Anda di halaman 1dari 7

GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Dingin rasa minuman halia,


Berulam pegaga bersama Si Dara;
1 Budi bahasa amalan mulia,
Tutur dijaga perilaku dipelihara.

Terang beranda disinari pelita,


Langit malam seakan pudar;
2 Kesantunan bahasa budaya kita,
Sengketa dielak konflik terhindar.

Rangkap pertama pantun di atas memaparkan betapa amalan budi bahasa


amat tinggi nilainya dan sangat molek dipraktikkan dalam kehidupan seharian
kita. Hal yang demikian adalah kerana amalan budi bahasa merangkumi
penjagaan bukan sahaja tutur kata bahkan termasuk juga perilaku seseorang.

Rangkap kedua pantun di atas pula memberi tafsiran bahawa kesantunan


dalam bahasa merupakan budaya kita sebagai masyarakat Malaysia tanpa
mengira bangsa dan juga agama. Kesantunan bahasa boleh mengelakkan
persengketaan dan konflik kerana bahasa yang digunakan dalam pertuturan
disulami dengan kesantunan yang sangat tinggi.

Oleh hal yang demikian, penulisan esei ini akan mengupas, memperinci dan
memperjelaskan tentang konsep budi bahasa dan kesantunan bahasa serta
menganalisis kepentingan budi bahasa dan kesantunan bahasa dalam
membentuk jati diri rakyat negara Malaysia.

1
P
N
B
A
Y
M
D
S
C
R
E
H
K
IG
L
U
2.0 Konsep Budi Bahasa
GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Rajah 2.0

Mustafa Haji Daud (1995) mendefinisikan budi bahasa sebagai akhlak


mulia yang mencakupi sifat ikhlas, jujur, benar, rendah diri, pemurah, suka
menolong, berjasa dan berbakti. Amat Juhari Moain (2001) pula menyatakan
bahawa budi bahasa merupakan unsur penting dalam kehidupan masyarakat
majmuk Malaysia yang berasaskan tingkah laku dan penggunaan tutur kata
yang dipilih dengan cermat.

Asmah Haji Omar (2007) pula mentafsirkan budi bahasa sebagai ungkapan
yang membawa makna perilaku atau tingkah laku yang baik dari segi gerak-geri,
tutur kata dan sikap (yang bergantung kepada keadaan mental seseorang).
Menurut Nazariah Sani dan Husin Fateh Din (2014), budi bahasa merangkumi
semua aspek pertuturan, perlakuan, kesopanan, kesantunan, kebijaksanaan
akal dan amalan kebajikan yang menggambarkan kemuliaan dan kebaikan
seseorang terhadap orang lain.

Setelah meneliti tafsiran-tafsiran di atas, dapatlah disimpulkan di sini


bahawa budi bahasa membawa pengertian yang bertunjangkan dua elemen
utama iaitu percakapan yang baik (mengandungi tutur kata yang sempurna dan
menyenangkan, dipenuhi sifat-sifat menghormati orang lain dan tinggi
kesopanan serta kesantunannya) diiringi dengan akhlak yang mulia.

2
H
T
S
B
M
L
F
O
G
J
N
E
IR
A
K
U
Y
P
D
3.0 Konsep Kesantunan Bahasa
GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Rajah 3.0

Lakoff (1975) menginterpretasikan kesantunan bahasa sebagai perlakuan


yang mampu mengurangkan pergeseran dalam sesebuah interaksi. Bagi Fraser
dan Nolan (1981), kesantunan bahasa berlaku apabila kontrak perbualan
digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Bayraktaroglu (1997) berpendapat bahawa kesantunan


merupakan perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman bagi
mengelakkan ancaman dan ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan
bahasa

mereka yang terbabit dalam perbualan menjadi renggang. Takrifan kesantunan


bahasa juga pernah diutarakan oleh Asmah Haji Omar (2000). Menurut beliau,
kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa seharia-hari yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak
pendengar.

Justifikasinya, bedasarkan takrifan-takrifan di atas, jelaslah bahawa


kesantunan bahasa menjurus kepada penggunaan kata yang sesuai dalam
komunikasi seharian agar tidak menimbulkan sebarang konflik dan bertujuan
untuk menjaga air muka seseorang.

4.0 Kepentingan Budi Bahasa Dan Kesantunan Bahasa Dalam Membentuk Jati
itu

3
T
Y
N
A
KK
N
W
P
T
G
J
U
D
A
R
E
IR
H
B
E
L
M
P
U
S
D
Diri Rakyat Negara Malaysia
GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Rajah 4.0

Budi bahasa dan kesantunan bahasa sangat penting dalam kehidupan


rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan juga agama. Dua elemen penting ini
sangat dititikberatkan dalam usaha membentuk sebuah jati diri rakyat Malaysia
yang jitu dan unggul serta disegani masyarakat seantero dunia. Rakyat Malaysia
sememangnya terkenal dengan ketinggian budi bahasa dan juga kesantunan
bahasa yang sangat murni. Namun begitu, persoalan yang membelenggu benak
fikiran ini adalah apakah kepentingan budi bahasa dan kesantunan bahasa
dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia? Terdapat tiga kepentingan utama
yang akan dikupas dan dianalisis bagi memperjelaskan persoalan tersebut
seperti mana yang terlakar dalam Rajah 4.0 di atas.

4.1 Mewujudkan Perpaduan Kaum

4
GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Kepentingan yang pertama adalah untuk mewujudkan perpaduan kaum


dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Malaysia sememangnya
terkenal sebagai sebuah negara dengan kepelbagaian kaum, bangsa,
agama dan juga budaya. Meskipun berbeza daripada segi bahasa,
kepercayaan, warna kulit dan juga ideologi, rakyat Malaysia masih mampu
hidup bersatu padu bagai ‘aur dengan tebing’ di bawah naungan
keharmonian yang utuh. Bagaimana rakyat Malaysia boleh hidup aman
harmoni meskipun mempunyai banyak perbezaan? Jawapannya mudah
sahaja. Berbalik kepada topik utama kita iaitu budi bahasa dan kesantunan
bahasa. Rakyat Malaysia mempraktikkan amalan berbudi bahasa dan
menjaga kesantunan dalam berbahasa bertepatan dengan slogan ‘budi
bahasa budaya kita’. Hal ini menyebabkan wujudnya sifat hormat-
menghormati antara satu sama lain yang seterusnya membenihkan
perpaduan yang sangat mantap. Dek amalan berbudi bahasa dan
kesantunan bahasa inilah maka wujudnya perpaduan kaum rakyat Malaysia
yang menjadi identiti dan jati diri rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

4.2 Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Lebih Bertamadun

Kepentingan budi bahasa dan kesantunan bahasa yang seterusnya


adalah melahirkan rakyat Malaysia yang lebih bertamadun. Rakyat yang
lebih bertamadun dalam konteks ini membawa makna rakyat yang memiliki
tahap tatasusila dan tatatertib yang lebih tinggi, kebudayaan yang lebih
luhur di samping pencapaian lahiriah yang lebih cemerlang. Dalam dunia
yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, budi bahasa dan
kesantunan bahasa rakyat Malaysia masih mekar dan luhur meskipun
pembangunan moden kian menghambat. Ini melambangkan identiti dan jati
diri rakyat Malaysia yang dipandang tinggi oleh rakyat negara luar. Jelasnya,
budi bahasa dan kesantunan bahasa sangat penting dalam melahirkan
rakyat Malaysia yang lebih bertamadun dan seterusnya membentuk jati diri
rakyat Malaysia.

4.3 Melahirkan Rakyat Malaysia Minda Kelas Pertama

Budi bahasa dan kesantunan bahasa juga penting dalam membentuk

5
GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

jati diri rakyat Malaysia kerana budi bahasa dan kesantunan bahasa
membantu melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda kelas
pertama. Hal yang demikian adalah kerana perkara tersebut sangat penting
kepada rakyat Malaysia khususnya golongan remaja yang merupakan
pelapis yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Sekiranya
rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja mempunyai pemikiran yang
kreatif dan kritis serta berfikiran jauh, kita akan berupaya untuk duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakyat di negara-negara maju dan
intelek. Minda kelas pertama yang dianyami dengan ketinggian budi bahasa
dan kesantunan bahasa akan membentuk sebuah jati diri rakyat Malaysia
yang kental.

5.0 Kesimpulan

Konklusinya, budi bahasa dan kesantunan bahasa merupakan elemen yang


mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Elemen ini sudah sekian lama
sebati dalam diri dan sanubari masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan
juga agama. Semua bangsa dan semua agama menganjurkan amalan berbudi
dalam berbahasa serta menjaga kesantunan bahasa ketika berkomunikasi.
Menyedari betapa berharganya elemen ini, kita hendaklah sentiasa berusaha
untuk mengekalkan dan mengamalkannya dalam komunikasi seharian agar
elemen budi bahasa dan kesantunan bahasa tak lekang dek panas, tak lapuk
dek hujan serta tidak terus hanyut di bawa arus kemodenan yang kian deras.

6.0 Rujukan

Asmah Haji Omar (2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6
GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Asmah Haji Omar (2007). Kesantunan Bahasa Dalam Pengurusan Pentadbiran dan
Media. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bayraktaroglu, Arin, (1991). “Politeness and Interaction Imbalance”. International


Journal of The Sociology of Language, 92, 5-31.

Fraser, B., (1990). “Perspective of Politeness”. Journal of Pragmatics 14:219-236.

Fraser, B. and Nolen (1981). “ The Association Diference with Linguistic Form”.
International Journal of The Sociology of Language, 27:93-109.

Mustafa Haji Daud (1995). Budi Bahasa Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid (2013). Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan Edisi
Kedua. Tanjong Malim, Perak : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

https://prezi.com/ua2xggrfzwzm/konsep-budi-bahasa-dalam-masyarakat-malaysia/
diakses pada 20 Seprember 2017.

https://www.slideshare.net/microwong/konsep-budi-bahasa-dalam-masyarakat-
malaysia diakses pada 20 September 2017.

https://www.scribd.com/doc/33177401/Kepentingan-Amalan-Berbudi-Bahasa-Dalam-
Kalangan-Masyarakat diakses pada 26 September 2017.

Anda mungkin juga menyukai