Anda di halaman 1dari 17

Definisi Buli Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan

kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal(mental) yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Rajah 1 Menunjukkan maksud perlakuan buli di kalangan pelajar

Pernyataan Masalah Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dan keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini.Persepsi yang tepat tentang akibat dan kesan perlakuan buli ini dapat membantu sama ada pembuli dan mangsa buli mendapatkan bantuan pemulihan. Adalah jelas sejak beberapa dekad kebelakangan ini, perlakuan buli merupakan masalah yang memerlukan pencegahan dan intervensi (Greenbaum, Turner, dan Stephens,1989; Wilson, 1992). Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini di sekolah. Persepsi serta kepirihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tandatanda awal perlakuan buli adalah amat penting untuk merangka strategi pencegahan dan intevensi bagi menangani masalah perlakuan buli di sekolah.Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat di kalangan pelajar akibat daripada masalah perlakuan buli ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas maka kajian ini akan mengkaji dan meneroka kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Di samping itu juga kajian ini akan mengkaji apakah persepsi guru dan pelajar tentang perlakuan buli di sekolah menengah? Kajian ini juga akan meneliti jenis perlakuan buli serta program-program intervensi menangani perlakuan buli di sekolah menengah. Persepsi pelajar tentang keselamatan di sekolah juga akan dikaji dalam kajian ini.

Dapatan Kajian Kekerapan dan Kategori Perlakuan Buli Yang Dilaporkan Oleh Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan oleh pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan secara keseluruhannya berada pada tahap membimbangkan dengan rekod, kira-kira 500 kes buli direkodkan di negeri ini di mana 140 kes buli di daerah Tampin, 80 kes buli di Jempol/Jelebu; Kuala Pilah, Rembau, Seremban, dan 40 kes buli di Port Dickson. Kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain dengan panggilan nama yang buruk merupakan kategori perlakuan buli secara verbal yang paling kerap dilihat berlaku di ikuti dengan perlakuan menyinggung perasaan, mempersendakan, mencemuh, mengajak untuk bergaduh dan mengancam untuk memukul dan mencederakan pelajar lain. Menolak pelajar lain merupakan jenis perlakuan buli secara fizikal yang paling kerap dilihat berlaku di sekolah-sekolah menengah daerah Tampin dengan140 kes buli.

Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.

Dapatan kajian menunjukkan, pernyataan `kerana mereka meyakitkan hati saya merupakan alasan buli yang paling uta dilaporkan oleh para pelajar sekolah menengah daerah Seremban. Ini diikuti dengan alasan untuk membalas semula, kerana orang lain melakukannya, untuk suka-suka, untuk mendapatkan sesuatu atau wang, untuk menunjukkan kekuatan dan akhir sekali kerana mereka (mangsa buli) adalah pengecut. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap alasan untuk membuli pelajar lain berada pada tahap sederhana. Pelajarpelajar sekolah menengah daerah Seremban mempunyai persepsi yang tinggi terhadap keupayaan mereka untuk menentang dan menghentikan pelajar sebaya mereka daripada membuli mereka. Secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap pencegahan buli berada pada tahap yang. Majoriti pelajar percaya bahawa guru dan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikan perlakuan buli di sekolah. Mereka juga bersetuju bahawa guru dan pelajar perlu saling bekerjasama bagi menghentikan perlakuan buli ini. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap isu-isu keselamatan di sekolah berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan wujudnya kesedaran dan sikap pelajar terhadap isu keselamatan persekitaran dan tingkah laku di sekolah. Ini selari dengan dapatan kajian. Terdapatnya peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan terhadap keselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di sekolah.

Kekerapan DiBuli dan Pengalaman Mangsa Buli.

Daripada 10 orang responden yang dikaji, hanya 5 orang responden menyatakan bahawa mereka pernah dibuli. Dapatan jelas menunjukkan tahap kekerapan perlakuan buli di sekolah menengah daerah Seremban berada pada tahap yang rendah. Tahap kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan ini jauh lebih rendah daripada dapatan kajian yang dijalankan oleh Smith dan Sharp (1994), di United Kingdom yang mendapati 4 peratus daripada pelajar yang disoal selidik melaporkan bahawa mereka telah dibuli sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Berdasarkan laporan mangsa buli, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mangsa buli berbanding perlakuan buli secara fizikal. Berbeza dengan laporan pelajar yang melihat perlakuan buli, mangsa buli melaporkan bahawa perlakuan buli secara verbal yang paling kerap dialami oleh mereka adalah mereka sering disinggung perasaan, diikuti dengan cemuhan, diejek dengan panggilan nama yang buruk, dipersendakan, diajak untuk bergaduh dan akhir sekali diancam untuk dicederakan. Mangsa buli juga melaporkan bahawa ditolak oleh pelajar lain merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mereka. Ini diikuti dengan dikasari, dipukul, ditendang dan akhir sekali ditampar. Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh mangsa buli berkenaan perlakuan buli yang telah dialami. Ini diikuti dengan ibu, bapa, guru, kaunselor dan akhir sekali pengetua sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa mangsa buli kurang yakin terhadap keupayaan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah perlakuan buli yang dialami oleh mereka. Ini mungkin disebabkan guru kurang atau tidak pernah membincangkan tentang permasalahan perlakuan buli kepada pelajar mereka di dalam bilik darjah. Kekerapan Perlakuan Buli Di kalangan Pelajar Yang Dilaporkan Oleh Guru-Guru Sekolah. Ini diikuti dengan mencemuh, menyinggung perasaan, mengejek dengan panggilan nama yang buruk, mengajak untuk bergaduh dan akhir sekali mengancam untuk memukul dan mencederakan. Berkenaan perlakuan buli secara fizikal, guruguru melihat perlakuan mengasari pelajar lain sebagai perlakuan buli yang paling kerap berlaku di sekolah,diikuti dengan perlakuan menolak, memukul,menendang dan akhir sekali menampar. 5

Sependapat dengan pelajar, para guru melihat bahawa dalam kelas merupakan lokasi di mana perlakuan buli paling kerap berlaku. Ini diikuti semasa rehat dan dalam perjalanan dari sekolah.

Siapakah yang sering membuli dan dibuli. Pembuli Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak. Dibuli Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.mereke yang bertubuh kecil.Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.Pelajar baru di sekolah.

Kenapakah mereka sering membuli? Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah: Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.Mereka pernah menjadi mangsa buli.Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain. Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.Akibat perceraian ibu bapa.Terlalu dimanja oleh ibu bapa.Sekadar mahu berseronok.Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.Ingin menunjukkan kekuatan sendiri. Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolaholah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

Rajah 2 Menunjukkan faktor-faktor mereka sering di buli

Jenis-jenis buli Buli fizikal Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.Paling ganas boleh menyebabkan kematian. Buli mental Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Kesan buli Pembuli Kesan luaran: Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Dibuli Kesan luaran Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.

Kesan dalaman Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

10

Kenapakah mereka sering membuli? Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah: Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.Mereka pernah menjadi mangsa buli.Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain. Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.Akibat perceraian ibu bapa.Terlalu dimanja oleh ibu bapa.Sekadar mahu berseronok.Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.Ingin menunjukkan kekuatan sendiri. Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolaholah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

11

APAKAH FAKTOR MENYEBABKAN BULI ? Faktor keluarga: 1. Kurangnya kemesraan dan kasih sayang daripada ibu bapa 2. Cara disiplin yang tegas 3. Kurang perhatian ibu bapa 4. Sikap ibu bapa yang mendera

Faktor remaja: 1. Sikap yang mendesak 2. Sikap panas baran 3. Tekanan atau kemarahan dengan keadaan yang berlaku di rumah atau sekolah 4. Menjadi mangsa penderaan

fizikal - didera atau dibuli

Faktor sekolah: 1. Tiada campur tangan dalam

mengatasi kes buli 2. Tidak cukup pengawasan untuk mengenal pasti pembuli 3. Kurang kawalan terhadap pelajar yang terlalu ramai 4. Moral yang rendah di kalangan guru-guru

12

13

Cara-cara mengatasi masalah buli disekolah.

14

Cadangan

Berdasarkan dapatan, perbincangan dan rumusan daripada kajian yang dijalankan, penyelidik ingin memberi beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Kemeterian Pelajaran, JPN, PPD, pengetua, guru-guru dan ibu bapa khususnya di daerah Batu Pahat. Oleh kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang sederhana antara program intervensi dengan kekerapan buli di sekolah maka dicadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran dapat merangka dan mewujudkan model program anti buli yang khusus bagi mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan sebagai asas kepada pembentukan program anti perlakuan buli yang disalurkan melalui kurikulum sekolah. Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan umum kepada semua sekolah tentang perlakuan buli serta bagaimana pihak sekolah dapat menangani masalah tersebut di sekolah. Dapatan kajian juga mendapati pelajar merasakan pihak guru kurang meyokong dan memberi perhatian terhadap masalah perlakuan buli yang dialami oleh mereka maka dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran merangka serta membentuk program latihan kepada guru-guru tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah. Memandangkan perlakuan buli tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar seperti komuniti, pihak Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah.

15

Bibliografi

Buku / Media Cetak Aisyah, Y. (2009). Buli. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn Bhd. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad, Zurhana Muhamad. (2007). Buli. Kuala Lumpur: UTM Press. Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhamad. (2007). Tip Menangani Buli Di Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Laman Web Vagobot. (2011, November 24). Wikimedia Foundation. Retrieved March 10, 2012, from wikipedia web site: http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli http://beritasemasa.com/kes-buli-di-sekolah-dikalangan-pelajar-pelajar Idris, U. P. (2010, 2009). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved March 19, 2012, from Universiti Pendidikan Sultan Idris web site: http://ebuli.upsi.edu.my/

16

REFLEKSI

Konklusinya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini bagi semester satu. Saya berasa berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri walaupun ianya kurang terperinci tetapi sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari maklumat yang terbaik bagi menyiapkan kerja kursus ini. Sedikit sebanyak, kerja kursus ini telah memberikan saya tentang konsep profession keguruan dan kod etika keguruan, tugas dan tanggungjawab untuk meningkatkan profession perguruan ini. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai objektif sebenar tugasan ini. Dengan bantuan pensyarah yang berkaliber. Saya telah banyak mempelajari dan melalui pelbagai dugaan untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi pelbagai masalah seperti dalam mencari maklumat untuk diletakkan di dalam tugasan ini. Walau bagaimanapun, semuanya membuatkan saya menjadi lebih matang untuk menjadikan seorang guru yang baik masa hadapan. Bahan yang saya dapati cuma daripada tiga sumber sahaja iaitu daripada bahan ilmiah seperti buku rujukan di pusat sumber dan sebagainya. Sumber kedua pula adalah melalui internet dan yang terakhir ialah rujukan daripada kawan saya sendiri. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada Allah dan disandarkan kepada saya, dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. Sekian terima kasih..

17

Anda mungkin juga menyukai