Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN

TERENGGANU

FAKULTI PERAKAUNAN

KOD KURSUS: CTU 152

TAJUK: PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN SEKULARISME

NAMA PENSYARAH: USTAZAH DR RUHAIZAH BT ABDUL GHANI

NAMA AHLI NO PELAJAR

NUR SUHAILAH BINTI SUHAIMI 2020895094

ZAKIRA AISHA BINTI ZAKI 2020495208

DANIA DHAFINA BINTI MD ROSLI 2020457836

NUR ATIKAH BINTI MOHD HELMY 2020610992

Perkara Markah penuh Markah diperolehi


Pendahuluan 2
Isi & Huraian 8
Rumusan & 2
Cadangan
Rujukan 4
Etika & 4
Profesionalisme
Jumlah 20
KANDUNGAN

KANDUNGAN ...................................................................................................................... i

1.0 PENDAHULUAN ............................................................................................................ 1

2.0 PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN SEKULARISME ................................................... 2

2.1 Falsafah Islam dan Falsafah Sekularisme ............................................................... 2

2.2 Perbezaan Antara Sains Islam dan Sains Barat (Sekularisme)................................. 6

2.3 Prinsip Khalifah Islam dan Sekularisme ................................................................... 10

2.4 Perbezaan Kaedah Penyebaran Islam dan Sekularisme ......................................... 14

3.0 KESIMPULAN ................................................................................................................. 18

4.0 RUJUKAN ....................................................................................................................... 19

i
1.0 PENDAHULUAN

Pada masa ini, jumlah masyarakat beragama Islam yang terpengaruh dengan budaya barat
semakin meningkat dengan kadar yang agak tinggi dan ini memberikan kesan yang negatif terhadap
agama, akhlak dan keperibadian seseorang. Perkara ini memberikan kesan yang negatif kerana ia
meliputi perkara-perkara yang bertentangan dengan agama dan dapat memesongkan akidah umat
Islam. Antara budaya Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam yang telah dipengaruhi oleh
masyarakat kini ialah sekularisme. Sekularisme ialah kefahaman yang bebas terhadap nilai-nilai agama
yang mulia dan ia memisahkan agama daripada kerajaaan, sistem politik, kehidupan seharian setiap
individu dan lain-lain. Antara kesan negatif yang dapat dilihat bagi sekularisme adalah iman dan akidah
seseorang menjadi lemah dan juga tidak bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam
seperti setiap wanita dikehendaki untuk memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Sekularisme telah lama wujud di dunia iaitu pada abad pertengahan Masihi lagi di Eropah dan
ia pertama kalinya diperkenalkan, disebarkan dan dipraktikkan di Itali. Pada ketika itu, terdapat seorang
penyair dari German telah menjangkakan bahawa “Tuhan telah mati” di sebelah barat dan penyair
tersebut dikenali sebagai Fredrich Nietzsche dan seorang ahli falsafah sosiologi yang dikenali sebagai
Francis Auguste Comte turut menyatakan yang akan berlakunya peristiwa dimana terdapat
percanggahan sesuatu ilmu sama ada melibatkan atau tidak melibatkan hukum agama. Namun, pada
hakikatnya, sekularisme adalah ilmu yang telah diajarkan terhadap penganut agama Kristian melalui
kitab Injil (Mohd Yusri bin Ibrahim, 2019).

Namun begitu, sekularisme diperkenalkan di Malaysia secara meluas selepas berlakunya


Perjanjian Pangkor 1874. Selepas perjanjian tersebut yang dimeterai bersama British, Malaysia ditadbir
dengan mengasingkan pemerintahan daripada sistem kesultanan iaitu sultan menjadi wakil bagi
sebarang perkara yang berkenaan agama manakala residen diwakilkan untuk memerintah setiap negeri
(Mohd Yusri bin Ibrahim, 2019). Agama Islam dan sekularisme adalah satu perkara yang tidak sehaluan
dimana Islam memerintahkan umatnya untuk melakukan perkara yang tidak melanggari syariat.
Namun, sekularisme pula mengasingkan kehidupan seharian dan pentadbiran daripada agama. Ini
memberikan makna bahawa Islam dan sekularisme adalah berbeza sama ada dari sudut pentadbiran,
pendidikan, etika, akhlak dan lain-lain.

1
2.0 PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN SEKULARISME

2.1 Falsafah Islam dan Falsafah Sekularisme

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian
yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Secara etimologi, falsafah
juga dikenali sebagai philosophy yang berasal daripada bahasa Greek dan perkataan ini dicipta oleh
Pythagoras. Philosophia merupakan gabungan dua perkataan yang berbeza iaitu philo dan sophia serta
mempunyai maksud yang berbeza. Philo bermaksud cinta dan suka manakala sophia pula bermaksud
hikmah. Falsafah berbentuk abstrak kerana falsafah merupakan suatu kaedah bagi mengkaji perkara-
perkara yang berkaitan dengan konsep untuk menentukan kebenaran. Oleh itu, Islam dan sekularisme
mempunyai falsafah yang berbeza.

Perkataan agama berasal dari bahasa Sansekerita dan bererti warisan tertulis yang diturunkan
dari generasi ke generasi. Istilah ini digunakan oleh orang Hindu untuk merujuk kepada kitab-kitab
Vedik, iaitu kitab suci Hindu. Namun begitu, orang Islam di rantau Asia Tenggara yang berbahasa
Melayu tidak memahami agama dalam erti Hindu ini (al-Atas, Farid, 2005:3). Merujuk kepada Kamus
Dewan, agama bererti kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan
ajaran dan perintah-Nya. Selain itu, kepercayaan pada yang Maha Kuasa. Akhir sekali, kepercayaan
pada sesuatu dewa dan lain-lain dipuja dan sebagainya serta dianggap sebagai sesuatu yang amat
berkuasa.

Agama Islam telah wujud sejak sebelum penghijrahan Nabi SAW lagi. Selain itu, agama Islam
adalah agama Samawi yang bermaksud agama langit iaitu agama Allah S.W.T yang disampaikan
melalui lisan Rasulullah SAW. Agama Islam merupakan agama yang paling sempurna nilai ajarannya
yang disampaikan kepada kita. Hal ini disebutkan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah, ayat 3:

Maksudnya: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan
telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama
bagimu.”

2
Dari segi bahasa, Islam merupakan nama terbitan kata kerja salima yang membawa maksud
ketulenan dan kesucian, kedamaian, keamanan atau kesejateraan, ketaatan dan penyerahan (Afif Abd
al-Fattah Tabbarah, 1969:17). Seterusnya, disebabkan perkataan Islam tidak mempunyai hubungkait
sama ada dengan individu-individu tertentu, Islam berbeza dari agama-agama lain yang ada di muka
bumi ini. Dari segi pemilihan nama, Islam merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah S.W.T
kepada Din-Nya. Seterusnya, Al-Quran sebagai kalam Allah menyebut Islam sebagai al-lslam dan ia
adalah ad- din (Abdullah Akhili, et. al, 1996:2).

Umat Islam merupakan umat yang terbaik yang dijadikan Allah S.W.T di atas muka bumi ini.
Terdapat dua faktor penting iaitu ajarannya dan umatnya. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Imran
ayat 110:

Maksudnya: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada
Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka
ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik".

Dalam Islam terdapat pelbagai ciri utama dan antara ciri Islam adalah rabbaniyyah iaitu konsep
ketuhanan. Definisi rabbaniyyah ialah segala hukum-hakam, konsep, prinsip, nilai dan peraturan hidup
yang terdapat dalam ajaran Islam adalah secara mutlak datangnya daripada Allah SWT. Terdapat
empat prinisip rabbaniyyah. Yang pertama, Islam ialah agama wahyu yang datangnya daripada Allah
S.W.T, bukan ciptaan makhluk seperti Nabi Muhammad SAW. Yang kedua, Islam bersih daripada
kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu. Yang ketiga, Islam dan seluruh makhluk adalah
kepunyaan Allah S.W.T. Yang keempat, Allah S.W.T sebagai pemberi peraturan hidup. Kita akan dapat
mencapai kebahagiaan diri, jika kita berpegang dengan syariah ‘Rabbaniyyah’ kerana sekiranya
manusia itu berpegang dengan hukum hakam yang Allah S.W.T turunkan, mereka akan berusaha untuk
mencapai keredhaan-Nya dan beriman bahawa semua yang terkandung di dalam agama ini adalah
datang dari Allah S.W.T dan untuk Allah S.W.T.

3
Selain itu, syumuliyyah yang bermaksud menyeluruh menggambarkan ajaran Islam adalah
sempurna dan bersifat menyeluruh yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Terdapat lima
prinsip-prinsip syumuliyyah. Yang pertama, hanya Allah S.W.T yang sempurna. Yang kedua, Islam
menyediakan peraturan hidup yang mencakupi segenap aspek kehidupan. Yang ketiga, sumber utama
yang mencakupi semua bidang ilmu pengetahuan adalah Al-Quran. Yang keempat, segala peraturan
yang dibawa oleh Islam adalah sesuai dengan fitrah manusia. Yang kelima adalah peraturan dan
perundangan Islam adalah seimbang dan memudahkan.

Akhir sekali, waqi’iyyah iaitu praktikal dapat didefinisikan bahawa agama Islam bersifat praktikal
dan sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian manusia. Antara prinsip-prinsip waqi’iyah adalah
ajaran islam merupakan, bukannya utopia, Islam mampu menyelesaikan sebarang masalah dan
persoalan manusia dalam hidup. Dan akhir sekali, Islam memberi ruang kepada perkembangan fikiran
yang melahirkan tamadun ilmu.

Walau bagaimanapun di Barat, religion difahami sebagai suatu kepercayaan dan amalan yang
dianggap sebagai sebahagian budaya dan tidak seharusnya merangkumi keseluruhan budaya. Hal ini
berlaku disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh agama Kristian (Nassrani) di Eropah yang
telah berkurun lamanya menjadi sebahagian daripada kehidupan budaya dan sosial orang Eropah.
Oleh itu, fahaman “agama” yang terkandung dalam istilah din tidak dapat disamakan dengan yang
terkandung dalam istilah religion (al-Atas, Farid, 2005:3). Begitu juga jika masyarakat Islam yang
memahami "agama" sebagai hanya kepercayaan dan mengamalkan ibadah-ibadah tertentu ia tidak
dapat disamakan dengan din.

Sekularisme merupakan penafian hal-hal kerohanian, penafian adanya akhirat, pemisahan antara
agama dan nilai kerohanian, kekuasaan sebagai kebebasan mutlak dan institusi agama hanya khusus
untuk urusan ketuhanan semata-mata. Menurut Professor Syed Muhammad Naquib Al attas,
sekularisme merupakan aliran yang ingin memperbaiki kehidupan dengan cara material, hal
keduniaannya bebas daripada ajaran wahyu, bersifat bebas hasil daripada pemikiran dan pengalaman
tanpa hubungkait dengan tuhan dan kebahagiaan hidup ditentukan oleh dunia.

Bagaimanakah kita ingin mengetahui apakah itu sekularisme? Kita boleh mengetahui sekularisme
dengan mengenal pasti ciri-ciri sekularisme. Ciri-ciri sekularisme yang pertama adalah bersifat terasing
daripada aspek keagamaan seperti penyisihan agama daripada aspek kehidupan dapat dilihat pada

4
amalan masyarakat dunia hari ini. Hal ini berlaku kerana masih ada sesetengah masyarakat yang
menganggap agama hanyalah sebahagian disiplin ataupun aspek yang setaraf dengan sejarah,
ekonomi, politik dan sebagainya dan merupakan elemen-elemen yang terasing antara satu sama lain.

Selain itu, ciri-ciri sekularisme adalah mengetepikan hal-hal akhirat dan secara tidak langsung
mereka hanya mengejar dunia semata-mata. Seperti lebih mementingkan kerja dan harta atau
kekayaan di dunia daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah S.W.T kepada kita sebagai
contoh, menunaikan solat, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan yang sebagainya.
Bagi golongan sekularisme, urusan akhirat adalah perkara kedua yang akan mereka fikirkan di dunia
akhirat nanti. Tambahan pula, sekularisme selalunya akan membawa penganutnya kepada beberapa
ideologi lain seperti ideologi materialisme, individualisme, kapitalisme dan ideologi yang sebagainya.

Akhir sekali, ciri-ciri sekularisme adalah sentiasa menunjukkan cirinya yang tidak tetap dan tidak
mutlak seperti perundangan dan pemerintahan secara sekular yang tidak mempunyai teras yang tetap
dan mutlak bahkan sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan dan semasa tanpa ada sebarang
garis panduan yang mutlak. Umpamanya, pandangan sekular terhadap perlakuan zina sentiasa
berubah-ubah sejak abad ke 15 masihi sehingga sekarang, hal tersebut sudah menjadi hak individu
yang tidak lagi menjadi kesalahan di barat.

Secara tuntasnya, setelah membuat kajian dengan lebih mendalam tentang islam dan
sekularisme, sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam dan sekularisme mempunyai perbezaan yang
sangat ketara dari segi ciri-ciri dan pandangan. Sekularisme lebih mementingkan duniawi dan tidak
mementingkan akhirat serta sering melakukan perkara-perkara tanpa memikirkan kesan atau peraturan
yang ditetapkan oleh agama manakala Islam mementingkan akhirat di samping meniti arus keduniaan.

5
2.2 Perbezaan Antara Sains Islam dan Sains Barat (Sekularisme)

Sains dan kehidupan di dunia tidak dapat dipisahkan kerana kehidupan di muka bumi ini adalah
selari dengan kemajuan sains. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat kemajuan seni bina bangunan
pada masa kini yang gah dilihat oleh mata kasar berbanding seni bina bangunan terdahulu seperti Abraj
Al-Bait Towers di Saudi Arabia, Agora Garden Tower di Taipei dan Burj Khalifa di United Arab Emirates
(UAE). Sikap semula jadi manusia terhadap alam serta usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah di
dalam kehidupan serta memenuhi keperluan-keperluan tertentu merupakan faktor pemangkin terhadap
perkembangan pengajian sains itu sendiri (Mohammad,1991).

Selain itu, kemajuan dalam bidang astronomi iaitu ilmu falak yang mengkaji tentang bintang di
angkasa dan bidang biologi yang mengkaji pertumbuhan sel kanser merupakan salah satu bukti
kepentingan sains dalam kehidupan. Kajian dan penemuan vaksin bagi Virus Corona atau lebih dikenali
sebagai Covid-19 yang telah melanda dunia sejak akhir 2019 merupakan antara kejayaan terkini bidang
sains. Ilmu sains dipercayai semakin mula berkembang pesat pada zaman kuno iaitu lebih kurang
4000SM (Mochamad Muksin, 2016).

Kepercayaan kepada sains ini boleh dibahagi kepada dua cabang iaitu sains Islam dan sains
barat. Menurut Rizqon Halal Syah Aji, sains Islam ialah sains yang selari dengan nilai-nilai di dalam
Islam seperti mempercayai kewujudan Allah SWT serta kekuasaan dan kebesaran-Nya dalam mencipta
perkara-perkara yang ghaib seperti malaikat, syurga, alam barzakh dan sebagainya. Sains Islam tidak
memisahkan keperluan beragama dan ilmu sains.

Sains barat pula memisahkan kewujudan tuhan dan agama serta perkara-perkara yang
berkaitan dengan rohani dan spiritual. Golongan yang berpegang kepada sains barat memisahkan
agama daripada ilmu sains dan hanya mempercayai akan fakta hasil daripada kajian sains seperti
bentuk-bentuk planet di alam semesta yang telah dikaji oleh ahli astronomi. Jika kajian tentang bentuk-
bentuk planet ini tidak dilakukan dan dibuktikan oleh astronomi, golongan sains Barat ini tidak akan
langsung mempercayai akan kewujudan planet-planet lain di galaksi Bima Sakti ini selain daripada
Bumi. Hal ini dapat dikaitkan dengan ayat al-Quran di bawah.

6
Maksudnya: “Atau apakah mereka tercipta tanpa asal-usul atau apakah mereka
yang menciptakan diri mereka sendiri? Atau apakah mereka yang telah menciptakan
langit dan bumi? Sebenarnya mereka tidak yakin dengan apa yang mereka katakan.”
(At-Tur 52: 35-36)

Walau bagaimanapun, ini tidak menggambarkan bahawa sains daripada sudut Islam tidak
menggalakkan kajian terhadap sains dilakukan. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berusaha
dalam mencari dan menuntut ilmu yang bersifat duniawi bagi memudahkan urusan di dunia. Imam al-
Nawawi menukilkan hal ini di dalam kitabnya yang masyhur,

‫ض ِكفَا َي ٍة أ َ ْيضًا‬
ُ ‫ب فَف َْر‬ َ ِ‫ب َو ْالح‬
ِ ‫سا‬ ِ ‫ْس ع ِْل ًما ش َْر ِعيًّا َويُحْ ت َا ُج إلَ ْي ِه فِي ق َِو ِام أ َ ْم ِر ال ُّد ْن َيا ك‬
ِ ‫َالط‬ َ ‫َوأ َ َّما َما لَي‬
Maksudnya: “Adapun ilmu selain ilmu syarak, dan diperlukan untuk menguruskan
urusan dunia seperti ilmu perubatan dan ilmu perhitungan, maka ia adalah fardhu
kifayah.”

Ilmu sains ini dan segala usaha-usaha dalam membangunkan bidang ini adalah disarankan oleh
agama Islam. Di dalam Islam tidak didapati adanya suatu pertentangan antara sains dan agama.
Malahan ajaran Islam sangat mendorong kemajuan sains (Ibrahim Bafadhol, 2015). Hal ini dapat
dibuktikan dengan kewujudan saintis islam yang terkenal dan mahsyur seperti Abu Ali Al-Hussain Ibn
Abdallah Ibn Sina yang mahir dalam bidang perubatan, Abu Al-Nasr Al-Farabi yang terkenal akan
kepakarannya di dalam bidang fizik kosmologi dan Abu al-'Iz Ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari adalah
orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam.

Sains Islam mengetengahkan manusia untuk mengkaji sesuatu perkara bagi mencari asbab
ciptaan atau peranan bagi segala sesuatu sebagaimana yang diciptakan oleh Allah. Ianya bertujuan
untuk menggalakkan pemikiran manusia tentang hubungkait antara hukum yang telah ditetapkan oleh
syariah Islamiah dan peranan alam ini serta hubungan manusia dengan alam (Alias Azhar, 2017). Hasil
daripada kajian dan usaha mendalami ilmu sains ini, ilmuwan akan menjadi lebih dekat kepada Allah
SWT atas kekaguman melihat ciptaannya yang melangkaui akal pemikiran manusia yang selari dengan
ayat al-Quran di bawah.

7
Maksudnya: “Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau
dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata); Ya Tuhan, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci
Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”
(Ali ‘Imran 3: 19)

Di samping perkara-perkara yang dapat dikaji melalui penelitian ilmiah, terdapat juga perkara-
perkara ghaib yang tidak dapat dijustifikasikan melalui kajian tetapi berdasarkan al-Quran dan hadis.
Antara contohnya ialah kewujudan alam di akhirat, timbangan mizan dan keadaan di syurga. Sains
Islam tidak menolak kewujudan perkara-perkara ghaib ini kerana sedar akan kehadiran agama dalam
pengkajian ilmiah. Golongan yang beragama Islam wajib percaya akan perkara-perkara ghaib atau
dikenali sebagai ghaibiyyah kerana tanpa kepercayaan terhadap ghaibiyah akan terpesong aqidah
dalam diri seseorang individu itu.

Menurut Syikh Naquib Al-Attas, kebudayaan Barat adalah kebudayaan sekuler yang memberi
pengertian tidak memberi ruang bagi Tuhan dalam kehidupan. Ini juga berkait dengan dunia sains.
Sains barat memandang alam sebagai sesuatu yang berfungsi secara berdikari dan tidak ada kuasa
yang menggerakkannya. Sains barat mempercayai bahawa sebab akibat yang terjadi dalam alam
sebagai sesuatu yang alamiah (Fadlih Rifenta, 2019). Kajian terhadap sesuatu perkara hanyalah
sumber dalam mengetahui kebenaran yang dipegang oleh mereka.

Konsep-konsep yang merujuk kepada ketuhanan, agama dan kuasa ghaib ditolak oleh ramai
saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The
U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa “sebarang kenyataan yang menetapkan
bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak
boleh diiktiraf sebagai sains”. Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the
National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999
(Abd Aziz bin Harjin, 2015).

Kekuatan dan kepentingan sains barat ini terletak kepada kekuatan manusia menggunakan
akalnya. Sistem nilai dan moraliti mereka hanya berasaskan prinsip keinsanan walaupun mereka
percaya kepada kewujudan tuhan. Sistem nilai dan kepercayaan kepada kewujudan tuhan dan sifat
beragama terletak kepada bagaimana logik akal menganggapinya. Bagi mengatasi konflik yang wujud

8
di antara sistem pemikiran logik semata-mata dengan sistem nilai yang berdasarkan konsep wahyu
atau keagamaan, sains barat meletakkan garis pemisahan yang jelas antara peranan sains dengan
peranan gereja atau agama. Agama hanya berfungsi dalam bentuk upacara, manakala sains
mempunyai peranan yang tersendiri yang tidak boleh dicampur atau disepadukan dengan sistem nilai
dan moraliti (Mohd Yusuf Othman, 1993).

Di samping itu, sains barat berpegang kepada kebebasan dalam penyelidikan. Disebabkan
penyelidikan dan kajian sains merupakan sesuatu yang baik dan penting untuk kesempurnaan dan
kelestarian hidup, maka semua kaedah termasuk penggunaan haiwan hidup, manusia dan janin bayi
dibenarkan. Contohnya, pada Projek Manhattan yang bertujuan dalam penciptaan bom atom yang telah
digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun. Beberapa orang pesakit yang datang ke hospital bagi
mendapatkan rawatan telah disuntik dengan cecair radioaktif tanpa pengetahuan mereka. Akibatnya,
mereka yang terlibat telah menghadapi banyak kesan buruk akibat daripada kesan radioaktif ini.

Oleh itu, jelas sekali bahawa sains barat ini tidak berpegang serta mengasingkan konsep
keagamaan yang sememangnya berbeza konsep dengan sains Islam yang mengakui kewujudan Allah
SWT serta konsep beragama dalam bidang sains. Segala apa yang berlaku dan wujud di atas muka
bumi ini adalah di atas kekuasaan Allah SWT yang dapat dilihat dalam ayat al-Quran di bawah.

Maksudnya: “Tidakkah kamu memperhatikan orang yang berdebat dengan


Ibrahim mengenai Tuhannya kerana Allah telah memberinya kerajaan (kekuasaan).
Ketika Ibrahim berkata, ‘Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan.’ Dia
berkata, ‘Aku pun dapat menghidupkan dan mematikan.’ Ibrahim berkata, ‘Allah
menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.’ Maka bingunglah orang
yang kafir itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”
(Al-Baqarah 2: 258)

9
2.3 Perbezaan Prinsip Khalifah Islam dan Sekularisme

Maksudnya: “Adalah bagi Bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi
(tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya.
Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada ramai para khilafah.”

Riwayat Bukhari (3455) dan Muslim (1842)

Pada asasnya, negara Islam merupakan negara ideal yang sangat teratur dengan adanya
khalifah sebagai penjaga utama umat islam yang merangkumi pemimpin negara dan politik. Perkataan
khalifah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘khalifah’ yang dimaksudkan sebagai pengganti. Ini
merujuk kepada baginda Nabi Muhammad SAW setelah baginda wafat berdasarkan hadis di atas
berikut. Oleh hal demikian, Allah SWT telah mengiktirafkan manusia sebagai khalifah sebagaimana
peranan utama seorang khalifah adalah untuk menyebarkan agama Islam. Khalifah juga perlulah
menjalankan syariat Allah dengan memakmurkan muka bumi ini sama ada di peringkat peribadi,
keluarga, masyarakat mahupun negara. Terdapat pelbagai kelebihan yang Allah SWT ciptakan setiap
manusia untuk menjalankan tugas sebagai seorang khalifah yang bertanggungjawab agar dapat
mentadbir dunia dengan sebaiknya. (Admin PMWP, 2019)

Seperti yang dijelaskan sebentar tadi, tugas khalifah untuk menegakkan agama Islam wajarlah
bertindak mengikut kebenarannya iaitu bukan ketika ditubuhkan sahaja bahkan dipelihara seperti
menatang minyak yang penuh. Ini adalah disebabkan agar umat Islam dapat mempraktikkan untuk
bekalan di akhirat kelak. Keseimbangan tugas sebagai seorang khalifah sangat ditekankan dalam Islam
agar tidak dikenali sebagai pemerintah yang zalim dan juga diktator. Kita juga mestilah mematuhi segala
undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam selagi seorang khalifah memenuhi semua
tanggungjawab yang telah digariskan oleh Islam. (Hanita Hassan, 2020)

Sebagai pemerintah tertinggi di muka bumi ini, khalifah berperanan dan bertanggungjawab
untuk berpegang kepada agama Allah dengan tidak berpecah belah atau bertelagah antara satu sama
lain. Perkara ini amatlah sesuai dengan kejadian manusia yang Allah anugerahkan nikmat akal fikiran
untuk membezakannya dengan makhluk-makhluk yang lain. Ini kerana, dengan akal fikiranlah, manusia
dapat membuat keputusan berpandukan ajaran islam yang syumul dan lengkap.

10
Khalifah ini bukan sahaja menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT, bahkan perlu
bertanggungjawab terhadap hubungannya sesama manusia dan juga alam sekitar (Abu Bakar, 2003).
Justeru, kedudukan seseorang pemerintah memainkan peranan yang besar sebagai tunggak
keberaadaan sesebuah agama yang akan melambangkan perpaduan sesebuah negara seperti kata-
kata Imam al-Ghazali:

Maksudnya: “Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai


pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan
apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang.”
(Rujuk al-Iqtisad fi al-I’tiqad, hlm. 128)

Walaubagaimanapun, ia berbeza daripada pandangan sains sekular kerana mereka


berpendapat bahawa agama tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran sesebuah negara dan
sebaliknya negara tidak boleh campur tangan dalam urusan keagamaan. Ataupun lebih dikenali
sebagai “the separation of church and state” dalam Bahasa Inggeris. Dengan lebih terperinci, mereka
memegang ideologi yang memisahkan diantara agama dan negara, dunia dan akhirat, jasad dan roh,
sains dan agama. Pada pandangan mereka, hidup ini hanya memperjuangkan kebendaan semata-
mata yang memberi jaminan terbaik untuk merealisasikan kehidupan yang bebas dan sejahtera. (Azmi
Aziz, 2016)

Istilah sekularisme ini sering digunakan untuk merujuk kepada sistem politik yang diamalkan di
sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat Kristian pada zaman kegelapan di barat
memperkenalkan kenyataan “biarkan urusan politik bagi maharaja dan urusan agama bagi Allah” untuk
memisahkan soal politik dengan agama Islam. Dalam kedudukan harian masyarakat feudal, agama
Kristian dan politik telah dipisahkan oleh dunia barat untuk memprotes penguasaan yang melampau
terhadap pihak gereja. Dengan itu, fikiran masyarakat Islam mulai diracuni oleh fahaman tersebut
apabila mereka dijajah dan diresapi dengan pengaruh barat dan secara pantasnya fahaman kebendaan
tersebar. Sebaliknya, bagi umat Islam, mereka perlu menegakkan agama dalam konsep politik sebagai
cara hidup yang sempurna. Oleh itu, umat Islam amat melarang terhadap fahaman pemisahan politik
dengan agama. (Admin PMWP, 2019)

11
Seterusnya, kelompok-kelompok sekular ini akan berusaha untuk memisahkan kuasa
pemerintahan terhadap Islam. Walau dalam apa sekalipun, golongan ini akan memastikan undang-
undang Islam tidak dipandang atau dirujuk untuk memesongkan dari mengamalkan ajaran yang benar.
Sebagai contoh di negara Turki, mereka berusaha sedikit demi sedikit untuk mensekularkan undang-
undang Turki sehingga undang-undang tersebut menjadi sekular dan seterusnya undang-undang
khalifah Islam mulai tahun 1937 telah ditermeterai (Mohd Yusri bin Ibrahim, 2019). Jelaslah bahawa
golongan sekular berhasrat untuk menjauhkan manusia dari Islam sehinggakan perlembagaan Turki
secara rasminya telah menjadi negara sekular.

Dalam era politik, majoriti negara di dunia iaitu negara yang maju atau mundur mengamalkan
falsafah politik. Falsafah politik ini diajar dan diperkenalkan oleh British ke seluruh dunia. Misalnya,
negara sekular mengamalkan konsep politik moden-sekular yang bermaksud apa-apa yang berlaku
akan berdasarkan fakta sahaja. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai konsep pahala dan dosa
dan juga konsep mendapat kemurkaan dan keredhaan Tuhan. Ini menyebabkan kesan fahaman
sekularisme secara jelas telah memisahkan antara islam dan politik. Sudah terang lagi bersuluh,
falsafah politik tidak mengiktirafkan kebenaran falsafah moden-sekular atas penafian terhadap ajaran
agama yang benar. (Azmi Aziz, 2016)

Pada hari ini, fahaman sekularisme telah menguasai sebahagian umat Islam yang
menyebabkan hukum hakam Allah SWT telah menjadi kabur dan hilang pertimbangan dek akal fikiran
mereka yang tercemar. Mereka tidak mempunyai tujuan dalam kehidupan dan berfikiran bebas yang
tidak berpandukan garis panduan berdasarkan al-Quran dan al-sunnah. Oleh hal yang demikian,
golongan sekularisme merasakan mereka berhak untuk mencipta sendiri undang-undang politik dan
mentadbir negara mengikut cita rasa sendiri. Lanjutan daripada itu, syariah yang dibawa oleh islam
amat sukar dipraktikkan dalam era globalisasi ini.

Kesannya terhadap masyarakat Islam boleh membawa kepada keruntuhan akhlak, akidah dan
syariah seseorang. Pada masa yang sama, ia juga boleh membawa manusia untuk keluar daripada
agama Islam apabila fahaman sekularisme ini telah sebati dalam diri mereka. Kesudahannya, umat
Islam wajarlah kembali ke jalan yang benar bahawa Islam adalah agama yang bersifat ad-din. Oleh itu,
Allah SWT menyeru umat Islam untuk mentaati para pemerintah sementara para pemerintah mentaati
Allah SWT dan Rasulnya (Cik Puan Hanani, 2017). Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 59:

12
Maksudnya; “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(nya) dan
pemerintah di kalangan kamu. Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikan
ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahNya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah
dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

13
2.4 Perbezaan kaedah penyebaran Islam dan Sekularisme

Selain itu, perbezaan yang dapat dilihat antara Islam dan sekularisme adalah cara
penyebarannya melalui sudut pendidikan, penulisan, media massa dan undang-undang. Dalam Islam,
penyebaran agama Islam telah lama berlaku iaitu sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. Baginda
adalah salah satu wakil yang menyebarkan agama Islam kepada ahli keluarga baginda dan juga
penduduk-penduduk kota Mekah dan kota Madinah. Pada awalnya, Nabi Muhammad S.A.W
menyebarkan Islam secara rahsia dan tidak meluas untuk mengelakkan daripada dikenali dan dibenci
oleh orang kafir Quraish yang masih mengamalkan kepercayaan agama yang dilakukan pada zaman
nenek moyang mereka.

Penyebaran Islam secara rahsia ini hanya dijalankan selama 3 tahun disebabkan agama Islam
telah mula diterima oleh ramai individu di kota Mekah. Kemudian, baginda meneruskan penyebaran
Islam selama 20 tahun di Mekah secara terbuka namun masih terdapat golongan kafir Quraish yang
tidak dapat menerima agama Islam dan diantaranya adalah bapa saudara baginda. Mereka mencaci
dan juga menghina keluarga Nabi Muhammad S.A.W pada ketika itu tetapi baginda tetap bersabar dan
tabah menghadapi kata-kata dan perbuatan buruk mereka dan meneruskan penyebaran Islam terhadap
penduduk lain yang dapat menerima Islam secara meluas. Allah S.W.T berfirman tentang kepercayaan
terhadap agama Islam dalam kita Al-Quran,

Maksudnya: “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam. Tidaklah


berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu,
kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah,
maka sungguh, Allah sangat cepat perhitungan-Nya”
(Surah Al-Imran 03:19)

Sekularisme dapat disebarkan melalui pendidikan dimana berlakunya sekatan terhadap


pelajaran tentang agama Islam, pembelajaran dipisahkan dan juga tidak ditekankan berkenaan agama.
Pembelajaran yang tidak melibatkan agama sangat disokong dan diberikan bantuan dan juga
14
kemudahan daripada masyarakat dan juga kerajaan yang sekular tetapi pengajian yang melibatkan
agama Islam diberi layanan sebaliknya seperti tidak diberikan sebarang bantuan dan juga kemudahan
dalam pembelajaran dan juga dari segi kewangan. Sekiranya bantuan-bantuan yang diterima
berlebihan, bantuan tersebut akan disalurkan kepada pembelajaran yang berbentuk sekularisme
terlebih dahulu. Sekularisme mengagungkan warga pendidik yang mengajar subjek yang tidak
melibatkan agama dan memperlekehkan dan memandang rendah terhadap tenaga pengajar yang
menyebarkan ilmu agama.

Masyarakat dan kerajaan yang sekuler menganggap bahawa pendidikan yang melibatkan
agama tidak akan membawa seseorang ke peringkat yang lebih tinggi dan tidak akan maju tetapi
pengajian yang memisahkan agama akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjadi seorang
yang bekerjaya dan mencapai status yang dapat menjamin kehidupan yang indah pada masa akan
datang.

Oleh sebab itu, sekularisme wujud di negara-negara Islam dimana masyarakat memilih untuk
menuntut ilmu dalam bidang yang tidak memfokuskan tentang agama Islam. Di sini, dapat dilihat
bahawa pelajaran tentang Islam telah kurang difokuskan dalam pendidikan walaupun umat Islam harus
fokus terhadap kedua-dua pelajaran iaitu pelajaran tentang agama dan juga pelajaran yang melibatkan
duniawi supaya seimbang sama ada di dunia dan juga di akhirat. Perkara ini dapat dikaitkan dengan
potongan ayat quran seperti berikut,

Maksudnya: “Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah
dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia”
(Surah Al-Qasas 28:77)

Sebalik itu, Islam menyebarkan ilmu agama melalui pendidikan dengan memberi tumpuan
kepada kedua-duanya iaitu agama dan juga subjek-subjek lain. Pendidikan berasaskan agama tetap
diajarkan di sekolah dan universiti di sesetengah negara seperti Malaysia. Pendidikan Islam mempunyai
kehebatan dimana dengannya kita dapat membentukkan asas yang kuat dalam pembinaan tamadun
manusia sama ada dari aspek duniawi dan juga akhirat. Allah S.W.T berfirman,

15
Maksudnya: “Orang-orang yang kafir dan menghalang-halangi (manusia) dari
jalan Allah, Allah menghapus segala amal mereka.”
(Surah Muhammad 47:01)

Pendidikan agama Islam dapat memberikan didikan yang bagus untuk masyarakat dan ini dapat
menjadikan umat Islam seorang yang beretika dan berakhlak mulia. Oleh sebab itu, umat Islam
disarankan untuk menuntut ilmu yang berteraskan agama. Namun, Islam tidak meminggirkan teknologi
terkini walaupun fokus akan agama Islam (Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri, 2007). Di sini, kita
dapat lihat perbezaan antara kaedah penyebaran Islam dan sekularisme dimana Islam tidak
mengasingkan agama daripada teknologi, politik dan juga kehidupan seharian seperti sekularisme.

Selain itu, perbezaan penyebaran sekularisme dan Islam juga dapat dilihat melalui penulisan
dan media massa. Penyebaran sekularisme melalui pendidikan hanya melibatkan para pelajar sahaja
tetapi jika disebarkan melalui media massa, penyebaran tersebut akan memberikan impak kepada
masyarakat secara meluas. Ini adalah kerana media massa disebarkan melalui internet, televisyen dan
juga akhbar. Pada masa ini, masyarakat amat mudah untuk mengakses peranti eletronik dan juga
membaca akhbar.

Dengan itu, setiap perkara yang ditayangkan sama ada perkara yang membawa kesan negatif
atau positif akan menjadi ajaran kepada mereka di luar sana. Namun, kebanyakan video-video, berita-
berita dan gambar-gambar yang disiarkan pada siaran televisyen, radio, pawagam dan lain-lain seperti
aksi lucah dan gambar yang tidak senonoh memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. Perkara
ini tidak dapat membantu umat Islam untuk mengembangkan akal pemikiran mereka malah, dapat
merosakkan lagi akidah dan juga akhlak sebagai seorang Islam lebih-lebih lagi di kalangan anak muda
dan golongan remaja dimana mereka amat mudah terpengaruh dengan sesuatu yang tular di media
massa dan juga amat mudah mempercayai dan menyebarkan berita yang kurang jelas, berita yang
palsu dan juga berita yang tular tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi pada masa akan datang.
Allah S.W.T berfirman dalam kitab suci Al-Quran,

16
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik
datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu
tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (pencerobohan), yang akhirnya
kamu menyesali perbuatanmu itu.” (Surah Al-Hujurat 49:06)

Sebagai pemegang agama Islam, haruslah seseorang itu berdakwah dan menyebarkan tentang
agama yang mulia iaitu agama Islam supaya tersebar luas dan tidak hilang di dunia ini tidak mengira
kaedah. Agama Islam juga menyebarkan video-video melalui media massa yang ada pada masa ini.
Namun begitu, video yang disebarkan adalah sangat berbeza daripada yang disebarkan oleh
masyarakat sekular. Video yang ditayangkan adalah bahan ilmiah yang berfaedah dan yang membantu
umat Islam untuk mengukuhkan lagi agama dan juga dapat memberi pengajaran yang baik seperti
ceramah ilmiah yang diulaskan daripada orang yang berilmu tinggi dalam pengajian agama. Dengan
adanya bahan-bahan ilmiah seperti ini, bilangan masyarakat yang lalai akan berkurangan dan mereka
dapat mengingati bahawa agama mereka adalah mulia dan harus dijaga dari setiap pandangan untuk
dirahmati oleh Allah S.W.T Yang Maha Esa.

17
3.0 Kesimpulan

Daripada hujah-hujah dan justifikasi yang telah dinyatakan di atas tadi, jelaslah bahawa Islam
dan sekularisme adalah sangat berbeza daripada segala aspek terutamanya cara pemikiran dan
kefahaman manusia. Ideolagi barat ini semakin hari semakin berleluasa dan mula meresap ke dalam
pemikiran umat Islam sehinggakan dapat memesong akidah seseorang muslim itu. Falsafah Islam dan
falsafah sekularisme adalah terang lagi bersuluh akan perbezaannya di mana Islam ialah berkonsepkan
rabbaniyyah, syumuliyyah dan waqi’iyyah. Falsafah sekularisme pula mengasingkan konsep
keagamaan dengan perkara yang dilakukan di muka bumi ini.

Selain itu, kepercayaan umat Islam kepada Allah dalam pengkajian sains adalah salah satu
perbezaan antara Islam dan sekularisme. Sekularisme mempercayai bahawa alam berperanan secara
berdikari tanpa ada kuasa luar yang mengawalnya. Seterusnya, peranan khalifah di dalam Islam adalah
bertujuan untuk memakmurkan bumi serta menyebarkan ajaran Islam ke seluruh pelusuk dunia. Politik
sekular kesan daripada sekularisme ini memisahkan keperluan beragama dalam pentadbiran negara
sehinggakan syariah Islam diketepikan.

Di samping itu, cara penyebaran Islam dan sekularisme adalah sangat berbeza. Islam telah
disampaikan dan disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW secara berperingkat. Sekularisme disebarkan
melalui banyak cara dan di antara salah satu cara tersebut ialah melalui pendidikan. Kerajaan yang
sekular menyokong dan memberi bantuan kepada pendidikan sekular yang menmisahkan agama
daripada pelajaran dan pendidikan.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya berpegang teguh dengan syiar Islam serta menolak mana-
mana ideologi barat yang bertentangan dengan agama Islam seperti sekularisme, humanisme,
pluralisme agama, liberalisme dan sebagainya yang jelas sekali merosakkan akidah dalam diri seorang
individu itu. Serangan pemikiran ini jelas sekali untuk menjatuhkan martabat agama Islam yang mana
dulunya dipandang tinggi oleh masyarakat beragama lain kesan daripada tokoh-tokoh ilmuwan Islam
yang terkenal di mata dunia. Di samping itu, kita perlulah membela akan agama yang suci ini daripada
racun barat ini seperti yang jelas dimaksudkan dalam ayat al-Quran di bawah.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya
Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
(Surah Muhammad 47: 7)

18
4.0 Rujukan

1. Admin PMWP, (2019, Ogos 8), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Politik Dalam Islam, diakses
pada 12 April 2021 daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3630-bayan-linnas-siri-ke-
209-politik-dalam-islam

2. Muhd Farhan, (2020, Mac 24), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mempelajari ilmu selain
ilmu agama, diakses pada 14 Februari 2021 daripada https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/4372-al-kafi-1679-hukum-mempelajari-ilmu-selain-ilmu-agama

3. Encik Abu Bakar Bin Yang, (2003, September 18), Berita harian, Tanggungjawab manusia sebagai
khalifah di bumi besar, berat, diakses pada 14 April 2021 daripada
http://www.ikim.gov.my/index.php/2003/09/18/tanggungjawab-manusia-sebagai-khalifah-di-bumi-
besar-berat/

4. Ismail, S. H. (2015). Journal of Human Capital Development. PEMBANGUNAN INSAN DALAM


FALSAFAH, 1-18. https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/view/2087/1247

5. Azmi Aziz, (2016), Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia diakses
pada 12 April 2021 daripada http://journalarticle.ukm.my/11753/1/16264-45569-1-PB.pdf

6. Ibrahim Bafadhol, (2015, Januari 04), edukasi islami jurnal pendidikan islam, sekularisme dan
pengaruhnya dalam dunia pendidikan islam, diakses pada 15 Februari 2021 daripada
http://jurnal.staialhidayahbogor.ac.id/index.php/ei/article/view/68/65

7. Fadlih Rifenta, (2019), Konsep Pemikiran Mehdi Golshani Terhadap


Sains Islam dan Modern, diakses pada 15 Februari 2021 daripada
https://ejournal.unida.gontor.ac.id/index.php/kalimah/article/view/3415/8013

8. Rizqon Halal Syah Aji (2014), Jurnal sosial dan budaya shar-i, khazanah sains dan matematika
dalam islam, diakses pada 14 februari daripada
http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/salam/article/view/1534/128

9. Muksin, (2016), Jurnal teknologi dan manajemen informatika diakses pada 14 Februari daripada
http://jurnal.unmer.ac.id/index.php/jtmi/article/view/617/309

19
10. Zakaria Stapa; Noranizah Yusuf; Abdul Fatah Shaharudin, (2012), Institut Islam Hadhari Universiti
Kebangsaan Malaysia, Pendidikan Menurut al-Quran dan Sunnah serta Peranannya dalam
Memperkasakan Tamadun Ummah, diakses pada 15 April 2021 daripada
http://journalarticle.ukm.my/6094/1/JD005862_7-22.pdf

11. Muhaemin., S. (2015, April 16). 7 CIRI UTAMA AJARAN DALAM ISLAM. p. 1. https://baca-
tazkirah.blogspot.com/2015/04/7-ciri-utama-ajaran-dalam-islam.html

12. Saifuddin, J. (2015, Mac 18). pengenalan kepada falsafah. pp. 1-33.
http://mohdhafizuddinbinzolkeple.blogspot.com/2013/04/ciri-ciri-sekularisme.html

13. Unter, Z. (2012). Zarch mind art. In S. M. Al-Attas, Islam dan Sekularisme.
http://zar4art.blogspot.com/2012/06/perbezaan-sekular-dan-islam.html

14. Ustaz Abd Aziz bin Harjin, (2015, Oktober 2015), Kumpulan Artikel Agama Islam 2015,
Perbandingan Antara Sains Dan Teknologi Islam Dengan Barat, diakses pada 15 Februari 2021
daripada http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/perbandingan-antara-sains-dan-
teknologi.html

15. Britannica, T. Editors of Encyclopaedia (2021, February 2). Religion. Encyclopedia Britannica.
https://www.britannica.com/topic/religion

16. SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA (bab 3 fahaman pemikiran dan etika). (2013, April 16).
Sekularisme, p. 1. https://www.slideshare.net/jairdayatiedina/pengenalan-kepada-falsafah

17. Hanita Hassan, (2020, September 1), Salam Web Today, Peranan dan tanggungjawab seorang
khalifah diakses pada 12 April 2021 daripada https://today.salamweb.com/ms/peranan-dan-
tanggungjawab-seorang-khalifah/

18. Cik Puan Hanani, (2017, November 18), Sekularisme: Pertentangan dengan keilmuan islam,
diakses pada 15 April 2021 daripada https://sitinorhanani.wordpress.com/2017/11/18/fahaman-
sekularisme-yang-bertentangan-dengan-keilmuan-islam/

19. Ibrahim, M. Y. (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah


Mengatasinya Dari Sudut Pandang Islam. International Journal of Humanities, Philosophy and
Language, 2(8), 202-216.

20
20. Alias Azhar, (2017), Sains islam vs sains barat: analisis amalan dan perbandingan, diakses pada

14 Februari 2021 daripada


http://103.18.93.160/bitstream/123456789/17450/1/Sains%20Islam%20Vs%20Sains%20Barat%20An
alisis%20Amalan%20dan%20Perbandingan.pdf

21. Roebbie Ajie Patompo, (2020), Perkembangan Dakwah Dan Segala Tantangannya Melalui Media
Teknologi Komunikasi, diakses pada 15 April 2021 daripada https://doi.org/10.31219/osf.io/53v6s

21

Anda mungkin juga menyukai