Anda di halaman 1dari 39

Diploma Pengajian al-Quran dan alSunnah (DPQS)

ULUM AL-HADITH
USTAZAH SAKINAH SAPTU
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

Ahad, 11/12/11, 9.00 Pagi -12.00


Tgh/Hr

SINOPSIS

Matlamat modul ini ialah mendedahkan kepada para


pelajar kaedah-kaedah penting untuk mengetahui halehwal perawi dan nas-nas hadith yang diriwayatkan. Ia
juga bertujuan agar pelajar tidak terpengaruh kepada
ajaran aliran sesat iaitu golongan anti hadith
disebabkan kejahilan mereka terhadap ilmu Mustholah
al-Hadith.
Modul ini akan menjelaskan bagaimana ulama
mengkatogerikan
pelbagai
jenis
hadith
dan
martabatnya. Di akhir modul ini diharapkan pelajar
dapat mengenal pelbagai jenis hadith dan peranannya
sebagai sumber kedua pengambilan hukum, dan
menghargai kesungguhan serta jasa ulama hadith
dalam memelihara sunnah Rasulullah s.a.w. daripada
penyelewengan dan pemalsuan.

PERBAHASAN [5 SESI]

Kepentingan Mustalah Hadith & Sejarah


Perkembangannya

Kedudukan As-Sunnah & Peranannya


Pemeliharaan As-Sunnah, Tokoh-Tokohnya &
Cabarannya
Sejarah Perkembangan Mustalah Hadith

Pengenalan Istilah-Istilah Asas &


Pembahagian Umum Al-Hadith

Maksud Pengajian Hadith Riwayah & Dirayah,


Sanad, Matan, Rawi & Muhaddith
Maksud Al-Khabar, Al-Hadith, Al-Athar, Perbezaan
Antara Al-Hadith & Al-Athar
Pembahagian Hadith Secara Umum

Pembahagian Hadith Dari Sudut


Derajat Kekuatannya

Hadith Sahih
Hadith Hasan
Hadith Daif

Pembahagian Hadith Dari Sudut


Bilangan Perawi

Hadith Mutawatir
Hadith Aahad: Masyhur, Aziz & Gharib
Kedudukan Mutawatir & Aahad

Pengenalan Kitab-Kitab Hadith

Musnad Imam Ahmad & Muwattho Imam


Malik

Al-Kutub al- Sittah: Sahih Al-Bukhari,


Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan
An- Nasai, Sunan At-Tirmidzi & Sunan

Ibn Majah
Perbezaan Antara Kitab Hadith Dengan Kitab
Fiqeh

RUJUKAN
Pengantar Ulum al-Hadith [Edisi Kedua]
Rosmawati Ali @ Mat Zin

Pengenalan Ilmu Mustalah al-Hadith


Syed Abdul Majid Ghouri

KEPENTINGAN MUSTALAH HADITH


& SEJARAH PERKEMBANGANNYA

DEFINISI AL-HADITH

Perkataan Hadith diambil dari asal


perkataan Arab
yang bermaksud
baru, perkhabaran, percakapan atau
berita. (Fairuz Abaa di 1987: 214).

Dari segi istilah, Hadith ditakrifkan


sebagai perkataan, perbuatan, ketetapan
(akuan), sifat (sama ada jasmani atau pun
rohani) dan hal-ehwal Rasulullah s.a.w
(sebelum atau selepas menjadi Rasul).
(cItr 1992: 26 ).

Penggunaan
istilah
Hadith
dengan
maksud
perkataan, perbuatan, ketetapan, sifat dan hal ehwal
Baginda, bukan lahir daripada perkembangan
falsafah
ilmu
Islam
melalui
ijtihad
ulama,
sebagaimana kebanyakan istilah ilmu yang lain.
Sebaliknya, ia bersifat tawqif, iaitu lahir serta dipakai
di dalam sumber sharicat Islam itu sendiri. Dalam
konteks ini, Baginda s.a.w. bersabda:


Maksudnya: Bila aku sabdakan kepadamu sebuah
hadith maka janganlah kamu menambahnya ke
atasku. (Muslim, 1991, 3:1685 : 2157)

DEFINISI ULUM AL-HADITH

Al-Suyuti ( 1966, 1: 40-1 ) ada menyatakan beberapa


takrif yang telah dibuat oleh para Muhaddithin yang
terdahulu, seperti Ibn al-Akfaa ni, Ibn Jamaa cah, al-Haa fiz
Ibn Hajar al-cAsqalaa ni, al-Kirmaa ni dan al-Kaa fiji.
Meskipun ada sedikit perbezaan antara mereka,
tetapi kesemuanya menjurus kepada maksud yang
sama secara umum. Jika kesemuanya digabungkan,
maka kita dapat simpulkan definisi ilmu hadith itu
sebagai: Satu gagasan ilmu yang mengandungi
prinsip-prinsip, disiplin-disiplin, dan kaedahkaedah
tentang
hadith,
baik
yang
bersangkutan dengan sanad (rangkaian perawi
hadith ) atau matan (lafaz hadith), bagi
menentukan kesahihan hadith.

Meskipun definisi ini juga kelihatan


dipakai oleh para sarjana hadith semasa,
seperti cItr (1992: 32-4 ), as-Sibacei
( 1985: 107-8 ), al-Husayni ( 1987: 5 ),
al-Tahhan ( 1984: 15 ) dan Udah Mohsin (
1995: 24-5 ) di dalam karya-karya
mereka, namun ia kelihatan masih
belum lengkap sepenuhnya kerana ia
menggambarkan ilmu hadith itu hanya
bertujuan untuk memastikan kesahihan
hadith semata-mata.

Sedangkan di sana ada dua lagi tujuan penting pengajian


ilmu tersebut:

untuk memahami maksud sebenar hadith.

untuk menangkis serangan golongan anti hadith.

Kedua-dua tujuan itu juga penting, sepenting kajian untuk


mengetahui kesahihan hadith. Malah, dalam pengajian
ilmu hadith itu sendiri terdapat banyak disiplin-disiplin
yang berkaitan matan secara khusus, seperti Gharib alHadith, Musykil al-Hadith dan Mukhtalif al-Hadith,
sebagaimana di dalamnya juga terdapat perbahasan
berkenaan sejarah dan analisa shubuhat puak anti hadith
serta jawapan terhadapnya. Justeru, definisi Ilmu Hadith
itu perlu diubah suai dengan sedikit tambahan seperti
berikut:

ULUM AL-HADITH:
Satu gagasan ilmu yang mengandungi
prinsip-prinsip,
disiplin-disiplin,
dan
kaedah-kaedah tentang hadith, baik
yang bersangkutan dengan sanad
(rangkaian perawi hadith) atau matan
(lafaz hadith), bagi mengkaji kesahihan
Hadith dan memahami maksud serta
menangani gejala anti hadith.

Nama lain untuk Ulum alHadith


Mustalah
al-Hadith

Usul alHadith

Ilm
Mustalah
Hadith

Qanun
usul alHadith

Ulum alSunnah

KEPENTINGAN ULUM AL-HADITH

Ilmu ini dianggap semulia-mulia


cabang ilmu islam kerana melaluinya
sesuatu riwayat itu diketahui sabit
atau tidak daripada baginda Nabi
s.a.w. Seterusnya sesuatu hadith itu
diketahui
samada
ia
maqbul
(diterima) dan boleh diamalkan atau
mardud (ditolak) yang tidak boleh
digunakan sebagai hujjah.

Kepentingan ilmu ini ada


hubungkaitnya
dengan
kepentingan hadith itu sendiri
yang
berfungsi
sebagai
sumber syariat Islam yang
kedua selepas al-Quran.

KEDUDUKAN ALHADITH DAN


PERANANNYA

KEDUDUKAN AL-HADITH

Umat Islam sejak zaman Nabi s.a.w meyakini


bahawa al-hadith merupakan sumber ajaran
Islam di samping al-Qur-an. Bahkan al-hadith
adalah wahyu sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w:
,





97 1/415 4/131 ) ...

Ketahuilah sesungguhnya aku diberi Al-Kitab (AlQur-an) dan yang sepertinya bersamanya.
Ketahuilah sesungguhnya aku diberi Al-Qur-an
dan
yang
sepertinya
bersamanya.
[1]

PERANAN AL-HADITH

Sumbe
r
hukum
Syara

Penjela
s
kepada
alQuran

KEHUJAHAN HADITH DAN


KEPENTINGANNYA
Kehujahan Hadith bermaksud kefungsiannya
sebagai sumber hukum syarac atau sebagai
dalil hukum syarac atau sebagai perantaraan
untuk mengetahui hukum syarac.

DALIL-DALIL YANG
MENUNJUKKAN KEHUJAHAN
HADITH

(1) Wajib Beriman


Rasulullah S.A.W

Kepada

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


Wahai orang beriman, berimanlah kamu
kepada Allah dan Rasulnya ....". [Al-Nisa:
136]

(2) Wajib Taat Kepada Rasulullah

Allah s.w.t telah berfirman yang


bermaksud:

"Wahai orang beriman, taatlah kamu


kepada Allah dan kepada Rasul itu....".
[al-Nisa: 59].

(3) Fungsi Dan Tugas Rasulullah S.A.W.


Sebagai Penerang, Penghurai Dan Pentafsir

Fungsi dan tugas Rasulullah s.a.w. sebagai


penerang,
penghurai
dan
pentafsir
isi
kandungan Al-Quran.
Allah s.w.t berfirman
yang bermaksud:

Dan Kami tidak turunkan kepada kamu (wahai


Muhammad) Al-Kitab (Al-Quran) melainkan
supaya kamu terangkan kepada mereka apa
yang mereka perselisihkan dan juga sebagai
petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman [Al-Nahl:64]

(4) Kewajipan
Yang Dibawa
S.A.W

Mengikut Ajaran
Oleh Rasulullah

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


"Katakanlah
(wahai
Muhammad):
sekiranya kamu cinta kepada Allah,
maka
hendaklah
kamu
mengikut
ajaranku, nescaya Allah akan mencintai
kamu, serta mengampunkan dosa-dosa
kamu dan Allah itu Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang". [Ali cImran:31]

(5)
Baginda
diperintahkan
menyampaikan ajaran Islam

untuk

Baginda s.a.w. memang diperintahkan oleh Allah S.W.T.


supaya menyampaikan semua ajaran yang diturunkan
kepadanya.
Dan
Baginda
dilarang
daripada
mengabaikan tanggungjawab tersebut atau takut untuk
menyampaikannya.
Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:

"Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan


kepada kamu daripada Tuhanmu, dan sekiranya kamu
tidak melakukannya maka bermakna kamu tidak
menyampaikan amanah risalahNya, sedangkan Allah
menjaga keselamatan kamu daripada kejahatan
manusia. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada kaum yang kafir". [al-Maidah:67]

(6) Kemustahilan Beribadat Tanpa


Hadith

Baginda s.a.w mengajar umatnya sesuatu


ibadat mengikut kaedah dan cara yang
tertentu. Kaedah dan cara beribadat ini pula
banyak dihuraikan melalui amalan praktikal
yang terdapat di dalam hadith. Huraian
praktikal ini kemudiannya diriwayatkan oleh
para perawi dari satu generasi ke satu
generasi hingga sampai kepada kita hari ini.
Persoalannya, bagaimanakah kita hendak
melakukan ibadat seperti solat tanpa panduan
hadith
sedangkan
perincian
maklumat
tentangnya hanya terdapat di dalamnya?

(7) Kesepakatan Ulama

Semua ulama Muktabar bersepakat menerima


hadith dan mengiktirafnya sebagai sumber
syarac kedua selain Al-Quran. Dalam konteks
ini, Imam Al-Shaficei berkata:

"Seluruh umat Islam sepakat mengatakan


bahawa sesiapa yang mendapati sesuatu
sunnah daripada Rasulullah s.a.w, maka haram
baginya menolaknya dan mengambil pendapat
individu lain". (Ibn. Qayyim t.th, 2: 361).

HUBUNGAN AL-HADITH DAN AL-QURAN

PEMELIHARAAN
AL-SUNNAH

Strategi Pemeliharaan al-Sunnah

SEJARAH
PERKEMBANGAN
ULUM AL-HADITH

Penggunaan Ilmu Mustalah al-Hadith telah bermula


sejak zaman para sahabat lagi.

Meskipun pada ketika itu Ilmu Mustalah al-Hadith


belum disusun dan ditulis dalam bentuk buku tetapi
para sahabat mempraktikkan beberapa kaedah dan
dasar tertentu dalam meriwayatkan hadith.
Para sahabat sangat berhati-hati.
Memastikan kesahihan setiap hadis yang ingin
diriwayatkan dan menyelidik keadan perawi
tersebut sebelum mengmbil hadis daripadanya.

Selepas sahabat, para tabiin juga


mengamlakan kaedah yang sama.

Pengarang pertama yang menyentuh


sebahagian permasalah usul al-hadith dalam
tulisannya ialah al-Imam al-Syafii dalam
kitabnya al-Risalah.

Sebahagian daripada kaedah dan asas ilmu


hadis boleh juga iddapati dalam kitab-kitab
hadis. Contohnya: Kitab Sahih al-Bukhari.

Begitu juga kitab imam Muslim dalam


Muqaddimah Sahih Muslim dan Imam alTirmizi dalam Jami al-Tirmizi dan sebagainya.

Pada peringkat ini, ulama yang telah mula


mengarang kitab-kitab yang membahaskan
secara
khusus
salah
satu
daripada
perbahasan ulum al-Hadith. Di antara perkara
yang dijadikan tajuk perbahasan ialah Gharib
al-Hadith, Musykil al-Hadith

Pada akhir kurun kedua, Imam Ali alMadini


menghimpunkan
sebahagian
perbahasan ilmu hadith pada bab-bab
yang berasingan dalam kitab-kitab
karangan beliau.

Perkara
ini
telah
disebut
secara
terperinci oleh Imam al-Hakim Abu
Abdillah al-Naisaburi dalam kitabnya
Marifah Ulum al-Hadith.

Karangan Khusus Bagi Ilmu Ulum alHadith

Penghujung kurun ketiga ulama hadith


telah
meneruskan
usaha
untuk
mmebukukan usul-usul dan kaedahkaeadah ulum al-Hadith sebagai satu
bidang ilmu yang khusus.

Pada pertengahan kurun keempat, kitabkitab ulum al-hadith mula disusun dan
dikarang sebagai satu bidang ilmu yang
khusus. Antaranya ialah kitab Ulum alHadith oleh ibn Solah.

Kebanyakan ulama yang mengarang kitabkitab Ulum al-Hadith mengikuti metodologi


yang telah diasaskan oleh beliau.
Meskipun begitu ada juga yang membuat
penyusunan baru dan cara pembahagian
bab yang berbeza. Contoh Kitab al-Iqtirah fi
Bayan al-istilah oleh Ibn Daqiq al-Id.
Sebahagian ulama telah menghuraikan
dalam bentuk Nazm. Contohnya alManzumah al-Baiquniyyah oleh al-Dimasyqi.

[Rujuk buku Pengenalan Ilmu Mustalah al-Hadith, Abdul Majid


Ghouri, hlm 55-66]

Buku-buku Mustalah al-Hadith


utama masa kini.
Buku-buku Mustalah al-Hadith
menggunakan metodologi baru.
Kamus-kamu Mustalah al-Hadith.

yang
yang

Anda mungkin juga menyukai