Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

PERKARA
1.0

HALAMAN

PENGENALAN

2-3

2.0 KONSEP SEDEKAH

3-5

3.0

DEFINISI SEDEKAH

5-6

4.0 DALILI-DALIL PENSYARIATAN SEDEKAH SECARA


SUKARELA
5.0 SYARAT-SYARAT SEDEKAH
6.0 JENIS-JENIS SEDEKAH

7-9
9-10
10-15

7.0 GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA PEMBERIAN

15-17

SEDEKAH
8.0 KELEBIHAN BERSEDEKAH

1.0
Islam

17-20

KESIMPULAN

21

PENUTUP

22

PENGENALAN
adalah merupakan agama yang

sentiasa mengutamakan kesejahteraan

ummatnya. Ini jelas daripada perkataan Islam itu sendiri yang membawa maksud
selamat sejahtera. Bagi menjamin umat Islam hidup sejahtera di dunia dan di akhirat,
1

lima perkara asasi yang disebut sebagai al-daruriyyat al-khamsah yang menjadi
intipati utama maqasid al-Syari`ah perlu dipelihara dan diberi perhatian serius. Lima
perkara tersebut ialah agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Kegagalan memelihara
lima perkara asasi ini akan membawa kehancuran kepada ummah baik di dunia
maupun di akhirat. Antara bentuk pemeliharaan al-daruriyyat al-khamsah yang telah
ditetapkan Allah ialah melalui agihan kekayaan sama ada dalam bentuk yang
diwajibkan seperti zakat atau dalam bentuk yang dilakukan secara sukarela seperti
sedekah, wasiat dan wakaf. Apa yang ditetapkan oleh Allah ini tidak bukan
melainkan untuk menjamin keadilan sosial dan kesejahteraan ummah.

Agihan kekayan secara sukarela ini iaitu amalan bersedekah adalah di antara
amalan sunat yang sangat dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira
status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orangorang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya,
menurut kadar kemampuan masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang ada di
bawah (http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan -sedekah).

Bukan itu sahaja, kita juga disarankan agar tidak mengungkit segala
pemberian kerana perbuatan mengungkit dan riak ini akan membatalkan sedekah
(Mohammad Nidzam. 2006 : 172). Kekayaan juga tidak membawa erti tanpa ada
keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan
seolah-olah banyak serta mencukupi. Ajaran Islam sangat menggalakkan umatnya
membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w
jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak
manfaatnya. Sedekah pula tidak semestinya wajib dengan duit atau wang sahaja,
memberi makan kepada orang yang berpuasa atau lapar, menyedekahkan baju-baju
terpakai, menolong kawan yang berada di dalam kesusahan juga boleh dikategorikan
dalam amalan sedekah seperti pekerja yang memotong rumput atau meengutip
sampah dengan lori sampah biasanya kehausan. Besar pahalanya kalau kita dapat
menyediakan segelas atau sebotol air kosong untuk mereka khususnya jika cuaca
panas. Itu juga dikira sebagai sedekah dan besar ganjarannya di akhirat kelak. Oleh
2

demikian dalam tugasan ini saya akan membincangkan lebih terperinci tentang
amalan bersedekah dalam Islam. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti
berikut :

KDS Y OEA A F L R I L I JGK E OE N L L I E O


N
G
NID N SA I SL I L
ASYB - TAI H - N A G
EIP EP N
SJBN E Y E N AR I RSH Y A A K
SA E TN D
SMB E E R N S E R I
DES EK E D
SPE ED DM E E B K E A R
KASK E AHA C H A
ESK EK A D A H E KR AA
HS U K A
R E
H

2.0

I A

H
I A
N
H
L A

KONSEP SEDEKAH

Amalan bersedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang
kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada dalam amalam bersedekah ini
adalah keikhlasan seseorang itu. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang
pembalasan apabila bersedekah. Namun sedekah yang dirahsiakan lebih baik.
Sesungguhnya sedekah dapat menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan
api.( Syahrin Jasah. 2008: 28)
Selain itu juga, sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan
pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Contohnya, kita membeli kipas
angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum
3

di premis tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firmanNya:



{271}
Bermaksud: Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau
pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin,
maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu
sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
lakukan. (al-Baqarah: 271)

Selain itu dalam surah Al-Munafiqun juga Allah telah menegaskan dalam ayat
10




Bermaksud . Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki
yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal
kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata:
Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke
suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku
menjadi orang yang soleh. (al-Munafiquun: 10)

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh
meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Sedekah
itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api (Hadis Riwayat At
Tirmidzi). Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana
Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja. Agar amalan
bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan
bersedekah menepati erti sedekah.

3.0

DEFINISI SEDEKAH

Sedekah adalah satu bentuk tabarru. Tabarru adalah merupakan akad pemberian
sesuatu kepada pihak lain tanpa balasan. Sekiranya pemberian itu diberi kepada pihak
yang memerlukan, maka ia adalah sedekah. Sekiranya ia diberikan kepada pihak yang
lain sebagai penghormatan dan menzahirkan kasih saying, maka ia adalah hadiah.
Istilah yang lebih umum bagi pemberian harta ialah hibah. Sedekah juga boleh
dilakukan dalam bentuk yang kekal seperti waqaf atau dalam bentuk hasil binatang
dan pokok seperti manihah. Sedekah juga boleh dijadikan wasiat dan hanya berkuat
kuasa selepas kewafatan pewasiat. Pada zaman ini, sedekah juga meliputi darah dan
organ-organ penting seseorang yang dikenali sebagai derma darah dan organ.

Selain itu, sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu asSadakah yang bermaksud benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun
keyakinan kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada
pembuktian.Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran
iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t.
kurniakan. Sedekah yang berasal daripada bahasa Arab , iaitu sadaqah ini turut
diguna pakai dalam bahasa Malaysia.

Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan


sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang
balasan.Sedekah juga adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang
kita sayang atau tidak.Sesetengah pendapat mengatakan sedekah lebih menjurus
kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan daripada baginda s.a.w. bahawa barangsiapa
yang bersedekah walaupun hanya sekecil sebiji buah kurma, tetapi dengan syarat
harta yang disedekahkan itu benar-benar suci, maka Allah mula memelihara sedekah
tersebut sepertimana kita memelihara anak-anak sehinggalah sedekah tersebut dapat
dihimpunkan dan menjadi sebesar sebuah gunung (Maulana Muhammad Zakariya.
1999:17).
5

Pengertian sedekah juga ada disebutkan di dalam kitab I'aannatul Taalibin


juzuk yang ketiga pada halaman 171 seperti berikut: ``Sedekah bererti sesuatu yang
diberikan oleh seseorang kepada seseorang lain yang memerlukannya dengan tidak
mengharapkan balasan pahala atau mengharapkan balasan pahala di akhirat
sekiranya pemberian itu kepada orang kaya.''

Di sebut juga di dalam kitab berkenaan pada halaman yang sama bahawa
sedekah ini tidak disyarat lafaz ijab dan qabul (Nora Murat. 2010:18). Al-Jurjani
berkata, Sedekah adalah pemberian yang diharapkan dengannya pahala dari Allah.
Raghib Al-Ashfahani mendefinisikan sedekah sebagai, sesuatu yang manusia
keluarkan dari hartanya dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah seperti zakat.
Namun begitu, sedekah secara asal dipakai untuk yang sunnah sedangkan zakat untuk
yang wajib.

Istilah lain untuk kata sedekah adalah infak. Dari segi istilah, infak lebih
bersifat umum. Infak biasa dipakai untuk yang bersifat wajib, iaitu zakat atau yang
bersifat sunnah, iaitu sedekah. Sedekah atau infak dalam istilah khusus adalah
pemberian berupa harta dengan hanya untuk mencari redha Allah. Walaupun secara
umum, maksud sedekah itu lebih luas, iaitu segala bentuk kebaikan, baik dilakukan
dengan harta atau tidak, baik kemanfaatannya kembali kepada orang lain atau kepada
diri sendiri. Setiap yang makruf itu adalah sedekah. (Hadis Riwayat Muslim)

4.0 DALILI-DALIL PENSYARIATAN SEDEKAH SECARA SUKARELA


Pensyariatan sedekah didasarkan kepada nas Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak.

4.1

Nas-nas al-Quran

Terdapat begitu banyak ayat-ayat al-Quran yang menganjurkan amalan bersedekah


dilakukan. Sebahagiannya adalah seperti Allah SWT berfriman:






Bermaksud: "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah
sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya
dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit
dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan. (Surah al-Baqarah, ayat 245)

Allah SWT berfirman:














Bermaksud : Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari
Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman
kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan
yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat
balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat
besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Muzzammil, ayat 20)

Allah SWT berfirman:




Bermaksud : [12] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal
Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? [13] (Di antara amal-amal itu bagi orang
7

yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi; [14] Ataumemberi makan pada hari
kelaparan - [15] Kepada anak yatim dari kaum kerabat, [16] Atau kepada orang
miskin yang terlantar di atas tanah. (Surah al-Balad, ayat 12-16)

4.2

Nas-nas al-Hadith

Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang menjelaskan dalil pensyariatan


sedekah, di antaranya adalah sabda Rasulullah S.A.W.:
a) Hadith Pertama Abu Hurayrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang bersedekah dengan seberat tamar daripada hasil usaha yang
baik, dan Allah S.W.T tidak menerima melainkan sesuatu yang baik, dan
sesungguhnya Allah SWT akan

menerimanya dengan kekuasaanNya.

Kemudian Dia mengembangkannya bagi pemiliknya sepertimana salah


seorang daripada kamu memelihara anak kudanya sehinggalah ia menjadi
seumpama bukit. (Hadith riwayat al-Bukhari)

Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu


dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia
dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan
dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah. Allah menyuruh kita agar menginfakkan
harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada
menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan agar
makan, minum, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini adalah
datang daripada sumber yang halal. Sebenarnya bersedekah adalah antara amalan
sunat yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya
ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada
pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.

b) Hadith Kedua : Uqbah Ibn Amir RA meriwayatkan bahawa beliau mendengar


Rasulullah SAW bersabda: "Setiap individu berada di bawah perlindungan
sedekahnya sehinggalah dia dibicarakan di kalangan manusia" atau Baginda
8

bersabda:"Dihakimi di kalangan manusia." Ahmad Ibn Khuzaymah; Ibn


Hibban; al-Hakim dan lain-lain.
c) Hadith Ketiga : Kab Ibn Ujrah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda kepada beliau (petikan daripada sebuah hadith yang lebih panjang):
"Wahai Kab Ibn Ujrah! Solat itu adalah hujah / bukti, dan puasa itu adalah
benteng / perisai yang memelihara, dan sedekah itu memadamkan kesalahan
sepertimana air memadamkan api." al-Tirmidhi.
d) Hadith Keempat : Anas Ibn Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya sedekah itu pasti memadamkan kemurkaan Tuhan
dan melindungi daripada kematian yang buruk." al-Tirmidhi; Ibn Hibban; alBayhaqi Shuab al-Iman dan lain-lain.

4.3

Al-Ijma

Para fuqaha telah bersepakat berkenaan penshariatan sedekah secara sukarela sebagai
satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

5.0 SYARAT-SYARAT SEDEKAH


Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan
bersedekah.
a) Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk
dipakai. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah
melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah
ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.
b) Bersedekah dengan benda yang halal.
c) Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada
benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.
d) Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut,
membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan
ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.
e) Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang
memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.
9

f) Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita

6.0 JENIS-JENIS SEDEKAH


6.1 Sedekah Wajib
Harta benda merupakan antara perkara yang boleh dijadikan bahan untuk bersedekah.
Sedekah harta benda boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sedekah wajib dan
sedekah sunat. Sedekah wajib ini juga dikenali sebagai zakat. Zakat terbahagi kepada
dua bahagian iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

Zakat menurut bahasa bererti berkat, subur, bersih dan banyak. Menurut istilah
pula zakat dirujuk kepada nama bagi perkara yang dikeluarkan daripada harta benda
atau diri (badan) dengan cara yang khusus. Ada ulama yang mentakrifkan zakat
sebagai nama bagi pengambilan sesuatu yang khusus daripada harta benda yang
khusus dengan cara yang khusus untuk kumpulan yang khusus. Zakat merupakan satu
fardu yang dikenakan ke atas umat Islam.

Zakat merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul oleh golongan yang
kaya dan yang berpendapatan tinggi, untuk meringankan beban yang dipikul oleh
golongan yang tidak berharta dan berpendapatan rendah dalam menjalani kehidupan
seharian. Zakat juga merupakan salah satu rukun Islam yang lima seperti yang
dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya yang bermaksud : Daripada Ibn
Umar r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda : Islam dibina atas lima perkara iaitu
syahadah sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan sesungguhnya
Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan
Haji , dan berpuasa di bulan Ramadhan.(Ariffin Omar, 2006 : 32-33).

6.1.1

Zakat Harta
10

Terdapat sebanyak tujuh jenis harta berdasarkan hadis yang diriwayatkan berhubung
harta benda yang dikenakan zakat tidak termasuk perusahaan iaitu :
a) Haiwan ternakan
Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat ialah unta, lembu, dan kambing. Umat Islam
kini perlu melihat dan memikirkan tentang pelbagai haiwan yang dahulunya tidak
diternak secara besar-besaran, tetapi sekarang haiwan tersebut diternak secara
komersial yang mendatangkan keuntungan lumayan dan menjadi sumber ekonomi
yang penting kepada masyarakat. Contohnya ayam daging, telur ayam, rusa, dan
burung kasawari. Malah ternakan dalam air seperti ikan, udang, kerang dan lain-lain
menjadi sumber ekonomi yang lumayan kepada penternak.

Oleh yang demikian sebarang ternakan yang menjadi mata pencarian kepada
masyarakat pada masa kini dan masa-masa akan datang perlulah dikiaskan dengan
haiwan ternakan yang pernah menjadi mata pencarian dan sumber ekonomi kepada
masyarakat pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini dilakukan supaya masyarakat
penternak yang menceburkan diri dalam bidang ternakan sentiasa berkembang dari
semasa ke semasa juga berpeluang menunaikan ibadat zakat ini. (Ariffin Omar, 2006 :
34).
b) Barang Kemas
Daripada hadis yang diambil dari kitab al-Bukhari maksudnya Rasulullah SAW
bersabda : Tidak dikenakan sedekah pada unta yang kurang daripada lima ekor. Tidak
dikenakan sedekah pada perak yang kurang daripada lima awaq (dua ratus dirham)
dan tidak dikenakan sedekah pada buahan atau bijian yang kurang daripada lima
ausuq (tiga ratus gantang). Menurut al-Daraqutni dalam kitab hadisnya, daripada Amr
ibn Syuaib daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah SAW bersabda :
Dan tidak dikenakan zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh timbangan
berat. Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, barang kemas yang diwajibkan zakat
hanya perak dan emas.

c) Biji-bijian
11

Wajib zakat ke atas bijian seperti gandum. Manakala bijian lain atau bahan makanan
yang berasaskan perhumaan perlulah dikiaskan dengan gandum kerana semua bahan
makanan itu menjadi rezeki kepada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini.
(Ariffin Omar, 2006 :37).

d) Buah-buahan
Buah-buahan yang diwajibkan zakat hanyalah tamar dan zabib. Buah yang lain yang
ada dalam negara kita dan negara lain seperti durian, rambutan, pisang, manggis,
kelapa, kelapa sawit, dan lain-lain yang menjadi sumber kewangan dan rezeki kepada
penduduk yang memiliki iklim tertentu maka perlulah dikiaskan dengan tamar dan
zabib, supaya umat Islam yang hidup dalam pelbagai iklim ini berpeluang berbuat
ibadat zakat ini.

e) Barang perniagaan.
Pendapatan yang dihasilkan menerusi perniagaan diwajibkan zakat. Contohnya
perniagaan kain. Maka perniagaan lain seperti bidang makanan, perumahan,
kenderaan, perubatan, dan lain-lain bahan di mana bahan-bahan itu menjadi
keperluan, sumber rezeki dan kekayaan masyarakat kini, hendaklah dikiaskan dengan
perniagaan kain.

f) Harta simpanan dan galian.


Harta simpanan dan galian ini perlu juga diperluaskan kepada semua barang yang
tertanam di dalam bumi dan di dasar laut yang mempunyai nilai harga tersendiri, dan
semua bahan galian yang menjadi sumber rezeki serta pendapatan kepada manusia,
sama ada galian yang berbentuk cecair, gas, mahupun bijih, bukan hanya perak dan
emas. (Ariffin Omar, 2006 : 38-44).

12

6.1.2

Zakat Fitrah

Ia disebut dengan zakat fitr dan sedekah fitr kerana kewajipannya disebabkan
kehadiran Hari Raya Puasa pada satu Syawal, dan ia juga disebut sebagai zakat fitrah.
Zakat fitrah diwajibkan ke atas manusia untuk membersihkan diri dan menyuburkan
amalannya. Zakat fitrah difardukan dengan dua matlamat seperti berikut :
a) Membersihkan kecacatan puasa yang disebabkan perbuatan dan sebagainya
yang tidak baik yang dilakukan oleh orang yang berpuasa.
b) Menjadi sumber rezeki kepada golongan fakir dan miskin.

Pada dasarnya, zakat harta dan zakat fitrah difardukan ke atas umat Islam atas
tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh orang fakir, miskin dan
sebagainya. Orang yang mampu memberi bantuan kewangan kepada orang lain ialah
orang yang kaya. Oleh itu wajarlah kedua-dua jenis zakat itu difardukan ke atas orang
yang kaya sahaja, tidak ke atas orang miskin dan fakir. Kadar zakat fitrah pula boleh
ditunaikan dengan segantang makanan yang mengenyangkan masyarakat setempat
atau dengan mata wang yang sama nilai dengan segantang makanan tersebut. Zakat
fitrah boleh ditunaikan sebelum menjelang raya sehinggalah kepada awal pagi Syawal
sebelum solat sunat hari raya. (Ariffin Omar, 2006 : 58).

6.2

Sedekah Sunat
a) Hibah

Perkataan hibah dari segi bahasa diertikan sebagai pemberian atau kurniaan.
Perkataan hibah dari segi istilah ialah memberi milik tanpa sebarang gantian. Hibah
merupakan salah satu cara untuk memberi dan mengurniakan harta benda kepada
seseorang. Sesiapa sahaja harus menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang
dikehendaki. Bapa juga boleh menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya dengan
saksama. Cara ini agak terbaik bagi seseorang bapa untuk melihat dan melatih anakanaknya menyelenggarakan harta yang diberikan kepadanya.

13

b) Hadiah
Hadiah dari segi istilah bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih sayang dengan
maksud memberi penghormatan kepada orang yang menerima hadiah. Ia juga
ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil tanpa syarat pertolongan. Memberi hadiah
merupakan amalan yang digalakkan.

c) Wasiat
Perkataan wasiat diertikan sebagai sambungan atau hubungan, dari segi istilah wasiat
bermaksud membuat perjanjian dan perjanjian itu terlaksana sesudah meninggal
dunia.

d) Wakaf
Perkataan wakaf dari segi istilah ialah pencegahan daripada menjual asal (harta)
dengan cara khusus dan disedekahkan faedah dan hasilnya. (Ariffin Omar, 2006 : 94110)

e) Ibra al-Dain ( Pelepasan Hutang)


Pelepasan hutang sangat digalakkan, terdapat firman Allah dalam surah al-Baqarah
ayat 279-280 yang menggalakkan supaya pemiutang menyedekahkan hutangnya
kepada orang yang berhutang. Perbuatan menyedekahkan hutang adalah perbuatan
yang baik kerana pihak pemiutang telah membantu [ihak yang berhutang yang berada
dalam keadaan yang sempit dan kurang kemampuan untuk membayar hutang. (Ariffin
Omar, 2006 :116-117).

f) Pengguguran Hak
14

Apa yang dimaksudkan dengan hak dalam perbahasan ini ialah suatu ganjaran atau
balasan yang perlu diterima oleh seseorang sama ada ia berbentuk harta benda seperti
diat atau bukan harta benda seperti qisas iaitu melakukan kecederaan yang sama
dengan kecederaan yang dialaminya ke atas pesalah. Pengguguran terhadap hak hak
ini adalah menjadi sedekah. (Ariffin Omar, 2006 : 120-121)

7.0 GOLONGAN

YANG

BERHAK

MENERIMA

PEMBERIAN

SEDEKAH

Allah S.W.T telah menyebutkan lapan golongan dalam al-Qur'an yang berhak
menerima sedekah (yakni zakat yang menjadi hak orang-orang yang tersebut dalam
al-Qur'an) melalui firman-Nya:










Bermaksud : "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir,
orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya,
untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan
untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang
diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "[Qs. AtTaubah: 60]
a) Orang-orang fakir (fuqara '), iaitu orang-orang yang mempunyai kurang
daripada satu nasab, atau mempunyai satu nasab yang bercampur dengan
hutang.
b) Orang-orang miskin (masakin), iaitu orang-orang yang tidak mempunyai suatu
apa pun dan tidak mampu bekerja untuk mendapatkan harta yang dapat
mencukupi keperluan mereka.

15

c) Para pengurus zakat (al-amilun alaiha), iaitu orang-orang yang bertugas untuk
mengumpulkan zakat. Mereka ini, walaupun kaya, diberi harta zakat sebagai
upah atas pekerjaan mereka.
d) Para mu'allaf yang mendapat hidayah (al-mu'allafatu qulubuhum). iaitu orangorang yang baru masuk Islam, mereka diberi zakat untuk menguatkan hati
mereka.
e) Untuk memerdekakan budak (fi ar-riqab), iaitu hamba sahaya yang tidak
punya jalan untuk memerdekakan diri mereka atau tawanan perang.
f) Orang-orang yang berhutang (al-gharimun), yaitu orang-orang yang
mempunyai hutang yang tidak sanggup mereka lunasi. Tapi mereka bukan
berhutang untuk berlebih-lebihan dan berfoya-foya.
g) Untuk jalan Allah (fi sabilillah), iaitu pihak yang bersifat umum yang
ditentukan oleh negara. Di antaranya untuk menyiapkan para mujahid,
merawat orang-orang yang sakit, dan melatih orang-orang yang tidak mampu.
h) Orang yang sedang dalam perjalanan (ibnu sabil), yaitu orang yang berada di
suatu tempat tanpa mempunyai tempat tinggal dan makanan. Ia mempunyai
harta di tanah airnya, namun ia kehabisan bekalnya. Masyarakat berkewajiban
memeliharanya, mencari tahu tentang ihwalnya, dan memberi bantuan
kepadanya.

Demikianlah lapan golongan yang berhak menerima sedekah berdasarkan


firman Allah S.W.T dalam al-Qur'an surat At-Taubah ayat 60. Hal yang penting untuk
ditekankan adalah, bahawa setiap amalan haruslah dilandasi dengan niat yang tulus
dan ikhlas. Ini kerana hal itulah yang menentukan amalan kita diterima atau tidak di
sisi Allah

Rasulullah s.aw bersabda:

t :











)) :









..

16












((




Bermaksud : Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khatab dia berkata:
"Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung niatnya, dan sesungguhnya
seseorang akan mendapatkan apa yang ia niatkan, jika ia berniat hijrah kerana Allah
dan Rasul-Nya maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul- nya, dan siapa yang hijrah
kerana dunia (harta, dan lain-lain ...) atau karena wanita yang akan dinikahinya
maka hijrahnya untuk apa yang ia niatkan "Muttafaq 'alaih. [HR. Bukhari No: 54 dan
Muslim No: 1907]

8.0

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Kelebihan sedekah sangat banyak. Ayat dan hadis yang menerangkan tentang
keutamaannya hampir tidak terhitung jumlahnya. Diantaranya ialah:
a) Pahala akan berlipat ganda
Firman Allah S.W.T :







Bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan rasul-Nya)
baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang
baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi
mereka pahala yang banyak. (Al-Hadid: 18)
Rasulullah (s.a.w.) bersabda, Barangsiapa bersedekah dengan sesuatu
sebesar satu buah kurma dari usahanya yang baik, dan Allah tidak menerima
kecuali yang baik-baik sahaja maka Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya,kemudian Allah akan melipatgandakan sedekahnya itu bagi pemberinya, seperti
seseorang diantara kalian yang melipatgandakan kuda peliharaannya, hingga
sebesar gunung. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

17

b) Menghapus dosa
Firman Allah S.W.T



Bermaksud : Kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah
melipat-gandakan balasannya untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha
Mensyukuri lagi Maha Penyantun. (At-Taghabun: 17).

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, Sesungguhnya

sedekah akan memadamkan

kemurkaan Allah dan mencegah kematian yang buruk. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

c) Mendapat naungan Allah


Dari Abu Hurairah ra.:
Nabi (s.a.w.), beliau bersabda, Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah
di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya,
yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu
beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada mesjid (selalu melakukan
salat jamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah,
keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seorang yang diajak perempuan
berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada
Allah, seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai
tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang
berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua
matanya. (Hadis riwayat Bukhari Muslim). (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad
Zakariyya, 1998: m/s 19)

d) Menyelamatkan diri dari seksa api neraka

18

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, Bertakwalah kalian walaupun hanya dengan sepotong


kurma! (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah (s.a.w.) pernah berkhutbah, Wahai para wanita! Bersedekahlah


kalian walaupun dengan perhiasan kalian,kerana sesungguhnya aku melihat kalian
dadalah penghuni neraka yang paling banyak. (Hadis Riwayat Bukhari).

e) Mendapat ganti

Firman Allah S.W.T :










Bermaksud: Katakanlah, Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa
yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa
yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah
akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki sebaik-baiknya. (Saba: 39)
Maksudnya, kesempitan dan kelapangan (kemiskinan dan kekayaan) adalah
berasal dari Allah. Jika kita berhenti dari bersedekah, maka itu tidak akan menjadikan
kita kaya, dan jika kita menambah sedekah kita, maka hal itu tidak akan membuat kita
miskin. Bahkan segala sesuatu yang diinfakkan di jalan Allah, balasannya akan kita
peroleh nanti di akhirat. Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah
harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan
dengan yang lebih baik. (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998:
m/s 36)

Malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Hakim dan Tirmidzi ra.


meriwayatkan suatu kisah yang panjang dari Jubair ra. Allamah Suyuti ra. telah
menjelaskan kisah ini dengan lebih terperinci dalam kitabnya Durrul Mantsur. Abu
19

Hurairah ra. menceritakan sabda Nabi (s.a.w.), Pada setiap pagi ada dua malaikat
yang turun kepada hamba-hamba Allah, salah satunya berdoa, Ya Allah,berikanlah
balasan kepada orang yang menginfakkan hartanya. Dan yang satunya lagi juga
berdoa, Ya Allah, timpakanlah kehancuran kepada orang yang menyimpan
hartanya. (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 37)

f) Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.


Firman Allah S.W.T bermaksud : Ambil sedekah daripada harta mereka untuk
membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa
engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha
mengetahui. (At Taubah-103).

Ayat di atas menjawab dua soalan utama, iaitu apa yang harus disedekahkan
dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan
menyucikan

(jiwa)

dan

disedekahkan

daripada

harta

atau

benda

yang

dimiliki.Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak


mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.
Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan,
perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang
disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah.

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh
meringankan beban orang lain.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya bahawa kita sebagai manusia perlulah sentiasa mengamalkan
amalan sedekah dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana Allah juga menyuruh
hamba-hamba Nya untuk bersedekah. Selain itu, bersedekah itu boleh dilakukan oleh
semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan
dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah,
20

pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim


sesama muslim. Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba
dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba. Bagaimanapun, dalam bersedekah
atau apa juga yang kita lakukan, ia perlu dibuat secara sederhana. Jangan terlalu
ghairah bersedekah jika ia hanya bertujuan untuk menyerlahkan kemewahan yang
dimiliki, atau sekadar inginkan publisiti murahan di media massa. Sedekah dan derma
seperti itu tidak akan membawa erti dan tidak memperolehi sebesar-besar ganjaran
dijanjikan. Walaupun amalan yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Allah
yang dilakukan di hadapan orang ramai bukanlah perbuatan riak tetapi, setiap amalan
khususnya bersedekah sebaik-baiknya dilakukan secara tersembunyi supaya tidak
akan wujud kemungkinan perasaan riak dan mereka yang menerima sedekah tersebut
juga akan terselamat daripada hinaan orang lain dan kesusahan

Di samping itu, mereka yang bersedekah ini, Allah s.w.t.

menjanjikan

kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini
juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang
wujud di dalam diri.Hal ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang
sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah)
separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. (Riwayat Muslim). Dalam sebuah
hadis yang lain daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu,
sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam. Sesungguhnya
konsep bersedekah adalah suatu motivasi yang cukup kuat kepada seseorang untuk
menjadikan diri mereka lebih sempurna dan menjadi muslim sejati yang mempunyai
keperibadian unggul serta menjadi contoh ikutan umat yang lainnya .Justeru, menjadi
tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dan hamba Allah untuk membantu
mereka yang memerlukan dengan bersedekah.

RUJUKAN

Al-Quran

21

Ariffin Omar . 2006. Sedekah : Jaminan Keharmonian Umat Menurut Sunat. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. 1999. Fadhilat Sedekah. Johor Bahru:


Perniagaan Jahabersa.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat.
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.bhd .

Syaikhul Hadits Maulana. Muhammad Zakariyya rah. a. 1419H/1998. Fadhilah


Sedekah. Terj. A. Abdurrahman Ahmad. Cirebon: Penerbit Pustaka Nabawi.

Syahrin Jasah. 2008. 40 Amal Penghapus Dosa. Kuala Lumpur: Al-Hidayah


Publishers.

22

Anda mungkin juga menyukai