Anda di halaman 1dari 7

 CTU 551: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAJUK: KEUNIKAN SIFAT TAMADUN ISLAM BERDASARKAN DALIL


NAQLI (AL-QURAN DAN AL-SUNNAH)

Nama Ahli Kumpulan  No. Pelajar 

AFNAN SYAFIQ BIN ALIAS 2019892212

FAKULTI SAINS KESIHATAN


SARJANA MUDA PENGIMEJAN PERUBATAN
(HS242 2A)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) 


Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam

PENSYARAH: DR. FAIRUZAH HJ. BASRI


PERAKUAN PENULISAN KERTAS KERJA

Dengan ini, saya membuat perakuan bahawa semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah
hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba
untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya tahu bahawa
mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh menjejaskan penilaian tugasan
ini.

Nama Pelajar :
No.Pelajar :
Tandatangan :
Tarikh :

Dengan ini, saya membuat perakuan bahawa semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah
hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba
untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya tahu bahawa
mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh menjejaskan penilaian tugasan
ini.

Nama Pelajar :
No.Pelajar :
Tandatangan :
Tarikh :

Dengan ini, saya membuat perakuan bahawa semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah
hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba
untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya tahu bahawa
mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh menjejaskan penilaian tugasan
ini.

Nama Pelajar :
No.Pelajar :
Tandatangan :
Tarikh :
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


Perakuan ahli kumpulan
Isi Kandungan
1. PENGENALAN
0
2. KEUNIKAN SIFAT TAMADUN ISLAM
0
2. Islam itu bersifat Syumul
1
2.
2
2.
3
2.  
4
3. KESIMPULAN
0
4. PENUTUP
0
5. SENARAI RUJUKAN
0
1.0 PENGENALAN

Dari segi bahasa, tamadun bermaksud kemajuan atau civilization. Perkataan


“tamaddun” itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang diterima pakai dalam
bahasa Melayu. Dari segi istilah pula, tamadun Islam bererti kamajuan yang
telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan
dengan berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah SAW.
Tamadun Islam juga lahir dari agama Islam itu sendiri berbeza dengan
tamadun-tamadun dunia yang lain yang melahirkan agama mereka sendiri.

Tamadun islam bermaksud seluruh pencapaian kehidupan manusia. Ia


selaras dengan konsep islam sebagai al-Din iaitu Islam sebagai satu gaya
hidup. Agama islam mula diperkenalkan oleh Rasulullah SAW selepas
baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’ dan kemudian disebarkan
menjadi sebuah kerajaan Islam atau tamadun islam. Kerajaan Islam pertama
di dunia berada di Madinah pada tahun 622M.

2.0 KEUNIKAN SIFAT TAMADUN ISLAM

Terdapat 4 prinsip didalam tamadun Islam iaitu Aqidah, Syariat, Akhlak dan
Ilmu. Setiap tamadun mempunyai sumber rujukan yang dijadikan panduan
bagi sesebuah tamadun tersebut. al-Quran dan al-Sunnah merupakan
sumber utama tamadun Islam kerana tamadun Islam itu sendiri bersifat
kewahyuan, segala permasalahan dan pencerahan berlandaskan al-Quran
dan al-Sunnah. Tamadun islam juga mempunyai beberapa sifat atau ciri
tersendiri seperti syumul,
2.1 ISLAM ITU BERSIFAT SYUMUL
Islam adalah agama yang syumul. Islam merupakan sebuah agama
yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia dari segi akidah,
ibadah dan akhlak serta muamalat. Syumuliyah az- zaman atau
sepanjang masa bermaksud bahawa islam sebagai sebuah risalah
dibawa oleh nabi penutup iaitu nabi Muhammad SAW itu sebagai
satu-satunya panduan hidup manusia (Wan Noor Asilah, 2017).
Kesyumulan Islam itu terlihat pada kesempurnaan ajaran yang
terkandung di dalamnya yang berteraskan Al Quran dan Hadis.
Kesempurnaan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Qur’an
dan al-Hadith itu dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:

“Dan kami turunkan ke atas engkau kitab (al-Qur’an) sebagai


penjelasan bagi semua perkara.”
(Surah al-Nahl: 89)

Berdasarkan firman Allah SWT diatas, jelaslah bahawa agama Islam


bersifat syumul iaitu menyeluruh terhadap semua perkara. Hal ini
disebabkan Al-Quran itu sendiri sudah lengkap dengan garis panduan
dan cara hidup manusia dalam soal aiqidah, ibadah, akhlak dan
syariah.

Selain itu, Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum
dan menyeluruh kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini
jelas dibuktikan oleh firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam


Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah
syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
(Surah Al-Baqarah: 208)
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT telah memerintahkan kepada
hamba-hambaNya yang telah beriman kepada-Nya dan membenarkan
Rasul-Nya, agar berpegang kepada seluruh tali Islam dan syari’atnya,
mengerjakan perintah-Nya, serta menjauhi semua larangan-Nya
sekerasnya.

Sesungguhnya Islam adalah risalah untuk mereka seluruhnya,


bukan untuk kepentingan satu golongan daripada mereka (Abd Aziz
Harjin, 2015). Ianya adalah hidayah Allah SWT yang diturunkan
kepada semua umat manusia. Ini jelas terbukti melalui firman Allah:

“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat


manusia seluruhnya sebagai pembawa berita dan sebagai pemberi
peringatan”.
(Surah Saba’: 28)

Di samping itu, Fudhalah bin Ubaid al-Anshar berkata, bahawa


Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Beruntunglah orang yang diberi hidayah kepada Islam,


kehidupan ada padanya dan dia berasa tenang dengannya.”
(HR At-Tirmizi dan An-Nasai)

Berdasarkan kepada Hadith tersebut, amat beruntunglah kita semua


yang beroleh dan menerima hidayah Islam kerana mengimani dan
mempercayai kewujudan Allah SWT. Dengan nikmat iman dan Islam,
kita bukan saja dapat mengecap kehidupan sebagaimana manusia
lain, malahan menjadikan kita tidak bimbang terhadap apa yang akan
berlaku kerana yakin akan rahmat Allah SWT yang maha luas dan
tidak terperi banyaknya. Apatah lagi apabila kita menjadikan tawakal
kepada-Nya
mengiringi setiap perbuatan dan pekerjaan kita, sudah pasti Allah SWT
akan menjaga dan memelihara kita dengan penuh kasihan belas.

Anda mungkin juga menyukai