Anda di halaman 1dari 23

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah

yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini, saya
telah berkuliah dengan ustazah Siti Fatimah binti Ahmad dalam GM MEDAN ILMU
PPISMP pada jam 8 pagi hingga 10 pagi. Alhamdulillah, terdapat banyak pengisian
menarik yang saya peroleh pada hari ini. Sebelum kuliah dimulakan, saya telah
mendapat nasihat baharu dari pensyarah supaya terus meningkatkan ketakwaan dan
keimanan kepada Allah SWT pada setiap masa kerana kita tidak tahu bila maut
menjemput kita. Pada kuliah pagi tadi, kami telah diajar dan dibimbing oleh pensyarah
cara untuk membuat tugasan PowerPoint dengan lengkap, sistematik dan teratur.
Dengan adanya bimbingan tersebut, kami dapat belajar supaya selepas ini melakukan
slaid pembentangan dengan lebih kemas dan menepati kriteria yang dikehendaki oleh
pensyarah tidak mengira slaid pembentangan bagi kursus apa. Saya percaya bahawa
tujuan pensyarah(Ustazah Siti Fatimah Ahmad) melakukan sedemikian adalah untuk
menjaga dan mengekalkan kualiti tugasan serta memupuk diri saya untuk melakukan
tugasan dengan lebih berkualiti sama seperti tugasan yang dilakukan oleh pelajar di
Universiti. Selain itu, tajuk yang saya pelajari pada hari ini adalah Huruf-huruf Kelompok
Jawi. Melalui tajuk yang saya pelajari pada pagi tadi, saya dapat meningkatkan semula
pengetahuan saya berkenaan huruf-huruf Jawi. Saya dapat meningat kembali bilangan
huruf-huruf Jawi dan huruf-huruf Hijaiyah. Pendekatan yang pensyarah gunakan
semasa sesi kuliah tadi adalah meminta kami untuk menyanyikan lagu huruf-huruf
Hijaiyah bersama-sama. Oleh itu, saya dapat menjana idea baharu bagaimana saya
jalankan proses PdP berkenaan topik huruf Hijaiyah ketika di peringkat sekolah nanti.

Saya berharap segala nasihat dan ilmu yang ustazah curahkan kepada kami menjadi
suatu yang bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini, saya
telah berkuliah dengan ustazah Siti Fatimah binti Ahmad dalam GM MEDAN ILMU
PPISMP pada jam 8 pagi hingga 10 pagi. Alhamdulillah dengan izin Allah pada hari ini
saya telah memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat sepanjang kuliah
tersebut diadakan. Sebelum pembelajaran dimulakan, beberapa kumpulan
pembentangan telah membentangkan hasil tugasan mereka mengenai tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan sejarah perkembangan tulisan Jawi di negara kita. Kumpulan 4
membentangkan sejarah sistem ejaan Jawi Zaaba dan kumpulan 5 membentangkan
sejarah sistem ejaan Jawi yang disempurnakan (PEYJD). Seterusnya, kami diminta
oleh ustazah Siti Fatimah Ahmad untuk mencari maklumat berkenaan tajuk yang kami
pelajari pada hari ini iaitu pengenalan kepada seni khat. Beliau menyarankan kami
mencari maklumat berkenaan cara menulis seni khat dan jenis-jenis Khat utama di
aplikasi Youtube dan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Terdapat banyak ilmu baharu yang saya perolehi pada hari ini, melalui pembentangan
dua kumpulan tersebut, saya dapat mengetahui akan sejarah-sejarah perkembangan
tulisan Jawi yang telah mengalami banyak revolusi bagi memudahkan generasi pada
zaman sekarang mempelajarinya. Selain itu, melalui maklumat yang saya perolehi
ketika mencari maklumat mengenai seni khat itu, saya dapat mengetahui bagaimana
menulis tulisan khat dengan mudah dan hal ini secara tidak langsung dapat memupuk
kembali minat saya dalam menulis seni Khat ini.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu Khairan ya ustazah .
☺️☺️
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini, saya
telah selesai menyiapkan tugasan yang diberikan oleh ustazah Siti Fatimah Ahmad.
Kami diminta oleh ustazah Siti Fatimah untuk mencari dan mengkaji maklumat yang
berkaitan dengan tajuk Aliran Seni Khat Jawi dalam internet dan buku ilmiah. Kemudian
kami perlu menghuraikan dan memberikan kesimpulan secara khusus terhadap apa
yang kami fahami itu ke dalam tapak jawapan dalam Google Classroom yang
disediakan oleh pensyarah dalam masa dua jam.

Hasil daripada tugasan tersebut mendapati bahawa saya mendapat ilmu pengetahuan
baharu mengenai sejarah aliran seni khat Jawi yang diasaskan oleh pelbagai ulama’
pada zaman dahulu. Aliran tersebut telah bermula sejak sebelum zaman jahiliah.
Kemudian, berlaku beberapa revolusi dalam aliran seni khat Jawi zaman-berzaman.
Menurut pemahaman saya mengenai apa yang telah saya baca sebentar tadi, tujuan
utama para ulama Salaf dan Khalaf pada zaman dahulu sentiasa memperbaharui dan
memperindahkan serta memurnikan seni khat ini adalah bagi memudahkan kita semua
mempelajari seni khat tersebut disamping menghiasi agama Islam dengan keindahan
seni Khat ini. Oleh itu, saya dapat mempelajari pengalaman baharu supaya sentiasa
mengekalkan keindahan seni yang ada dalam agama kita dengan apa jua cara selama-
lamanya.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu Khairan ya ustazah .
☺️☺️
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini, saya
telah berkuliah secara dalam talian bersama ustazah Siti Fatimah Ahmad dalam aplikasi
Google Meet. Segala puji bagi Allah pada hari ini saya telah mendapat pelbagai
maklumat dan informasi serta pengetahuan baharu mengenai ujian kehidupan.
Sebelum kuliah dimulakan, pensyarah telah menguji kami dengan beberapa ayat
bahasa Arab. Beliau memberikan makna dalam bahasa Melayu dan meminta kami
untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Arab. Alhamdulillah secara tidak langsung
usaha yang dilakukan oleh pensyarah telah membantu saya untuk mengingat kembali
segala mufradat dalam bahasa Arab. Dalam pada itu, ustazah Fatimah juga telah
menasihatkan saya dan rakan-rakan untuk sentiasa bersabar dengan ujian kehidupan
yang sarat dengan dugaan dan kesusahan. Ustazah Siti Fatimah juga menasihatkan
kami agar sentiasa menyiapkan tugasan tepat pada waktunya serta membuat tugasan
dengan penuh teliti dengan berkualiti.

Kuliah pada hari ini lebih kepada perbincangan kerja kursus bagi kursus PIM 1054.
Terdapat tiga tugasan individu yang utama yang perlu kami siapkan pada semester kali
ini. Ustazah Siti Fatimah telah membimbing kami cara-cara untuk membuat kerja-kerja
kursus itu. Semoga apa yang ustazah telah sampaikan kepada kami tadi bermanfaat
kepada kami sehingga bila-bila dan serba sedikit dapat membantu kami untuk
menyiapkan kerja kursus tepat pada masanya.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu Khairan ya ustazah .
☺️☺️
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini saya
telah mengikuti kuliah secara atas talian dalam pelantar Google Classroom bagi kursus
PIM 1054 Pengantar Jawi. Saya telah diarahkan oleh ustazah Siti Fatimah Ahmad
untuk menjawab soalan perbincangan 2 secara individu mengenai tajuk jenis-jenis seni
khat. Alhamdulillah setakat ini saya mendapat ilmu baharu mengenai tugasan tersebut.
Saya telah mencari segala maklumat mengenai tugasan tersebut atas talian dan terus
membaca sebuah artikel mengenai tajuk perbincangan tersebut iaitu Pengajaran Seni
Khat dan Tulisan Jawi Dalam Pendidikan Islam: Peluang, Cabaran dan Harapan yang
dikarang oleh Makmur Harun dan Buchari Katutu.

Terdapat banyak jenis seni khat yang telah saya ketahui. Antaranya khat Kufi, khat
Nasakh, khat Thuluth, khat Farisi, khat Riq’ah dan khat Diwani. Menurut pemahaman
saya secara kasar, semua jenis seni khat ini telah mengalami proses evolusinya yang
tersendiri dan mempunyai jenis-jenis corak yang tersendiri. Sebagai contoh, khat
nasakh merupakan sebuah tulisan yang berbentuk seperti corak cursif. Kesemua jenis
khat itu mempunyai corak dan cara penulisannya yang berbeza dan ada antara khat
yang terhasil daripada corak seni khat yang lain.

Dalam masa yang sama, saya juga mengetahui bahaawa semua jenis khat ini juga
digunakan pada tempat yang berbeza bergantung dengan jenis khat tersebut. Ada
tulisan khat yang masih digunakan sebagai muka hadapan buku atau kitab seperti khat
Thuluth dan ada juga khat yang digunakan untuk menulis dinding bangunan seperti
khat Farisi dan khat Nasakh.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu Khairan ya ustazah .
☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada
hari ini, saya dan rakan sekelas telah selesai berkuliah secara atas talian menggunakan
aplikasi Google Meet melalui pelantar Google Classroom iaitu Medan Ilmu PPISMP.
Sebagai mukadimah sebelum pembelajaran tadi, ustazah Siti Fatimah telah
menasihatkan kami supaya sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah
SWT untuk menghadapi hari baharu pada hari ini. Selain itu, ustazah juga meningatkan
saya dan rakan sekelas supaya sentiasa bersarapan sebelum kuliah bagi membekalkan
tenaga untuk kami nanti.

Terdapat beberapa pengisian yang saya perolehi pada hari ini. Antaranya, dapat
mempelajari supaya menulis tulisan khat dengan mengikut panduan yang betul yang
mengikuti panduan yang diarahkan oleh Ustaz Wahab (Guru Cemerlang Seni Khat).
Pada tugasan sebelum ini, iaitu latihan menulis titik khat Riq’ah, saya telah melanggar
beberapa syarat menulis iaitu titik yang ditulis seharusnya mengikut barisan yang ada
pada kertas tersebut. Oleh itu, segala penambahbaikkan ke atas tugasan tersebut akan
saya laksanakan bagi memenuhi segala apa yang dituntut oleh pensyarah.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu Khairan ya ustazah .
☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada
hari ini, saya telah berkuliah secara atas talian melalui aplikasi Google Classroom pada
pelantar PA(2) PIM 1054 PENGANTAR JAWI S2/2021. Kuliah pada hari ini adalah
berbentuk kuliah tidak segerak di mana saya telah diminta oleh ustazah Siti Fatimah
Ahmad untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan persediaan-persediaan yang
perlu dilakukan sebelum dan semasa menulis khat. Saya telah mencari maklumat-
maklumat yang berkaitan tersebut dalam modul PDPM PIMK Pengantar Jawi. Terdapat
banyak persediaan asas yang perlu dipatuhi sebelum & semasa hendak menulis khat
bagi menghasilkan sebuah penulisan yang sempurna.

Menurut pemahaman saya mengenai tugasan tersebut, ia telah memberikan panduan


saya secara tidak langsung dalam menulis seni khat. Antara kelebihan yang akan saya
peroleh sekiranya saya membuat persediaan sebelum dan selepas menulis khat adalah
saya akan dapat menghasilkan seni khat yang kemas. Pada masa yang sama, ia juga
membantu saya untuk sentiasa mengawal emosi pada setiap masa supaya sentiasa
tenang ketika menulisnya.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini saya
terdapat dua siri kuliah yang diadakan iaitu dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada
waktu petang. Sebagai mukadimah pada pagi tadi, ustazah Siti Fatimah Ahmad telah
menasihatkan saya dan rakan-rakan supaya tidak meninggalkan sarapan pagi sebelum
menghadiri kuliah. Hal yang tersebut bertujuan untuk membekalkan tenaga kepada
saya ketika kuliah masih berlangsung. Kuliah pada hari ini adalah mengenai
pembentangan empat kumpulan yang menerangkan sistem pembentukan perkataan
tulisan Jawi yang melibatkan beberapa hukum seperti hukum darlung, hukum a+ha dan
hukum ra+ma. Dalam masa yang sama, terdapat juga kumpulan yang membentangkan
hukum diftong, glotis, gelinciran dan geluncuran.

Terdapat beberapa ilmu baharu yang telah diperoleh pada hari ini iaitu saya dapat
mempelajari bagaimanakah perkataan-perkataan dalam tulisan Jawi ini dapat
dibentukkan. Hal ini menunjukkan bahawa keagungan dan kehebatan tulisan Jawi tidak
dapat punya ditandingi selama-lamanya oleh sistem tulisan lain yang bersifat
konvensional. Menurut pembentangan yang disampaikan oleh rakan-rakan saya tadi,
telah jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi ini juga mempunyai hukum-hukum dan
pantang larang yang tersendiri dalam pembinaan kata-kata dalam tulisan Jawi. Justeru,
sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang cintakan negara, saya perlu mempelajari
tulisan Jawi dengan bersungguh supaya dapat menjaga dan memelihara tulisan
khazanah nenek moyang ini sehingga bila-bila.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini, saya
telah berkuliah tidak segerak secara atas talian bersama ustazah Siti Fatimah Ahmad di
dalam aplikasi Google Classroom melalui pelantar (PA2) PIM 1054 PENGANTAR JAWI
S2/2021. Saya dan rakan-rakan telah diminta oleh ustazah Siti Fatimah Ahmad untuk
melengkapkan tugasan tidak segerak yang bertajuk “Disiplin dan Kaedah Penulisan
Khat”.

Berdasarkan tugasan tersebut, saya telah memperoleh pengetahuan baharu di mana


dalam penulisan khat perlu ada disiplin dan kaedahnya yang tersendiri yang perlu kita
patuhi bersama. Hal ini bagi menghasilkan sebuah penulisan khat yang kacak dan
memenuhi standard yang ditetapkan oleh para penulis khat yang profesional di seluruh
dunia. Antara kaedah tersebut adalah kaedah penulisan titik pada huruf-huruf Jawi
ketika hendak menulis khat. Melalui kaedah penulisan titik yang telah saya baca dan
faham pagi tadi, apabila seseorang itu gagal untuk menulis penulisan khat tanpa
mengikuti kaedah tersebut, hal ini akan mencacatkan sesebuah penulisan khat
tersebut. Oleh itu, saya perlu menulis khat dengan mengikuti segala kaedah yang telah
saya baca tadi demi menghasilkan sebuah penulisan khat yang bermutu tinggi.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini saya
telah berkuliah bersama ustazah Siti Fatimah Ahmad di dalam Google Meet melalui
pelantar Medan Ilmu PPISMP PA2.

Pada mukaddimah kuliah, ustazah telah menasihatkan saya dan rakan-rakan untuk
sentiasa mengimarahkan masjid pada setiap masa. Hal ini untuk mengamalkan sikap
“Ittiba’ Al-Rasul wa Taqarrub ilaAllah”. Nasihat ustazah secara tidak langsung telah
menggerakkan hati saya untuk sentiasa merajinkan diri ini pergi ke masjid solat
berjemaah pada setiap hari. Dalam masa yang sama, ustazah juga telah memberitahu
saya dan rakan-rakan bahawa setiap antara kami bertanggungjawab untuk
mengimarahkan masjid, dan bukan tanggungjawab ini hanya terletak di bahu para
asatizah dan pensyarah semata-mata.

Kuliah pada hari ini adalah ujian khat riqaah iaitu kami diminta oleh ustazah untuk
memperbanyakkan latihan menulis khat pada setiap hari. Tugasan tersebut perlu
dilakukan pada hari ini sehingga hari Ahad nanti. Ustazah telah menggantikan kuliah
hari ini dengan meminta kami melakukan latihan ujian tersebut pada hari ini.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada
hari ini, kuliah secara atas talian telah diadakan dalam aplikasi Google Meet melalui
pelantar Google Classroom di kelas masing-masing. Saya dan rakan-rakan telah
berkuliah bersama ustazah Siti Fatimah Ahmad dalam Google Meet tersebut.

Dalam kuliah tersebut, ustazah telah bertanyakan kepada saya dan rakan-rakan
mengenai tugasan kerja kursus kami. Dalam pada itu, ustazah juga mengingatkan kami
supaya membuat tugasan kerja kursus tersebut tepat pada masanya. Hal ini bagi
mengelakkan sesuatu tugasan itu terus menjadi berlambak dan bertambah-tambah.
Seterusnya, ustazah Siti Fatimah telah memberikan kepada saya dan rakan-rakan
sebuah tugasan yang tidak segerak dalam kumpulan iaitu tugasan mengenai
perbincangan sejarah perkembangan seni khat. Kumpulan saya telah mendapat
tugasan mengenai perbincangan sejarah perkembangan seni khat pada zaman
kerajaan bani Umayyah. Tugasan tersebut perlu kami hantar pada minggu hadapan
iaitu hari Isnin kelak.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada
hari ini, saya dan rakan-rakan telah berkuliah secara tidak segerak bersama ustazah
Siti Fatimah Ahmad. Kami menyambung semula tugasan yang telah diberikan oleh
ustazah kepada kami pada hari Isnin lepas. Kehadiran bagi kuliah pada hari tersebut
diambil melalui aplikasi Google Classroom pada pelantar (PA2) PIM 1054 PENGANTAR
JAWI S2/2021.

Saya dan rakan kumpulan saya telah membincangkan mengenai isi-isi utama yang
perlu ada dalam tugasan slaid tugasan berkumpulan kami iaitu perkembangan seni khat
pada zaman kerajaan bani Umayyah. Dalam perbincangan tersebut, saya telah
membahagi tugasan mengikut ahli-ahli kami. Dalam masa yang sama, daripada
pembahagian tersebut saya telah mendapat bahagian pengenalan dan sejarah awal
perkembangan seni khat tersebut.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada
hari ini, saya telah berkuliah secara bersemuka bersama ustazah Siti Fatimah Ahmad
dalam aplikasi Google Meet. Kehadiran saya dan rakan-rakan dalam kuliah gantian ini
diambil pada aplikasi Google Classroom di mana saya dan rakan-rakan perlu
menetapkan kehadiran dalam pautan tersebut.

Sebagai mukadimah bagi kuliah hari ini, ustazah telah menasihatkan saya dan rakan-
rakan saya supaya sentiasa menjaga solat pada setiap masa kerana itu yang dituntut
dalam agama. Pada kuliah hari ini juga, rakan-rakan saya telah membentangkan hasil
tugasan mereka yakni perkembangan sejarah seni khat pada zaman permulaan Islam
dan sejarah seni khat pada zaman kerajaan bani Umayyah. Saya amat tertarik dengan
perkongsian daripada rakan-rakan dan ustazah mengenai sejarah seni khat yang
berlaku pada era permulaan kerajaan Islam terdahulu. Dalam masa yang sama,
ustazah juga telah mendedahkan kepada saya dan rakan-rakan mengenai tokoh yang
telah menulis bermacam-macam naskhah Al-Quran yang telah digunakan pada hari ini
iaitu Sheikh Usman Taha. Melalui perkongsian yang disampaikan oleh rakan-rakan
saya itu, hal ini telah mendorong saya untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk
sentiasa mempertahankan keagungan dan kemartabatan serta keunggulan tulisan Jawi
ini selama-lamanya dengan mempelajari bidang ini dari masa ke masa, Sikap ini
merupakan satu daripada usaha saya bagi menghargai jasa-jasa tokoh seperti Abu-
Aswad Al-Duali, Sheikh Ibn Farahidi dan Sheikh Usman Taha.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini, saya telah berkuliah secara bersemuka bersama ustazah Siti Fatimah
binti Ahmad, iaitu pensyarah bagi kursus ini. dalam aplikasi Google Meet. Kehadiran
saya dan rakan-rakan dalam kuliah gantian ini diambil pada aplikasi Google Classroom
di mana saya dan rakan-rakan perlu menetapkan kehadiran dalam pautan tersebut.

Kuliah pada hari ini adalah mengenai perkembagan seni khat yang telah mengalami
perkembangan tersebut pada zaman permulaan Islam, zaman kerajaan bani Umayyah dan
kerajaan bani Abbasiyah serta kerajaan Uthmaniyah. Melalui usaha-usaha yang perlu dilakukan
oleh seorang tokoh tersebut, umat Islam tersebut juga perlu menjadikan mereka sebagai orang
idola kerana telah rajin untuk berkhidmat dengan agama. Doa saya kepada tokoh-tokoh
tersebut adalah berharap agar tokoh-tokoh ilmuan Islam terus diberikan kesempatan oleh Allah
SWT untuk bernafas bagi menjalankan segala perkhidmatan dan tugasan mereka demi
kesejahteraan agama.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini, saya telah berkuliah secara segerak bersama ustazah Siti Fatimah
Ahmad melalui aplikasi Google Meet dan kehadiran kami telah diambil melalui aplikasi
Google Classroom. Perbincangan pada hari ini adalah mengenai pembentangan tiga
tajuk utama daripada tiga kumpulan dalam kelas PA2 iaitu perkembangan seni khat
pada zaman kerajaan Abbasiyah, perkembangan seni khat pada zaman kerajaan Alam
Melayu dan tokoh-tokoh perkembangan kepada seni khat di dunia pada zaman kini.

Apa yang saya telah dapat pada hari ini adalah saya dapat mengetahui secara
dalamnya mengenai sejarah-sejarah perkembangan seni khat yang melangkaui tiga
zaman iaitu zaman kerajaan Umayyah, kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Alam Melayu.
Melalui ketiga-tiga zaman itu juga, tulisan Jawi dan seni khat telah melalui pelbagai
perkembangan bagi memudahkan umat moden pada zaman sekarang mempelajarinya.
Dalam pada itu, semua kerajaan Islam ini amat menjaga kemartabatan tulisan Jawi dan
seni Khat pada setiap masa. Saya dapat memahami bahawa semua kerajaan tersebut
menjaga tulisan Jawi dan seni khat kerana padanya terdapat banyak faedah
melaluinya. Melalui perbincangan pada hari ini juga, terdapat banyak tokoh yang telah
mempertahankan dan memperkembang seni khat ini antaranya Abu Al-Muktasimi dan
Muhammad Yusuf. Menurut pemahaman saya, kesemua tokoh-tokoh tersebut
mempunyai latar belakang dan kefahaman yang mendalam dalam agama Islam. Tooh-
tokoh tersebut juga membina pelbagai sighah dan pendekatan baharu bagi
memudahkan umat manusia pada zaman sekarang mempelajari seni khat Islam.
Secara rumusannya, harapan saya dan rakan-rakan adalah akan wujudnya sebuah
golongan pelajar dan golongan muda pada masa yang akan datang yang bakal
mempertahankan seni khat ini sepanjang masa dengan berkorban jiwa dan raga tanpa
memikirkan hal-hal keduniaan semata-mata.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini, saya telah ditugaskan oleh ustazah Siti Fatimah Ahmad untuk
mempengerusikan kuliah Google Meet secara segerak tadi. Kehadiran kuliah telah
diambil melalui aplikasi Google Classroom.

Perkara yang menjadi topik perbincangan kami pada hari ini adalah pembahagian tajuk
tugasan untuk pembentangan yang perlu kami hantar pada hari Selasa minggu
hadapan. Saya melakukan pembahagian dengan menggunakan aplikasi “Spinwheel”
untuk membuat pembahagian tugasan berkumpulan. Hal ini bagi membolehkan semua
kumpulan tidak berebut mengambil tajuk untuk pembentangan nanti. Alhamdulillah
semua bersetuju dengan apa yang telah saya lakukan tadi dan keputusan untuk
mendapat tajuk Ejaan Jawi yang Disempurnakan bagi setiap kumpulan telah selesai.
Saya dan rakan-rakan kumpulan juga telah berbincang sedikit mengenai tajuk yang
bakal kami bentangkan pada minggu hadapan yakni imbuhan-imbuhan awalan, akhiran
dan apitan dalam tulisan Jawi di mana kami nanti perlu membuat 24 slaid.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini, saya telah berkuliah secara segerak dalam aplikasi Google Meet bersama
ustazah Siti Fatimah Ahmad dan kehadiran kami telah diambil melalui soalan yang
tertera dalam aplikasi Google Classroom melalui pelantar (PA2) PIM 1054
PENGANTAR JAWI S2/2021. Perbincangan pada hari ini adalah mengenai bulan puasa
yang bakal menjelang dan tugasan mengenai khat nasakh yang bakal dihantar pada
hari Selasa (esok).

Sebagai mukadimah, ustazah telah mengingatkan kami supaya bersedia untuk


menghadapi bulan Ramadhan Mubarak yang bakal menjelma tiba tidak lama lagi.
Ustazah juga berpesan pada saya dan rakan-rakan supaya sentiasa rajin untuk
melakukan amal ibadat pada bulan Ramadhan yang mulia ini kerana bulan itu sahaja
peluang untuk kita melakukan amal ibadah dengan banyak dan berkualiti dengan
ganjaran pahala yang banyak InshaaAllah. Dalam pada itu, ustazah juga telah
mengedarkan kepada kami lembaran tugasan yang bakal kami siapkan pada hari esok
iaitu mengenai penulisan khat nasakh. Saya telah dinasihati oleh ustazah supaya
membuat latihan mengenai huruf-huruf tunggal khat nasakh pada kertas-kertas kosong
dahulu sebelum meletakkan tulisan khat yang sebenar atas kertas yang akan dihantar
dalam Google Classroom. Hal ini adalah untuk meningkatkan kualiti tugasan saya
mengenai tulisan seni khat yang bakal diberikan oleh ustazah pada hari itu. Kemudian,
saya membuat beberapa percubaan dan latihan atas kertas biasa pada masa
selebihnya bagi menguji kemahiran saya dalam menulis khat Jawi.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini, saya telah berkuliah secara tidak segerak bersama ustazah Siti Fatimah
Ahmad dan kehadiran kami diambil melalui aplikasi Google Classroom.

Tugasan tidak segerak yang perlu kami buat pada hari ini dan akan dihantar pada hari
Jumaat nanti adalah mengenai tugasan latihan menulis khat nasakh yakni huruf-huruf
tunggal daripada muka surat 14 sehingga muka surat 26. Saya dan rakan-rakan perlu
membuat latihan itu dengan menekap, meniru dan menulis pada buku Lembaran
Genius Khat: Khat Nasakh yang telah kami beli. Pada pagi tadi, saya telah mencuba
untuk menulis setiap huruf-huruf tersebut pada beberapa helai kertas sebagai latihan
praktikal saya dalam menulis huruf khat nasakh. Latihan tersebut nampaknya sedikit
mencabar, akan tetapi ustazah telah menasihatkan saya dan rakan-rakan supaya
sentiasa melakukan latihan intensif tersebut secara berterusan bagi memudahkan saya
untuk menulis huruf-huruf tersebut selepas ini.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini saya dan rakan-rakan telah berkuliah secara segerak bersama ustazah
Siti Fatimah Ahmad dalam aplikasi Google Meet dan kehadiran saya diambil melalui
aplikasi Google Classroom. Secara mukadimahnya, ustazah telah menasihatkan saya
dan rakan-rakan supaya sentiasa bersyukur kepada nikmat yang diberikan oleh Allah
SWT kerana masih lagi bernafas pada hari ini untuk menjalankan ibadah kepada-Nya.

Antara topik yang menjadi perbincangan pada hari ini adalah mengenai cara menulis
huruf-huruf khat nasakh yang betul dan tepat. Ustazah telah memberikan kami sebuah
video mengenai prosedur menulis huruf-huruf hijaiyah menggunakan khat Nasakh yang
mudah. Daripada video tersebut, saya telah mempelajari banyak perkara baharu
antaranya ekor huruf-huruf hijaiyah perlu dibentuk sendiri dan dilukis sendiri. Mata pen
khat juga perlu diasah dengan setajam-tajamnya bagi membolehkan saya membentuk
sebuah huruf yang sempurna dan kacak. Dalam masa yang sama, ustazah juga telah
menyemak segala tugasan khat Nasakh yang telah kami buat pada minggu lepas
mengenai khat Nasakh. Terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu saya dan
rakan-rakan lakukan pada minggu seterusnya untuk menghasilkan sebuah tulisan khat
Nasakh yang menarik. Ustazah juga menasihatkan saya untuk menulis huruf khat
Nasakh di atas garisan tersendiri kerana setiap huruf mempunyai garisan sebagai
penanda aras untuk penulisan huruf. Ustazah juga telah memberikan pujian kepada
saya dan rakan-rakan yang berjaya membuat tugasan dengan jayanya. Saya dan
rakan-rakan juga berharap agar dengan pujian yang diberikan oleh ustazah dapat
meningkatkan motivasi kami dalam melakukan tugasan yang bakal kami terima
daripada ustazah selepas ini.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini saya dan rakan-rakan telah berkuliah segerak dan kehadiran pada hari ini
diambil melalui aplikasi Google Classroom. Saya telah ditugaskan oleh ustazah Siti
Fatimah Ahmad untuk mempengerusikan perbincangan pembentangan pada hari ini
iaitu mengenai tajuk Jawi yang Disempurnakan.

Terdapat tiga kumpulan yang sempat membentangkan tugasan mereka pada hari ini
iaitu kumpulan 1, 2 dan 3. Saya dan rakan-rakan telah belajar mengenai penggunaan
imbuhan dalam tulisan Jawi, penggunaan kosa kata dan rangkai kata dalam tulisan
Jawi dan penggunaan ejaan tulisan Jawi menggunakan kata pinjaman bahasa Arab dan
bahasa Inggeris. Melalui pembentangan yang disampaikan oleh rakan-rakan saya, saya
telah mengetahui cara menulis kosa kata dan kata singkatan yang betul berdasarkan
daftar Ejaan Jawi Melayu. Dalam pada itu, saya juga telah mengetahui bahawa dalam
tulisan Jawi terdapat juga kewujudan homograf kerana faktor kata-kata tersebut yang
merupakan kata-kata asal atau kata asli dalam bahasa Melayu. Selain itu, saya juga
telah mengetahui formula-formula baharu untuk kita menulis perkataan-perkataan kata
pinjaman bahasa Arab dan bahasa Inggeris dalam tulisan Jawi. Formula-formula itu
sangat penting bagi membolehkan saya dan rakan-rakan dapat membezakan
perbezaan penggunaan antara bahasa Arab dan bahasa Inggeris dalam tulisan Jawi.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini, saya telah berkuliah secara segerak dalam talian menggunakan aplikasi
Google Meet bersama ustazah Siti Fatimah binti Ahmad dan kehadiran kami diambil
melalui aplikasi Google Classroom.

Sebagai mukadimmah, ustazah telah menasihatkan saya dan rakan-rakan agar terus
konsisten dalam melaksanakan dan menjalani segala ibadah puasa pada bulan ini.
Ustazah juga menjelaskan bahawa segala ibadah yang kita lakukan pada bulan
Ramadhan yang mulia ini pasti akan diberikan ganjaran yang banyak. Perkara utama
yang menjadi bahan perbincangan pada hari ini adalah mengenai penulisan khat
nasakh yang betul. Ustazah telah menyemak segala tugasan yang telah kami siapkan
pada minggu lepas bersama-sama. Hal ini telah membantu saya untuk mengetahui di
manakah kesalahan saya yang perlu saya perbaiki selepas ini. Ciri utama yang perlu
ada pada sesebuah khat nasakh yang sempurna adalah mempunyai garis atau gridline
sebagai panduan untuk penulis. Saya dapati bahawa dengan adanya garis dalam
penulisan khat tersebut, hal ini secara tidak langsung dapat mendorong saya untuk
melakukan tugasan dengan mudah. Ustazah juga telah memberikan suatu video dalam
Google Classrroom iaitu video mengenai tugasan yang perlu kami siapkan pada hari
esok. Tugasan tersebut adalah penulisan khat nasakh yang bersambung. Saya dan
rakan-rakan perlu sentiasa membuat latihan mengenai tugasan tersebut bagi
membolehkan kami menghasilkan sebuah tulisan khat yang sungguh menarik dan
menepati kriteria yang dikehendaki oleh ustazah.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini saya telah berkuliah secara tidak segerak bersama ustazah Siti Fatimah
Ahmad dan kehadiran kami diambil dalam aplikasi Google Classroom.

Saya telah menonton video yang ustazah paparkan dalam Google Classroom iaitu
video mengenai cara menulis khat-khat yang bersambung. Hal ini secara tidak
langsung dapat membantu saya untuk menulis khat nasakh yang bersambung dengan
betul dan tepat.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari Akhirat.
Pada hari ini, saya telah menyiapkan sebuah latihan yang diberikan oleh ustazah Siti
Fatimah iaitu tugasan mengenai latihan tidak segerak menulis khat nasakh yang
bersambung dalam buku lembaran genius khat pada muka surat yang ditetapkan oleh
ustazah. Kehadiran pelajar diambil dalam Google Classroom dan Alhamdulillah saya
sempat mengisi kehadiran tersebut.

Sebagai persediaan awal latihan tersebut, saya telah mencari video-video yang
berkaitan dengan latihan tersebut iaitu video menulis khat nasakh yang betul dalam
aplikasi Youtube. Saya juga telah merajinkan diri untuk melakukan latihan menulis khat-
khat tersebut di atas kertas yang berlainan lalu menuliskannya pada kertas A4. Secara
kesuluruhannya, saya berjaya untuk menyiapkan latihan tersebut tanpa sebarang
kesusahan kerana saya berjaya melakukan berbagai-bagai latihan untuk latihan
tersebut. Ustazah juga selalu menasihatkan saya untuk menulis latihan setiap masa
bagi memudahkan saya untuk membuat tugasan yang diberikan oleh ustazah.

Saya berharap segala ilmu yang ustazah kongsikan kepada kami menjadi suatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada kami sehingga bila-bila, In Shaa Allah. Jazakillahu
Khairan ya ustazah.☺️☺️

Anda mungkin juga menyukai