Anda di halaman 1dari 21

KERTAS KERJA CTU101

ISLAM SEBAGAI AD-DIN BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP ISLAM

NO NAMA NO MATRIK
1. MUHAMMAD MAHFUZ BIN ROZIZAN 2021389901
2. MUHAMMAD DANIEL ASRAF BIN MOHD 2021179357
AFANDI
3. MUHAMMAD AZMEEL BIN MOHAMMAD 2021161611
NOR AZMI

TABLE OF CONTENT
1
1.0 PENDAHULUAN............................................................................. 1

2.0 PENGENALAN : ISLAM SEBAGAI AD-DIN .............................. 2

3.0 ISLAM DARI SEGI ISTILAH ........................................................ 4-5

4.0 PENGERTIAN AD-DIN .................................................................. 6-7

5.0 ULASAN KRITIS ............................................................................ 8

6.0 KEPENTINGAN UTAMA YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS…. 8-11

7.0 SUMBER AJARAN ISLAM ........................................................... 11-21

2
1.0 PENDAHULUAN

Alhamdulilah kerana setelah beberapa minggu berusaha menyelesaikan tugasan yang diberikan kami berjaya
menghasilkan kertas kerja kerja ini dengan jayanya . Tajuk tugasan kami ialah “ Islam Sebagai Ad-Din
Berasaskan Prinsip-Prisip Islam “ . Kami telah membahagikan kertas kerja ini kepada beberapa bahagian
iaitu ;-

- Pengertian Islam
- Pengertian Ad-Din
- Keperluan Manusia Kepada Agama
- Matlamat Penciptaan Manusia
- Sumber Ajaran Islam
- Ciri – Ciri Khusus Al-Quran
- Skop Ajaran Islam

Kami telah mendapatkan rujukan daripada beberapa sumber . Antaranya ialah , nota , sumber internet , dan
buku-buku berimiah .

Penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyiapkan kertas kerja ini sama
ada secara langsung atau tidak langsung .

3
2.0 PENGENALAN : ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Makna ISLAM :

Aslam membawa maksud menundukkan atau menghadapkan wajah. Sebagaimana Allah SWT berfirman
dalam Surah An Nisa Ayat 125 :

‘ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerah dirinya kepada Allah ,
sedang diapun mengejarkan kebaikan , dan dia mengikuti agama Ibrahim menjadi kesayangannya

Allah ingin memberikan pemahaman bahawa orang yang terbaik dalam ketundukannya kepada Allah iaitu
orang yang menundukan wajahnya yang bererti seluruh jiwa dan raganya merupakan cerminan dari
ketundukan kepada Allah .

Sallama ertinya menyerahkan diri , jadi orang yang beragama islam adalah orang yang secara
keseluruhannya menyerahkan dirinya hanya kepada Allah saja dan hal tersebut adalah konsekuensi logis
akan keimanan dan ke-Islaman seorang muslim . Sesuai firman Allah dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat
65 :

‘ Maka demi Tuhanmu , mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang
mereka perselisihkan , kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang
kamu berikan , dan mereka menerima sepenuhnya ‘

3.0 ISLAM DARI SEGI ISTILAH

4
Islam bererti patuh dan meyerah diri kepada Allah S.W.T dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa
paksaan . penyerahan secara terpaksa bukanlah bidang yang dibicarakan di sini , kerana penyerahan secara
itu tidak akan mendatangkan balasan pahala , malah manusia tidak dapat membut pilihan yang
mengakibatkan mereka akan ke syurga atau ke neraka . Sama ada mereka tergolongan yang beruntung
ataupun yang rugi .Malah penyerahan secara ini tidak sesuai untuk makhluk manusia yang mempunyai akal
fikiran . Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Barang siapa mencari agama selain Islam , tidak akan
diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi ( Surah Ali Imran : 85)

Islam adalah peraturan hidup , peraturan yang bersifat integral dan mengatur hidup dan kehidupan manusia
dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh oleh Nabi Muhammad S.W.T untuk seluruh umat
manusia . Peraturan hidup ini terkandung didalam Al-Kitab yang nyata dan telah dihayati oleh pesuruhnya
iaitu dalam kehidupan baginda Rasullah S.W.T yang menjadi teladan yang baik bagi seluruh manusia .
Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini seperti mana sabda Rasulullah
S.W.T sendiri yang bermaksud : “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan
sesat selagi kamu berpegang kepada kedua – keduanya , iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul .

Definisi Islam menurut Hadith Rasulullah s.a.w. Jibril datang bertanya Rasulullah s.a.w. tentang Islam :

“Ceritakan padaku(Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah s.a.w. menjawab: Kau mengakui tiada
Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan
zakat, puasa bulan Ramadhan dan berhaji ke Baitullah jika engkau kuasa”(Riwayat Bukhari)

Jibril membenarkan keterangan Rasulullah s.a.w. di atas. Dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w. telah
menerangkan beberapa asas penting yang terkandung di dalam Islam(Abdul Karim Zaidan : 1987). Asas
Islam itu dapat dihuraikan seperti berikut :

i. Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkan Islam bukanlah agama
yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus, benar dan harmoni.

ii. Di atas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangan yang luas skopnya, samada dalam
konteks individu maupun dalam konteks kolektif. Hal ini tergambar dalam ibadah-ibadah asas yang
disyariatkan.

iii. Di atas sistem kerohaniannya yang mantap dan sistem syariatnya yang menyeluruh, suatu perkara yang
tidak dapat dipisahkan ialah perlaksanaan kedua-dua sistem ini secara serentak. Dalam hal ini, Islam telah
meletakkan satu garis dasar bagi perlaksanaan kedua-dua sistem ini, iaitu melalui sistem akhlak Islam yang
menyeluruh dan mantap .

5
Selain itu , pengakuan bahawa tiada tuhan yang patut disembah dan Muhammad adalah Rasulullah ,
mendirikan solat lima waktu sehari , mengeluarkan zakat , berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan
Haji bagi yang berkemampuan . Islam ialah ruh yang hakiki , cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan
seharian , ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia melaluinya .

4.0 PENGERTIAN AD-DIN

Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Ia adalah suatu cara hidup yang wajib
dilaksanakan dalam kehidupan setiap mukmin. Cara hidup mukmin yang diterima Allah mestilah
berteraskan kepada asas aqidah Islam. Aqidah mukmin memerlukan kesepaduan antara iman, islam dan
ihsan untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.Ajaran Islam hendaklah dihayati secara
menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk aqidah atau syariat yang bersumberkan al
Quran dan as-Sunnah. Setiap muslim tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam .

Islam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah s.w.t. dan diturunkan untuk seluruh makhluk
dan alam semesta. Islam diertikan sebagai ad-Din kerana merupakan agama yang terakhir diturunkan kepada
nabi Muhammad s.a.w. dan merupakan agama yang lengkap dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan
semua zaman . Adalah satu-satunya agama yang diakui benar dan diterima oleh Allah S.W.T. sebagaimana
firman Allah S.W.T. “Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah S.W.T hanyalah Islam.” (Surah Ali
Imran : 19)

Ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ia memberi petunjuk dan panduan kepada
manusia untuk menjalani kehidupan di dunia menuju ke arah keredhaan Allah S.W.T. Oleh itu, sesiapa yang
menganut selain daripada agama Islam bermakna dia telah memilih jalan ke arah kemusnahan dan
kehancuran. Di samping itu, ia termasuk di dalam golongan sesat dan dimurkai Allah S.W.T. sebagaimana
firman Allah S.W.T “Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidaklah akan diterima
daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran:85) Ajaran Islam
bersumberkan al Quran dan as Sunnah. Kedua-duanya merupakan rujukan utama umat Islam sebagaimana
sabda rasulullah S.W.T

6
Daripada apa yang kita faham daripada perbahasan bahasa, Din ini mempunyai pelbagai makna yang
memungkinkan kita memahami erti Din di dalam Islam. Ia mempunyai hubungan yang kuat dengan politik.
Di mana kalau kita melihat kepada pengertian pertama, maka ia meyokong pendapat yang kita katakan.

Din tidak lari daripada makna kepatuhan yang ilzam(luzumulinqiyad), iaitu pada pengunaan pertama ia
bererti mengilzam dan mewajipkan kepatuhan (taat), pada penggunaan kedua ialah beriltizam dengan
kepatuhan, merujuk kepada hamba dan penggunaan yang ketiga ia bererti mabda atau sistem yang perlu
diiltizam (dipatuhi).

Di sini kita dapat melihat kekayaan bahasa arab di mana satu kalimah mempunyai pelbagai makna atau di
dalam bahasa istilah dipanggil isytirak atau musytarak. Ad Din di sini bererti adalah satu cara hidup. Ia
adalah suatu sistem yang mencakup peraturan-peraturan yang menyeluruh, serta merupakan “undang-
undang” yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk kita terima dan mengamalkannya secara
keseluruhan .

Seorang ulama Mesir (Asy Syahid Hasan Al Bana, alm.) mengatakan tentang istilah Aqa’id (masih satu kata
dasar dengan “aqidah”). Aqa’id adalah perkara-perkara yang hati Anda membenarkannya, jiwa Anda
menjadi tenteram kerananya, dan ia menjadikan rasa yakin pada diri Anda tanpa tercampuri oleh keraguan
dan kebimbangan.Baru saja kita mengenal sepintas istilah aqidah. Sekarang mengenai syariat Islam. Syariat
bererti cara-cara beribadah, asas-asas kehidupan bermasyarakat, undang-undang yang mengatur hubungan
antar manusia sebagai hamba Allah, berkenaan dengan muamalah dan hukum-hukum jenayah, serta
mengenai halal dan haram.

Agar lebih memahaminya, kita pelajari hal berikut ini. Setiap Rasul yang diutus Allah membawa Ad Din
yang satu, iaitu Ad Din yang menyeru manusia untuk meng-Esa-kan Allah. Membawa “agama” tauhid, yang
tidak mengakui adanya tuhan-tuhan melainkan hanya Allah semata. Dalam kerangka hal tersebut, mereka
(kaum setiap Rasul) membentuk peraturan-peraturan yang dibawa oleh Rasul pada zamannya. Peraturan-
peraturan inilah yang dinamakan syariat. Jadi, walaupun Ad din yang dibawa oleh setiap rasul itu sama
(tauhid, meng-Esa-kan Allah), namun syariat mereka berbeza-beza dalam hal-hal tertentu. Allah
berfirman:“Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang…” (QS Al
Maidah : 48)

7
Dan dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW sebagai nabi penutup, maka syariat Islam telah menutup
seluruh syariat nabi-nabi sebelumnya dan menempatkannya sebagai syariat terakhir yang sempurna. Tidak
ada lagi syariat selain Syariat Islam. Di dalamnya tidak terdapat perbezaan tatacara beribadah, asas-asas
kehidupan dan undang-undang yang berlaku bagi manusia dan seluruh alam hingga akhir kiamat.

5.0 ULASAN KRITIS

Taksiran kali ini adalah bertujuan untuk menganalisa serta mengulas artikel yang telah diberikan kepada
kumpulan kami yang bertajuk “Islam Sebagai Ad-din”. Melalui kertas kerja ini, kami akan mengetengahkan
dan memperincikan pendapat kami tentang isu-isu yang telah dibangkitkan oleh penulis serta menghuraikan
lagi dengan lebih mendalam berserta hujah yang kukuh tentang kandungan-kandungan yang terdapat dalam
artikel tersebut.

6.0 KEPENTINGAN UTAMA YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS

Hal ini sangat berkait rapat dengam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim yang sejati. Oleh itu,
setiap individu harus berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad S.A.W
yang bersusah payah berkorban nyawa, tenaga dan hartanya sendiri demi legasi yang akan datang. Baginda
juga tersangatlah risau akan ummatnya akan datang sehingga sanggup menangis di hadapan Allah S.W.T
dan tak pernah kering air mata beliau untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan ummat baginda sehingga
kini. Lihatlah betapa sucinya hati baginda terhadap kita sehingga meminta kepada Allah agar membiarkan
sakaratul maut ummatnya diberi kepada baginda. Oleh kerana itu kita sebagai ummat islam walaupun tidak
pernah melihat baginda dengan pancaindera kita tetapi kita perlu yakin bahawa baginda lelaki yang paling
teragung di atas muka bumi dengan membaca hadis iaitu kisah silam baginda bersama para sahabat dan
pejuang islam yang lain bagi menegakkan ajaran agama islam adalah agama yang sebenar bagi menjadi
penanda aras di dalam kehidupan kita demi mendapatkan keredhaan daripada Allah S.W,T serta ganjaran
syurga yang sentiasa diimpikan oleh semua muslim dan muslimat di atas muka bumi ini.

Walaubagaimanapun, ummat islam kini sangat untung kerana tidak lahir dan tidak pernah rasa keadaan serta
situasi perang pada zaman baginda, pada masa kini semuanya lebih canggih dan lebih selesa sehinggakan
Al-quran pada zaman kini semuanya ada di dalam aplikasi yang dimuat turun di dalam telefon bimbit
masing-masing. Walhal, pada zaman baginda agak sukar bagi mewujudkan sebuah naskah Al-quran dan
perlu ditulis di dalam helaian kertas setiap kata kata Allah kepada baginda bagi menjadikan pengajaran
kepada ummat yang akan datang dengan sentiasa menganalisa isi yang terdapat di dalam setiap muka surat
dan kesemua kisah yang berlaku pada zaman dahulu bagi menjadi panduan kepada seluruh ummat manusia
8
agar tidak terpesong dan bercanggah dengan mana-mana pihak. Oleh itu, manusia sememangnya perlu
berpegang teguh kepada agama masing-masing terutamanya agama islam kerana fitrah manusia memiliki
naluri beragama seperti sabda nabi Muhammad S.A.W “setiap anak yang dilahirkan adalah keadaan fitrah
Allah. (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui) surah Rum ayat 30.

Selain itu, apabila kita mendengar atau bercerita tentang hal kematian sememangnya semua orang akan takut
dan berasa tidak pernah cukup amalan serta ibadat kita kepada Allah S.W.T. Persoalan ini tiada siapa yang
dapat menjawab melainkan Allah. Tetapi ingatlah bahawa mereka atau golongan yang sentiasa memikirkan
tentang mati dan membuat persiapan untuk meninggalkan dunia yang bersifat sementara ini adalah orang
yang paling bijak berbanding dengan mereka yang ada segulung sijil diploma, ijazah dan phd tetapi Allah
tetap menyuruh kita untuk sentiasa menunutut ilmu sehingga ajal menjemput kita pada suatu hari nanti agar
kita sentiasa tidak ditindas oleh manusia yang jahil yang tidak pernah berpegang pada ajaran agama mereka
dan sentiasa inginkan kemenangan demi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, majulah islam untuk generasi
yang akan datang agar mereka juga dapat meneruskan ajaran yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad
S.A.W dan membuka mata kepada seluruh manusia yang islam itu benar dan kehidupan di dunia ini hanya
pinjaman daripada Allah untuk kita sentiasa berwaspada dan saling mengingati antara satu sama lain perkara
yang hak dan batil.

Sehubungan dengan itu, manusia pada zaman dahulu mereka hanya terikat dengan peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi masyarakat yang dimana mereka sendiri membuat
keputusan dan hukuman yang hanya mengikut kehendak dan logic akal mereka sahaja seperti contoh pada
zaman jahiliah dulu kala mereka memerintahkan supaya membunuh bayi perempuan yang baru sahaja lahir
dan hanya membenarkan bayi lelaki sahaja untuk keluar daripada rahim perempuan pada ketika itu kerana
mereka menganggap bahawa bayi perempuan hanya membawa sial dan malang dalam kehidupan mereka
serta yakin bahawa bayi lelaki sahaja yang boleh memerintah pada zaman tersebut disebabkan mereka
berasa bahawa lelaki sahaja yang berhak untuk memimpin sesebuah kumpulan masyarakat dan mereka
hanya mementingkan hal keperibadian diri mereka sendiri tetapi ketika itu dakwah masih dijalankan oleh
para sahabat baginda nabi Muhammad S.A.W untuk menjalankan amanah yang diberi oleh Allah ke atas
mereka demi menyebarkan lagi ajaran dan agama yang benar ini iaitu Islam kerana kesempurnaan sistem
peraturan hanya pada islam. Pada dan saat dan ketika hanya para sahabat dan baginda sahaja yang
mempunyai sabar yang sangat luar biasa kerana mereka menghadapi tentangan yang sangat dasyat oleh
masyarakat jahiliah, mereka sanggup korbankan nyawa demi memartabatkan agama islam sedangkan
mereka iaitu masyarakat jahiliah lupa dan alpa bahawa ada lagi kewujudan makhluk lain selain daripada
kehidupan manusia seperti malaikat, jin, syurga, dan neraka. Mereka terlalu angkuh dan bongkak sehingga
mereka sanggup menghina dan mencaci dakwah dan ajaran yang dibawa oleh para sahabat tetapi berkat
ketabahan hati mereka yang sanggup melakukan apa sahaja demi agama sehingga kini agama islam terus
9
tersebar ke serata dunia. Walhal, pada ketika itu, tiada lagi kemudahan yang ada pada zaman sekarang
seperti telefon bimbit, komputar riba, dan akses internet yang boleh dicari walaupun di hujung jari.

3.2 Adakah matlamat penciptaan manusia itu terhasil?

Nabi Adam merupakan manusia yang pertama Allah ciptakan di syurga dan hanya kerana beliau telah
tergoda dengan hasutan syaitan untuk memakan buah yang ada di sebatang pokok tetapi pada mulanya Allah
telah melarang beliau untuk makan buah tersebut, namun beliau gagal lalu Allah telah mencampakkan
beliau di bumi kerana melanggar peraturan yang diberikan. Secara ringkasnya kitab oleh melihat betapa
mudahnya manusia untuk terkena godaan dan hasutan daripada syaitan walaupun beliau merupakan nabi dan
bukan manusia biasa. Tetapi kita insan yang lemah ini seharusnya lebih berwaspada dan berhati-hati kerana
kita tidak mempunyai amalan dan iman sehebat para sahabat pada zaman dahulu kita terlampau bebas dan
mudah untuk lalai melakukan perkara yang dilarang dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Kita sebagai hamba
Allah hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah untuk mengabdikan diri dalam seluruh aspek
tidak hanya pada solat, melakukan haji, dan berpuasa dan ianya tergolong dari aspek kehidupan
bermasyarakat , keluarga, muamalat dan politik, manakala khalifah Allah pula merupakan seorang yang
dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di muka bumi ini berdasarkan
wahyu dan syariat Allah. Tujuan kita sebagai manusia hendaklah memakmurkan, mentadbir dan
membangunkan bumi selaras dengan maqasid Syariah; memlihara dan menjaga 5 perkara asas iaitu agama,
akal, nyawa, nasab keturunan, dan harta. Apabila kita sudah mencukupi semua aspek tersebut maka
keseluruhan hidup kita akan menjadi lengkap dan sentiasa teratur serta itu mampu menjadi tunggak pertama
kita di dalam kehidupan seharian maka perkara yang kita tidak inginkan seperti perbalahan dan konflik pasti
tidak akan terjadi antara mana-mana pihak. Malahan, apabila seseorang itu bersikap profesional dan positif
sudah pasti seseorang atau individu itu akan dipandang tinggi dan sentiasa akan dihormati oleh orang
sekeliling serta menjadi ikon kepada generasi dalam sesebuah masyarakat dan negara. Semua muslim perlu
mengambil pendekatan dan terlibat dengan semua aktiviti kemasyarakatan agar mereka dapat bergaul
dengan orang ramai dan menunjukkan sifat kepimpinan yang ada pada diri mereka walaupun pada usia yang
sangat muda kerana tidak semiua orang terutama orang muda ingin melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini
dan bagi mereka yang telah berjaya sudah pasti namanya akan diangkat serta mampu memberi hujah dan
pendapat sendiri kepada orang lain dengan memegang 5 aspek prinsip yang telah dinyatakan di atas.

Kita ambil contoh seperti yang berhormat Syed Saddiq, beliau merupakan contoh terbaik anak muda di
Malaysia yang mampu menyuarakan perihal tentang masyarakat di Malaysia apabila beliau di parlimen
walaupun di usia yang sangat muda. Hal ini, dapat membuka lagi mata rakyat dan dunia apabila baru-baru
ini beliau sendiri telah pergi ke satu rancangan yang menceritakan tentang krisis di negara Palestin dan Israel
10
yang dimana mereka iaitu Israel tidak pernah rasa cukup dengan nikmat yang mereka dapat sedangkan pada
tahun 1947 lagi pemerintah di Palestin telah sedikit tanah kepada mereka untuk mereka menetap di sana
dengan hati yang ikhlas dan terbuka tetapi atas sebab sifat tidak pernah rasa cukup dan inginkan keseluruh
tanah di Palesstin mereka sedikit demi sedikit telah merampas tanah di daerah-daerah yang berdekatan
sehingga kini walaupun tanah di Palestin semakin mengecil disebabkan mereka yang zalim. Mereka telah
menggunakan kekerasan terhadap semua rakyat di Palestin dengan membaling bom asap,senjata di tangan
mereka dan melancarkan beberapa roket di daerah Palestin sehingga menyebabkan semua kemudahan
terjejas, pelbagai jenis bangunan dan masjid telah diruntuhkan oleh tentera Israel yang kejam dan zalim
tersebut. Hal ini, menyebabkan seluruh negara di dunia cuba untuk mengambil tindakan ke atas
keksengsaraan yang dibuat oleh negara Israel dan ini telah membuat semua rakyat Malaysia dan negara-
negara lain yang menyokong rakyat di Palestin dengan cuba untuk meyebarkan segala rakaman dan kata-
kata semangat di seluruh laman sesawang seperti “twitter” dan “Instagram”, hal ini menambahkan lagi
kesedaran kepada kita yang berada dalam negara yang aman untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat
yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kerana mereka di sana tidak cukup dengan diserang dan diitndas
malahan bekalan makanan dan minuman mereka juga turut terjejas manakal kaum wanita diasak dengan
teruk dengan tentera zionis yang tidak berhati perut melakukan kekerasan terhadap mereka dengan tanpa
belas kasihan, ada di antara mereka yang dipaksa untuk membuka hijab mereka dan ada juga yang ditendang
serta tidak dilayan seperti manusia. Semua ini telah dikongsikan daripada yang berhornat Syed Sadiq di
dalam rancangan tersebut. Beliau hanya meminta persatuan bangsa-bangsa bersatu untuk membuka mata
dan melihat siapa yang memulakan keganasan adakah Hamas atau tentera Israel? Beliau hanya mahu
melihat kemanan dan begitu juga apa yang diingankan oleh rakyat Malaysia.

7.0 ADAKAH SUMBER AJARAN ISLAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ITU BENAR?

Islam terbahagi kepada dua sumber ajaran iaitu sumber asasi dan sumber ijtihadi.Sumber asasi terdiri
daripada Al-quran dan As-sunnah manakala sumber ijtihadi pula terdiri daripada ijmak,qias, dan lain-lain.
Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana dengannya kita berupaya meletakkan asas yang kukuh
dalam pembinaan tamadun manusia yang cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam al-Quran
terdapat banyak ayat yang mengutarakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia, bahkan
penurunan al-Quran itu sendiri bermatlamat untuk mendidik manusia. Begitu juga dengan hadith dan sunnah
Rasulullah saw, banyak daripada riwayat-riwayat Baginda yang menjurus kepada kepentingan pendidikan
dalam memperkasakan tamadun ummah dan dikuatkan lagi dengan beberapa contoh tindakan yang Baginda
saw laksanakan dalam menggalakkan umat Islam untuk mencintai ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian,
tulisan ini bertujuan mengupas dan menganalisis beberapa contoh ayat al-Quran dan hadis berhubung

11
dengan pendidikan dalam Islam berserta beberapa contoh daripada tindakan Rasulullah saw dalam
mempromosikan ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam yang bermatlamat untuk memperkasakan
kualiti dan nilai tamadun manusia.

Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibrail a.s
untuk dijadikan panduan bagi umat manusia. Al-Quran juga diturunkan untuk mendidik manusia khususnya
masyarakat Islam dalam menjalani kehidupan di dunia dengan sebaik mungkin kerana mereka yakin adanya
hari pembalasan kelak. Al-Quran juga mengajak manusia supaya sentiasa memerhati serta merenungi tanda-
tanda kekuasaan Allah yang ada di langit dan di bumi. Alam ini merupakan bahan untuk berfikir, sebagai
lembaran buku pengetahuan di samping menjadi bukti bagi kesatuan pentadbiran dan peraturan
(Muhammad Shadid 1994). Di samping itu, Islam adalah agama yang amat mementingkan dan
menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Bahkan al-Quran telah memainkan peranan yang cukup penting
dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki sesuatu
perkara. Perkara ini dibuktikan di dalam wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah saw dalam
firman Allah dalam Surah al-Alaq ayat 1-5 (al-Alaq 96: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad)
dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah
beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Terdapat juga beberapa hadis yang menunjukkan tentang kepentingan pendidikan kepada umat Islam.
Sebagai contohnya, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Hurairah r.a, Rasulullah
saw bersabda (Bukhari t.th. 5) yang bermaksud “Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan suci,
maka ibu bapanyalah yang menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” Hadis ini menerangkan bahawa
ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam pendidikan awal seperti membentuk asas-asas
perkembangan diri seseorang anak. “Melentur buluh biarlah dari rebung,” peribahasa ini membawa analogi
bahawa untuk mendapatkan keberkesanan dalam pendidikan seseorang itu mestilah bermula daripada masa
kanak-kanak. Ini bertepatan dengan beberapa sabda Rasulullah saw (Abu Dawud t.th.) yang bermaksud
“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ketika berumur
sepuluh tahun (jika masih tidak bersolat).”

Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, rata-rata memberikan dorongan kepada manusia supaya senantiasa
berusaha memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang boleh didapati daripada proses
pendidikan. Pendidikan mempunyai kuasa untuk mengubah minda, pandangan dan cara hidup seseorang.
Tegasnya, ilmu pengetahuan memainkan peranan yang cukup penting sebagai asas kekuatan sesuatu bangsa
atau tamadun. Malah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah bagaimana sesuatu bangsa yang kuat
tetapi tidak ditunjangi dengan budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan menganut nilai-nilai dan ciri-ciri
tamadun lain yang ditaklukinya (Wan Mohd. Noor 1990).

12
Dari perspektif al-Sunnah, kita boleh mengambil contoh daripada beberapa tindakan Rasulullah saw sebaik
sahaja beliau diangkat menjadi Rasul. Ia boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama ketika beliau
berada di Kota Mekah dan yang kedua ketika beliau berada di Kota Madinah. Di Kota Mekah baginda telah
menyeru kepada agama Allah di samping mendidik mereka yang telah menyahut seruan dakwah Islam.
Walaupun secara zahirnya usaha dakwah pada peringkat awal ini kelihatan kurang berjaya sehingga
membawa kepada penghijrahan Rasulullah saw ke Kota Madinah, namun secara hakikatnya ia telah
membuktikan kejayaan besar Baginda ke atas orang-orang jahiliyah. Ini kerana Rasulullah saw berjaya
mendidik sebilangan para sahabat dalam tempoh tersebut dan membentuk mereka menjadi sebuah kelompok
yang mempunyai keistimewaan dari sudut akidah, budi pekerti serta matlamat hidup (Muhammad Shadid
1992). Selain itu, baginda juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas bimbingan dan didikan
kepada golongan musabiqun al-awwalun di rumah Abi bin Abi al-Arqam. Nabi Muhammad saw selaku nabi
yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT telah menggunakan pendekatan pendidikan bagi
membangunkan Islam sekaligus mencapai matlamat pengutusannya.

Selepas dakwah baginda mendapat tentangan daripada penduduk Quraisy di Kota Mekah, Rasulullah saw
telah berhijrah ke Kota Madinah demi keselamatan dan kelangsungan Islam yang baru melalui proses awal
perkembangannya ketika itu. Di Kota Madinah, selain daripada menubuhkan kerajaan Islam yang pertama,
antara aspek pembangunan yang ditekankan oleh Rasulullah saw adalah pembangunan dalam bidang
pendidikan. Sebagai langkah awal beliau telah melantik beberapa orang individu dalam kalangan sahabat
baginda untuk menjadi guru, antaranya Abu Ubaidah al-Jarrah dan Ubadah bin al-Samit untuk mengajarkan
al-Quran kepada masyarakat Islam (Awang Yahya 2004). Pada peringkat ini, pendidikan tidak terfokus
kepada persoalan akidah semata-mata malah menyentuh soal kekeluargaan dan masyarakat, peraturan serta
tindak tanduk dalam hidup di samping melaksanakan syariat Islam dalam segenap aspek kehidupan. Maka
dengan itu, bidang atau skop pendidikan menjadi bertambah luas selaras dengan meluasnya tujuan serta
beragamnya suruhan serta laranganNya (Muhammad Shadid 1992).

Di samping itu, Rasulullah saw juga telah memperluaskan fungsi dan peranan masjid sebagai tempat untuk
mendapatkan pendidikan. Dalam hubungan ini masjid tidak dilihat sebagai tempat untuk beribadat semata-
mata tetapi dilihat juga peranannya yang sepadu dalam pembangunan dan perkembangan ummah. Masjid
telah dijadikan sebagai pusat pembentukan muslim yang bertaqwa atau dalam erti kata lain masjid dianggap
sebagai pusat pendidikan Islam yang terkemuka. Baginda juga telah memilih beberapa orang daripada
kalangan orang- orang mukmin yang direkrut khas untuk menjalankan tugas-tugas pendidikan.

13
AL SUNNAH

Al - sunnah ialah perbuatan , amalan dan pengakuan yang dilaku kan oleh Nabi Muhammad swt . Secara
bahasa Al - sunnah bererti Ath - thariqah yang membawa maksud perkaedahan , kebiasaan , dan perjalan
hidup atau prilaku yang baik yang terpuji mahupun yang tercela al - sunnah seringkali disebut berulang
ulang kali di dalam hadith .

Sunnah ialah perbuatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad swt yang merupakan perbuatan , ketetapan
peribadi akhlak mahupun prilaku Baginda sesudah beliau menjadi rasul , al - sunnah ialah perbuatan
Baginda untuk memenuhi kehendak Allah. Dengan itu sunnah adalah juga merupakan sumber di dalam
perundangan islam selepas Al quran dan Hadith .

PERANAN DALAM MEMPERINCIKAN AL- QURAN

Al- quran dan Sunnah merupakan dasar pentabiran islam seperti mana yang di tunjukkan oleh Nabi
Muhammad swt semasa memimpin negara Mekkah dan Madinah pada masa yang sama menjadi tunjang
utama umat islam untuk mengambil contoh cara kehidupan Nabi Muhammad .

Menerangkan bagaimana Nabi Muhammad mengguna kan al quran untuk berdakwah , menggunakan al
quran untuk menjalani kehidupan Baginda , keberadaan al quran tidak lengkap tampa adanya sunnah , ianya
juga merupakan sesuatu yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad di dalam bentuk perbuatan dan
perkataan ,al sunnah sendiri berperanan sebagai penjelas iaitu menerangkan hal hal yang bersifat samar di
dalam al quran disamping itu al sunnah juga dapat memperkuatkan hukum didlam al quran bagi semua
amalan hukum syariat dan dan hal hal yang berkaitan dengan hukum di dalam al quran pada masa yang
sama al quran juga menjelas dan merincikan ayat ayat al quran yang masih bersifat umum dan menetapkan
hukum baharu yang tidak di nyatakan di dalam al quran al sunnah menetapakan hukum baharu di mana
hukum tersebut tidak dapat di dalam al quran .

AL -IJMA

Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama
Islam berasaskan Al quran dan hadith tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman
Rasulullah S.A.W.Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad
(mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini bermakna, jika
seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak.

14
SYARAT SYARAT AL IJMA

Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahid itulah yang melakukan
kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu) Seandainya tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu
terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak akan terjadi ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa
orang.

Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia Islam. Jika kesepakatan
itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu tempat sahaja, maka kesepakatan yang
demikian belum dapat dikatakan suatu ijmak.

Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia sependapat dengan mujtahid-
mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali
tersirat dalam kesepakatan itu unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu
keadaan, sehingga ia harus menerima suatu keputusan.

Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan lisan, dengan perbuatan
atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju atas suatu keputusan hukum yang telah disetujui
oleh para mujtahid yang lain. Tentu saja keputusan yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu
musyawarah yang dilakukan para mujtahid.

Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid. Seandainya terjadi
suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada, maka keputusan yang demikian belum pasti ke
taraf ijmak. Ijmak yang demikian belum dapat dijadikan sebagai hujjah syariah.

QIAS

Qias ialah menyamakan hukum kepada sesuatu perkara atau kejadian yang baru terjadi pada masa itu yang
belum ada pada masa sebelumnya dengan pekara yang sedia ada kerana atas persamaan sebab dan manfaat
mengikut ukuran persamaan pengukuran atau perbandingan .

Merupakan proses berasaskan keibaratan Al quran dan sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk
perkara perkara baharu untuk menetapkan hukum kias perlu berasaskan perkara terdahulu yang memiliki
persa,aan dari segi ilat ,sebab ,manfaat ,bahaya dan pelbagai espek lain sehingga dihukumi sama

15
RUKUN QIAS

AL-ASAL (ASAL)

Ahli ihtijat harus mencari dan megemukan masalah masalah atau perkara perkara yang sudah berlaku pada
masa lalu yang sudah mempumyai hukum dfan syarak yang sah untuk melakukan qias .

AL-FURUK (MASALAH CABANG)

Mengemukan masalah atau perkara yang baru berlaku pada masa itu yang tidak mempunyai nas dan syrak
sama sekali dan menerangkan masalah berikut untuk mula dibincangkan oleh para ijthihat

AL- ASAL

Mengemukankan hukum dan syarak yang ada di dalam masalah yang terdahulu untuk mencari persamaan
dari segi ilat sebab dan manfaat dan espek lain sehingga dikumi sama

AL - ILLAH (ALASAN)

Para ijtihad menemukaan alasan dan sebab kepada hukum salaham utama dan mencari persamaan diantara
masalah yang utama dan yang terdahulu sehingga sehingga sama dan mendapat hukum yang sama .

SKOP AJARAN ISLAM

AKIDAH

Akidah bermakna ikatan atau sangkutan yang menyimpulkan sesuatu mengikut istilah

Akidah bererti kepercayaan keimanan atau keyakinan yang murni dan tidak mudah terurai daripada mana
mana sama ada dari dalam dan luar diri seseorang

Pengertian akidah menurut islam pula adalah keyakinan kepada Allah yakni mengaku kakan kewujudannya
dari segi fungsi Allah, Akidah ialah ikatan antara manusia dan Allah yang harus disyukuri simpulan ini
harus disertai oleh syahadah atau persaksian secara lisan atau perbuatan

Tanpa persaksian yang kuat, maka persaksian itu terbatal. Makna iman adalah pembenaran secara pasti
(tashdiq al-jazim) sesuai dengan kenyataan berdasarkan dalil. Jika pembenaran saja tanpa disertai dalil tidak
digolongkan iman, kerana tidak termasuk pembenaran yang pasti kecuali apabila bersumber dari dalil. Jika
tidak disertai dalil maka tidak ada kepastian.

Jadi, kalau cuma pembenaran saja terhadap suatu berita tidak termasuk iman. Berdasarkan hal ini
pembenaran harus berdasarkan dalil agar menjadi bersifat pasti, atau agar tergolong iman. Ini bererti adanya

16
dalil terhadap segala sesuatu yang dituntut untuk diimani adalah suatu hal yang pasti agar pembenaran
terhadap sesuatu tadi tergolong Iman. Maka adanya dalil merupakan syarat utama adanya keimanan, tanpa
melihat lagi apakah hal itu sahih (benar) atau fasid

6 ELEMEN ASAS AKIDAH ISLAM

Beriman kepada Allah ialah orang yang mendalami pekara yang dituntut akidah islam untuk diimani akan
menjumpai iman kepada Allah dalil nya ialah Aqil

Beriman kepada malaikat iaitu keimanan kepada malaikat alasanya malaikat tidak dijangkau panca indera

Beriman kepada kitab kitab dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika yang dimaksud adalah iman terhadap al
quran maka dalilnya aqli, kerana al quran dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan al
quran dapat diindera sepanjang zaman.

Beriman kepada para rosul Begitu pula halnya iman terhadap para rasul. Iman terhadap rasul (Nabi
Muhammad ) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan al quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh rasul
(Nabi Muhammad ) adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera al quran dapat diketahui
bahawa Muhammad itu Rasulluah . Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi. Sedangkan
iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu mukjizat
mukjizat mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang sezaman dengan mereka. Bagi orang-
orang yang datang setelah mereka hingga zaman sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak
menjumpai mukjizat tersebut. Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana
itu bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli. Lain lagi bukti atas
kenabian (Nabi Muhammad ) yang berupa mukjizat beliau. muikjizat tersebut (selalu) ada dan dapat
diindera, iaitu al quran. Jadi dalilnya adalah aqli.

Beriman terhadap hari kiamat hari kiamat ialah Naqil kerana tidak dapat diendera lagi pula tidak ada satupun
perkara dapat di endera yang menunjukan tentang hari kiamat dengan demikiab tidak ada satu dalil Aqil pun
untuk hari kiamat

Beriman kepada qadak dan qadar , qada adalah perbuatan manusia yang dilakukannya atau yang
menimpanya (dan tidak dapat ditolak). Ia adalah sesuatu yang dapat diindera maka dalilnya adalah aqli.
Qadar adalah khasiat sesuatu yang dimunculkan (dimanfaatkan) oleh manusia, seperti kemampuan
membakar yang ada pada api, kemampuan memotong yang ada pada pisau. Khasiat ini adalah sesuatu yang
dapat diindera, maka dalil untuk perkara qadar adalah aqli.

17
SYARIAT

Syariat islam ialah hukum dan aturan yang telah ditetapkan oleh islam untuk srikandi kehidupapn umat
manusia baik muslim mahupun bukan muslim selain berisi hukum dan aturan juga berisi jalan penyelesaian
maslah kehidupan manusia

Sumber syariah islam ialah berasakan al quran kerana merupakan sumber hukum islah utama kerana ianya
merupakan firman Allah kepada Nabi Muhammad dan semuanya dinyatakan secara zahir dan terdapat
tafsiran yang saling tidak bertentangan

Sumber kedua ialah Sunnah kerana sunnah ialah adalah cara kehidupan ,pekara yang diamalkan oleh Nabi
Muhammad secara perbuatan dan lisan

Sumber kedua ialah Ijma iaitu kesepakatan antara para ulama di dalam menetap kan hukum dan aturan .

Dan sumber terakhir ialah Qias ialah proses taakulan berasakan inoloji dan nass yang diketahui untuk pekara
pekara baharu .

Dalil Aqil adalah dalil yang bersumber dari akal selagi tidak melanggar penyataan alquran dan hadis. Allah
hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal, kerana hanya mereka yang dapat memahami
agama dan syariat-Nya.

Para itjihat tentang pekara yang tiada di dalam alquran bagi memcari jalan solusi dan menetapkan hukum
dan aturan tentang sesuatu maslah atau hukum

Syariat islam adalah perkara yang tidak akan membebani kaum muslimin dan muslumat kerana ini akan
membawa kemudah di dalam seiap jalan kehidupan kaum muslimin di atas muka bumi dan menyelesaikan
banyak masalah muslim di dunia

Manakala setiap hukum dan aturan yang dikeluarkan oleh syariat islam mempunyai hikmat nya yang baik
kerana dapat mengurangkan beban setiap muslimin dan bayangkan jika kaum muslim hidup tampa sebarang
hukum syariat mesti akan terbeban dan tertekan .

18
AKHLAK

Akhlak membawa maksud tingkah laku dan keperbadian seseorang muslim yang akan mencerminkan
dirinya sendiri dimata Allah dan mata mahluk cimptaanNya untuk menilai tingkah laku baik atau buruk

Sifat yang tertanam di dalam diri manusia akan melahirkan tingkah laku dan

perbuatanya yang bererti sekiranya seseorang itu mempunyai sifat yang mulia dan akhlak yang baik di
dalam dirinya maka akan terlahirlah tingkah laku perbuatan dan

keperbadian yang mulia dan unggul dan sekiranya sifat yang disematkan dialam diri itu buruk makan
tingkah laku , perbuatan serta keperbadian nya juga akan turut buruk

Nabi Muhammad juga diutus oleh Allah untuk memperbaiki dan membetulkan akhlak umatnya yang
bersifat jahil dan sombong dan dari dakwah Baginda Alhamdulilah semua akhlak umat nya dapat
dibentulkan ke arah jalan yang lurus dan baik

Akhlak juga terdapat di dalam kehidupan seharian manusia contohnya pergaulan antara lelaki dan
perempuan dimana lelaki dan perempuan harus menjaga batas pergaulan dan menjaga ihtilat antara satu
sama lain agar tidak terpesong dan terjerumus ke lubang maksiat

Pada mereka yang tiada pamduan terhadap akhlak islam maka mereka tidak akan dapat merasakan nikmat
kebahagian ,berjauhan dari dosa dan jauh untuk merasa kemanisan iman dan . tiada panduan akhlak dari
isl;am akan menyebabkan berlakunya kezaliman , pernindasan serta maksiat dam mampu merosakan
keharmonian iman dalam kelompok muslimin

19
JIHAT DAN DAKWAH

Jihat dijalan kan untuk memperjuang dan menegakan agama Islam mengunakan cara cara yang sesuai
mengikut garis panduan rasul dan alquran jihat yang dilakukan oleh rasul ialah berdakwah kepada manusia
agara manusia meninggalkan kemusyikan dan kejahilanb mereka dan kembali kepada jalan Allah , dari
dakwah dan jihat dapat menyucikan hati manusia , membawa pengajaran kepada ummat manusia dan
melahirkan manusia yang sesuai dengan tujuan penciptaan mereka iaitu menjadi khilafah Allah di muka
bumi

Berdakwah merupakan satu tanggunjawap setiap muslimin dan para rasul kerana berdakwah addalah
sebahagian jihat di jalan Allah , dari situ kita dapat membela agama Islam dan menjaga dan membentuk
akhlak setiap muslimin yang ada di sekeliling kita dari situ kita dapat melahiran golongan yang mempunyai
cri akidah dan akhlak yang baik .

Dakwah boleh dilakukan diman mana sahaja di rumah di tempat kerja di tempat awam dan bukan sahaja di
masjid ataupun pusat keagamaan dari situ.tambahan pula pada zaman yang moden ini dakwah boleh
dikongsi secara atas talian dan dilakukan secara terbuka di forum , media massa , media sosial dan perbagai
tempat dan cara lagi .

Jihat ialah merupakan satu cara untuk membersihkan fikiran daripada pengaruh ajaran ajaran lain selain
Allah,mengerjakan ajaranya dan meninggalkan laranganNya dari situ setiap muslimin dapat mengapat cita
cita mulia iaitu mendapat keampuan ,keradaan dan kurmniaan nikmat daripada Allah

Jihat fi sabillah ialah satu jihat dimana satu jihat dan usaha yang berterusan untuk menegakan dengan cara
mengorban segala apa yang kita miliki sama ada nyawa , harta , jiwa , secara lisan dan tulisan

20
CIRI CIRI JIHAT

Setiap jihad yang hendak dilaksanakan hendaklah memerlukan kepada usaha yang memerlukan kepada
curahan daya tenaga dan kekuatan demi mencapai matlamat dan cita-cita islam , mendapat keredhaan,
keampunan dan kerahmatan Allah S.W.T.

Tidak dapat dinafikan sudah pasti setiap perkara kebaikan yang hendak dilakukan sudah pasti akan
menempuh pelbagai halangan, cubaan dan juga dugaan yang sudah pasti memerlukan kepada kekuatan hati,
jiwa dan juga fizikal bagi menghadapinya. Contohnyap, elajar-pelajar yang sedang berjihad dengan jihad
ilmu hendaklah sentiasa bersedia mencurahkan segenap daya dan tenaga mereka dengan bersungguh-
sungguh di dalam menuntut ilmu yang dicari. Sudah pasti pelbagai pengorbanan yang terpaksa dilakukan
samada dari segi pengorbanan harta benda, wang ringgit, tenaga, waktu, fikiran, melawan nafsu dan
sebagainya.

Islam tidak memerintahkan umatnya untuk memerangi semua orang yang tidak menerima dakwahnya. Jika
mereka sudi untuk hidup berbaik-baik dengan orang Islam, maka mereka akan diberikan hak dan
tanggungjawab sama seperti hak dan tanggungjawab yang diperolehi oleh umat Islam yang lain. Ini telah
dibuktikan oleh Islam sepanjang sejarah pemerintahan dan kekuasaannya dahulu. Malah tercatat dalam
sejarah Islam lampau bahawa kementerian tertentu di bawah kekuasaan Islam diketuai oleh orang bukan
Islam yang mahir dalam bidang yang berkenaan.

Golongan yang sentiasa memusuhi Islam telah, sedang dan akan wujud sepanjang perjalanan sejarah.
Golongan ini tidak akan sama sekali membiarkan dakwah Islam berkembang. Malah, ada yang sanggup
mengusir umat Islam daripada tanah air mereka sendiri seperti yang berlaku di Palestin. Hanya orang yang
memerangi Islam dan umatnya seperti ini, serta golongan yang menghalang daripada perlaksanaan usaha
dakwah sahaja yang diperintahkan oleh Islam untuk diperangi.

Akan tetapi bentuk jihad untuk menghadapi golongan kafir adalah bergantung kepada keadaan. Islam
bukanlah agama yang keras dan kaku. Ia memandu umatnya supaya bertindak sesuai dengan situasi serta
kemampuan yang ada.

21

Anda mungkin juga menyukai