Anda di halaman 1dari 12

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Oleh : Suriani Binti Musa Siti Aminah Binti Hasnaanin.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

a) Apakah maksud Trasmisi Budaya? b) Sebagai guru, bagaimanakah

anda dapat mentransmisikan budaya kaum anda kepada masyarakat setempat melalui bahasa?

Apakah maksud Trasmisi Budaya?


Definisi Budaya Menurut Kamus Dewan. Budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi, politik, agama,kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Apakah maksud Trasmisi Budaya?


Definisi Budaya Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat

Apakah maksud Trasmisi Budaya?


Definisi Budaya Menurut Prof. Mohd Taib Osman (1988) Memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.

Definisi Transmisi Menurut Kamus Dewan Sistem gear, aci dan sebagainya pada kereta dan sebagainya yg menghantar kuasa daripada enjin untuk memutarkan roda kenderaan.

Maksud Transmisi Budaya


1. Berdasarkan definisi kedua-dua perkataan tersebut dapat kita simpulkan bahawa Trasmisi Budaya membawa maksud kebolehan seseorang

menggunakan kekuatan tenaga dan akal fikiran, ke arah meningkatkan kecergaskan akal fikiran orang lain bagi menerapkan dan mengamalkan budaya dalam kehidupan seharian.

Sebagai guru, bagaimanakah anda dapat mentransmisikan budaya kaum anda kepada masyarakat setempat melalui bahasa?
Keperluan Mentransmisikan Budaya.
1.

Dalam konteks pendidikan, budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat kerana sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat. Biasanya budaya masyarakat menjadi amalan di sekolah. Namun tidak semua amalan yang diamalkan oleh masyarakat bersesuaian dengan budaya yang ingin diterapkan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, ada sesetengah tempat adalah tidak menjadi kesalahan jika semua orang tidak kira tua atau muda menggunakan perkataan aku sebagai kata ganti diri ketika berkomunikasi dengan semua lapisan masayarakat. Sedangkan menggunakan perkataan aku adalah tidak sesuai digunakan jika berkomunikasi terutamanya dengan orang yang lebih tua.

2.

Cara Guru Mentransmisikan Budaya Kaum Kepada Masyarakat Setempat Melalui Bahasa
1. 2.

Aspek bahasa - harus diberi pertimbangan oleh guru. Bahasa merupakan medium yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat. Sehubungan itu guru dapat mentransmisikan budaya kaum kepada masyarakat setempat melalui bahasa. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan

3.

berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran.
4. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek harus dielakkan.
5.

Penggunaan bahasa standard akan memberi peluang yang sama


kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktivti pembelajaran.

6.

Berikut merupakan contoh-contoh bagaimana guru dapat mentransmisikan budaya kaum kepada masyarakat setempat yang berbilang kaum dan agama melalui bahasa 1. Menggunakan bahan-bahan bacaan yang berfokuskan cara hidup seperti hormatkan orang tua, penggunaan bahasa yang sesuai dan sebagainya. 2. Bercerita tentang amalan baik yang di amalkan kepada muridmurid. 3. Murid melakonkan watak-watak yang menceritakan tentang budaya yang baik. 4. Menunjukkan gambar-ganbar yang menunjukkan gaya hidup, dan meminta murid menceritakan tentang gambar tersebut.

Kesimpulan
1. 2.

Guru merupakan orang kedua yang rapat dengan murid selain daripada ahli keluarga. Oleh itu, guru memainkan peranan untuk menerapkan nilai budaya terutamanya melalui Pendidikan Formal Kurikulum mahupun Kokurikulum. Selain itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Adalah sangat penting bagi murid yang telah tamat zaman persekolahan mampu mengamalkan budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masayarat yang terdiri daripada pelbagai kaum

3.

4.

Bibliografi
1. 2. 3.

Kamus Dewan Edisi Keempat. http://digitaleprints.um.edu.my/941/2/BAB1.pdf http://www.scribd.com/doc/45818126/Budaya-Dan-Pembelajaran

4.

http://www.fppsm.utm.my/download/doc_view/23-budayasekolah-implikasi-terhadap-proses-pembelajaran-secaramengalami.html
http://www.uns.ac.id/data/sp3.pdf

5.

Anda mungkin juga menyukai