Anda di halaman 1dari 34

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

Permasalahan Berkaitan Wanita di Malaysia


Kes penderaan Kes perceraian Kes nafkah Kes hak penjagaan anak Kes rogol Kes minum arak Kes tidak menutup aurat Kes pelacuran

KEDUDUKAN WANITA SEBELUM ISLAM

Sebelum kedatangan Islam kedudukan wanita amatlah menyedihkan. Hak mereka dirampas dan mereka dianggap pemuas nafsu seks semata2. Wanita tidak berhak mendapat harta pusaka dan dijadikan barang yang dipusakakan. Anak2 perempuan tidak diberikan peluang untuk hidup lantaran perasaan malu dianugerahi anak perempuan.

Wanita di Kalangan Bangsa Yunani

Yunani merupakan bangsa yang mempunyai peradaban yang tertinggi di antara bangsa2 kuno dalam sejarah. Walau bagaimanapun, kedudukan wanita pada zaman primitif amat buruk dari segi moral, hak2 atas perlindungan hukum dan juga kelakuan sosial. Wanita dipandang sebagai makhluk paling hina dan kemuliaan dan kehormatan hanya khusus bagi kaum lelaki. Selera hawa nafsu menguasai orang2 Yunani sehingga mereka bergelumang di dalam naluri kehaiwanan. Wanita sundal mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

Kepercayaan keagamaan mereka tunduk pada naluri nafsu kebinatangan yang mana mereka menyembah Aphrodite iaitu tuhan perempuan yang melayani 3 tuhan lelaki. Tempat-tempat pelacuran dijadikan tempat pemujaan dan pemuas hawa nafsu dipandang sebagai upacara ritual dan kebiasaan. Perempuan2 jalang menjadi tukang tenung yang menghuni tempat2 peribadatan sekaligus menjadi pengurus dan pelayannya. Bangsa Yunani juga melakukan kekejian dengan homoseksual meluas di kalangan mereka.

Wanita di Kalangan Bangsa Rumawi

Orang2 Rumawi mewarisi peradaban bangsa Yunani dan mengikuti jejak serta meniru apa yang dilakukan oleh orang2 Yunani. Mereka menganggap penzinaan sebagai perkara biasa. Cireron seorang ahli pembaharuan terkenal berpendapat pemuda tidak perlu dibelenggu dengan rantai moral yang memberatkan dan perlu diberikan kebebasan dalam hubungan seks. Apectitus seorang ahli falsafah pada masa itu mengatakan hindarilah pergaulan (persetubuhan) dengan wanita sebelum kahwin sekiranya kamu sanggup. Tetapi kamu tidak boleh menyesali atau mencela seseorang yang tidak mampu menahan shahwatnya.

Pentas2 komedi mempertontonkan adegan lucah dan memdorong pada perbuatan keji. Kaum lelaki lebih patuh dan bersikap lemah lembut terhadap pelacur berbanding isteri menyebabkan ramai isteri tertarik untuk menjadi pelacur.

Wanita di Kalangan Bangsa Yahudi

Tidak dinafikan bahawa kedudukan wanita bangsa Yahudi ditentukan oleh wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s sebagaimana terdapat dalam kitab Taurat. Terdapat perlanggaran dan penyelewengan dalam hal aqidah dan hukum agama sepanjang pergantian generasi dan perjalanan sejarah akibat daripada tindak tanduk kaum Yahudi.

Kajian yang dibuat oleh para cendekiawan atau ahli fikir berkenaan kitab Taurat di selewengkan dan dinyatakan bahawa ada juga orang2 mashum yang terperosok dengan godaan syaitan dan secara keterlaluan merendahkan martabat nabi dalam perbahasan mengenai wanita. Terdapat gambaran yang dibuat mengenai kedudukan wanita dalam kitab Taurat sebagai penipu dan pemuas hawa nafsu semata-mata.

Dalila seorang legendaris dalam cerita Yahudi yang sangat terkenal dikatakan dapat menghancurkan Samson seorang pahlawan besar yang paling kuat dengan membuat fitnah, cumburayu, godaan dan tipu muslihat..menunjukkan senjata wanita sebagai perosak.

Wanita di dalam Agama Nasrani


Mereka berpendapat wanita adalah sumber maksiat dan kedurhakaan. Bagi lelaki, wanita adalah pintu neraka yang boleh mendorongnya membuat dosa dan mendatangkan penderitaan lain. Wanita malu dan menyesali diri menjadi wanita Tertullianus seorang tokoh besar agama Nasrani mengatakan bahawa ia yakni wanita adalah pintu bagi syaitan masuk ke dalam jiwa manusia. Wanitalah yang mendorong lelaki mendekati pohon terlarang. Wanitalah yang memusnahkan hukum Tuhan dan merosak gambaran Tuhan (yakni lelaki)

Dari situ muncul pendapat tentang kerahiban iaitu seorang lelaki yang hidup membujang menjadi ukuran tentang ketinggian moral dan keluhuran martabat. Wujudnya pelbagai ketetapan atau peraturan khusus dalam soal kerahiban dan akhirnya kaum wanita sepenuhnya berada di bawah kekuasaan kaum lelaki. Wanita tidak mempunyai hak cerai(talak) tidak kira dalam apa keadaan sekalipun. Isteri yang telah kematian suami berkahwin lagi dianggap penzinaan sopan pada pandangan pembesar gereja.

Akibat daripada itu Eropah moden yang bercorak Nasrani muncul dengan pandangan hidupnya yang menghalalkan pergaulan antara lelaki dengan wanita. Persamaan hak dalam segala hal telah diberikan sama rata antara lelaki dan wanita. Para isteri bebas mengurus penghidupannya sendiri dan pergaulan bebas itu telah menyebabkan gejala keruntuhan sosial di kalangan mereka.

Wanita di Kalangan Bangsa Arab Jahiliyyah


Sebahagian besar rakyat semenanjung arab tunduk kepada penyembahan berhala. Di Yathrib (Madinah) dihuni paling ramai oleh orang2 Yahudi. Di Jizan dan Najran pula dihuni oleh orang2 Nasrani yang lebih condong pada pengaruh negeri Habsyah iaitu amat memberikan perhatian dan penerimaan terhadap percakapan kaum wanita mereka.

Orang2 Arab Jahiliyah menanam anak mereka hidup2 dalam pasir utk menghindari hal2 memalukan/takut menanggung beban penghidupannya/ kesulitan hidup yang akan ditanggungnya nanti. Sekiranya anak tersebut dibiarkan hidup maka dia tidak mempunyai hak apa2 Cuma harus tunduk pada tradisi dan adat kebiasaan bersekedudukan sebagai hukum dan peraturan. Wanita tidak berhak menyuarakan pendapat dan tidak berhak memiliki sesuatu.

Bangsa Arab ketika jahiliyah memandang wanita lebih hina dan rendah daripada masyarakat purba lain di mana mereka tiada keistimewaan atau hak untuk hidup.

Salahfaham tentang perspektif ISLAM terhadap Wanita;


Punca
Media Islam+percampuran budaya Perbezaan budaya Fatwa dikeluarkan oleh bukan pakar Orang Islam Sendiri (Muslim)

Antara isu salahanggap barat (moden) terhadap Islam yang berkaitan dengan wanita
Poligami Hijab Harta pusaka Persaksian Lelaki lebih kuat dari wanita (2:228) Memukul isteri Perceraian Kepimpinan Imam/ saf

Poligami
Poligami-poligeni-poliandri Tidak diperkenalkan oleh Islam Islam tetapkan jumlah Menggalakkan monogamy, membenarkan poligami Melindungi wanita, realistik Poligami vs monogamy-dibenarkan sebab;

Wanita ramai Tidak ada zuriat Nasfu kuat Cacat

Poliandri lwn Poligami


Barat-melihat keadilan Islam-melihat keadilan tetapi tidak sama Perbezaan fizikal Lelaki kawin 4, wanita tidak boleh-KENAPA?
Ibu/ Bapa tahu identiti, Menses (Haid) Fitrah STD (sexually transmitted disease); HIV, Penyakit Kelamin dll HIV-bangsa akan terhapus (jangkahayat +-20thn)

Hijab
Sejarah lepas-wanita direndahkan Islam mengangkat martabat status wanita (24:30-31) Termasuk moral, perilaku & niat (intention) 33:59 & 3:32-33

Perceraian
Persetujuan dua pihak
Memulangkan mahar, perintah mahkamah Thalaq melindungi wanita Tuntutan anak (custody), harta sepencarian, Mutaah)

Memukul isteri
Bukan sebagai penghakiman, tidak melaksanakan hukuman Sebahagian proses pengajaran Hubungan suami-isteri-hak & tanggungjawab (4:34) Bersyarat-suami mesti ikut
Nusyuz-durhaka, merupakan satu salah-laku yang serius Menolak untuk mempraktik Islam Ia merupakan jalan penyelesain yang sistematik

Penyaksian
2: 282-transaksi perniagaan Membunuh-pandangan ulama Lelaki-menyara keluarga Tazil Wasiat (5:106) Talaq (65:2) Menuduh wanita melakukan zina (24:4) Menuduh pasangan yang sudah kahwin berzina (24:5) Aisyah-menghafal 2210 hadis

Sebagai Imam/ posisi solat


Kenapa wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki
Gangguan (period) Sebelah menyebelah

Lelaki lebih tinggi daripada wanita


2:22b Bukan dari segi kuasa tetapi dari segi tanggungjawab

Harta pusaka
Islam menjamin menerima harta 4:34

KEDUDUKAN WANITA SELEPAS ISLAM


Surah an-Nisaa iaitu perihal perempuan yang banyak menjelaskan hukum hakam berkenaan kaum perempuan. Surah al-Hujuraat ayat 12 menjelaskan bahawa Islam memandang sekalian manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi dan yang membezakan mereka ialah ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud kebahagiaan anak Adam terletak pada 3 faktor iaitu wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik.

Surah ar-Ruum ayat 21 Allah berfirman yang bermaksud Dan di antara tanda2 kekuasaaan Allah ialah Allah menciptakan isteri2 bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih sayang antara kamu(iaitu suami isteri).Sesungguhnya dalam hal yang demikian itu terdapat bukti2 bagi orang yang mahu berfikir. Di dalam surah Al-Araaf ayat 189 Allah berfirman yang bermaksud Dialah Allah yang menciptakan kamu dari seorang (Adam) lalu daripadanya Allah menciptakan isteri baginya, agar ia merasa tenteram tinggal bersamasamanya(isterinya).

Rasulullah bersabda yang bermaksud Kaum wanita adalah saudara kandung kaum lelaki. Baginda bersabda lagi yang bermaksud Perlakukanlah wanita dengan baik kerana mereka itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Yang bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Bila engkau terlalu keras meluruskannya ia akan patah tetapi bila engkau biarkan ia tetap bengkok. Kerana itu perlakukanlah wanita dengan baik. Dalam Islam, asas kekuatan dan kesatuan adalah melalui isntitusi keluarga. Isteri merupakan tiang keluarga. Oleh yang demikian, darjat wanita dalam Islam ditinggikan dan dimuliakan.

Hak-Hak Wanita Dalam Islam

1. Wanita adalah saudara kandung lelaki contohnya dalam surah al-Hujurat:13, surah An-Nisa:1, surah an-Nahl:72, surah al-Araaf :189. Hadith Rasulullah yang bermaksud Kaum wanita tidak lain adalah saudara2 kandung kaum lelaki diriwayatkan oleh Ibn Hanbal, Abu Daud & Tirmizi berasal daripada Aisyah r.a. 2. Iman kaum wanita sama dengan iman kaum lelaki contohnya dalam Surah al-Mumtahanah:10, surah alAhzaab:58, surah Al-Buruj:10, surah Muhammad:19.

3.Ganjaran pahala di akhirat bagi kaum wanita beriman sama dengan lelaki beriman contohnya dalam surah an-Nahl:97, al-Mukmin:40, An-Nisa:123 & 124, Ali-Imraan:195, al-Ahzaab:35, at-Taubah-72. 4. Penglibatan bersama kaum wanita & lelaki dalam upacara keagamaan, kegiatan sosial dan politik contohnya berkenaan sembahyang, menunaikan haji dan ibadat2 yang lain diceritakan dalam surah atTaubah:71.

5. Manakala wanita juga harus bantu membantu dalam bidang politik, ekonomi dan ketika peperangan. ContohnyaUmmu Hani iaitu puteri Abu Thalib mengatakan di hari tertawannya kota Mekkah ke tangan kaum muslimin Aku memberi perlindungan kepada dua orang lelaki mertuaku (yang dimaksudkan ialah mertua sendiri dan saudara mertuanya) dan pada ketika itu Rasulullah s.a.w. berkata Wahai Ummu Hani, kami berikan perlindungan kepada orang yang engkau lindungi. 6.Hak2 wanita dalam bidang pendidikan dan pengajaran yang mana menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu juga sama dituntut terhadap lelaki dan wanita. Contohnya pada zaman Rasulullah seorang wanita Quraisy bernama Asy-Syifa binti Abdullah setelah berhijrah ke Madinah dia mengajar membaca dan menulis kepada Hafshah binti Umar Ummul mukminin.

Rasulullah pernah bersabda menunjukkan bahawa besarnya perhatian baginda terhadap pendidikan dan pengajaran bagi kaum wanita yang bermaksud Seorang lelaki yang mempunyai anak perempuan dan ia mengajar serta mendidiknya dengan baik serta ia menikahkannya, ia memperolehi dua (kali) pahala. 7. Hak-hak wanita dalam bidang harta dan kekayaan iaitu dalam pewarisan dan juga wasiat. Hak wanita dalam Islam juga dalam bentuk mahar dan mas kahwin serta nafkah yang semuanya diwajibkan ke atas kaum lelaki. Dalam surah anNisaa:7 menyatakan tentang hak wanita mewarisi harta manakala ayat 4 surah yg sama menyatakan hak wanita mendapatkan mas kahwin daripada suami.

Peranan & Tanggungjawab Wanita Dalam Islam


1. Wanita sebagai seorang ibu kepada anak2. dinyatakan di dalam surah al-Baqarah ayat 233 bahawa tanggungjawab seorang ibu untuk menyusukan anak-anak sehingga cukup 2 tahun. 2. Wanita sebagai seorang isteri kepada suami. 3. Wanita sebagai saudara kandung lelaki 4. Wanita sebagai seorang pendidik. 5. Wanita bertanggungjawab terhadap Allah, Rasul & agamanya. 6. Wanita bertanggungjawab terhadap diri sendiri. 7. Wanita bertanggungjawab terhadap keluarga & rumahtangga. 8. Wanita bertanggungjawab terhadap masyarakat & bangsa. 9. Wanita bertanggungjawab terhadap tanah air.

Anda mungkin juga menyukai