Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

BIL MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TARANNUM AL-QURAN

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT AL-QURAN

4.0 HUKUM BAGI ILMU TARANNUM DAN QIRAAT DALAM SYARIAT

ISLAM

5.0 RUMUSAN

SENARAI RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa Al-Quran merupakan sebuah kitab yang mengandungi


ilmu Taranum dan Qiraat. Sebelum itu, apakah yang didefinisikan dengan ilmu
Taranum dan Qiraat? Ilmu Taranum merupakan suatu ilmu atau kaedah yang
membicarakan tentang kepelbagaian bunyi mengikut proses nada, rentak dan
irama yang tertentu bertujuan untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu
bacaan Al-Quran (Jaafar, 1998). Seterusnya, Imam Al-Jazari (1999) mendefinisikan
suatu ilmu Qiraat sebagai ilmu yang membicarakan tentang pelaksanaan (bacaan)
kalimah-kalimah Al-Quran dan perbezaannya (qiraat tersebut) disandarkan kepada
orang yang menaqalkannya (Imam-imam qiraat). Persoalannya, bagaimanakah
sejarah perkembangan ilmu taranum dan qiraat serta hukumnya dalam syariat
Islam?
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TARANUM AL-QURAN

Berdasarkan pengamatan sejarah, asal usul taranum adalah berasal daripada


budaya masyarakat Arab tersendiri yang suka bersyair, mengalunkan suara dan
sebagainya. Masyarakat Arab mendapat ilham daripada bunyian kayu, air dan
bunyi tiupan angin (Auji et al., 2020). Ilmu Taranum telah mengalami pelbagai
perkembangan sejak zaman Rasulullah, zaman para tabien (Rajah 1.0).

Berlaku ketika Rasulullah SAW menerima wahyu di Gua Hira'


Zaman Rasulullah sendiri membaca Al-quran secara bertaranum
Rasulullah

Rasulullah menggalakkan para sahabat membaca Al-Quran


Zaman secara bertaranum
Sahabat

Para tabieen mempelajari Al-Quran daripada para sahabat


Antara yang termasyhur adalah Sa'id bin Musaib, Abdullah bin
Zaman
Tabieen Saib dan Amir bin Abdullah

(Ahmad, 1987).

Rajah 1.0: Sejarah perkembangan ilmu taranum yang melalui tiga zaman
iaitu zaman Rasulullah, zaman Sahabat, zaman Tabieen

Ketika zaman Tabieen pula, ilmu Taranum semakin berkembang dengan


kewujudan beberapa aliran tersendiri seiring dengan kemajuan dan keagungan
zaman kerajaan Islam pada masa tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kajian
yang dilakukan oleh Najmiah (2017) mengenai kewujudan aliran taranum seperti
aliran Hijazi, Misri, Iraqi, Kurdi dan ‘Ajami. Akan tetapi, aliran taranum yang paling
popular pada zaman sekarang adalah aliran Hijazi dan Misri.
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT AL-QURAN

Menurut (JAPIM, 2005), ilmu Qiraat telah bermula sejak Rasulullah menerima
wahyu pertama melalui malaikat Jibril. Baginda mendengar bacaan yang daripada
malaikat Jibril lalu baginda mengikuti cara bacaan berikut. Kemudian Rasulullah
terus mengajar kepada para sahabat mengenai cara bacaan Al-Quran
berpandukan apa yang malaikat Jibril ajarkan.
Selanjutnya, para sahabat mengajar para tabieen membaca Al-Quran
mengikut apa yang Rasulullah ajarkan dan para tabieen mengajarkan Al-Quran
kepada para Qari yang mahsyur (JAPIM, 2005). Pada zaman tabieen iaitu abad
pertama Hijrah, terdapat banyak ulama yang hendak menjadikan Qiraat sebagai
sebuah disiplin ilmu sehingga muncul beberapa Imam Qiraat (Rajah 2.0) pada
zaman tersebut (Iwan, 2018).

Madinah:
1)Abu Jaafar Al
Yazid
2) Nafi' bin Abdul
Rahman

Syam: Makkah:
1) Abdullah bin Amir 1) Abdullah Bin
2) Ismail bin Katsir Al-Quraisy
Abdullah Muhajir 2) Humaid bin Qais
3) Yahya Bin Haris Al-'Araj
Imam
Qiraat

Basrah: Kufah:
1) Abdullah bin Abu 1) 'Asim bin Abun
Ishaq Najud
2) Isa ibn 'Amir 2) Sulaiman Al-
3) Abu Amr 'Ala Amasyi
4) Asim Al-Jahdari 3) Hamzah bin
Habib
5) Ya'qub Al-
Hadrami 4) Ali Kisa'ie

Rajah 2.0: Imam-imam Qiraat yang muncul pada abad pertama Hijrah yang seiring
dengan perkembangan ilmu Qiraat

4.0 HUKUM ILMU TARANUM DAN QIRAAT DALAM SYARIAT ISLAM


Secara umumnya, terdapat juga perbahasan ulama mengenai hukum bertaranum
dalam pembacaan Al-Quran dan mempelajari ilmu Qiraat dalam kehidupan kita
secara khasnya.

Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Tibyan Fi Adab Hamalah Al-Quran


menyatakan bahawa hukum bertaranum ketika membaca Al-Quran adalah harus
selagi mana tidak merosakkan lafaz Al-Quran, tidak melanggar hukum tajwid dan
tidak mengubah makna dalam Al-Quran. Seperti yang kita sedia maklum,
bertaranum dapat membantu seseorang mencapai tahap ketartilan sebenar dalam
pembacaan Al-Quran dan menambahkan kekhusyukan dan memberikan keinsafan
kepada seseorang ketika membaca Al-Quran.

Dalam pada itu, hukum mempelajari ilmu Qiraat adalah fardhu kifayah
(JAPIM, 2005). Hal ini kerana melalui ilmu Qiraat, seseorang itu dapat mengetahui
bagaimana bacaan imam-imam Qura terdahulu. Ilmu Qiraat juga dapat memelihara
para pembaca Al-Quran daripada tersalah menyebut kalimah-kalimah dalam Al-
Quran.
5.0 RUMUSAN

Secara rumusannya, ilmu taranum dan Qiraat telah mengalami perkembangan


dalam kehidupan kita. Kewujudan ilmu qiraat dan bertaranum merupakan suatu
inisiatif yang berterusan daripada ulama-ulama Salaf dan Khalaf yang terdahulu
dalam mempertahankan kesucian seni disiplin ilmu Al-Quran. Oleh itu, sebagai
umat Islam, kita hendaklah sentiasa menghargai jasa para ulama yang telah
mewujudkan suatu disiplin ilmu baharu untuk menjaga kesucian Al-Quran dengan
sentiasa berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran
sepanjang masa seperti ilmu Qiraat, ilmu Taranum, ilmu Tajwid dan ilmu Tafsir
kerana terdapat banyak manfaat yang akan kita peroleh- daripada mempelajari
ilmu-ilmu tersebut.
(524 patah perkataan)
RUJUKAN

Al-Nawawi, & Abu Zakariyya Yahya Syaraf. (1992). Al-Tibyan Fi Adab Hamalah
Al-Quran. Dar Ibn Hazm.

Ibn al-Jazari, Shams al-Din Abi al-Khair Muhammad. (1999). Munjid al-Muqri’in,
Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Jawi. (2020, 16 Mei). Ilmu Al-Quran: Tafsir, tarannum, tajwid dan qiraat. The
Patriots. https://www.thepatriots.asia/ilmu-al-quran-tafsir-tarannum-
tajwid-qiraat/

Iwan Romadhan Sitorus. (2018). Asal usul ilmu Qiraat. El-Afkar, E-Journal IAIN
Bengkulu, 7(1), 75-82.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral KPM. (2005). Buku panduan kelas khas
kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran (KKQ). Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

Najmiah Omar. (2017). Pengajian taranum Al-Quran di Terengganu dari tahun


1960-2013: Kajian terhadap metodologi pengajaran. (Disertasi
Kedoktoran tidak diterbitkan).Universiti Malaya.

Nik Jaafar Bin Nik Ismail. (1998). Qawa‘id al-Tarannum. Darul Fikr.

Nurul Auji Hasbullah, Ahmad Sanusi Azmi, & Adnan Mohamed Yusoff. (2020).
Ilmu tarannum di Malaysia: Amalan dan kaedah melagukannya. e-
Proceeding of The 2nd International Conference On Contemporary
Issues In Al-Quran And Hadith 2020 (THIQAH 2020).

Syaykh Ahmad Muhammad al-Banna. (1987). Ittihaf Fudala’ al-Basyar Bi Qira’ah al-
Arba‘ah ‘Asyar. ‘Alim al-Kutub.

Anda mungkin juga menyukai