Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Pada zaman Khulafa Al-Rasyidin dahulu, penyebaran dakwah Islamiah


merupakan satu daripada usaha dan tumpuan utama para sahabat dalam
mempertahankan kesucian Islam. Para sahabat sanggup mengorbankan nyawa,
harta demi memastikan usaha penyebaran dakwah mereka berjalan dengan
lancar. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan dakwah? Menurut Ibn
Manzur, perkataan dakwah berasal daripada perkataan “...” yang bermaksud
menjemput, mengajak, memanggil dan menyeru. Dari segi istilah, dakwah
didefinisikan sebagai ajakan atau seruan membawa umat Islam kepada jalan
yang benar (Hamka, 1983). Berdasarkan pendefinisian tersebut, dapat difahami
bahawa dakwah adalah suatu bentuk usaha proaktif dalam kita membawa umat
kita kembali kepada ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad. Antara faktor
yang menjadi pendorong kepada usaha dakwah penyebaran Islamiah ini
dijalankan pada zaman Khulafa Al-Rasyidin adalah seruan dakwah Islamiah
sendiri yang menjadi satu daripada tuntutan agama itu sendiri (). Firman Allah
Taala dalam surah Al-Imran yang bermaksud, “Dan hendaklah ada di antara
kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada
yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang
beruntung”. Ayat ini yang telah menjadi pendorong kepada para khalifah Khulafa
Al-Rasyidin iaitu Khalifah Abu Bakr Al-Siddiq, Khalifah Umar Al-Khattab, Khalifah
Uthman Al-Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib untuk berjuang menyebarkan
risalah agama.
2.0 STRATEGI DAKWAH ISLAMIAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA’
AL-RASYIDIN

Dalam menyampaikan dakwah Islamiah, para khalifah pada zaman tersebut


mempunyai cara dan strategi mereka tersendiri supaya dakwah yang mereka
jalankan berjaya. Terdapat pelbagai strategi yang para khalifah tersebut
gunakan antaranya strategi mempertahankan dan pembuktian kesucian agama,
strategi dalam pentadbiran, perluasan pengaruh Islam, serta strategi dalam
pendidikan. Strategi yang pertama adalah melalui pembuktian kesucian agama
pada zaman khalifah Saidina Abu Bakr Al-Siddiq. Khalifah Abu Bakar telah
membasmi golongan Al-Riddah dan golongan yang tidak mahu membayar zakat
(Akashah & Hakim, 2019). Tujuan utama Khalifah Abu Bakar membasmi
golongan tersebut adalah untuk mempertahankan kesucian agama Islam.

Pada masa yang sama, pada zaman khulafa’ Al-Rasyidin juga, Islam juga
mudah disebarkan kerana ketika zaman pemerintahan khalifah tersebut,
undang-undang yang digunakan dalam negara adalah berteraskan Al-Quran dan
Al-Sunnah. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan hak sama taraf antara
golongan hamba dan bangsawan serta pengiktirafan kedudukan wanita.
Bertepatan dengan firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah ayat 8 yang
bermaksud, “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Dalam pada itu, peluasan pengaruh Islam ke atas wilayah-wilayah jajahan


Rom dan Parsi pada zaman keempat-empat khalifah Khulafa’ Al-Rasyidin
merupakan satu daripada strategi utama untuk mereka meluaskan dakwah
Islamiah. Mereka menakluk wilayah-wilayah yang dijajah oleh empayar Parsi
dan Rom seperti Kufah, Azerbaijan, Palestin, Syam dan Mesir (Azam, 2018).
Wilayah-wilayah tersebut merupakan antara wilayah yang ditindas oleh empayar
Rom dan Parsi (Azam, 2018). Kejayaan penaklukan wilayah-wilayah tersebut
membuktikan kejayaan dan keunggulan Islam dalam pembangunan sesebuah
ummah (Ermy & Zamri, 2017). Penaklukan tersebut juga telah membantu para
khalifah untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada rakyat-rakyat di wilayah
tersebut. Selepas penaklukan tersebut berjaya dilakukan, maka khalifah Khulafa
Al-Rasyidin terus menjayakan strategi dakwah Islamiah melalui pentadbiran
(Aishah, 2010). Menurut Adlina (2014), pembaharuan dalam pentadbiran
dilakukan oleh khalifah Saidina Umar Al-Khattab di mana pelbagai gabenor
wilayah yang berkelayakan, cekap dan adil telah ditempatkan di wilayah masing-
masing. Hal ini untuk menjalankan pentadbiran Islam di wilayah-wilayah tersebut
sekaligus menyampaikan dakwah Islamiah kepada penduduk wilayah-wilayah
tersebut.

Strategi yang seterusnya yang akan ditekankan adalah strategi


menyebarkan dakwah Islamiah melalui pendidikan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa, pada zaman khulafa’ Al-Rasyidin belum ada sistem
pendidikan yang mantap dan teratur. Namun begitu, usaha itu diteruskan oleh
para khulafa’ Al-Rasyidin dengan berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah (Firdaus
& Khairunnisa, 2020). Buktinya, terdapat banyak masjid, surau, madrasah dan
kuttab yang didirikan di seluruh wilayah Islam misalnya Madrasah Makkah dan
Madrasah Kufah. Muaz bin Jabal dan Abdullah bin Abbas yang menjadi tenaga
pengajar di Madrasah Makkah dan Saidina Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin
Mas’ud menjadi tenaga pengajar di Madrasah Kufah (Suzana et al., 2008). Oleh
itu, dengan adanya strategi melalui pendidikan dalam dakwah mereka, hal ini
dapat membantu mereka untuk mengembangkan ajaran Islamiah pada zaman
khulafa’ Al-Rasyidin.
3.0 IMPAK DAKWAH ISLAMIAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-
RASYIDIN

Bertitik tolak daripada itu, dakwah Islamiah yang dijalankan pada zaman khulafa’
Al-Rasyidin oleh keempat-empat sahabat terbesar Rasulullah yang dipilih secara
syura telah memberikan implikasi yang positif secara menyeluruh dari segi
aqidah umat Islam pada masa tersebut, sosial dan ekonomi.

3.1 AQIDAH UMAT ISLAM

Melalui dakwah Islamiah tersebut, aqidah umat Islam semakin kukuh dan
semakin berpegang kepada aqidah yang benar tanpa syak. Pada masa
yang sama juga, segala fahaman yang menyeleweng seperti amalan
khurafat dan bidaah yang sesat dihapuskan (Hafiz, 2015). Aqidah umat
Islam yang semakin mantap juga disebabkan oleh pengorbanan khalifah
Saidina Abu Bakr Al-Siddiq dalam membasmikan golongan Al-Riddah
(Suzana et al., 2008). Ketegasan Khalifah Abu Bakr Al-Siddiq dalam
memerangi golongan nabi palsu dan tidak mahu membayar zakat telah
dapat mengelakkan perpecahan umat Islam sekaligus memberikan
sumbangan yang besar dalam usaha dakwah Islam pada zaman khulafa
Al-Rasyidin.

3.2 SOSIAL

Selain itu, dakwah Islamiah juga telah memberikan impak terhadap sosial
yang wujud dalam masyarakat Islam dan bukan Islam pada ketika itu.
Menurut Borhanuddin et al. (2019), seluruh masyarakat secara khasnya
diberi layanan yang adil daripada pemerintah yang agung yakni keempat-
empat khalifah Khulafa Al-Rasyidin. Nampaknya di sini tidak ada seorang
pun individu yang terkecuali daripada menerima pembelaan dan hak
mereka sebagai penduduk di wilayah Islam. Penekanan pendidikan dalam
ilmu Al-Quran dan ilmu fardhu kifayah seperti memanah, menunggang
kuda dan berenang yang ditekankan oleh para khalifah juga telah
berpotensi untuk melahirkan insan yang mantap dari pemahaman dalam
Al-Quran (Razaleigh, 2014) dan melahirkan umat Islam yang kuat mental
dan fizikalnya (Syalaby, 1976). Oleh itu, tidak syak dan ragu
bahawasanya dakwah Islamiah yang dilakukan pada era pemerintahan
khulafa Al-Rasyidin telah membawa kepada suatu kemajuan sosial.

3.2 EKONOMI

Pada masa yang sama, dakwah yang dijalankan pada zaman


pemerintahan khulafa Al-Rasyidin juga memberikan kesan yang positif
dalam sistem ekonomi negara pada ketika itu. Hal ini disebabkan oleh
penubuhan baitulmal dan pelbagai sistem cukai pada zaman
pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab (Akashah, 2018). Penubuhan
sistem baitulmal dan percukaian yang sejajar dengan peluasan pengaruh
Islam pada ketika itu, telah membantu menyelesaikan masalah
kemiskinan dalam kalangan penduduk ketika itu. Pada masa yang sama
juga, ekonomi negara terus berjalan lancar dan pendapatan negara terus
meningkat. Hal yang demikian disebabkan oleh peningkatan kuasa beli
rakyat yang telah merancakkan aktiviti ekonomi negara (Kauthar, 2019).
4.0 RUMUSAN
Secara rumusannya, sejarah telah membuktikan bahawa dakwah Islamiah yang
telah diusahakan oleh para khalifah Khulafa’ Al-Rasyidin merupakan suatu
gagasan usaha yang berterusan bagi memelihara aqidah, keharmonian sosial
dan ekonomi dalam masyarakat. Terdapat pelbagai strategi yang dijalankan oleh
keempat-empat sahabat Rasulullah dalam pemerintahan mereka demi
merealisasikan cita-cita dan hasrat mereka untuk menyebarkan risalah agama
Islam kepada seluruh masyarakat pada masa tersebut. Dakwah Islamiah
tersebut juga telah memberikan kesan yang positif sehingga zaman kini di mana
agama Islam telah berkembang dengan pesat di seluruh persada dunia. Oleh itu,
sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa menghargai usaha para pemimpin
khulafa Al-Rasyidin dalam menyebarkan dakwah Islamiah dengan memelihara
kesucian agama Islam dan ajaran Rasul melebihi kepentingan diri supaya hidup
kita terus diberkati dan diredhai Allah Taala sepanjang masa.

(1 181 patah perkataan)


RUJUKAN

Adlina Zainuri. (2014). Kerajaan Khalifah Umar Al-Khattab.


https://www.slideshare.net/adlinazainuri/khalifah-umar-41036103

Ahmad Firdaus Mohd Noor & Khairunnisa A Shukor. (2020). Kurikulum pendidikan
islam para sahabat: satu sorotan. Al Munzir, 12(2), 209-224.

Ahmad Shalaby (1976) Sejarah Pendidikan Islam. Terj. H Muchtar Jahja & M Sanusi
Latief Singapura: Pustaka Nasional. Dalam Aishah Mohd Rani. (2010).
Pembaharuan yang berlaku di zaman khalifah Umar Al-Khattab.
https://www.academia.edu/4858167/TAJUK_PEMBAHARUAN_YANG_BERLAK
U_DI_ZAMAN_KHALIFAH_UMAR_AL_KHATTAB

Akashah Ismail & Abdul Hakim Samuri. (2018). Focus SPM tingkatan 4 & 5 KBSM:
Sejarah. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Ermy Azziaty Rozali & Zamri Ab Rahman. (2017). Kecermerlangan futuhat islamiyyah
era Khulafa’ Al-Rasyidin. Jurnal Al-Tamaddun, 12(2), 25-40.

Kauthar Rozmal. (2019, Disember 21). Sistem ekonomi islam zaman Khulafa Al-
Rasyidin. The Patriots. https://www.thepatriots.asia/sistem-ekonomi-islam-
zaman-khulafa-ar-rashidun/#_ftn1

Mohd Borhanuddin Zakaria, Juairiah Hasan, & Noorsafuan Che Noh. (2019). Sejarah
perkembangan pertanian era kegemilangan kerajaan Islam. Proceeding of the
International Conference on Islamic Civilization and Technology Management
23-24 November 2019, 90, 689-717.

Mohd Hafizsalehuddin. (2015). Sejarah aqidah.


https://www.academia.edu/15008629/SEJARAH_AKIDAH

Nor Azam Abdullah. (2018, September 26). Saidina Umar pamer contoh kepemimpinan
cemerlang. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/09/478197/saidina-umar-
pamer-contoh-kepemimpinan-cemerlang

Razaleigh Muhamat Kewangit. (2014). Perlaksanaan dakwah dan politik islam zaman
khulafa’ Al-Rasyidin.
https://www.researchgate.net/publication/301887260_PERLAKSANAAN_DAKW
AH_DAN_POLITIK_ISLAM_ZAMAN_KHULAFA'_AL-RASHIDIN

Suzana Ismail, Che Sarmila Che Wil, Che Sufiah Harun. (2008). Revisi efektif i-master:
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4 SPM. Pustaka Ilmi

Anda mungkin juga menyukai