Anda di halaman 1dari 7

Permainan ini dicipta di Amerika pada tahun 1997 oleh seseorang pemberita

bernama George W.Hancock. Hancock menggunakan sebatang penyapu


sebagai bet dan sarung tangan tinju yang diikat sebagai bola,versi besbol yang popular semasa itu. Pada tahun 1895 The Amatur Softbol ditubuhkan dan menaja permainan ini buat pertama kalinya. Akhirnya,sofbol telah menjadi sukan antarabangsa di seluruh dunia dan menerima layak memasuki program olimpik. Di Malaysia,pada tahun 1947 Persatuan Sofbol Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang,Perak dan Selangor.

Sofbol dimainkan di kawasan berbentuk diamond. Kawasan ini mempunyai satu plat rumah dan tiga bes. Setiap pasukan mempunyai sembilan orang pemain. Apabila satu pasukan mengambil giliran memukul, satu pasukan lagi akan memadang. Pasukan memukul akan memukul bola ke kawasan pemadang untuk melakukan larian. Satu larian dikira setelah pemukul berlari mengelilingi diamond dengan memijak semua bes dan balik semula ke plat rumah. Pasukan memadang boleh mematikan pasukan lawannya dengan cara menyentuh pelari bes dengan glof yang memegang bola atau menghantar bola kepada pemadang di bes lebih dahulu daripada pelari. Giliran memukul tamat jika terdapat tiga pemukul terkeluar atau `mati`. Setelah tamat permainan, pasukan yang lebih larian akan dikira pemenang. Sesuatu perlawanan biasanya mengandungi tujuh inning. Satu inning dikira setelah setiap pasukan bermain dalam sesi memukul dan satu lagi sesi memadang.

Alatan yang perlu ada bagi satu perlawanan permainan sofbol seperti Glof, Mit, Adang muka, Bes(berbentuk segiempat, Penahan dada, Bola sofbol, Plat(berbentuk segi tiga), dan Bet(kayu pemukul).

Kemahiran Asas Sofbol Ini ialah kemahiran-kemahiran asas sofbol seperti : Membaling Bola Balingan "Pitcher" Bola hendaklah dibaling secara pergerakan "underarm" ataupun di bawah tangan. Bola hendaklah dilepaskan ketika hayunan berada di bawah paha. Selain balingan ini adalah tidak dibenarkan. Balingan "Fielder" Balingan sisi Berdiri sisi, pandang ke sasaran.Depakan sebelah tangan kesasaran. Tarik tangan ke belakang bahu. Baling bola dari sisi bahu. Balingan atas bahu .Berdiri sisi, pandang ke sasaran. Tarik tangan ke bealakang bahu. Baling bola melepasi atas bahu. Ikut lajak.

Menangkap Bola Tinggi Menangkap bola tinggi hampir badan Menangkap bola ke atas kepala Menangkap bola tinggi hampir badan Menghadap ke arah bola. Kaki buka seluas bahu. Lutut dibengkokkan sedikit. Luruskan tangan ke atas hadapan badan. Pandang bola masuk ke glof. Menangkap bola atas kepala Badan menghadap bola. Kaki buka seluas bahu. Lutut dibengkokkan sedikit. Luruskan tangan ke atas kepala. Pandang bola masuk ke glof.

Anda mungkin juga menyukai