Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Dalam masyarakat Melayu, kesantunan amat dititikberatkan dan diterapkan dalam


diri setiap individu sejak dari kecil lagi. Budaya dan agama Islam adalah merupakan
antara pengaruh yang menjadikan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang
mementingkan nilai kesantunan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, segelintir
masyarakat tidak mengetahui takrifan kesantuan kerana mereka hanya
mengaplikasikannya dalam aktiviti harian. Oleh itu, pelbagai tokoh tempatan dan dunia
telah memberi pandangan mengenai definisi kesantuan.

1.1 Definisi Kesantunan Menurut Pandangan Orang Melayu

Menurut Hamka (2002), kesantunan merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang. Kesantunan meliputi
pertuturan yang lemah-lembut serta beradab hingga dapat melembutkan hati seseorang.

Asmah Haji Omar (2000) membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada
dalam masyarakat yang dijadikan panduan dalam pergaulan. Kesantunan berkala pula ialah
kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan dalam masyarakat berdasarkan
situasi tertentu.

Awang Sarjan (2007) pula menginterptetasikan kesantunan sebagai penggunaan


bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Jelasnya, kesantunan datang
daripada peribadi yang bersopan santun (Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad, 1994).

1.2 Definisi Kesantunan Menurut Pandangan Barat

Fraser dan Nolan (1981) mendefinisikan kesantunan sebagai satu usaha untuk
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa sebarang konflik. Denan kata lain,
kesantunan ialah suatu perlakuan yang diamalkan oleh sekelompok masyarakat untuk
membina kefahaman (Bayraktaroglo, 1997).

Seterusnya, Thomas (1995) menyatakan bahawa kesantunan ialah kesedaran


mengenai jarak sosial. Sebagai contoh, perbualan dengan seseorang yang lebih akrab
pastinya berbeza daripada seseorang yang baru dikenalinya.

Bagi Goffman (1955), kesantunan merujuk kepada ekspresi wajah. Berdasarkan


perkara ini, kesantunan didefinisikan sebagai mengambil berat tentang wajah penutur dan
pendengar yang turut melibatkan harga diri seseorang. Oleh itu, seseorang hendaklah

1
memelihara wajahnya dan pendengar agar tidak dipandang serong oleh masyarakat apabila
bertutur.

Berdasarkan pendapat tokoh di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kesantunan


adalah merujuk kepada pertuturan yang baik dan tingkah laku yang sopan. Oleh itu, setiap
individu perlulah menjaga setiap setiap gerak laku, tutur kata, tatacara kehidupan dan corak
pemikiran kerana ia melambangkan kesantunan seseorang.

2.0 LIMA NILAI KESANTUNAN YANG MASIH DIAMALKAN DALAM MASYARAKAT


MALAYSIA

2.1 Berhemah tinggi

Antara nilai kesantunan yang masih diamalkan dalam masyarakat Malaysia pada
masa kini yang terdapat dalam lirik lagu Datuk Siti Nurhaliza ialah berhemah tinggi. Nilai ini
merupakan nilai peribadi atau nilai personal yang ada pada orang yang mempunyai cita-cita
dan perjuangan yang mulia. Menurut Kamus Dewan (2005), hemah tinggi merujuk kepada
beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan. Antara ciri-ciri seseorang yang
berhemah tinggi ialah merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk, bergaul mesra dengan
masyarakat dan menjaga perasaan orang lain. Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu,
ciri-ciri Islam telah menjadi asas dalam membentuk peraturan sosial yang dapat
mewujudkan hubungan sosial yang berkesan (Zainal Kling,1980).

Tingkah laku yang sopan yang menunjukkan seseorang itu berhemah tinggi telah
diterapkan dalam diri setiap individu sejak kecil lagi melalui adat dan tradisi yang telah lama
diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Adat ditakrifkan sebagai perlakuan dan tingkah laku
yang diterima oleh masyarakat (Homby and Parnwell,1972). Misalnya, amalan meraikan
tetamu adalah merupakan suatu amalan yang mesti diikuti dalam masyarakat Melayu.
Mengikut ajaran Islam, tetamu mestilah dilindungi, dimuliakan dan dilayan sebaik mungkin,
malah tuan rumah dituntut agar berkorban dan tidak menunjuk-nunjuk demi menjaga
perasaan tetamu. Hal ini jelas menunjukkan masyarakat Malaysia berhemah tinggi dalam
pergaulan seharian.

Oleh itu, nilai berhemah tinggi ini amat penting dalam masyarakat Malaysia kerana ia
dapat menjaga maruah diri dan orang lain serta dapat menjalinkan hubungan yang mesra
dan berkekalan antara satu sama lain bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Amalan berhemah tinggi ini juga dapat mengelakkan timbulnya perbalahan dalam
masyarakat.

2
2.2 Hormat-menghormati

Nilai hormat-menghormati juga masih diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Nilai


ini menjadi asas kepada semua nilai kerana bermula daripada hormat-menghormati,
seseorang itu dapat menanam nilai-nilai lain dalam diri. Terdapat beberapa takrifan yang
dapat menerangkan maksud perkataan hormat yang dapat diambil daripada pelbagai
sumber. Antaranya ialah perkataan hormat membawa maksud mempunyai pandangan yang
tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang baik (Kamus Dewan Edisi
Ketiga,2002). Dalam Islam pula, konsep hormat amat berkait rapat dengan adab. Adab
ditakrifkan sebagai perbuatan seharian, etika serta perilaku manusia yang dapat dijadikan
contoh teladan kepada orang lain (Marwan Ibrahim Al-Kaysi, 2003).

Amalan hormat-menghormati yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia dengan


memberi penghormatan tanpa mengira umur, kedudukan, status dan pengaruh menjadi
lambang kekuatan bagi masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Misalnya,
ucapan salam yang dizahirkan oleh golongan muda kepada golongan tua terutamanya
antara pelajar dengan guru adalah merupakan tanda seorang murid meghormati gurunya
(Abdul Wahid, 1992). Perkara ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu, hal ini sudah jelas lagi bersuluh menunjukkan bahawa hormat-menghormati
merupakan nilai murni yang perlu dipupuk bagi melahirkan kemesraan dalam hubungan
sosial.

2.3 Bertimbang rasa

Bertimbang rasa turut merupakan nilai murni yang amat penting dalam kehidupan
setiap individu dan masih diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Dalam Kamus Dewan
(2005), bertimbang rasa bermaksud perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan
terhadap orang lain. P. McPhail dan D.L Miller (1973) berpendapat bahawa sikap
bertimbang rasa perlu dimiliki oleh setiap individu tidak kira sama ada golongan muda
mahupun tua. Hal ini kerana sikap bertimbang rasa yang dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia
dapat memberi impak yang besar kepada diri, masyarakat serta negara. Perkara ini dapat
dibuktikan apabila Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna
Malaysia(FOMCA) dalam akhbar Harian Metro bertarikh 4 Januari 2016 menyatakan

3
bahawa peningkatan kos perbelanjaan persekolahan pelajar tidak dapat dielakkan, namun
sikap bertimbang rasa sekolah dapat membantu mengurangkan bebanan ibu bapa.

Orang Melayu juga sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai
keadaan. Sikap bertimbang rasa ini menjadikan orang Melayu tidak mementingkan
perasaan sendiri tetapi turut mempertimbangkan perasaan orang lain terutama semasa
berkomunikasi. Hal ini amat penting supaya maruah negara dijaga dan tidak dipandang
serong oleh orang lain serta dapat menjalinkan hubungan baik antara masyarakat setempat.
Oleh itu, setiap permintaan dan kelakuan seseorang harus mempunyai sikap bertimbang
rasa.

2.4 Ramah dan mesra

Masyarakat Malaysia amat terkenal dengan sikap peramah dan mudah mesra
dengan orang sekeliling. Sikap ramah dan mesra ini turut berkait rapat dengan amalan
berbudi bahasa yang sering diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Menurut Kamus Dewan
(2007), budi dikaitkan dengan erti berakal, perbuatan santun, kebajikan dan kebijaksanaan.
Budi juga ditakrifkan sebagai perangai, akhlak, tingkah laku serta kelakuan (Kamus Dewan
Edisi Keempat). Hal ini bermakna budi mempunyai pertalian dengan tingkah laku setiap
individu. Bahasa pula adalah merupakan percakapan yang baik, tingkah laku yang beradab
serta bersopan. Melalui definisi ini, seseorang yang peramah dan mesra secara tidak
langsung akan menunjukkan sifat berbudi bahasa yang tinggi bagi mencerminkan
keperibadian diri serta dapat memberikan impak positif dalam pelbagai aspek. Sebagai
contoh, sikap ramah serta berbudi bahasa adalah antara kelebihan Malaysia dalam usaha
menarik pelancong China untuk berkunjung ke Malaysia bagi meningkatkan industri
pelancongan negara seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 3 Mac 2016.

Sikap ramah dan mesra yang diamalkan turut merapatkan hubungan silaturahim
antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bagi melahirkan sebuah negara yang
aman serta tenteram. Hal ini kerana apabila seseorang itu bersikap peramah, proses
komunikasi antara masyarakat akan kerap berlaku tidak kira sama ada di sekolah, pejabat
mahupun rumah. Misalnya, seorang guru yang peramah akan selalu bertanya perihal anak
muridnya di sekolah sama ada mereka mempunyai sebarang masalah ataupun tidak.
Perkara ini secara tidak langsung dapat melahirkan sifat kasih sayang antara guru dengan
murid bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan di sekolah sejajar dengan objektif
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) untuk mewujudkan visi dan aspirasi
yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan.

4
2.5 Elok perkerti

Akhir sekali, nilai budi pekerti atau dengan kata lain elok pekerti merupakan nilai
yang sangat dititikberatkan dalam pendidikan sejak kecil lagi kerana nilai ini adalah cermin
keperibadian bangsa Melayu. Hal ini bermakna untuk melihat ketamadunan sesuatu bangsa
maka lihatlah pada budi pekertinya. Apabila nilai elok pekerti tersemat dalam diri seseorang
individu, maka terserlahlah nilai-nilai insani yang lain dalam diri. Terdapat pelbagai definisi
untuk menerangkan maksud tersirat nilai elok pekerti. Sebagaimana yang kita ketahui, elok
memberi makna sesuatu yang baik ataupun indah manakala budi bermaksud tingkah laku,
perangai ataupun akhlak. Apabila dua perkataan ini digabungkan, maka ia memberi makna
tatacara, adat atau perlakuan yang baik untuk memelihara hubungan baik sesama
masyarakat. Dalam Islam, nilai ini sangat diterapkan dalam kehidupan seharian. Nabi SAW
bersabda yang bermaksud, “Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat
adalah orang yang baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap
keluarganya.” (riwayat ar-Ridha). Perkara ini jelas menunjukkan peri pentingnya budi pekerti
atau elok pekerti dalam kehidupan.

Nilai elok pekerti ini juga merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti dalam
urusan berpakaian. Sebagai contoh, agama Islam amat menekankan pentingnya menutup
aurat bagi kaum muslim serta muslimat. Umat Islam disyariatkan supaya tidak berpakaian
ketat dan sendat. Secara tidak langsung, corak berpakaian turut mempengaruhi corak
pemikiran serta tindakan rakyat tempatan yang melambangkan identiti sesuatu bangsa itu.
Justeru itu, setiap perlakuan yang baik yang dilakukan mengambarkan budi pekerti atau elok
pekerti dalam diri seseorang.

3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, nilai-nilai kesantunan telah lama wujud dan dididik kepada masyarakat
Malaysia sejak dahulu lagi bagi membentuk masyarakat Malaysia yang berdaya saing dan
harmoni. Pada hakikatnya, nilai-nilai kesantunan mengalami perubahan dan penyesuaian.
Dalam sesetengah keadaan, nilai-nilai kesantunan dan budi bahasa dilihat semakin pupus
terutamanya dalam kalangan generasi muda kerana mereka tidak komited untuk
mempertahankan nilai-nilai tersebut. Oleh itu, usaha-usaha untuk mengembalikan
kesantunan dalam kalangan belia di Malaysia harus dilaksanakan. Semua pihak yang

5
bertanggungjawab juga harus memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan
impian tersebut.

Antara usaha yang boleh dijalankan ialah ibu bapa perlu memainkan peranan dengan
menjadi ‘role model’ kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah sentiasa mengamalkan nilai-nilai
kesantunan dalam kehidupan seharian terutamanya di rumah. Misalnya, semangat kejiranan
yang ditunjukkan oleh ibu bapa melambangkan kesantunan dalam diri. Apabila anak-anak
melihat sikap ibu bapa mereka yang sering mengamalkan nilai-nilai kesantunan, secara
tidak langsung mereka akan mengikut sikap tersebut. Hal ini bertetapan dengan pepatah
Melayu yang mengatakan “anak-anak adalah seperti kain putih, maka ibu bapalah yang
perlu mencorakkannya dengan amalan-amalan yang mulia”.

Pihak sekolah turut perlu mengembalikan kesantunan dalam kalangan belia dengan
mewujudkan suasana yang memberangsangkan dan budaya sekolah yang positif (Zakaria
Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1987). Dalam
menjayakan aspek penyerapan kesantunan, guru adalah merupakan orang penting untuk
mengajar mengenali nilai yang ada dalam diri kepada para pelajar bagi mencerminkan
keperibadian diri yang baik. Hal ini dapat merealisasikan aspirasi murid menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Akhir sekali, cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan cara menjalankan
pembelajaran tidak formal. Jalaluddin, Abdul Razaq dan Mohd Mahzan (2014) mengaitkan
pembelajaran tidak formal dengan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai contoh, pelbagai
aktiviti yang berupaya memupuk nilai murni menerusi pembelajaran tidak formal perlu
dirancang dan dilaksanakan secara bersepadu seperti aktiviti penghayatan kerohanian dan
pendidikan moral komuniti, aktiviti gotong-royang serta aktiviti pengukuhan kejiranaan
menerusi kempan dan ceramah. Melalui aktiviti ini, belia akan didedahkan dengan nilai
kesantunan yang amat penting dalam kehidupan. Hal ini membuktikan kesantunan dapat
dikembalikan dalam kalangan belia.

6
RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Wahid Baharom (1992). Tanggungjawab ibu bapa dan anak-anak dalam
mengukuhkan keluarga. Kuala Lumpur: Sabha-DTP Services Sdn. Bhd

Aminudin Mansor (2012, 13 Mac). Mendidik budi bahasa dan budi pekerti. Utusan, hlm.12

Asmah Haji Omar (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sarjan (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bayraktaroglu, A dan Sifiaou, Alessandro (1997). Linguistic Anthropology: England:


Cambridge University Press.

Dr. Faridah Nazir, Ratna Laila Shahidin dan Faiziah Shamsudin (2015). Kesantunan
masyarakat Malaysia Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

Fraser, Bruce dan Nolan dan William (1981). The Association of Deference with Linguistic
Form. International Journal of the Sociology of Language 27, 93-109

Hornby A.S and Parnwell E.C (1972). An English Reader’s Dictionary. London: Oxford
University

7
Jalaluddin Abdul Malek, Abdul Razaq Ahmad and Mohd Mahzan Awang ()2014. Symbiotic
relationship between telecentre and lifelong learning for rural community
development: A Malaysian experience. The Turkish Online Journal of Educational
Technology 13(3), 148–156

John Wiley Goffman (1955). Problems of Developing Nations. An Analysis of Ritual


Elements in Social Interaction. Psychiatry, 18, 213-231

Jenny (1995). Meaning in Interaction: An Introduction to Pragmatics. New York: Logman

Kamus Dewan Edisi ke 3 (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Zulfadzli Sdn.
Bhd.

Kamus Dewan Edisi ke-4 (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Marwan Ibrahim Al-Kaysi (2003). Morals and Manners in Islam. United Kingdom: The
Islamic Foundation

McPhail, P and Miller, D. L. (1973). The Assembling Process. A Theoretical and Empirical


Investigation. Am. Social, 38, 721-735

Muhammad Alif Maahmud (2017, 1 Mac). Peranan Pendidik dalam Memupuk Nilai Hormat-
menghormati. Diakses pada 25 Ogos 2017 daripada
https://www.academia.edu/11362061/Peranan_Pendidik_Dalam_Memupuk_Nilai_Ho
rmat-Menghormati

Ruhaiza Rusmin (2016,4 Januari). Bertimbang rasalah. Harian Metro, hlm.2

8
Surina Nayan, Latisha Asmaak Shafie, Mahani Mansor, Mohd. Izwan Osman dan Nazira
Osman (2006). Nilai hormat di kalangan pelajar UiTM Perlis terhadap pensyarah.
Jurnal Intelek,6(1),132-142

Zahid Osman (2016, 3 Mac). Budaya ramah, aspek pertuturan kelebihan Malaysia. Sinar
Harian, hlm. 10

Thomas dan Hamka (2002). Merantau ke Deli. Kuala Lumpur: Crescent News.

Zainal Kling (1980). Pertemuan Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Zakaria Kasa Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin (1987).
Falsafah dan konsep pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai