mesra di antara suami dengan isteri Perhubungan baik di antara bapa dengan anak lelaki Perhubungan baik di antara abang dengan adik Perhubungan baik di antara rakan-rakan Ajaran Confusius ini mengenengahkan beberapa konsep panduan hidup termasuk lima sifat baik yang harus ada pada manusia yang sempurna (junzi) seperti yang berikut: Integriti( integrity) (zhi) Keadilan(Righteousness) (yi) Kesetiaan (Loyalty) (zhong) Bertolak ansur (Reciprocity (shu) Penyayang (Graded love) (ren) Konsep 'ren' atau perikemanusiaan yang menitikberatkan kebajikan terhadap sesama manusia, tanpa mengira batas-batas bangsa, negara, warna kulit kerana manusia bersaudara.

Konsep "Chun Tze" menjelaskan bahawa sifat-sifat keperibadian yang mulia adalah seperti hati yang terbuka, tidak sombong, menjaga maruah, menguasai gerak-geri, menghayati keadilan, berilmu (knowledge), kebijaksanaan (wisdom), menjaga kebajikan terhadap anak-anak (filial piety), hormat-menghormati (reverence), berbudi bahasa (courtesy), kesetiaan (loyalty) , kemesraan (love) penyayang (kindness), ikhlas (sincerety), boleh dipercayai (trustworthiness), kebenaran (truthfulness) dan kesederhanaan

(moderation).Sifat-sifat keperibadian mulia tersebut akan melahirkan seorang manusia yang baik atau sempurna. "Li" atau keserasian adalah berkaitan ucapan dan perbuatan cendekiawan dan tokoh yang berpengalaman dan mahir dalam sesuatu bidang yang dijadikan sebagai teladan dan iktibar. Nilai kesederhanaan dalam hubungan masyarakat diberi keutamaan. Konsep "Ti" atau wibawa, menyentuh mengenai Kerajaan. Kerajaan yang berwibawa adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Dalam hubungan fahaman confusius, Profesor Dr.Tu Weiming, seorang pakar sejarah masyarakat Cina di Universiti Harvard, menjelaskan bahawa fahaman Confusius mempunyai empat dimensi humanisma seperti berikut: i. Integrasi di antara diri, jasad dengan pemikiran ( integration of the self , the body and mind) ii. Interaksi di antara diri dengan masyarakat serta masyarakat dirujuk pada keluarga hingga ummah sejagat ( interaction between humans as self and community, family to global community) iii. Perhubungan yang harmonis di antara manusia dengan alam sekitar (human species and nature in a sustainable harmonious relationship) iv. Perhubungan di antara manusia dengan Shurga atau Tuhan (relationship between humans and heaven) Mengikut ajaran Confucius, manusia berhak hidup dengan kebebasan, keamanan dan harmoni . right of every human being to live in freedom, peace and harmony ( Analects.X:12). Kesimpulannya, ajaran Confucius mengenengahkan sikap tidak menyakiti hati orang lain seperti kita tidak hendak orang lain menyakiti kita. " Do not give to others what you yourself do not desire.". Ajaran konfusius lebih mementingkan sifat-sifat kemanusiaan dan kedamaian dunia hari ini daripada kehidupan dunia akhirat. If a man is not humane, what can he do with the rituals?

If a man is not humane , what can he do with music? (Confucius, Analects 3.3) Till you have learnt to serve men, how can you serve ghosts? Till you know about the living,how are you to know about the dead? (Analects.XI:11) Berhubung dengan nilai-nilai yang di anjurkan oleh fahaman confusius, Datuk Seri Ong Ka Ting, pemimpin sebuah parti politik yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina, berpendapat bahawa young people should pick up the good values as there is a lot of moral guidance that teaches people to have good ethics, especially in a society where such values are now lacking. Kesimpulannya, ajaran Confucius mengenengahkan nilai moral dan etika seperti kesetiaan kepada negara, ibu bapa, adik beradik, orang berpengetahuan dan pengalaman, kemesraan antara manusia, ketelusan,pendidikan moral dan pembangunan budaya. Ajaran Confucius juga mengajar penganutnya supaya jangan bebankan orang lain dengan perkaraperkara yang tidak disukai oleh diri sendiri. " Do not give to others what you yourself do not desire.". Apa yang diutamakan dalam fahaman ini ialah kemanusiaan.If a man is not humane, what can he do with the rituals? If a man is not humane , what can he do with music? (Confucius, Analects 3.3).

NILAI-NILAI AGAMA BUDDHA Agama Buddha diasaskan oleh seorang putera raja yang bernama Siddartha yang lahir pada tahun 563 S.M. Agama ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek etika dan moral yang dipercayai akan membantu rohani manusia menjauhi diri daripada kesengsaraan (samsara). Fahaman ajaran agama ini disifatkan sebagai Dhamma (wisdom/knowledge) Agama Buddha dibahagikan kepada dua aliran iaitu Aliran Mahayana (kajian kehidupan Buddha) dan Hinayana (asal). Sementara itu, Dhamma atau dokrin Agama Buddha adalah berasaskan kepada Lapan Jalan Kebenaran dan Empat Kebenaran Agung seperti yang berikut : 1. Kepercayaan yang benar (Right Understanding) 2. Berniat benar (Right Intention) 3. Pengucapan yang benar (Right Speech) 4. Kelakuan yang benar (Right Action) 5. Usaha yang benar (Right Effort)

6. Berfikiran yang benar (Right Thought) 7. Meditasi/Pemusatan fikiran yang benar (Right Mindfulness) 8. Hati dan niat yang benar (Right Concentration) Di samping itu, empat kebenaran agung yang disebut itu adalah seperti yang berikut:1. Hidup manusia terikat kepada penderitaan - kelahiran manusia disifatkan sebagai satu penderitaan. 2. Penderitaan manusia disebabkan keinginan manusia yang tidak dapat dipenuhi (hawa nafsu, kemewahan hidup dan harta benda). 3. Kaedah penghapusan penderitaan adalah dengan cara menghapuskan keinginankeinginan hawa nafsu. 4. Cara melenyapkan penderitaan yang dihadapi oleh seseorang adalah melalui Lapan Jalan atau Dharma. Apabila memenuhi Lapan Jalan Kebenaran tersebut, maka tercapailah Nirwana (Perfection). Agama Buddha juga menegaskan larangan-larangan yang berikut kepada pengamalnya: 1. Tidak boleh membunuh. (Abstain from killing living beings) 2. Tidak boleh mencuri. (Abstain from taking what is not given) 3. Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh. (Abstain from sexual misconduct) 4. Tidak boleh minum minuman keras. (Abstain from taking intoxicants) 5. Tidak melakukan perbuatan membohong. (Abstain from lying & harsh frivolous speech) Kesimpulannya, agama Buddha juga, seperti agama Islam, menentang amalan keganasan sebagai cara hidup. Buddha pernah mengatakan bahawa All beings tremble at weapons, all beings fear death, comparing others with oneself, one should not strike or cause to kill .One who loves himself, should not injure another. Ini bermakna , agama Buddha mengajar manusia menggelak keinginan mementingkan kebendaan atau terlalu materialistik tetapi menganjurkan memiliki nilai-nilai kemanusiaan untuk mencapai kesempurnaan hidup. The avoidance of what is evil; the undertaking of good; the cleansing of ones mind; this is a teaching of the awakened ones (Dhammapada 183) Secara umumnya, agama Buddha mengajar penganut elakkan kejahatan termasuk pembunuhan, membersihkan minda dari pemikiran yang membinasakan orang lain, sentiasa membuat baik kepada setiap orang dan mencintai dan menghargai orang lain seperti mencintai dan menghargai diri.

NILAI-NILAI AJARAN TAOISME Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze (604-524 S.M.) dan Zhuang Tze (369-286 S.M). Lao Tze mengasaskan mazhab pemikiran Falsafah Taoisme (Dao Jia). Mazhab ini menegaskan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan dimensi sosial seperti kebijaksanaan (wisdom) dan usia yang lebih tua (seniority). Lao Tze merupakan seorang ahli falsafah kuno pada abad ke 5 S.M. dan sezaman dengan Pengasas Ajaran Confucius. Manakala, Zhuang Tze mengasaskan mazhab kepercayaan kerohanian Taoisme (Dao Jiao). Fokus aliran mazhab ini adalah berkaitan dengan dimensi hidup yang berkaitan dengan hal-hal kebatinan. Mazhab ini menekankan kepercayaan mengenai keabadian roh melalui menjalankan upacara amal (ritual).Kedua dua mazhab tersebut mencantum dan menjadi ajaran Taoisme. Secara amnya, Taoisme berteraskan pencapaian kehidupan abadi di dunia dan memuja beratus makhluk abadi yang hidup secara ajaib di bahagian-bahagian terpencil di dunia ini. Ajaran agama ini berpusat kepada nilai-nilai atau ajaran-ajaran seperti yang berikut: 1. Aspek Kerohanian-minta bantuan dewa-dewi. 2. Sifat hormat-menghormati (menyentuh kehidupan di akhirat). 3. Berhemah tinggi, hidup manusia bersifat sementara, sederhana, tidak sombong dan berbudi bahasa.

NILAI-NILAI AGAMA KRISTIAN Agama Kristian diasaskan oleh Jesus, keturunan Nabi Daud. Ajaran ini ada disebut dalam al-Quran. Agama ini menitikberatkan moral dan nilai-nilai kemanusiaan seperti yang berikut: 1. Percaya kepada Kitab Injil (Bible) -(New Testament). 2. Menitikberatkan kesusilaan moral dan akhlak yang mulia dan murni. 3. Kasih sayang merupakan tonggak utama ajaran Jesus. Intisari kepercayaan Agama Kristian adalah seperti berikut: 1. Jesus sebagai juruselamat. 2. Mempercayai keEsaan Tuhan. 3. Salib. 4. Kerajaan Syurga- Menitikbertakan konsep bahawa agama kristian membuka jalan ke syurga.

5. Amalkan Peribadatan. Nilai-nilai Moral yang digariskan oleh Agama Kristian adalah seperti yang berikut: 1. Beribadat kepada Tuhan yang satu atau Esa. 2. Umat yang rendah hati, lembut hati, prihatin dan belas kasihan akan menerima balasan yang baik seperti syurga. 3. Tidak boleh membunuh atau memarahi orang lain. 4. Tidak boleh berzina. 5. Memberi hukuman yang setimpal dengan apa yang dialami. Tidak suka kepada orang munafik. 6. Mementingkan perasaan kasih sayang sesama manusia. 7. Tidak menganiaya orang lain. Jesus pernah mengatakan bahawa What profit does a man show who gains the whole world and destroys himself in the process (Mark 8:36) Pada keseluruhannya, Jesus Crist menjadi asas dan panduan hidup kepada pengamal agama kristian. Berikut adalah intipati ajaran Agama Kristian yang petik dari ucapan Jesus Christ Sermon on the Mount: Blessed are the poor in spirit, for theirs is the kingdom of heaven. Blessed are those who mourn , for they will be comforted. Blessed are the meek , for they will inherit the earth. Blessed are those who hunger and thirst for righteousness, for they will be filled. Blessed are the merciful , for they will receive mercy. Blessed are the pure in heart, for they will see God. Blessed are the peace makers, for they will be called children of God. Blessed are those who are persecuted, for righteousness, for theirs is the kingdom of heaven. (Jesus Sermon on the Mount) Secara umumnya, agama kristian menganjurkan nilai-nilai seperti kesabaran, ketabahan, kemesraan, toleransi, kerjasama, bantu-membantu, penyayang sebagai cara hidup manusia .

NILAI-NILAI AGAMA HINDU Agama Hindu adalah antara agama tertua di dunia juga dik enali sebagai Santhana Dharma (kekal abadi). Agama Hindu tidak diasaskan oleh seorang individu ataupun

berasaskan wahyu. Agama ini berpusat di kawasan Sungai Indus, satu kawasan luas di India Utara. Agama Hindu menganjurkan kepercayaan pada hukum karma iaitu perbuatan baik dibalas baik; perbuatan jahat dibalas jahat. Dokrin dan falsafah agama Hindu dijelaskan dalam kitab suci agama Hindu seperti Veda -veda dan Bhagavath Gita dan sajak-sajak yang disampaikan oleh ulama -ulama teragung (Great Saints) sejak 1500 tahun sebelum masehi. Agama Hindu mempratikkan kepercayan dan nilai-nilai seperti kepercayaan kepada Tuhan, tolak ansur, ketabahan, mengawal diri, tidak dendam dan dengki, ampun dan maaf, menimba ilmu, kemanusiaan, tidak fanatik terhadap agama, memerangi hawa nafsu, mengawal kemarahan, mencegah penyeksaan dan patuh kepada ajaran Veda. Selain itu, agama Hindu juga menganjurkan nilai-nilai seperti kasih sayang, larangan minum arak, mentaati ibu bapa, mengawal nafsu dan keadilan dalam sistem pemerintahan. But the man who, controlling his senses with his mind, undertakes through his action organs the discipline of action without attachment, distinguishes himself. (Bagavath Gita.3.7) Sementara itu, salah satu petikan daripada Rig-Veda (1.89.1.) pula menganjurkan toleransi keagamaan dengan ayat bermaksud Let noble thoughts come to us from everyside, pure, unobstructed, overflowing. Sehubungan ini, Yajur Veda 36.18 pula menganjurkan kemesraan di kalangan sesama manusia dengan ayat bermaksud May all beings look on me with friendly eyes; may I look on all beings with friendly eyes; may we look on each other with friendly eyes. Bagi agama Hindu, tindakan atau amalan (deeds) adalah amat penting kerana Tuhan hanya melihat amalan manusia dan bukan keturunan seseorang itu. Dalam hubungan ini, seorang Mahaguru Hindu (saint) bernama Thirumoolar mengatakan bahawa seorang insan can reach God in services to humanity, charity, love shown to them. Mahaguru agama Hindu ini juga pernah menyebut bahawa sekiranya manusia memahami dan menerima hakikat bahawa manusia sebagai satu ummah dan Tuhan itu Esa (Unity of God), maka manusia tidak akan menemui penderitaan (Oruvane Thevanum nantre ninaimin namanillai-Bahasa Tamil). Agama Hindu percaya pada konsep avatar iaitu kepercayaan bahawa Tuhan boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa untuk menyelamat dan membantu manusia

daripada kejahatan. Konsep ini menyebakan penganut Hindu menyembah kepada pelbagai dewa-dewi yang dianggap sebagai penjelmaan Tuhan yang satu atau Esa. 42 Pada masa yang sama, adalah menjadi amalan bagi penganut Hindu untuk mendirikan rumah berhampiran dengan kuil ( sama adalah kuil yang didirikan dalam bentuk bangunan ataupun tempat keramat atau shrine. Penganut Hindu tidak digalakkan tinggal dalam kawasan perumahan yang tidak ada kuil. Amalan ini menyebabkan penjajah British mendirikan kuil Hindu di ladang-ladang getah yang dimiliki oleh mereka sabelum merdeka. Pada umumnya, agama Hindu menganjurkan konsep berdoa untuk keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan seluruh alam dan manusia (umat manusia) semasa menunaikan ibadat sembayang dan bukan kepada sesuatu kaum, ummah atau sesuatu penganut agama tertentu. Antara doa-doa agama Hindu adalah seperti berikut: Berdoa agar seluruh umat manusia sentiasa sejahtera dan bahagia. ( Om, sarve bhavantu sukhinah, sarve santu niramaya-ah, sarve bhadrani pashyantumakaschit duhkhabhag bhavet, Om shanti, shanti,) (Terjemahan) Oh, Almighty, may all (entire mankind) be happy, may all be healthy, may all experience prosperity, may none (in the world) suffer. May peace, peace, peace be unto us and all the beings of the world Berusaha untuk kebajikan seluruh umat manusia (Sarva bhuta hite ratah) (Terjemahan) Work continuously for the welfare of every living being Berdoa agar seluruh umat manusia gembira selalu Loka samsthah sukhino bhavanto) (Terjemahan) Let all be happy Petikan doadoa tersebut jelasnya menunjukkan bahawa agama Hindu tidak menganjurkan konsep permusuhan dengan penganut agama lain tetapi meletakkan sebagai kewajipan bagi setiap penganut Hindu untuk berdoa agar kebaikan dan kesejahteraan keseluruhan alam dan umat manusia terjamin , tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.

NILAI-NILAI AGAMA SIKH Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak Dev ji yang lahir di Wilayah Lahore, Talwandi, India pada tahun 1469. Guru Nanak pada asalnya seorang Hindu dan berpendidikan bahasa Parsi dan Arab. Ketika umurnya 30 tahun, Guru Nanak mula menyebarkan agama Sikh. Ajaran beliau dikumpulkan sebagai kitab suci dalam bahasa Punjabi yang bernama Adi Grant (Kitab Utama). Agama Sikh berteraskan pada kepercayaan dan nilai-nilai seperti yang berikut: 1. Mempercayai Tuhan itu satu dan keesaannya. 2. Patuh dan menghormati Guru-Guru agama. 3. Mempunyai pandangan yang terbuka serta bertolak ansur terhadap agama-agama lain. 4. Menentang pengamalan kasta dan penyembahan berhala. 5. Kebenaran merupakan teman manusia yang paling besar. 6. Kehidupan yang sederhana adalah jalan menuju Mukti. 7. Keadilan dalam semua bidang kemanusiaan.

Di samping itu Agama Sikh juga menganjurkan Tiga Tunggak dan Tiga Tatacara Hidup seperti berikut: TIGA TUNGGAK HIDUP 1. Mencari rezeki yang halal (Honest labor) ( kirtha karani). 2. Berkongsi (Sharing) (Wanda Chaakna). 3. Bersyukur /Puji-pujian kepada Tuhan (Glory of God ) (Naam Jaapna).

TIGA TATACARA HIDUP 1. Tidak merokok (No smoking). 2. Mencegah Zina (Adultry). 3. Mengelak penyembelihan ternakan dengan kejam (Forbidden painful slaughtering of animal) .

Selain itu, agama Sikh juga menetapkan lima peraturan seperti berikut sebagai amalan hidup atau tanggungjawap setiap penganut agama Sikh: 1. Kesh - rambut panjang. 2. Kanga - memakai sisir kayu dalam rambut. 3. Kara - memakai gelang besi di lengan. 4. Kachna - memakai seluar putih. 5. Kirpan - memakai pedang pendek.

Secara umumnya, agama Sikh juga menganjurkan nilai-nilai seperti memperacaya kepada Tuhan yang Esa, bantu-membantu antara manusia, toleransi antara agama, kehidupan yang sederhana dan keadilan dalam semua bidang kemanusiaan. Dalam hubungan ini, sekiranya kita meneliti nilai-nilai yang dianjurkan oleh pelbagai agama rakyat Malaysia, sama ada agama Samawi atau bukan Samawi, maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa garis perbezaan yang terdapat antara nilai-nilai kemanusiaan dalam pelbagai agama tersebut itu adalah sangat nipis. Malah, nilai-nilai yang terserlah dalam agama-agama amalan rakyat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat (universal). Nilai-nilai sejagat itu telahpun menjadi teras dalam gagasan RUKUNEGARA untuk melahirkan perpaduan rakyat Malaysia. Teras Rukunegara ialah : 1.Kepercayaan Kepada Tuhan 2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara 3.Keluhurun Perlembagaan 4.Kedaulatan Undang-Undang 5.Kesopanan dan Kesusilaan

Sekiranya rakyat Malaysia dapat mengenali, memahami dan menghayati nilai-nilai kemanusiaan pelbagai agama yang bersifat sejagat (common values) berteraskan RUKUNEGARA, maka ia akan dapat menguatkan dan meningkatkan perpaduan, persaudaraan, kemesraan dan toleransi agama di kalangan rakyat berbilang keturunan yang bermastautin di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama hendaklah mencari titik pertemuan persamaan nilai-nilai sejagat dalam agama masing-masing dan menyuburkan persamaanpersamaan tersebut sebagai tanggungjawap bersama. Kesedaran dan amalan

tanggungjawap sedemikian akan membantu menjana bukan sahaja harmoni keagamaan di Malaysia bahkan memartabatkan Malaysia sebagai model negara Islam yang memajukan keharmonian keagamaan di dunia. Justeru itu, usaha-usaha untuk memamahi nilai-nilai agama Islam dan lain-lain agama dalam melahirkan harmoni keagamaan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama , keturunan, bahasa dan budaya harus terus dipelihara dan dipertingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai