Anda di halaman 1dari 16

14

TOPIK 2
SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL
QURAN DAN PENULISAN KITAB-
KITABNYA

PENGENALAN

Perbahasan dalam topik ini akan membincangkan mengenai intipati dan sejarah
pertumbuhan dan penulisan kitab-kitabnya. Secara lebih khusus topik ini merangkumi
perkara-perkara berikut; Ulum al-Quran pada zaman Nabi, Pembukuan Tafsir Quran.
Pembukuan cabang-cabang Ulum al Quran selain tafsir. Timbulnya Istilah Ulum al Quran
yang Mudawwan atau sistematik. Perkembangan Ulum al Quran pada zaman Modern.
Dan faedah mempelajari ulum Quran

OBJEKTIF

Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-

1. menghuraikan sejarah perkembangan ulum al-Quran pada zaman nabi, sahabat
dan tabiin;

2. menyusur galur sejarah pembukuan kitab Tafsir al-Quran;

3. menyenaraikan kitab-kitab ulumil al-Quran utama dan penulis-penulisnya;

4. membandingbeza metod-metod penulisan kitab-kitab Ulum Quran utama yang
terdapat dan digunakan sebagai rujukan utama sehingga kini; dan

5. menjelaskan secara ringkas ilmu-ilmu yang dibincangkan di dalam ulum quran
serta tujuan-tujuannya.










15
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
PETA MINDA



2.1 ULUM AL QURAN PADA MASA NABI DAN SAHABAT

Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat sangat mengetahui makna-makna Al-Quran dan
ilmu-ilmunya,sebagaimana pengetahuan para ulama sesudahnya. Bahkan makna dan
ilmu-ilmu al-Quran tersebut pada masa Rasulullah dan para sahabatnya itu belum tertulis
atau dibukukan dan belum disusun dalam satu kitab. Sebab mereka tidak merasa perlu
untuk menulis dan membukukan makna dan ilmu-ilmu al-Quran tersebut dalam satu kitab.

Keadaan itu disebabkan oleh Rasulullah yang menerima wahyu dari sisi Allah SWT, juga
mendapatkan rahmat-Nya yang berupa jaminan dari Allah bahawa Allah pasti mampu
mengumpulkan wahyu itu ke dalam dada beliau, dan Allah melancarkan lisan beliau ketika
membacanya serta pandai untuk menjelaskan/menafsirkan isi maksudnya. Allah
memberikan jaminan kepada beliau tentang makna-makna dan rahsia-rahsia wahyu (Al-
Quran).







16
TOPIK 2
SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
8tB / 7$9 fG9 / ) $= d #% #* &% 7?$
#% O ) $= $/

Maksud: Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) al-Quran kerana hendak
cepat-cepat (menguasainya). Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah
mengumpulkannya (di dalam) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila kami telah
selesai membacakannya, maka ikutilah bacaan itu. Kemudian atas tanggungan Kamilah
penjelasannya.
(Surah al-Qiyamah: 16-19)

Setiap kali Rasulullah selesai menerima wahyu ayat al-Quran, beliau menyampaikan
wahyu itu kepada para sahabatnya. Beliau membacakannya kepada orang ramai dengan
tekun dan tenang sehingga mereka dapat membacanya dengan baik, menghafal lafaz-
lafaznya dan mampu memahami erti dan makna serta rahsia-rahsianya. Rasulullah
menjelaskan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran kepada mereka dengan sabda, perbuatan,dan
persetujuan beliau serta dengan akhlak-akhlak dan sifat peribadi beliau. Hal itu kerana
memang beliau diperintahkan Allah menjelaskan ayat-ayat al-Quran sesuai dengan
firman-Nya:

M79$/ /9# $9& 79) 2%!# 7F9 $=9 $ 9) =9 `3G

Maksud: Dan kami turunkan al-Quran kepadamu agar kamu menerangkan kepada umat
manusia apa yang telah diturunkan kapada mereka dan supaya mereka memikirkan.
(Surah an-Nahl: 44)

Para sahabat pada waktu itu sebagai orang-orang arab murni mempunyai keistimewaan-
keistimewaan Arabiah yang tinggi dan kelebihan-kelebihan lain yang sempurna. Mereka
mempunyai kekuatan menghafal yang sangat hebat, otak yang cerdas, daya tanggapan
yang tajam terhadap keterangan dan dalam segala bentuk rangkaian atau susunan
kalimat. Kerana itu, mereka mampu memahami Ulum al Quran dan Ijaznya dengan
pembawaan mereka dan kecemerlangan akal fikiran mereka. Sekarang kita tidak akan
berjaya menemukan apa yang telah ditemukan para sahabat tersebut meskipun sekarang
telah tersebar pelbagai bentuk ilmu..Kerana itu, para sahabat tidak memerlukan
pembukuan Ulumul al-Quran. Hal ini jauh berbeza dengan zaman sekarang yang selalu
memerlukan semua cabang ilmu daripada Ulum al Quran itu.

Meskipun para sahabat pada waktu itu banyak mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
sebagaimana diterangkan di atas, namun mereka itu kebanyakan orang-orang
ummi(orang yang tidak pandai membaca dan menulis). Di samping itu,alat-alat tulis pada
waktu itu sukar ditemui,belum ada kertas, dan pen. Juga Rasulullah pernah melarang
mereka menuliskan sesuatu selain al-Quran. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Maksud: Janganlah kalian tulis daripadaku selain al-Quran. Barangsiapa menulis dariku
yang selain al-Quran, maka hendaklah dihapuskan. Dan ceritakanlah daripadaku maka
tidak ada larangan. Dan barangsiapa yang berdusta atas saya dengan sengaja maka
bersiap-siaplah tempatnya di neraka. (H.R Muslim dari Abu Said al-Khudri)



17
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
Larangan tersebut dikeluarkan di samping kerana dikhuatirkan terjadinya percampuran
antara al-Quran dengan penulisan-penulisan yang lainnya, juga dikhuatiri tercampurnya
al-Quran dengan yang bukan al-Quran selama mana al-Quran itu masih diturunkan.


Tahukah anda, apakah sebab-sebab para sahabat tidak memerlukan pembukuan al-
Quran?


Ringkasnya, para sahabat dahulu tidak memerlukan pembukuan Ulum al Quran itu adalah
kerana keadaan dan faktor-faktor berikut:

(a) Mereka terdiri dari orang-orang Arab murni yang mempunyai beberapa keistimewaan
antara lain:

Mempunyai daya hafazan yang kuat
Mempunyai kecerdasan otak dan kepintaran berfikir
Mempunyai daya tanggapan sangat tajam dan mendalam
Mempunyai kemampuan bahasa yang luas terhadap segala jenis bentuk
ungkapan, samada berbentuk prosa,puisi, maupun sajak.

(b) Kebanyakan mereka terdiri dari orang-orang yang ummi (tidak pandai membaca dan
menulis) tetapi cerdas dan tajam pemikiran.

(c) Ketika mereka mengalami sesuatu masalah, mereka terus berhadapan, bertanya
dan berbincang dengan Rasulullah SAW.

(d) Waktu dulu belum ada peralatan penulisan yang memadai dan mencukupi.

(e) Adanya tegahan-tegahan Rasulullah SAW untuk manulis sesuatu kecuali ayat al-
Quran.

Begitulah juga kedudukan Ulum al Quran pada period pertama iaitu pada masa Nabi dan
Khalifah Abu Bakar serta Umar b al-Khattab. Apabila period pertama telah berlalu,
datanglah masa pemerintah khalifah Uthman b Affan.Negara-negara Islam pun telah
berkembang luas. Orang-orang Arab murni tersebut telah bercampu-baur dengan orang-
orang asing yang tidak mengenali bahasa Arab.Percampuran bangsa dan kebudayaan ini
menimbulkan kerisauan.Yakni di samping timbulnya kekhuatiran akan luntur dan hilangnya
keistimewaan bahasa orang-orang Arab yang murni,juga wujudnya persilisahan antara
kaum muslimin tentang al-Quran. Jika mereka tidak segera membukukan al-Quran dengan
dikumpulkan atau disatukan semua catatan ayat-ayat al-Quran dalam satu mushhaf,
mungkin akan timbul bencana dan kerosakan yang besar di permukaan bumi ini seperti
berlakunya perselisihan antara Yahudi dan Nasrani.

Kerana itu, khalifah Uthman b Affan memerintahkan kaum muslimin agar seluruh ayat-ayat
al-Quran yang telah dikumpulkan pada masa khalifah Abu Bakar itu dikumpulkan dan
diselaraskan dalam satu mushhaf yang dikenali dengan mushhaf Uthmani.Dari mushhaf
itu dibuat beberapa naskhah lagi yang dikirimkan kesemua Negara-negara Islam. Khalifah
Uthman juga memerintahkan agar mushhaf-mushhaf selain mushhaf Uthman itu dibakar
dan melarang berpedoman kepada mushhaf-mushhaf selain mushhaf Uthman.



18
TOPIK 2
SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
Melalui usahanya itu,beerti dengan secara langsung khalifah Uthman
telah meletakkan dasar pertama yang kita namakan Ilmu Rasmil Quran
atau Ilmu Rasmil Uthmani. Topik ini akan dibincangkan secara khusus
dalam topik yang berasingan.






Pada pandangan anda kenapakah sesuatu bentuk tulisan perlu dikekalkan
kaedah penulisannya. Mungkinkah ia berkaitan dengan keaslian ilmu dan
pengekalan kebudayaan sesuatu bangsa.





Selepas itu tiba pula masa pemerintahan khalifah Ali b Abi Talib.Beliau memperhatikan
orang-orang asing yang suka menodai kemurnian bahasa Arab sebab beliau sering
mendengarkan sesuatu yang menimbulkan kerosakan bahasa Arab. Beliau sangat risau
terjadinya kerosakan Bahasa Arab. Kerana itu beliau memerintahkan Abu Aswad Ad-Duali
untuk membuat sebahagian kaedah-kaedah tertentu untuk memelihara dan menjaga
kemurnian Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan daripada permainan dan
kerosakan orang-orang yang jahil. Abu Aswad menulis pedoman-pedoman serta aturan-
aturan dalam Bahasa Arab.

Dengan usaha-usaha demikian, Khalifah Ali telah meletakkan dasar pertama terhadap
ilmu yang sekarang yang dikenali sebagai Ilmu Nahwu Irab al Quran.

Sesudah khalifah Alib Abi Talib, tamatlah masa khulafak Arrasyiddin dan datanglah masa-
masa pemerintahan yang lebih panjang iaitu pemerintah Bani Umaiyyah. Dalam masa-
masa ini, cita-cita para sahabat dab tabiin sebahagian besar ditumpukan untuk
menyebarkan Ulum al Quran melalui riwayat dan pengajaran terus tidak hanya melalui
pembukuan dan penulisan. Cita-cita dan semangat penyebaran mereka inilah dapat
dianggap sebagai usaha-usaha pendahuluan untuk pembukuan ilmu-ilmu Ulum al Quran
selanjutnya nanti.

Tokoh-tokoh penyebar Ulum al Quran secara riwayat ialah: khalifah empat dan diteruskan
oleh Ibnu Abbas, Ibnu Masud, Zaid Ibnu Tsabit, Abu Musa Al-Asyari dan Abdullah b
Zubair. Mereka ini adalah dari kalangan sahabat.

Tokoh-tokoh Ulum al Quran dari tabiin yang menyebarkan ilmu-ilmu Ulum al-Quran
secara riwayat ialah:

(i) Mujahid (wafat 103H)
(ii) Atha b Abu Rabah (114H)
(iii) Ikrimah (wafat105H)
(iv) Qatadah b Diamah (118H)
(v) Al-Hassan Al-Bashri (wafat110H)


19
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
(vi) Said b Jubair (wafat136H)
(vii) Zaid b Aslam (wafat136H)

Orang-orang yang mengambil riwayat dari Said ini ialah Abdurrahman (putera beliau
sendiri) dan Malik B Annas (dari tabi-tabiin).


Untuk memudahkan kefahaman semasa belajar, dapatkan kamus al-Quran
yang bersesuian dan cuba fahami istilah yang berkaitan dengan Ulum al
Quran seperti istilah Asbabun Nuzul, Naskh wal Mansukh, Gharibil Quran
dan seterusnya.





Mereka dianggap sebagai peletak dasar ilmu-limu yang diberi nama Ilmu Tafsir,Ilmu
Asbabun Nuzul, Ilmu Naskh wal Mansukh, Ilmu Gharib al-Quran dan lain-lain dari berbagai
lagi cabang-cabang dan bidang-bidang Ulum al-Quran.

2.2 PEMBUKUAN TAFSIR QURAN

Setelah dirintis dasar-dasar Ulum al Quran satu persatu seperti penjelasan di atas
kemudian datanglah masa pembukuan cabang-cabang Ulum al Quran dengan lebih
meluas. Akibatnya,banyak kitab-kitab yang dikarang oleh ulama yang berminat, yang
meliputi berbagai cabang Ulumul Quran. Cita-cita yang pertama kali mereka laksanakan
ialah pembukuan Tafsir Quran. Sebab tafsir Quran itu dianggap sebagai induk dari ilmu-
ilmu Quran yang lain. Di dalam tafsir itu banyak dikemukakan menasabah-munasabah
(bentuk-bentuk penyesuaian) semasa menjelaskan kandungan makna ayat-ayat al-Quran.

Orang pertama yang mengarang tafsir ialah Syubah b Hajjaj (wafat160H)Sufyan b
Uyaiyah (wafat198H) dan Wakib Jarrah (wafat 197H). Mereka termasuk ulama abad ke-
II. Tafsir yang mereka tulis itu berupa koleksi pendapat-pendapat sahabat dan tabiin yang
kebanyakan belum dicetak sehingga tidak sampai pada generasi sekarang.

Setelah mereka, muncul pula ulama Ibnu Jarir Ath-Thabari (310H) yang mengarang kitab
Tafsir Al-Thabari yangdinamakan:Jaamiul Bayaan fi Tafsir al-Quran.

Tafsir Al-Thabari ini merupakan kitab tafsir yang paling besar dan dengan menggunakan
metode muqaran (komparatif) sebab beliau ialah orang pertama yang menafsirkan ayat-
ayat Quran dengan mengemukakan pendapat-pendapat para ulama dan membanding-
banding pendapat sebahagian mereka dengan pendapat sebahagian yang lain.Beliau juga
menerangkan dalam tafsirnya aspek Irab dan istimbat hukumnya.

Para ulama masih tetap mempunyai semangat yang utuh dan minat yang besar terhadap
tafsir Quran dari dahulu hingga sekarang ini. Banyak dijumpai koleksi karangan kitab-kitab
tafsir baik yang besar bentuknya atau pun yang kecil-kecil. Di antaranya ada yang
mengagumkan dari sudut huraian dan susunannya, ada yang menyenangkan kerana
persembahan yang baik dan menarik, tetapi ada juga yang menumpukan dan
memfokuskan kepada hal-hal yang kurang releven dengan syariat Islam. Ada yang mudah
dan ringkas, dan ada juga yang luas dan panjang lebar, juga ada yang sederhana atau
sedang. Di antaranya ada yang menggunakaan method Tafsir bil Matsur, yang hanya


20
TOPIK 2
SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
menggunakan sumber-sumber penafsiran atsar saja, ada yang menggunakan method
Tafsir b Rayi, yang menggunakan sumber-sumber rakyu, dan ada pula sebahagiannya
yang menggunakan method campuran. Di antaranya juga ada yang menafsirkan ayat al-
Quran keseluruhannya,ada yang menafsirkan sebahagian ayat-ayat tertentu sahaja,
sebagaimana ada pula yang hanya menafsirkan sebahagian ayat sahaja,sebagaimana
ada pula yang hanya menafsirkan satu surah,ada yang menafsirkan satu ayat atau
beberapa ayat hukum atau yang lain-lain bentuk tafsiran yang menggambarkan usaha
yang bersungguh-sungguh menjaga keaslian pemahaman al-Quran.


Latihan 2.1

Kenapakah para sahabat tidak memerlukan kitab yang khusus untuk
menjelaskan cara-cara mentafsir ayat-ayat al-Quran,





2.3 PEMBUKUAN CABANG-CABANG ULUM AL QURAN
SELAIN TAFSIR

Cabang-cabang Ulum al Quran yang lain menyusul dibukukan oleh beberapa orang.
Orang yang kali pertama mengarang ialah Ali Ibnul Madini (234H), gurunya Imam Bukhari.
Beliau mengarang Ilmu Asbabin Nuzul. Abu Ubaid Al-Qasim B Salam (224H) mengarang
Ilmu Nasikh Wal Mansukh. Kemudian diikuti oleh M. Ayub Al-Dhiris (294H), beliau menulis
buku Ilmu Makki Wal Madani dan Muhammmad B Kahllaf Al-Marzuban (309H) yang
menulis Al-Hawi Fi Ulum al-Quran yang terdiri dari 27 juz. Keempat ulama tersebut
termasuk ulama abad ke-II H.

Mankala pada abad IV H, ada lima ulama yang aktif mengarang Ulum al Quran dan
menyusun kitab-kitabnya iaitu:

(i) Abu Bakar As-Sijistani (330 H) mengarang kitab Ilmu Gharib al-Qurani.

(ii) Abu baker B Qasim Al-Ambari (328 H) menyusun kitab Ajaibu Ulum al Qurani.

(iii) Abu hassan Al-Asyari (324 H) menulis kitab:Al-Muhtazan FiUlum al Quran .

(iv) Abu Muhammad B Ali Al-Karakhi (360 H) menulis kitab: Naktul Qurani Ad-Dallatu
Alal Bayani Fi Anwaaail Uluumi Wal Ahkami.

(v) Muhammad B Ali Al-Adwafi (338 H) mengarang kitab: Al-Istighnau Fi Ulum al Quran
yang terdiri dari 20 jilid.

Pada abad V H, muncul tiga tokoh ulama yang aktif menulis Ulum al Quran dan cabang-
cabangnya iaitu:

(i) Ali B Ibrahim B Said Al-khufi (430 H) menulis kitab Ilmu Irabil Quran dan Al-Burhan
Fi Ulum al Quran. Kitabnya yang kedua ini luas sekali pengaruhnya, kerana terdiri
daripada 30 juz. Kitab ini berbentuk tafsir, di samping menafsirkan ayat-ayat al-
Quran yang menjelaskan berbagai cabang Ulum al Quran yang ada hebungannya
dengan ayat-ayat yang ditafsirkan. Kitab ini sekarang diperpustakaan Darul Kutub


21
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
Kairo, tinggal 15 jilid, tetapi tidak boleh dibaca kerana sudah rapuh. Yang boleh
dibaca mikro filemnya di Perpustakaan Micro Film Kairo.

(ii) Abu Amr Al-Dani menulis kitab: Al-Taisir Fi Qiraatis Saah. Orang pertama kali
mengarang ilmu Mubhamatul Quran ialah Abu Kasim Abd
Rahman Al-Suhaili (581h) yang terkenal dengan sebutan al-Sabili.
Beliau termasuk ulama abad ke vi H. Orang pertama Kali yang
mengarang ilmu Ijaz Quran ialah Ibnu Abd Salam (660h). dan
yang pertama kali mengarang ilmu Qiraat ialah Alamuddin As-
Sakhawi (643h), lalu ndiukuti Abu Syamah (655h) yang menulis
kitab Al-Mursyidul Wajiz Fi ma Yatallaqu Bil Quranil Aziz. Ketiga-
tiganya termasuk ulama abad ke-vii H.

Begitulah semangat mereka sehingga timbul ilmu-ilmu al-Quran baru yang lebih khusus
dan terpeinci, serta lahirlah kitab-kitab karangan dari setiap bidang ilmu-ilmu Al-Quran baik
mengenai ilmu nuzulil Quran, Ilmu Rasmul quran, ilmu badaiul quran , ilmu aqsamil Quran
dan lain-lain yang berupa kitab-kitab karangan yang membuat banyak orang heran dan
kagum melihatnya dan buku-buku yang mememenuhi gedung-gedung besar
perpustakaan dunia.

Apalagi pada abad ke VIII H, ulum quran perkembangannya sangat pesat. Sebab pada
abad ke VIII H ini muncul pengarang-pengarang ulum Quran yang mashur dan mendalam
kupasan mereka seperti:

(i) Imam Ahmad Ibnu Zubair (708H) yang mengarang kitab Al-
Burhan Fi Tartibi Suwaril Quran.

(ii) Imam Najmuddin Ath-Thufi (716H) yang menulis kitab Ilmu
Jadalil Quran.

(iii) Ibnu Qayyim Al-Jauziah yang menulis kitab At-Tibyan Fi
Aqsamil Quran.

(iv) Badruddin Al-Zarkashi (791H) yang mengarang kitab Al-Burhan
Fi Ulum al Quran yang terdiri daripada 4 jilid besar yang
mengupas 160 macam cabang ulum Quran.

(v) Abu Hasan Al-Mawardi yang menyusun Kitab Ilmu Amthalil Quran.
Kepesatan dan kecemerlangan Ulum Al-Quran berterusan pada abad ke IX H
dengan munculnya pengarang-pengarang hebat antara lain:

(i) Imam Jamaludin Al-Bulqini (w 824H) yang menulis kitab Mawaqi al-Ulum Min
Mawaqi al-Nujum yang didalamnya menjelaskan 50 cabang Ulum Quran.

(ii) Imam Muhammad b Sulaiman Al-Kafiji (872H) yang mengarang kitab Ulum Quran
yang belum ada tandingannya.

(iii) Imam Muhammad al-Buqai (885H) yang menulis kitab Nudhumud Dururi Fi
Tanasubil Aayati Was Suwari.



22
TOPIK 2
SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
Kecemerlangan Ulum al-Quran tersebut berakhir dan terhenti pada abad ke X H di tangan
pakar Ulum al Quran iaitu Imam Jalalludin Abd Rahman Al-Suyuti (911H) yang sempat
mengarang 3 buah kitab yang pengaruhnya meluas di serata dunia iaitu:

(i) Tanasuqud Durar Fi Tanasub al Suwari.

(ii) Al-Tahbir Fi Ulum al-Quran yang di dalamnya dibahas 102 cabang Ulum al-Quran.

(iii) Al-Itqan Fi Ulum al Quran yang terdiri daripada dua juz tetapi dbukukan yang
didalamnya dikupas 80 cabang Ulum Quran secara menyeluruh, dan kalau dihalusi
katanya menjadi 300 cabang Ulumul Quran.

Kitab-kitab Al-Burhan Karya Al-Zarkhasi dan Al-Itqan karya Al-Suyuti itu selalu menjadi
rujukan para pakar Ulum Quran dalam menulis, mengajar dan mempelajari Ulum al Quran
dari dahulu sehingga sekarang.

Imam Suyuti wafat pada 911H pada awal abad ke XH. Akibatnya pudarlah gerakan
penulisan Ulum al Quran dan terhenti kegiatan pembukunnya sebab sepeninggalan beliau
sampai ratusan tahun atau berabad-abad tidak ada orang yang mengarang Ulum al Quran
dan menulis kitab-kitabnya sehinggalah abad ke XIV H.

Rumusan

Secara ringkas sejarah pertumbuhan Ulum al-Quran dan penulisan kitab-kitabnya abad
demi abad adalah seperti berikut:

1. Abad pertama hijrah.
Pada bad ini terdapat beberapa orang sebagai perintis Ulum al Quran iaitu;

(i) Uthman b Affan perintis ilmu Rasmil Quran
(ii) Ali b Ani Talib (40H) perintis ilmu Ikrab Al-Quran
(iii) Ibn Abbas
(iv) Ibnu Masud
(v) Zaid b Thabit
(vi) Al-Syaari
(vii) Ibnu Zubair

Ketujuh-tujuh mereka juga merupakan perintis ilmu Tafsir daripada kalangan
sahabat.

(i) Mujahid (103h)
(ii) Atha (114H)
(iii) Ikrimah (105H)
(iv) Qatadah (118H)
(v) Hasan Basri (110H)



23
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
(vi) Ibnu Zubair
(vii) Zaid b Aslam (136H)

Ketujuh orang ini pula merupakan perawi tafsir dari golongan Tabiin.

2. Abad Kedua Hijrah.
Pada bad ini muncul breberapa penulis tafsir seperti berikut;

(i) Muqatil b Sulaiman (150H)
(ii) Syubah Ibnu Hajjaj (160H)
(iii) Sufian b Uyainah (198H)
(iv) Waki b Jarrah (197H)

Keempat-empat, mereka adalah para mufasir pertama.

3. Abad ketiga hijrah.
Pada abad ini muncul beberapa orang penulis yang menghuraikan bebrapa cabang
Ulum al Quran seperti berikut;

(i) Ilmu Tasyabuh al-Quran yang ditulis oleh Muhammad Ibnu Mustamir (206H)
(ii) Ilmu Majaz al-Quran yang ditulis oleh Abu Ubaidah Al-Mutsanna (209H)
(iii) Ilmu Nasikh dan Mansukh Oleh Abu Ubaid b Salam (224H)
(iv) Ilmu Asbab nuzul oleh Ali Ibnu al Madini (234H)
(v) Ahkam al-Quran dan Al-Risalah 204H oleh Imam Al-Syafie
(vi) Ilmu Nasikh wal mansukh oleh Abu Dawud Al-Sajistani (275H)
(vii) Ilmu Mushkil al-Quran oleh Ibnu Qutaibah Al-Dainuri (276H)

4. Abad keempat Hijrah.
Pada abad ini pula muncul pengarang tafsir dan cabang Ulum al Quran yang lain

(i) al-Hawi Fi Ulum al Quran oleh Ibnu Marzuban (300H).
(ii) Tafsir Al-Tabari oleh ibnu Jarir Al-Tabari (310H)
(iii) Ilmu Gharib al-Quran oleh Abu Bakar Al-Sajistani (330H)
(iv) Waqaf Wal Istiknaf oleh Abu Jaafar Al-Nuhas (338H)
(v) Ilmu Ikjazul Quran oleh Al-Rumani (386H)
(vi) Bayanu Ikjaz al-Quran oleh Al-Khattbi (388H)









24
TOPIK 2
SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
5. Abad kelima Hijrah.
Pada abad ini juga ramai pengarang ulum Quran antara lain ialah;

(i) Abu Bakr Al-Baqillani (403H) kitabnya ilmu Ikjaz al-Quran
(ii) Al-Syarif Al-Murttadha (406H) kitabnya Ilmu Majaz al-Quran
(iii) Ali b Ibrahim Al-Khufi (430H) Ilmu Ikrab al-Quran
(iv) Abu Uthman Al-Dani (444H) Al-Qiraat Sabbah dan Al-Waqaf wal Ibtidak
(v) Abu Hasan Al-Mawardi (450H) Ilmu Jadal al-Quran
(vi) Al-Wahidi Al-Naisaburi (468H) kitabnya Ilmu Asbab al-Nuzul
(vii) Abd Kadir Al-Jurjani (471H) Al-Risalah Al-syafiiah Fil Ikjaz

6. Abad keenam Hijrah.
Abad ini juga banyak ulama yang aktif menulis ulum Quran
seperti;

(i) Al-Raghib Al-Asfihani (502H) ilmu al-Mufradat al- Quran
(ii) Ibnu Athiah (543H) Tafsir Ibnu Attiah
(iii) Abd Rahman Al-Suhaili (581H) Ilmu Mubhamah al- Quran
(iv) Al-Shatibi (590H) Nudhumul Qiraat Sabbah
(v) Abdul Fanaj Ibnu Jauzi (597H) Funun Afnan fi Ulum al Quran

7. Abad ketujuh Hijrah.
Abad ini juga banyak ulama yang aktif menulis ulum Quran seperti;

(i) Al-Akbari (616H) ilmu ikrabil Quran
(ii) Al-Sakhawi (641H) Ilmu Majzil Quran dan Jamalul Qurra
(iii) Ibnu Abd as-Salam (660H) ilmu Majaz al-Quran
(iv) Abu Syamah (665H) Al-Mursyid al-Wajiz Fi Ma Yatallaqu Bil-Quran al- Aziz

8. Abad kelapan Hijrah.
Abad ini merupakan abad kecemerlangan Ulum al Quran kerana timbulnya tokoh-
tokoh berikut;

(i) Najmudin Al-Tufi (716H) Ilmu Jidal al-Quran
(ii) Ahmad Ibnu Zubair (708H) Al-Burhan Fi Tartib al-Suwar al-Quran
(iii) Ibn Qayyim Al-Jauziah (751H) at-Tibyan Fi Aqsam al- Quran
(iv) Badruddin al-Zarkashi (794H) al-Burhan Fi Ulum al Quran







25
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
S, Mahmud Khalil Husori-
Qari dan penulis Kitab
Tajwid.
9. Abad kesembilan.
Ia juga merupakan zaman kegemilangan Ulum al Quran dengan adanya;

(i) Jamludin Al-Bulqini (824H) Mawaqiul Ulum min Mawaqi al-Nujum
yang mengandungi 50 cabang Ulum al-Quran
(ii) Muhammad b Sulaiman al-Kafiji (873H) Al-Taisir fi Qawaid
Tajwid

(iii) Burhanudin Al-BuqaI (885H) Nudhum al-Durar Fi Tanasub
al-Ayati Was Suwar.

10. Abad kesepuluh.
Pada zaman ini Ulum al Quran mengalami kemerosotan dan hanya seorang ulama
yang aktif mengarang iaitu Imam Jalaludin Al-Suyuti (911H) yang mengarang enam
kitab berikut;

(i) Tanasuq al-Durar Fi Tanasub al-Suwar
(ii) Al-Tahbir Fi Ulum al-Tafsir
(iii) Al-Itqan Fi Ulum al Quran dua juzuk dalam satu jilid
(iv) Al-Durar Mansur Fi Tafsir Bil Masur yang terdiri lapan jilid
(v) Lubab al-Nuqul Fi Asbab aal-Nuzul
(vi) Tabaqat al-Mufassirin.


Latihan 2.2

1. Namakan 5 buah Kitab Asbab al-Nuzul dan penulisnya.

2. Apakah maksud Tafsir bil Masur dan tafsir Bil Maqul.






2.4 TIMBULNYA ISTILAH ULUM AL QURAN YANG
MUDAWWAN ATAU SISTEMATIK

Mengenai bila lahirnya istilah Ulum al Quran yang Mudawwan atau yang telah sistematik,
ada beberapa pendapat para ulama di antaranya sebagai berikut:

1. Dr Shubhi Ash-Shalih dalam bukunya Mubahith Fi Ulum al-Quran mengatakan
istilah Ulum al Quran sudah ada mulai abad ke-III H sebab paling lambat pada abad
ke-III itu sudah ada kitab yang berjudul Al-Hawi Fi Ulum al-Quran yang ditulis Ibnu
Marzuban (wafat309 H. Yang jelas, dalam buku itu sudah menggunakan istilah Ulum
al--Quran sehingga sudah dengan pasti telah lahir pula istilah Ulum al- Quran
tersebut.




26
TOPIK 2
SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
2. Imam Marzuban meninggal tahun 309 H. Kitab tersebut telah beliau selesaikan
karangannya sebelum beliau meninggal dunia. Kerana itu, paling lambat akhir abad
ke-III H atau setidak-tidaknya awal abad ke-IV itu istilah Ulum al-Quran sudah
tersebar kerana sudah ada kitab yang berjudul Al-Hawi Fi Ulum al-Quran itu.

3. Syeikh Abdul Adhim Al-Zarqani dalam kitabnya Manaahil al-Irfan mengatakan
bahawa istilah Ulum al-Quran sudah wujud sejak abad ke-V H sebab pada abad ke-
V itu sudah ada kitab yang berjudul Al-Burhan Fi Ulum al-Quran yang terdiri daripada
30 juz. Oleh itu, sejak abad ke-V banyak orang yang sudah mendengar istilah Ulum
al-Quran.

4. Jumhur ulama dan para ahli sejarah Ulum al-Quran berpendirian, istilah Ulum al-
Quran yang Mudawwan itu ada pada abad ke-VII dengan ada kitab yang
menggunakan istilah Ulum al-Quran iaitu kitab Funun al Afnan Fi Ulum al-Quran dan
kitab Al-Mujtabat Fi Ulum al-Taallaq Bil Quran yang ditulis oleh Abul Faraj Ibnul
Jauzi (wafat597 H). Dengan demikian, sejak awal abad ke-VII H itulah istilah Ulum
al-Quran sudah tersebar luas kerana kitab-kitab tersebut sudah tersebar dan banyak
dibaca orang.

5. Prof Dr.T.M Hasbi Ash-Shidiqi dalam bukunya Syarah dan Pengantar Ilmu Tafsir
menerangkan bahawa menurut hasil penelitian sejarah, ternyata Imam Al-kafiji
(wafat 879 H) adalah orang yang pertama kali membukukan Ulumu al-Quran. Oleh
itu, Istilah Ulum al-Quran itu baru ada sejak abad ke-VII H sebab pada zaman itulah
baru ada buku Ulum al-Quran yang ditulis dan dibukukan, sehingga lahir istilah Ulum
al Quran selepas itu.

Jika pendapat para ulama itu dianalisis dengan saksama dan ditelaah dasar-dasar
penghujahannya, ternyata pendapat jumhur ulama atau pendapat yang ketiga adalah
penghujahan yang lebih kuat dan jelas. Sebab jangankan pendapat pertama yang
mendasarkan penghujahannya kepada adanya kitab Al-Hawi Fi Ulum al-Quran yang
muncul pada akhir abad ke-III atau awal abad ke-IV mankala pendapat kedua pun jelas
penghujahannya kurang kuat. Sebab, pendapat kedua itu penghujahannya berdasarkan
kepada adanya kitab Al-Burhan Fi Ulum al-Quran karya Ali b Ibrahim Al-Khufi (430H),
yang muncul pada abad V H. Padahal kalau diteliti secara saksama kitab itu sebenarnya
bukan kitab Ulum al Quran melainkan berupa kitab Tafsir Quran.

Dalam kitab tersebut memang telah dibicarakan tentang Ilmu Asbab al-Nuzul, Ilmu Irab al-
Quran, Ilmu Nasikh Mansukh, Ilmu Tafsir dan lain-lain. Tetapi sistem pembicaraannya
tidak dengan cara mengelompokkan sesuatu masalah dalam sesuatu bab tersendiri
melainkan dengan cara tersebar dan terulang-ulang kerana sesuai dengan keadaan kitab
al-Burhan itu sebagai kitab tafsir, maka di dalamnya dijelaskan tafsiran-tafsiran ayat-ayat
al-Quran. Hanya setiap ada lafaz ayat yang gharib, maka ditambah dengan penjelasan
Ilmu Gharib al-Quran. Dan kalau dalam menafsirkan ayat itu ada sebab nuzul, maka
diterangkan Ilmu Asbab al-Nuzul. Sama juga ada lafaz ayat yang majaz, maka ditambah
dengan keterangan Ilmu Majaz al-Quran, dan seterusnya. Dan keterangan ilmu-ilmu Al-
Quran itu diulang-ulang setiap kali ada lafaz-lafaz ayat yang berhubungan Ulum al-Quran
itu. Kerana itu, kitab tersebut sangat besar, sebanyak 30 juz. Kitab tersebut selain
menafsirkan ayat-ayat al-Quran, juga menerangkan cabang-cabang ilmu daripada Ulum
al-Quran dan diterangkan secara berulang-ulang.




27
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
Oleh itu, kalau persoalannya adalah bilakah lahirnya istilah Ulum al-Quran yang
Mudawwan. Maksudnya Ulum al-Quran yang sudah sistematik, ilmiah, dan integratif, maka
hal itu setepatnya baru ada pada abad ke-VII H sesuai dengan pendapat Jumhur ulama,
sepertimana penjelasan di atas. Sebab, istilah-istilah Ulum al-Quran yang terdapat pada
kitab-kitab pada abad ke-III dan ke-V H itu barulah Ulum al-Quran Idhafi yang masih
berdiri sendiri-sendiri, belum lagi sistematik, belum ilmiah atau belum Mudawwan.

Hal ini sesuai dengan pernyataan Imam Al-Suyuti dalam mukadimah kitabnya Al-Itqan
bahawa Ulum al Quran itu dimulai ditangannya dan disempurnakan juga di tangannya.
Dan penjelasan itu sesuai pula dengan penjelasan Abdul Adhim Al-Zarqani dalam Manahil
al-Irfan, bahawa sepeninggalan Imam Al-Suyuti, tidak ada orang yang mengikuti jejaknya
(dalam menulis dan membukukan Ulum al-Quran yang Mudawwan) sepertimana
sebelumnya juga belum pernah ada orang yang memperhatikan Ulum al- Quran sepenuh
hati seperti dia.

2.5 PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN PADA ZAMAN
MODEN

Sebagaimana penjelasan di atas, bahawa setelah wafatnya Imam Al-Suyuti tahun 911 H,
maka terhentilah gerakan penulisan Ulum al-Quran dan pertumbuhannya sampai abad ke-
XIV H. Sebab, pada zaman ke-XIV atau abad moden itu timbul kembali kegiatan penulisan
Ulum al Quran dan perkembangan kitab-kitabnya. Hal itu dikenalpasti dengan banyaknya
ulama yang mengarang Ulum al-Quran dan menulis kitab-kitabnya, baik tafsir mahupun
berbagai-bagai kitab Ulum al-Quran.

Di atara para ulama yang menulis Tafsir/Ulum al Quran pada abad moden ini adalah
seperti berikut:

1. Ad-Dahlawi: Al-Fauz al Kabir Fi Ushul al-Tafsir

2. Tohir Al-Jazairi: Al-Tibyan Fi Ulum al-Quran

3. Abu Daqiqah: Ulum al-Quran

4. M. Ali Salamah: Minhaj al-Furqan Fi Ulum al-Quran

5. Muhammad Bahits: Nuzul al-Quran Ala Sabati Ahrufin

6. Muhammad Hussein Al-Adawi: Nuzul al-Quran Ala Sabati Ahrufin

7. Mustafa Shadiq Al-Rafie: Ikjaz al-Furqan Wa Balaghah al- Nabawih

8. Thantawi al-Jauhari: Al-Quran Wal Ulumu Ashriyyah dan Al-Jawahir Fi Tafsir al-
Quran

9. Jamaludin al-Qasimi: al-Quran wa ulumu Ashriyyah

10. Abd Azhim Al-Zarkani: Manah al-Irfan Fi Ulum al-Quran

11. Sayyid Qutub: Al-Tafsir Fanni Fi Quran dan Fi Zilal al-Quran

12. Malik Ibnu Nafi Al-Zhahirah al-Quraniyyah



28
TOPIK 2
SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
13. Dr Abdullah Darraz: Al-Naba al-Azim an al-Quran al-Karim dan Zazarah al-Jadidah
Fi al-Quran

14. M. Mustafa al-Maraghi: Turjumat al-Quran Wa Ahkamuha

15. Dr Subhi Al-Saleh: Mabahith Fi Ulum al-Quran

16. Dr Muhammad Mubarak: Al-Manhaj al-Khalid

17. Prof Manna Al-Qattan: Mabahith Fi Ulum al-Quran

18. Prof Mohd Ali Al-Sabuni: Rawa al Bayan Tafsir Ayat al- Ahkam
Min al-Quran

19. Abd Razak Naufal: Al-Ijaz al-Adabi Li al-Quran al-Karim

20. M. Ibrahim Ismail: Al-Quran Wa Ijazuhu al-Ilmi.

Daripada penghasilan kitab-kitab oleh ulama-ulama tersebut nyata sekali ilmu al-Quran
mempunyai cabang-cabang ilmu yang sangat luas. Ia menggambarkan keunggulannya
sebagai kitab perakam wahyu suci yang kekal sampai hari qiamat. Cabang-cabang ilmu
tersebut sekurang-kurangnya setakat ini merangkumi perkara-perkara berikut;

1. Ilmu tafsir dan takwil

2. Ilmu irab atau analisa nahu al-Quran

3. Ilmu qiraat atau wajah-wajah dan kaedah-kaedah pembacaan al-
Quran

4. Ilmu nasikh dan mansukh

5. Ilmu sebab nuzul

6. Ilmu Makki dan Madani

7. Ilmu fadailil al-Quran

8. Ilmu nuzul al-Quran

9. Ilmu gharaib al-Quran

10. Ilmu amthal al-Quran

11. Ilmu majaz al-Quran

12. Ilmu muhkamat dan mutashabihat

13. Ilmu Jadal al-Quran

14. Ilmu Aqsam al-Quran.






Dr said Ramadhan al-Buti-
antara ilmua Islam yg menulis
bidang ulum al-Quran


29
TOPIK 2 SEJARAH PERTUMBUHAN ULUM AL QURAN DAN
PENULISAN KITAB-KITABNYA
OUM
Daripada topik-topik utama tersebut ramai lagi ulama-ulama sekarang cuba
lebih menghalusi dan mendalami topik-topik dalam penulisan ilmiah mereka.
Antara contohnya peranan wau ataf dalam surah Yasin, kajian uslub
Inshak dalam surah an-Nur, bahasa dhod antara ahli Qurra dengan ahli
bahasa Arab , angka tujuh di dalam al-Quran dan lain-lain lagi topik. Ia
terus membayangkan keistimewaan al-Quran dalam pelbagai sudut. Maha
besar Allah yang mengurniakan al-Quran.



Sebahagian daripada topik utama tersebut akan dihuraikan secara lebih khusus dalam
topik-topik berikutnya. Sila ikutinya dengan teliti.


UJIAN 1

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit

1. Senaraikan 5 kitab- kitab ulum Quran yang ditulis pada abad ketiga hijrah.

2. Abad keberapakah penulisan Ulum al-Quran terhenti tetapi ada seorang ulama
sahaja yang aktif menulisnya, nyatakan nama penulis tersebut dan 3 buah kitab yang
dihasilkannya.

UJIAN 2

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah mudawwan.

2. Selain daripada kitab tafsir, huraikan tiga cabang ilmu Ulum al Quran yang dihasilkan
dalam zaman mudawwan dan apakah faedah kajian tersebut kepada kita.

3. Dewasa ini terdapat juga laporan akhbar mengenai masyarakat yang membungkus
makanan menggunakan kertas yang bercetakan ayat-ayat al-Quran. Sebagai guru
pendidikan Islam yang peka apakah tindakan yang wajar dilakukan bagi
membenteras gejala itu di sekolah dan dalam masyarakat setempat anda.

Anda mungkin juga menyukai