Anda di halaman 1dari 34

Sijil Pengajian Al-Quran (SPA)

WQ813 ULUM AL-QURAN 1

Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri

SESI 1
SINOPSIS MODUL

Matlamat modul ini adalah untuk menjelaskan sejarah


perkembangan ilmu tafsir al-Qur’an serta jenis-jenis
ilmu tafsir yang dibahaskan oleh ulama’-ulama’ yang
muktabar. Ia juga menjelaskan jenis-jenis ayat Makki,
Madani, nasakh, mansukh dan sebagainya. Akhir
sekali ianya mendedahkan cara-cara dan methodologi
yang digunapakai oleh Ulama’ dalam mentafsirkan
ayat-ayat al-Qur’an serta adab-adab yang
diperlukan sebagai seorang mufassir.
PERBAHASAN SESI : 1

1- Makna Ulum al-Quran.

2- Perbahasan Ulum al-Quran.

3- Faedah mempelajari Ulum al-Quran.

4- Sejarah Perkembangan Ulum al-Quran.

5- Membahaskan tentang Makkiyyah dan Madaniyyah.


DEFINISI
ULUM AL-QURAN
DEFINISI DARI SUDUT BAHASA

 “Ulum” dari segi bahasa:


Perkataan jama’ ilmu yang bererti ilmu-ilmu.
- Kefahaman muktamad yang menepati fakta
sebenar.

 Quran dari segi bahasa: diambil dari


perkataan “َ ‫”قُ ْر َءانا“ – ” ِق َرا َءةَ“ – ”قَ َرَأ‬
Bermaksud: yang dibaca.
 Al-Quran: Kalam Allah yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad dalam bahasa Arab, sebagai
mukjizat, membacanya dianggap ibadah dan
disampaikan kepada kita secara mutawatir
(bersambung sanad).

 Secara rumusannya ULUM AL-QURAN:


Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran
DARI SUDUT ISTILAH

Ilmu yang membahaskan tentang al-Quran


samada dari aspek penurunannya,
bacaannya, sejarah pengumpulannya,
penyusunannya, peulisan dan pentafsiran,
I’jaz, Nasikh Mansukh, sebab-sebab turun
ayat, I’rab serta gharib al-Quran.
 Al-Zarqani:
Ilmu yang dipelajari tentang al-Quran
itu sendiri, samada dari sudut
penurunannya pengumpulannya,
pembukuannya, pembacaannya,
pentafsirannya, ‘ijaznya, nasikh dan
mansukhnya dan semua perkara
berkaitan al-Quran.
Al-Suyuti:
Satu bidang dan ruang lingkup ilmu
yang membicarakan tentang al-
Quran. Dari penurunannya,
sanadnya, adabnya, maknanya,
lafaznya dan lain-lain yang
berkaitan dengannya.
SEJARAH
KEMUNCULAN
ULUM AL-QURAN
SEJARAH ULUM AL-QURAN DI
ZAMAN RASULULLAH S.A.W

 Belum terdapat penulisan khusus berkaitan ulum al-


Quran.
 Rasulullah S.A.W memahami dan menghafaz
wahyu yang diterima baginda.
 Rasulullah S.A.W menerangkan
pengertian/pentafsiran serta rahsia wahyu tersebut
kepada Sahabat.
 Para Sahabat sangat mengambil berat tentang
bacaan, pemahaman dan hafazan al-Quran.
SEJARAH ULUM AL-QURAN DI
ZAMAN SAHABAT DAN TABIIN

 Pada zaman para sahabat tiada kitab-kitab khusus


yang dikarang mengenai perbahasan ulum Quran
kerana mereka tidak memerlukannya.

 Namun perbahasan mengenai ilmu-ilmu yang


berkaitan al-Quran disampaikan secara lisan dan
tidak berpisah dengan ilmu-ilmu lain.
 Terdapat sejumlah para sahabat dan Tabi’in telah
meletakkan asas bagi bidang ilmu Tafsir, ilmu Asbab al-
Nuzul, ilmu nasikh dan mansukh dan bidang-bidang lain
yang bernaung di bawah ulum al-Quran. Antaranya:

 Keempat-empat khalifah al-Rasyidin


 Ibn Abbas
 Ibn Mas’ud
 Mujahid
 Ikrimah
 Hassan al-Basri.
PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

 Pada KURUN KE-2 hijrah kitab-kitab mula dikarang


dalam pelbagai cabang ilmu.
 Penulisan khusus berkaitan ulum al-Quran masih
bercampur dengan ilmu tafsir.
 Di antaranya kitab tafsir karangan Yazid bin Harun
Sulami wafat 117h, Syu'bah bin Hajjaj wafat 160h
dan Waki' bin Jarrah wafat 197h.
 Pada KURUN KE-3 HIJRAH muncul Muhammad bin
Jarir At-Tabari wafat 310h yang mengarang kitab
Jami'ul Bayan Fi Tafsirul Quran.
 Kemudian muncul ulama-ulama yang mula menulis kitab
berkaitan perbahasan dalam ulum quran tetapi masih terbatas
perbahasannya kerana hanya membahas dalam satu tajuk
sahaja.

 Antaranya :

1) Ali bin Al-Madini (guru Imam Bukhori) wafat 234h kitabnya -


‫أسـباب نزول بعض األيات القرءانية‬

2) Abu 'Ubaidul Qasim bin Sallam wafat 224h


kitabnya - ‫ فن القراءات‬،‫الناسـخ والمنسـوخ‬

3) Ibnu Qutaibah wafat 276h kitabnya - ‫مشـكل القرءان‬


PADA KURUN KE-4 HINGGA 7 HIJRAH

Lebih ramai lagi penulis yang muncul.


 Antaranya :
1) Muhammad bin Khalaf Al-Marzubani wafat 309h kitabnya
- ‫الحاوى فى علوم القرءان‬
2) Abu Bakar Muhammad bin Al-Qasim Al-Anbari wafat 327h
kitabnya - ‫علوم القرءان‬
3) Abu Bakar As-Sijistani wafat 330h kitabnya - ‫غريب القرءان‬
4) Ali bin Ibrahim bin Sa’id (al-Hufi) wafat 330h kitabnya –
‫ البرهان في علوم القرآن‬. Di anggap orang yang pertama
membukukan ulumul Quran.
5) Abu Bakar Al-Baqilani wafat 403h
kitabnya - ‫إعجاز القرءان‬

6) Ali bin Ibrahim bin Said Al-Haufi wafat 430h


kitabnya - ‫إعراب القرءان‬
7) Al-'Izzu bin Abdul Salam yg digelar Sultan Ulama
wafat 660h kitabnya – ‫مجاز القرآن‬

8) Ibnu Qayyim (murid kepada Ibnu Taimiyah) wafat


701h kitabnya - ‫أقسـام القرءان‬
KURUN KE-8H
 Muncul Imam Badruddin Az-Zarkasyi wafat 794h
yang membahas secara keseluruhan disiplin ilmu ulum
Quran dalam kitabnya - ‫ البرهان فى علوم القرءان‬yang
mengandungi 10 perbahasan berkaitan Ulum Quran.

 (KURUN KE-9) Selepas beliau muncul pula Imam


Jalaluddin As-Suyuti wafat 911h yg mengarang
sebuah kitab yang menggabungkan keseluruhan
tulisan para ulama sebelumnya dalam displin ilmu
Ulum Quran. Kitabnya bernama ‫ اإلتقان فى علوم القرءان‬.
SEJARAH KEMUNCULAN ILMU
ULUM AL-QURAN
 Zaman telah berubah begitu juga dengan penulisan ulum
Quran, pada zaman ini kitab ulum Quran diolah dengan gaya
bahasa lebih efisyen sesuai dengan keperluan semasa.
 Antaranya :
1) Al-Marhum Mustafa Sodiq Ar-Rafiei kitabnya - ‫إعجاز القرءان‬
2) Imam Akbar Syeikh Muhammad Mustafa Al-Maroghi
kitabnya - ‫ترجمة معانى القرءان‬
3) Al-Marhum Syeikh Muhammad Salamah kitabnya - ‫منهج‬
‫الفرقان فى علوم القرءان‬
SEJARAH KEMUNCULAN ILMU
ULUM AL-QURAN
4) Al-Marhum Syeikh Abdul Wahab Abdul Majid
Ghazlan kitabnya - ‫البيان فى مباحث من علوم القرءان‬
5) Al-Ustaz Manna' Qattan kitabnya - ‫مباحث فى علوم‬
‫( القرءان‬kitab ini menjadi antara rujukan utama
sekarang).
6) Syeikh Muhammad Abdul 'Azim Az-Zarqoni
kitabnya b ‫( مناهل العرفان فى علوم القرءان‬2 jilid)
memuatkan penerangan yang lebih mendalam
berkaitan displin ilmu ulum Quran dengan gaya
bahasa yang mudah difahami. Mencakupi keperluan
bagi pengkaji ulum Quran dan orang awam.
PERBAHASAN ULUM AL-QURAN

Makna al-Quran, ayat Makkiyyah dan


Madaniyyah, sebab-sebab nuzul Quran,
cara al-Quran diturunkan, pengumpulan,
penyusunan, penulisan dan pentafsiran al-
Quran, qiraat al-Quran, ‘ijaz al-Quran,
Nasikh dan Mansukh, terjemahan al-Quran
dll.
FAEDAH MEMPELAJARI
ULUM AL-QURAN
1. Dapat mengetahui sejarah penurunan
al-Quran dan perkembangan ulum al-Quran.

2. Dapat memberi gambaran yang jelas berkaitan


al-Quran.

3. Dapat menguasai bidang ilmu yang terkandung


dalam al-Quran.
4. Menambahkan kemuliaan dan kecintaan terhadap
al-Quran di dalam hati sanubari Muslim.

5. Dapat memperbaiki mutu amalan seharian dengan


mengetahui adab-adab membaca al-Quran, hukum-
hakam dan syariat Islam yang syumul.

6. Untuk menolak segala syubhat (kekeliruan) terhadap


ajaran Islam yang disebarkan oleh musuh-musuh
Islam.
7. Dapat mempertahankan keaslian al-Quran dan
memeliharanya daripada penyelewangan.
8. Dapat mengetahui usaha berterusan para ulama
terhadap kepentingan al-Quran, seperti mengarang
pelbagai kitab yang berkaitan ulum Al-Quran.
9. Dapat mengetahui syarat-syarat yang wajib dikuasai
oleh seseorang untuk mendalami ilmu pentafsiran al-
Quran dan juga Hadis.
MAKKIYY DAN
MADANIYY
PERBAHASAN MAKKIYY DAN
MADANIYY

1. Surah diturunkan di Makkah

2. Surah diturunkan di Madinah

3. Surah yang diperselisihkan

4. Ayat-ayat Makkiyyah dalam surah-surah Madaniyyah

5. Ayat-ayat Madaniyyah dalam surah-surah Makkiyyah

6. Yang diturunkan di Makkah tetapi hukumnya di Madinah

7. Yang diturunkan di Madinah tetapi hukumnya di Makkah


8. Ayat Madaniyy tetapi cirinya sama seperti ayat yang
diturunkan di Makkah
9. Ayat Makkah tetapi cirinya sama seperti yang diturunkan di
Madinah
10. Ayat yang dibawa dari Makkah ke Madinah

11. Ayat yang dibawa dari Madinah ke Makkah

12. Ayat diturunkan malam dan siang

13. Ayat yang diturunkan musim panas dan sejuk

14. Ayat yang diturunkan waktu Nabi menetap dan musafir


MENGETAHUI
MAKKIYY & MADANIYY

MANHAJ AL- MANHAJ AL-


SIMA’I AL- QIYASI AL-
NAQLI IJTIHADI
PERBEZAAN
MAKKIYYAH & MADANIYYAH

1) Ikut waktu Makkiyy: Diturunkan sebelum hijrah.


diturunkan ayat Madaniyy: Diturunkan selepas hijrah.

2) Ikut tempat Makkiyy: Diturunkan di Mekah dan


diturunkan ayat sekitarnya (Mina, Arafah, Hudaibiyah)
Madaniyy: Diturunkan di Madinah dan
sekitarnya ( Uhud, Quba’ )
3) Ikut orang yang Makkiyy: Seruan yang ditujukan kpd
ditujukan ayat penduduk Mekah.
tersebut. Madaniyy: Seruan yang ditujukan kepada
penduduk Madinah.
INDIKATOR AYAT MAKKIYYAH DAN
MADANIYYAH

AYAT MAKKIYYAH AYAT MADANIYYAH

 Terdapat ayat “Sajdah”.  Terdapat lafaz “Ya


 Terdapat lafaz “kalla”. ayyuhal lazi na aamanu”
 Terdapat lafaz “Ya  Terdapat ayat yang
ayyuhan naas” mengandungi
 Terdapat kisah para
fardhu/faridhah dan had
nabi dan umat terdahulu (hudud).
(kecuali surah Baqarah).
AYAT MAKKIYYAH AYAT MADANIYYAH

 Terdapat kisah Adam  Terdapat sebutan


& Iblis (kecuali surah mengenai orang-orang
Baqarah). munafik (kecuali surah
al-Ankabut)
 Setiap surah yang
dibuka dengan huruf  Terdapat dialog
singkatan, spt: Alif Lam dengan ahli kitab.
Mim, Alif Lam Ra.
PERBEZAAN TOPIK/ISI KANDUNGAN
AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

AYAT MAKKIYYAH AYAT MADANIYYAH


 Menekankan 3 perkara  Menjelaskan konsep
utama iaitu tauhid,bukti ibadah, muamalat,
kerasulan & hari kiamat. kekeluargaan,
 Peletakan asas-asas perundangan,
umum syariat dan hubungan sosial &
akhlak mulia. antarabangsa.
 Seruan dan mujadalah  Seruan terhadap Ahli
terhadap orang-orang Kitab dari kalangan
musyrik. Yahudi dan Nasrani.
AYAT MAKKIYYAH AYAT MADANIYYAH
 Suku kata ayatnya  Ayatnya panjang dan
pendek dan gaya gaya bahasa yang jelas
bahasanya berbentuk dari segi tujuan dan
puisi, menggetarkan sasarannya.
hati.  Penjelasan tentang
Terdapat kisah para perilaku orang-orang
nabi dan umat terdahulu munafiq dan bahaya
sebagai pengajaran dan mereka terhadap
menggembirakan Nabi agama.
S.A.W.
FAEDAH MENGENALI MAKKIYY
DAN MADANIYY
1. Alat bantu dalam memahami dan mentafsir al-
Quran dengan baik.
2. Memahami dan menghayati gaya bahasa ayat-ayat
tertentu dan memanfaatkannya dalam metod
dakwah.

3. Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam serta


perkembangan al-Quran itu sendiri.
4. Mengetahui sejarah hidup Nabi S.A.W dan segala
peristiwa dakwah Nabi di Mekah dan Madinah.

Anda mungkin juga menyukai