Anda di halaman 1dari 11

PENGERTIAN BUDI

Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat pertimbangan yang baik

 Tabiat/ akhlak/ watak

 Fikiran

 Perbuatan baik

 Daya upaya baik

 Pertimbangan akal yang baik .

 Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang dimaksudkan indah ialah
cantik, bagus benar, elok dan molek.

 Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2)
perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan (3) sifat baik, perbuatan baik,
kebajikan, bicara dan daya upaya

 . Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh
Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang
pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji

 Bagi masyarakat Melayu amnya,perkataan budi itu membawa pelbagai maksud


antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.

 Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.

 Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi
dengan ikhlas jika ingin diberkat ALLah SWT.

 Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang
diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran
 PENGERTIAN BAHASA
Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah
(1) sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan (2)
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan-
santun.
  Bahasa ialah semua bunyi bahasa yang  dihasilkan oleh alat-alat sebutan
manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain 

 Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-
bunyi perkataan, susunan perkataan , tatabahasa atau sintaksis yang  dikatakan
bersistem

 tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan ,  frasa,


klausa dan ayat 

 Kamus Dewan Edisi Ketiga(1996: 87)menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem


lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia
Fungsi bahasa:
 Penghubung–interaksi jelas,luas,tanpa sempadan

 Pernyataan perasaan–ekspresi dan luahan

 Pernyataan fikiran–neurologi 

PENGERTIAN BUDI BAHASA


 Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi
pekerti ,akhlak, watak dan kelakuan yang baik,sopan,pemurah dan sebagainya yang
disebut sebagai nilai-nilai murni

 Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu ,malahan
dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik
Tujuan:
 Mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana
aman ,harmoni ,kerjasama ,hormat-menghormati ,kasih sayang, dan kesejahteraan

 Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam
2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik,perbuatan
baik dan kebajikan


o Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan
tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan  kebajikan tercantum dalam kata-kata
mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan
baik terhadap orang lain.
o Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa.

o Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut
dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar
unsur fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialahorang
yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.

 Kedua-dua pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa.

 Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 1) seringkali perkataan budi ditambah dengan
awalan “ber” atau akhiran “man” menjadikannya berbudi atau budiman. 

 Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga sebagai petanda orang


Melayu menjunjung tinggi peranan budi dan bahasa.

 Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang Melayu ialah orang
yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur kata, beradab,
bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap
memiliki sifat peribadi yang sempurna.  

  Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan
terutama agama.Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan
agama,namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.Dikatakan bahawa
orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi
bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.  
        Kesimpulannya , orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia
yang terpancar melalui tutur kata yang halus , tingkah laku yang santun , pemikiran
yang luhur , perasaan yang tenang , gerak laku yang tertib , hati yang mulia , sentiasa
memberikan kebaikan kepada orang lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri
sahaja .
BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

 BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

1) Faktor amalan budi bahasa vital dalam kehidupan masyarakat majmuk di


Malaysia

 Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

 Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun.

 Industri pelancongan juga turut meningkat.

 Pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan.

 Dihormati oleh orang lain.

 Mudah didampingi oleh orang lain.

 Mudah mendapatkan pertolongan daripada orang lain tidak kira apa bangsa
ketika berada dalam kesusahan.

 Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.


 Melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia.

2) Cara mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia.

 Kempen budi bahasa.

 Sebagai institusi pendidikan, sekolah dan pusat pengajian lain mesti


mempertingkat kefahaman pelajar tentang nilai murni menerusi pelbagai subjek diajar.

 Pendidikan agama dan moral, pendidikan akademik sangat penting untuk anak-
anak.

 Ibu bapa menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak supaya diikuti
oleh anak-anak.

 Media massa menyiarkan rancangan televisyen seperti drama yang


menunjukkan amalan budi bahasa.

 Memberi salam antara satu sama lain.

 Saling menolong dan membantu.

 Guna nada suara yang menyenangkan semasa bertutur.

3) Contoh-contoh budi bahasa dalam masyarakat Malaysia.

 Menghormati Orang lain. cth: mencium tangan orang yang lebih tua.
 Sentiasa senyum.

 Membantu Orang Kurang Upaya Melintas Jalan.


 Cinta akan negara

 Menyayangi alam sekitar 


 

 Sopan Santun
Kesimpulannya , orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia yang
terpancar melalui tutur kata yang halus , tingkah laku yang sopan santun , pemikiran
yang luhur , perasaan yang tenang , gerak laku yang tertib , hati yang mulia , sentiasa
memberikan kebaikan kepada orang lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai