Anda di halaman 1dari 3

DEDIKASI

Kau insan yang mulia,


Mendidik generasi demi generasi,
Tanpa mengenal erti jemu,
Siang malam berdoa agar,
Anak bangsa berjaya dan Berjaya.

Kau ibarat lilin,


Menerangi jalan yang gelap,
Menyuluh ke jalan yang terang,
Namun kekadang tersasar,
Oleh badai yang datang.

Kami anak didik,


Bersyukur kepada Ilahi,
Kerana menjadi insan yang terpilih,
Hasil usaha murnimu.

Kami berdoa agar kau,


Bahagia dan tenang selalu,
Di dunia dan akhirat,
Salam kasih dan sayang,
Dari kami,
Buatmu.

PENGHARGAAN


Pertama sekali, kami ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan
hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah Bahasa Melayu ini telah berjaya
disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya,
seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada
sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.

Seterusnyaa, kami ingin menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr. Hj. Zulkeflee bin Hj.
Yaacob, selaku pensyarah Sejarah Bahasa Melayu (BML 3012), di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami semua. Bahkan, beliau juga banyak membantu,
membimbing dan juga sebagai pemudahcara kami sepanjang proses menyiapkan kerja kursus
ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin kami akan
dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik.

Terima kasih yang amat terhingga juga ingin kami ucapkan kepada kedua orang tua kami
yang telah mendidik dan mengasuh kami dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan
kepada Allah s.w.t. Tanpa segala sokongan, galakan dan perangsang yang telah diberikan
sepenuhnya kepada kami sudah pasti kami tidak akan dapat menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang telah dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai