Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
Gejala perlakuan ganas dalam kalangan pelajar semakin hangat dibicarakan di dada-dada
akhbar sejak akhir-akhir ini. Misalnya, Malaysia telah digemparkan dengan berita kematian
seorang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut,
Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia kerana dipercayai didera oleh
sekumpulan rakannya. (Petikan daripada akhbar Utusan bertarikh 4 Jun 2017). Belum reda
kes Zulfarhan yang terkorban akibat perbuatan dera pada 22 Mei lalu, seorang lagi menjadi
mangsa iaitu T. Nhaveen, 18, meninggal dunia kelmarin selepas hampir seminggu tidak
sedarkan diri akibat dipukul dan diliwat oleh sekumpulan remaja (Petikan daripada akhbar
Utusan bertarikh 18 Jun 2017). Berdasarkan kedua-dua keratan akhbar ini, tidak sampai
sebulan, terdapat satu lagi kejadian dera yang meragut nyawa. Hal ini sudah jelas lagi
bersuluh menunjukkan bahawa gejala buli sedang membarah di kampus-kampus Institusi
Pengajian Tinggi di Malaysia.

Perlakuan buli adalah merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan
kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Buli
pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah perbuatan fizikal yang berulang-
ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa. Hal ini
menunjukkan kehendak atau keinginan untuk mencederakan seseorang dan meletakkan
mangsa tersebut dalam situasi yag tertekan (Tattum, 1988). Menurut Smith dan Thompson
(1991), buli didefinisikan sebagai suatu tingkah laku yang mana dilakukan secara sengaja dan
menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi mangsanya. Banks (2000)
menghuraikan perlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul
dan mencuri. Berdasarkan definisi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa buli adalah
merupakan tingkah laku yang tidak baik. Oleh itu, strategi yang berkesan dengan
mengamalkan amalan kesantunan secara lisan dan perlakuan dapat membanteras gejala buli
yang melanda masyarakat kini.

2.0 Amalan kesantunan secara lisan dapat membanteras gejala buli

Kesantunan secara lisan adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat orang Melayu
dan amat berkait rapat dengan kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa ialah
penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, rasa tidak
selesa dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar (Asmah,2000). Kesantunan secara
lisan juga melibatkan penggunaan bahasa lisan yang halus, beradab dan sopan serta
penggunaan bahasa tubuh yang bertatasusila. Menurut Stephenson dan Smith (1989),
tingkah laku buli boleh diklafikasikan kepada dua kategori iaitu bentuk fizikal dan juga verbal
serta psikologi. Buli berbentuk verbal dan psikologi mempunyai kaitan dengan aktiviti lisan.

1
Kategori buli ini merujuk kepada ejek-mengejek, bercakap dengan menggunakan bahasa
yang kesat serta selalu menghina individu lain. Sebagai contoh, jika seseorang individu
mempunyai nama yang agak luar biasa, maka ia akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior
yang membuli. Pelajar yang mempunyai paras rupa yang tidak menarik atau berkulit gelap
juga sering menjadi mangsa buli oleh pelajar lain yang menganggap diri mereka mempunyai
kuasa serta kelebihan yang boleh dibangga-banggakan. Walaupun kes buli secara verbal
tidak mendapat perhatian media, ia sebenarnya lebih serius berlaku dalam kalangan individu
yang bergelar pelajar berbanding kes buli secara fizikal. Justeru itu, kesantunan secara lisan
amat signifikan dalam membanteras gejala buli yang melanda masyarakat kini. Amalan
kesantunan secara lisan merangkumi aktiviti ucapan, ceramah, perbualan serta teguran yang
dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk berubah kepada kebaikan.

2.1 Penggunaan bahasa sapaan

Bahasa sapaan ialah bahasa yang digunakan untuk mengajak orang lain untuk
bercakap atau berkomunikasi dengan kita melalui lisan dan tulisan. Dalam situasi tidak formal,
lazimnya penutur akan menggunakan bahasa sapaan yang merujuk kepada hubungan akrab
dengan individu yang menjadi lawan penuturnya. Sebagai contoh, penggunaan saudara atau
saudari sebagai sapaan kepada orang yang baru dikenali, manakala saya digunakan apabila
bertutur dengan orang lebih tua dan berstatus tinggi. Tuan pula digunakan terhadap orang
yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur manakala Puan digunakan kepada
orang perempuan yang sudah berkahwin. Dalam konteks pelajar, penggunaan bahasa
sapaan adalah amat penting. Pelajar haruslah mengamalkan penggunaan bahasa sapaan
yang betul bukan sahaja kepada guru malahan antara rakan-rakan di sekolah atau di
universiti. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat yang tinggi nilainya walaupun
antara rakan karib. Apabila wujud perasaan hormat dalam diri, pelajar secara tidak langsung
akan menjaga tingkah laku serta perasaan rakan yang lain dalam proses komunikasi (Lakoff,
1975). Keadaan ini jelas dapat membendung gejala buli berbentuk verbal.

3.0 Amalan kesantunan secara perlakuan dapat membanteras gejala buli

Kesantunan dari aspek perlakuan juga amat dititikberatkan dalam diri setiap individu sejak
dari kecil lagi. Perlakuan boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan dalam
kehidupan seharian setiap individu yang menggambarkan identiti individu tersebut seperti
berjalan, berbicara, menangis serta tertawa. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan
bahawa perlakuan adalah semua kegiatan atau aktiviti yang dilakukan oleh manusia sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung (Notoatmodja,2003). Kesantunan dalam
perlakuan sesorang dapat membentuk tingkah laku yang sopan dan baik. Hal ini amat
penting bagi mewujudkan suasana harmoni dalam sekelompok masyarakat tidak kira

2
sama ada di rumah mahupun di tempat pengajian. Sebagaimana yang kita ketahui, gejala
buli secara fizikal pada masa kini sering mendapat liputan meluas di dada-dada khabar.
Tingkah laku buli dalam bentuk fizikal adalah perbuatan yang melibatkan pukul-memukul,
sepak terajang, penggunaan senjata, ugutan serta ancaman. Apabila seseorang
mempuyai kesantunan dalam setiap perlakuan yang dilakukan, mereka akan berfikir
secara rasional setiap gerak-geri yang mereka tunjukkan. Justeru, keadaan seperti ini
dapat membendung gejala buli yang berlaku dalam kalangan remaja.

3.1 Amalan tolong-menolong

Antara amalan kesantunan dari aspek perlakuan yang dapat mengatasi masalah
ini ialah amalan tolong-menolong. Tolong-menolong merujuk kepada proses membantu
mengurangkan tekanan seseorang dan mendorong seseorang membuat keputusan
dengan baik. Manusia adalah makhluk sosial yang saling memerlukan antara satu sama
lain. Sejak dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima pertolongan
merupakan amalan rutin bagi seorang manusia yang normal. Semasa bayi lagi,
seseorang memerlukan pertolongan daripada orang sekeliling untuk untuk meneruskan
dan memenuhi kehendak-kehendak asas seperti makan, minum dan seumpamanya.
Dalam konteks kehidupan seorang pelajar, setiap pelajar perlu menerapkan amalan ini di
sekolah mahupun di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi mewujudkan suasana yang
harmoni dalam kalangan orang sekeliling terutamanya apabila bersama-sama rakan-
rakan. Sebagai contoh, apabila rakan sekelas ataupun rakan sebilik mempunyai masalah
seperti tidak sihat, kita sebagai insan yang rapat semasa di sekolah perlulah menolong
rakan tersebut dengan melaporkan kepada guru yang bertugas. Keadaan ini secara tidak
langsung dapat mewujudkan hubungan yang akrab sesama rakan dan perasaan kasih
sayang dapat diterapkan dalam diri setiap individu. Hal ini akan melahirkan seorang insan
yang mempunyai sifat penyayang yang tinggi. Melalui sifat penyayang ini, gejala buli
dapat dibendung dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, amalan tolong-menolong amat
signifikan dalam menyelesaikan masalah ini.

4.0 CARA-CARA UNTUK MENANGANI ISU BULI DALAM MASYARAKAT

4.1 Menitikberatkan gejala buli dalam pelajaran di sekolah

Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk


menangani gejala buli yang semakin serius melanda masyarakat kini. Terdapat beberapa
langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala buli ini. Antaranya ialah pihak kerajaan
seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah haruslah menitikberatkan gejala
buli dalam pelajaran di sekolah melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam dan Pendidikan Sivik (Petikan daripada akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun

3
2015). Hal ini amat penting kerana pendedahan awal mengenai gejala buli perlu diberikan
kepada pelajar sejak di bangku sekolah lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Melalui pendedahan ini juga, para pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini
merupakan satu kesalahan yang berat dan akan memberi impak yang negatif kepada diri dan
orang sekeliling serta dapat mengetahui cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terbabit
dalam kes buli ini.

4.2 Mengadakan ceramah atau kempen

Pihak yang bertanggungjawab terutamanya Jabatan Pencegahan Jenayah dan


Keselamatan Komuniti (JPJKK) perlu mengadakan ceramah atau kempen seperti kempen
anti-buli secara berterusan di setiap sekolah sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah. Bukan itu sahaja, Institut Pendidikan Tinggi (IPT) juga perlu diadakan ceramah
ini. Dengan adanya kempen ini, para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan
tentang cara-cara untuk mencegah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes
buli itu. Perkara ini amat penting agar kes buli itu tidak berlarutan dan pelajar dapat mencari
jalan penyelesaiannya. Para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh
daripada kempen atau ceramah yang diadakan kepada rakan-rakan yang lain agar semua
pelajar dapat mengetahui dan gejala buli dapat dibanteraskan bertepatan dengan anjakan ke
3 dan ke 9 dalam gelombang kedua PPPM iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai dan bekerjasama dengan ibu bapa, kumuniti dan sector swasta dengan meluas.

4.3 Peranan ibu bapa

Menurut Hamachek (1995), pembentukkan perlakuan anak bermula dari rumah. Suasana
yang tidak harmoni di rumah tanpa kasih sayang ibu bapa menyebabkan remaja mencari
keseronokan di luar. Hal ini kerana sikap ibu bapa sekarang yang amat sibuk dengan
pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa jyang
selalu bersikap panas baran dan cepat naik tangan kepada anak-anak juga adalah
merupakan faktor gejala buli semakin berleluasa. Keadaan ini berlaku kerana anak-anak akan
mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. Hal ini kerana ibu bapa adalah merupakan individu
yang paling rapat dengan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian seperti bersikap lemah-lembut dan sentiasa sabar
menghadapi dugaan. Melalui perkara ini, anak-anak akan menjadikan ibu bapa mereka
sebagai ‘role model’ dalam kehidupan mereka. Anak-anak juga diibaratkan seperti kain putih
yang dicorakkan oleh ibu bapa dengan amalan-amalan yang positif. Perkara ini jelas dapat
membendung gejala sosial dalam kalangan masyarakat.

4
5.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, kita tidak seharusnya melihat isu buli di sekolah dan di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT)sebagai satu masalah yang boleh dipandang enteng. Hal ini kerana gejala ini
semakin berluasa dari hari ke hari. Oleh itu, amalan kesantunan secara lisan dan perlakuan
amat signifikan dalam membendung gejala bulu yang melanda masyarakat kini. Usaha
pelbagai pihak juga amat diperlukan untuk menangani masalah ini. Justeru itu, sebagai umat
Islam dan sebagai seorang pelajar, kita harus mempunyai sikap mementingkan keharmonian
dan kemakmuran sejagat. Kita juga perlu membudayakan amalan sentiasa membuat baik dan
menghormati orang. Perkara ini kerana generasi muda adalah aset negara yang penting yang
akan menerajui negara pada masa hadapan seperti bak kata pepatah Melayu “pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara”.

5
RUJUKAN

Ahmad Syaakirin Ramli (2015,2 Jun). Bendung segera gejala buli. Sinar Harian, hlm 3

Asmah Haji Omar (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Anuar (2017, 4 Jun). Ada bruk, baik buli. Utusan, hlm 3

Banks, R. (2000). Bullying in schools. Eric Review, 7(1): 12-14.

Lakoff, R. T. (1975). Language and woman's place. New York: Harper & Row

Notoatmodjo, S. (2003). Pendidikan dan Perilaku Kesehatan. Jakarta: Rineka Cipta

Ramli Hussein (2017, 18 Jun). Analisis mingguan. Utusan Online. Diakses pada 10
September 2017 dari http://www.utusan.com.my/rencana/utama/analisis-mingguan-
18-jun-2017-1.494508

Smith, P.K. dan Thompson, D. (1991). Practical Approaches to Bullying. London: David
Fulton.

Stephenson, P. dan Smith, D. (1989). Bullying in the Junior school. Stoke-on-Kent:


Trentham Books

Siti Mislia Binti Selamat, Nora Binti Misla dan Azneezal Ar-Rashid Bin Mohd Ramli (2005).
Gejala buli. Seminar Pendidikan. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Mara.15 Oktober 2005. Skudai. Johor

Tattum, D. (1988). Bullying in schools. Stoke-on-Trent: Trentham books

6
7

Anda mungkin juga menyukai