Anda di halaman 1dari 13

_________________________________________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)
SEMESTER 2 TAHUN 1 2020

GPI 1083 PENDIDIKAN ISLAM


TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR ABANG MOHAMMAD IKRAM BIN


ABANG HASHIM
NO. ANGKA GILIRAN 2020042310051

NO. KAD PENGENALAN 020919130563

KUMPULAN/ AMBILAN PA2 AMBILAN JUN 2020

NAMA PENSYARAH USTAZ MAHADI BIN HAJI KHALID

TARIKH HANTAR 20 FEBRUARI 2021

Pengakuan pelajar
menerima maklum balas
daripada pensyarah
ISI KANDUNGAN

BIL. MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN 3

MASYARAKAT SEJAHTERA

3.0 PERANAN WANITA DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT SEJAHTERA 5

4.0 KESAN INSTITUSI KELUARGA DAN WANITA MEMAINKAN PERANAN 6

DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT SEJAHTERA

4.1 AGAMA 6

4.2 EKONOMI 6

4.3 NEGARA 7

5.0 RUMUSAN 8

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, pembentukan sebuah masyarakat sejahtera sudah menjadi suatu
kepentingan buat kita. Menurut A’sim (2014), kehidupan tanpa hubungan baik dalam
masyarakat akan membawa kepada ketidakstabilan dalam sistem sosial, politik dan
ekonomi sesebuah negara. Jelaslah bahawa masyarakat yang sejahtera akan
membentuk sebuah negara yang aman dan damai. Sesungguhnya, pembinaan
konteks masyarakat sejahtera bermula daripada sebuah institusi keluarga dan
golongan wanita. Kedua-duanya amat memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan masyarakat sejahtera sejak zaman dahulu lagi. Sebelum itu, apakah
yang dimaksudkan dengan institusi keluarga dan masyarakat sejahtera? Menurut
Abdul Karim (1989), institusi keluarga didefinisikan sebagai suatu unit asas dan juga
sumber kekuatan bagi anggota masyarakat dalam negara kita. Kamus Dewan Bahasa
Edisi Ke-4 (2004), mendefinisikan masyarakat sejahtera sebagai sebuah masyarakat
yang aman dan makmur, senang dan terpelihara daripada bencana. Penulisan esei
kali ini akan membincangkan peranan yang perlu digalaskan oleh institusi keluarga
dan wanita dengan lebih terperinci.

2|GPI 1083
2.0 PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT
SEJAHTERA

Secara umumnya, institusi keluarga yang terbentuk melalui ikatan perkahwinan yang
antara suami dan isteri bukan sahaja berperanan untuk mengikuti sunnah nabi
Muhammad SAW dan untuk melengkapkan keturunan, bahkan institusi tersebut juga
berperanan dalam membina sebuah masyarakat yang aman dan damai. Pembinaan
tersebut bermula daripada hasil didikan di rumah. Oleh itu, terdapat beberapa peranan
institusi keluarga dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera.

Antaranya adalah sebuah institusi keluarga yang mithali perlu memberikan


penekanan yang utama terhadap pendidikan. Pendidikan yang diberi penekanan itu
perlulah pendidikan yang merangkumi pendidikan formal dan tidak formal seperti yang
tertera dalam Gambar 1.0. Dalam institusi keluarga, ibu bapalah yang berperanan dan
bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang
mencukupi pada setiap masa (Ratna, 2007). Apabila ibu bapa tidak mementingkan
pendidikan anak-anak mereka, hal ini akan menyebabkan anak-anak tersebut
ketinggalan dalam pelajaran, tidak tahu membaca dan sebagainya. Anak-anak yang
terdidik dari segi akhlak dan ilmunya akan berjaya melahirkan sebuah generasi yang
berjaya pada masa hadapan. Oleh itu, amat penting bagi pihak ibu bapa untuk cakna
terhadap pendidikan anak-anak mereka demi membina sebuah generasi masyarakat
yang maju dalam pendidikan dan teknologi seterusnya menggapai kesejahteraan
bersama. Bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah yang bermaksud “Tuntutlah ilmu, kerana ia merupakan suatu kefardhuan atas
setiap muslim”. Generasi muda yang pakar dalam bidang pendidikan secara tidak
langsung akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membantu dalam
pembinaan kesejahteraan masyarakat. Hal ini sangat berbeza dengan orang yang
tidak berilmu pengetahuan. Orang yang tidak berilmu pengetahuan sukar untuk
membangunkan masyarakat dan sukar untuk menyelesaikan masalah-masalah sosial
yang berlaku dalam masyarakat kita.

Dalam pada itu, anak-anak, nenek dan datuk serta saudara-mara juga tidak
terlepas daripada peranan yang perlu mereka galas dalam sebuah institusi keluarga
untuk membentuk sebuah masyarakat yang aman sejahtera. Semua individu tersebut
perlu bekerjasama dengan erat untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Apabila terdapat sebuah keluarga yang bahagia dalam masyarakat, hal ini akan
mendorong keluarga yang lain untuk menjadikan keluarga yang bahagia tersebut
3|GPI 1083
sebagai contoh yang terbaik (Izwan, 2019). Sekiranya keadaan tersebut berlaku,
maka wujudlah variasi keluarga yang bahagia lalu tercetuslah sebuah masyarakat
yang mementingkan kesejahteraan ummah. Bagaimanakah keluarga bahagia itu
dapat dibentuk? Hal yang demikian dapat dibentuk jika setiap ahli keluarga
memainkan peranan masing-masing. Misalnya, seorang anak itu sewajarnya untuk
memahami dengan lebih mendalam akan tanggungjawab dan tugasnya sebagai anak
untuk sentiasa berbakti kepada ibu dan ayahnya di samping mendoakan
kesejahteraan akan kedua-dua mereka (Izwan, 2019). Saudara-mara juga hendaklah
sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain dalam perkara yang baik dalam
sebuah institusi keluarga. Jelaslah bahawa, dengan adanya peranan institusi keluarga
untuk berusaha dalam membentuk sebuah keluarga bahagia mampu untuk membina
sebuah masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera sepanjang zaman.

4|GPI 1083
3.0 PERANAN WANITA DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT SEJAHTERA

Dalam masa yang sama, selain institusi keluarga, terdapat juga golongan wanita yang
juga memainkan peranan untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam
masyarakat kita. Peranan golongan wanita khususnya ibu dan isteri adalah menjaga
hal ehwal rumah tangga yang merangkumi makan-minum, kesihatan dan keselesaan
hidup anak-anak (Husna, 2017). Namun begitu, tugas dan peranan wanita tidak hanya
terbatas pada menjaga hal ehwal rumah tangga semata-mata, akan tetapi tugas
mereka juga adalah mendidik, membimbing dan mengasuh masyarakat dalam hal-hal
tertentu khususnya hal-hal yang berkaitan dengan kewanitaan. Kita sedia maklum
bahawa golongan wanita amat terkenal dengan sifat yang lemah lembut dan
penyayang. Sifat-sifat tersebut boleh membantu golongan lelaki dalam urusan
dakwah dalam agama kerana dengan sifat yang ada itu, mungkin dakwah kepada
masyarakat akan menjadi lebih berkesan. Menurut Yayuk (2010), sejarah telah
mencatatkan bahawa terdapat beberapa orang tokoh wanita yang merupakan ulama
Nusantara terkemuka pada zaman dahulu iaitu Hajah Khadijah Binti Tok Selehor
(Gambar 2.0) dan Syaikhah Khairiyah Hasyim (Gambar 3.0).

Di samping itu, Golongan wanita juga berperanan untuk menyokong


perjuangan yang dilakukan oleh kaum lelaki di medan peperangan jihad dalam
mempertahankan kesejahteraan umat. Hal ini dapat diperlihatkan dalam sejarah Islam
yang telah membuktikan bahawa terdapat beberapa orang wanita pada zaman
Rasulullah SAW yang juga menyertai peperangan bagi mempertahankan keamanan
dan kesejahteraan daulah Islamiyyah seperti Nusaibah binti Kaab, Ummu Aiman dan
Rufaidah binti Saad (Najwa, 2015). Hal ini secara tidak langsung membuktikan
bahawa golongan wanita juga boleh untuk menggalas peranan mereka dalam
mempertahankan kesejahteraan dengan menyertai peperangan. Tuntasnya, peranan
golongan wanita dalam pembentukan masyarakat sejahtera tidak semestinya
tertumpu di dalam rumah semata-mata, akan tetapi mereka juga berperanan dalam
menjaga kesejahteraan masyarakat dalam dakwah dan peperangan.

5|GPI 1083
4.0 KESAN INSTITUSI KELUARGA DAN WANITA MEMAINKAN PERANAN DALAM
PEMBENTUKAN MASYARAKAT SEJAHTERA

Secara umumnya, peranan-peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga dan


wanita telah memberikan kesan yang positif khususnya kepada agama, ekonomi dan
negara. Dengan itu, kesan yang terhasil ini perlu kita jadikan sebagai pengajaran dan
tauladan sebagai pemangkin untuk mengekalkan segala keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat di negara kita.

4.1 AGAMA

Kita dapat menyaksikan bahawa hasil daripada peranan yang digalas oleh
institusi keluarga dan wanita dalam pembetukan masyarakat sejahtera adalah
agama Islam semakin dihormati oleh golongan bukan Islam dan lahir umat
Islam yang cemerlang secara lahiriah dan rohaniah (Burhanuddin, 2003). Hal
ini kerana segala didikan agama dari segi akhlak Islamiah yang berlaku dalam
peringkat institusi keluarga berjaya diimplementasikan dengan jayanya dalam
kehidupan setiap ahli keluarga. Keluarga Islam yang sempurna dari segi
pendidikannya pasti akan melahirkan banyak keturunan yang bijak pandai
secara tidak langsung dapat membina sebuah ketamadunan masyarakat yang
baharu. Sekiranya tiada seorang pun yang menggalas tugas tersebut, nescaya
agama kita akan terus mundur dan akan menyebabkan orang bukan Islam
sukar untuk menerima agama kita. Oleh itu, peranan dalam pembentukan
masyarakat sejahtera perlu sentiasa digalas bersama untuk membina umat
yang cemerlang di dunia dan akhirat.

4.2 EKONOMI

Di samping itu, tindakan yang dilakukan oleh institusi keluarga dan wanita
dalam pembentukan masyarakat sejahtera telah memberikan kesan kepada
kemajuan yang eksplisit dalam negara kita (Aminudin, 2017). Hal yang
demikian kerana masyarakat yang sejahtera pasti akan terdorong untuk
sentiasa bekerjasama dalam apa jua bidang khususnya bidang ekonomi.
Mereka saling bertukar pendapat antara satu sama lain dalam memikirkan
langkah-langkah yang proaktif untuk membangunkan ekonomi negara kita.
Pada masa yang sama, lahir juga masyarakat yang berjimat-cermat dalam

6|GPI 1083
berbelanja. Hal ini disebabkan oleh hasil tarbiah dalam suatu keluarga yang
menekankan amalan tidak boros ketika berbelanja. Hasilnya, setiap individu
tersebut berjaya menyumbang serba sedikit dalam penjanan ekonomi yang
mapan. Apabila tiada seorang pun yang memainkan peranan dalam institusi
keluarga, ekonomi umat Islam akan hancur dan sukar untuk bersaing dengan
negara-megara maju yang lain di persada dunia.

4.3 NEGARA

Peranan yang dilaksanakan tersebut juga telah membawa kesan yang positif
kepada negara kita. Saban hari negara sentiasa berada dalam keamanan dan
kesejahteraan disebabkan oleh sikap masyarakat yang mengamalkan sikap-
sikap yang baik seperti bekerjasama dan sebagainya. Hasil daripada didikan
yang sikap penyayang dan toleransi yang dipratikkan dalam institusi keluarga
membawa kepada sikap masyarakat yang sentiasa bersatu hati untuk
mengekalkan kesejahteraan bersama (Zaharuddin, 2015). Contohnya, ibu bapa
sentiasa menasihati anak-anak mereka supaya menggunakan bahasa yang
sopan kepada rakan-rakan yang lain. Bertitik tolak daripada itu, jika amalan
nilai murni yang diajarkan oleh Rasulullah ini tidak diamalkan oleh pihak
institusi keluarga dalam kehidupan masyarakat kita, hal ini akan mengundang
kepada pelbagai impak yang negatif yang akan membawa kepada
pertelingkahan antara satu sama lain yang berkemungkinan besar boleh
membawa kepada peperangan sivil dalam negara. Maka, amatlah besar
peranan yang dimainkan oleh pihak institusi keluarga dan wanita khususnya ibu
bapa dalam membina sebuah kehidupan masyarakat yang aman, harmoni dan
sejahtera.

7|GPI 1083
5.0 RUMUSAN

Sebagai konklusi bagi penulisan kali ini adalah isu pembentukan masyarakat
sejahtera merupakan suatu isu yang acap kali kita dengar pada hari ini. Antara pihak
yang memainkan peranan penting dalam pembinaan masyarakat sejahtera adalah
institusi keluarga dan wanita. Pada masa yang sama, pembinaan tersebut juga
perlulah berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah serta menjadikan keluarga Rasullullah
SAW sebagai contoh teladan yang terbaik untuk menjadi keluarga bahagia demi
pembentukan masyarakat sejahtera. Firman Allah taala dalam surah Al-Ahzab ayat
74, “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". Menurut Muhammad Ismail dan
Suzana (2006), sesebuah institusi keluarga perlu mempunyai suatu perancangan
yang rapi dari segi emosi dan mental bagi melahirkan sebuah keluarga bahagia yang
akan mempengaruhi kesejahteraan komuniti bagi jangka masa yang panjang. Oleh
itu, kesemua peranan yang telah diperincikan hendaklah terus diimplementasikan
pada setiap masa bagi mencapai kesejahteraan dan seterusnya kejayaan komuniti
dan negara.

(1 527 patah perkataan)

8|GPI 1083
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim.

Abdul Karim Zaidan. (1989). Dasar-dasar ilmu dakwah. Pustaka Al- Ameen.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (2015). Bersatu hati bina negara sejahtera. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/78583/bersatu-hati-
bina-negara-sejahtera

Aminuddin Mansor. (2018). Rakyat sejahtera mampu pacu tamadun bangsa. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/04/413115/rakyat-sejahtera-
mampu-pacu-tamadun-bangsa.

Burhanuddin Jalal. (6 Julai 2003). Membina umat cemerlang. Utusan Malaysia


https://www.researchgate.net/publication/342343482_MEMBINA_UMAT_CEMERLAN
G

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan (edisi keempat). Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ibn Mājah, Muḥammad ibn Yazīd, Abū Ṭāhir Zubayr ʻAlī Zaʼī, Nasiruddin Khattab, Huda
Khattab, & Abū Khalīl. (2007) Sunan ibn mâjah. Darussalam.

Mohammad A’sim Ismail. ( 6 Februari 2014). Kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat


majmuk. Utusan Malaysia.
http://www.ikim.gov.my/index.php/2014/02/06/kesejahteraan-dalam-kehidupan-
masyarakat-majmuk/.

Mohd Izwan Md Yusof (2019). Konsep rahmah dalam institusi keluarga. Firdaus Press Sdn.
Bhd.

Muhamad Ismail Ahmad, Suziana Che Wil. (2006) Menangani keluarga bermasalah.
Caberawet Publishing Sdn. Bhd.

Najwa Huda Mohd Shahidin, Siti Hazwani Tamin, & Siti Kamilah Fauzi. (2015). Peranan
wanita dalam peperangan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
https://www.slideshare.net/najwahudamohdshahidin/peranan-wanita-dalam-
peperangan-islam
Ratna Roshida. (2007). Peranan institusi keluarga dalam penjanaan bangsa bertamadun.
Jurnal Kemanusiaan, 1(9),1-10.
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/download/171/164.

Siti Nur Husna Abd Rahman, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, & Muhammad Adnan Pitchan.
(2017). Peranan wanita dalam institusi kekeluargaan: Perbincangan dan perspektif
Islam. Jurnal Sains dan Kemanusiaan, 12(3), 1-16.
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/22480/7076.

Yayuk Fauziyah. (2010). Ulama perempuan dan dekonstruksi fiqih patriarkis. ISLAMICA,
5(1), 161-174.
http://islamica.uinsby.ac.id/index.php/islamica/article/download/107/326
LAMPIRAN

Gambar 1.0: Jenis-jenis pendidikan yang perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak

Gambar 2.0: Hajah Khadijah Binti Tok Selehor, Ulama wanita yang terkenal dalam ilmu
Tasawuf
Gambar 3.0: Syaikhah Khairiyah Hasyim, tokoh Ulama wanita yang memperjuangkan hak
wanita Islam sehingga ke Makkah

Anda mungkin juga menyukai