Anda di halaman 1dari 5

4.

0 KEDUDUKAN WANITA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Dalam sejarah kemanusiaan yang panjang, kaum wanita mengalami nasib tragis
yang mana mereka dilayan sebagai barangan dan alat pemuas nafsu kaum lelaki. Mereka
ditindas dan tidak dihormati kemanusiaannya, malah dipinggirkan dengan alasan tradisi
dan adat istiadat.1 Dalam peradaban kuno serta masyarakat primitif, mereka ditindas tanpa
perikemanusiaan dan tidak diberi layanan yang adil.2 Masyarakat Sumeria dan Yunani
menganggap kaum wanita sebagai sejumlah pemilikan kaum lelaki.3 Masyarakat Cina
membunuh anak wanita kerana bebanan kepada keluarga, masyarakat India membakar
hidup-hidup wanita bersama mayat suami,4 masyarakat Arab pra-Islam menanam anak
perempuan hidup-hidup5 khususnya Banī Asad dan Banī Tamīm6 di samping menganggap
wanita sebagai sejumlah pemilikan yang boleh diwarisi.7

Dalam masyarakat Arab sendiri, selain menanam anak perempuan hidup-hidup,


mereka turut mengamalkan pelbagai tradisi lain yang diskriminasi terhadap wanita. Di
antaranya: 1) wanita terhalang dari hak mewarisi; 2) suami berhak menceraikan isterinya
sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh dan dapat merujuknya kembali bila sahaja dia
mahu, tetapi sebaliknya si isteri sama sekali pasif dalam masalah ini; 3) tidak ada batasan
dalam masalah jumlah isteri; 4) isteri merupakan bahagian dari harta peninggalan suami; 5)
dalam rangka memperolehi anak yang baik bangsa Arab Jahiliyyah menghalalkan
perkawinan istibdā`; 6) adanya kebiasaan perkawinan syighār di antara mereka; 7) bentuk
perkawinan lain yang juga dilakukan oleh masyarakat Arab pra Islam adalah zawāj al-
1
Fatima Umar Nasif (2001), Women in Islam: A Discourse in Rights and Obligations, (terj.) Burhan
Wirasubrata & Kundan D. Nuryakien, Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan Idealisme Gender
Sesuai Tuntutan Islam. Jakarta: Penerbit Cendekia, h. 17.
2
Jasni Sulong (2006), “Kedudukan Wanita dalam Pembahagian Pusaka”, Jurnal Syariah. Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, bil. 14 (2), h. 125.
3
As‘ad al-Sahmarani (1997), al-Mar’ah fi al-Tarikh wa al-Syari‘ah. c. 3, Beirut: Dar al-Nafa’is, hh.
20-30.
4
Fatima Umar Nasif (2001), op. cit., hh. 17 & 24.
5
Al-Qur’an al-Karim, al-Nahl (16): 58-59. Lihat juga Reuben Levy (1969), The Social Structure of
Islam. e. 2, Cambridge: Cambridge University Press, h. 91.
6
Hasan Ibrahim Hasan (1979), Tārīkh al-Islāmī al-Siyāsī wa al-Dīnī wa al-Thaqafī wa al-Ijtimā‘ī,
Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, j. 1, h. 65.
7
W. Robertson Smith (1903), Kinship and Marriage in Early Arabia. London: Adam & Charles
Black, h. 92.

31
musyārakat, iaitu suatu perkahwinan yang mana seorang wanita mengahwini lebih dari
seorang lelaki (poliandri). Perkawinan seperti ini sering disebut sebagai “perkawinan
bersama”. Mereka membatasi seorang wanita tidak boleh menikahi lebih dari sepuluh
suami, sebab jika lebih dari itu ia dianggap sebagai pelacur. 8) Bentuk perkawinan yang
lain adalah zawāj al-mut‘ah, yaitu perkawinan sementara yang tujuannya tidak lebih
daripada memberi kesempatan yang rasmi bagi suami isteri untuk menikmati hubungan
seks bersama. 9) Masyarakat Arab juga melakukan bentuk perkahwinan yang disebut
zawāj al-hibah, iaitu perkahwinan pengorbanan yang mana seorang wanita akan
mengatakan kepada seorang lelaki: “Aku menyerahkan diriku untukmu”. Tidak ada satu
syarat pun yang menghubungkan perkahwinan ini dan dalam hal ini wanita tidak
menikmati hak apa pun terhadap lelaki. Jika perkahwinan ini menghasilkan anak, maka
sang ayah tidak bertanggung jawab atas anak tersebut.

Demikianlah, selama berabad-abad wanita terus-menerus berada di bawah


kekuasaan lelaki. Kedudukan wanita lebih rendah dari lelaki dan mereka harus tunduk
kepada kekuatan lelaki demi keharmonian rumahtangga. Datangnya agama Yahudi dan
Nasrani yang ajarannya kemudian banyak diselewengkan oleh para penganutnya belum
dapat menjamin kedudukan wanita sewajarnya. Dalam praktiknya, wanita Yahudi sangat
rendah kedudukannya berbanding lelaki. Dia ditangkap, dijual, dan diwariskan seperti
mewariskan seekor binatang atau sejumlah perabot rumah tangga. Seorang ayah berhak
menyewakan anak wanitanya selama periode waktu tertentu atau menjualnya pada saat
masih hingusan. Dia juga mempunyai hak untuk membunuhnya tanpa ada seorang pun
yang dapat mencegah. Hukum Taurat tidak memberikan hak waris kepada seorang isteri
dan juga kepada anak wanita, kecuali bila dia menikah dengan seorang lelaki dari klan
suku bapanya. Kedudukan wanita dalam agama Kristian tidak lebih baik berbanding
nasibnya dalam agama Yahudi. Agama Kristian tidak membebaskan kaum wanita dari
cengkaman otoriti kaum lelaki atau melindungi mereka dari penindasan dan kezaliman
lelaki. Sebaliknya, agama Kristian memaksa wanita untuk tunduk pada otoriti kaum lelaki
dan mentaati mereka secara mutlak. Bahkan wanita dianggap sebagai sumber kejahatan,
kerana wanita penyebab kepada pengusiran manusia dari syurga.

Walaupun begitu, terdapat dakwaan yang mana kaum wanita mempunyai nasib
lebih baik sebelum kedatangan Islam. Ini kerana sebelum kedatangan Islam, sistem
kekuasaan berbentuk matriaki yang “mesra wanita” telah wujud di Timur Tengah iaitu

32
Catal Huyuk,8 sebelum sistem berbentuk patriaki yang menindas diperkenalkan oleh
Islam.9

Hakikatnya, pada zaman Rasulullah SAW, kaum wanita memperolehi hak-hak


yang dinafikan sepanjang sejarah kemanusiaan.10 Pendekatan Rasulullah selaras dengan
doktrin egalitarianisme dalam Islam. Keistimewaan ini dinikmati kaum wanita sehingga
zaman Sahabat r.a. tetapi ia semakin mengalami pengurangan dari satu zaman ke zaman
yang lain. Senario ini berlaku ekoran perkembangan wilayah kekuasaan Islam yang pesat
pada zaman Dinasti Umawiyyah (661M-750M) dan ‘Abbasiyyah (750M-1258M).
Pengaruh lokal terutamanya kebudayaan memainkan peranan yang penting dalam proses
interaksi dengan Syariat Islam yang egalitarian. Peralihan pusat kuasa dari Hijjaz ke
kawasan yang masih kuat dengan fahaman patriaki mengubah dan mengurangkan hak-hak
kaum wanita dalam masyarakat. Pusat pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin pada asalnya
terletak di ibu kota Madinah al-Munawarrah, telah digantikan oleh Dinasti Umawiyyah ke
ibukota Damsyik, dan kemudian diubah oleh Dinasti ‘Abbasiyyah ke ibukota Baghdad.11

Dengan itu, dunia Islam mengalami enkulturasi dengan mengadopsi budaya-budaya


androcentrism (berpusat pada kepentingan lelaki). Wilayah Islam bertambah luas ke bekas
wilayah jajahan Parsi di timur, bekas jajahan Rom dengan pengaruh kebudayaan
Yunaninya di barat, dan ke Afrika, seperti Mesir dengan sisa-sisa kebudayaan Mesir
kunonya di bahagian selatan. Pusat-pusat kebudayaan tua tersebut memperlakukan kaum
wanita sebagai the second sex.12

Perbezaan perlakuan terhadap wanita ini dapat dilihat di dalam jadual 2 di bawah.

Jadual 2:Perbezaan Perlakuan terhadap wanita pada Masa Pra dan Pasca Islam13
8
James Mellaart (1967), Catal Huyuk: A Neolithic Town in Anatolia. Thames and Hudson.
9
Ini merupakan dakwaan orientalis Barat dan dijadikan inspirasi perjuangan wanita dari Mesir. Lihat
Reuben Levy (1969), op. cit., h. 91.
10
Sayyid Muhammad Siddiq Hassan Khan al-Qanuji al-Bukhari (1981), Husn al-Uswah bima
Thabata min Allah wa Rasulihi fi al-Niswah. c. 2, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
11
Nasaruddin Umar (2001), op. cit., h. 308.
12
Nasaruddin Umar (2002a), op.cit., hh. 197-198.
13
Syafiq Hasyim (2001), Hal-hal yang Tidak Terpikirkan tentang Isu-isu Keperempuanan dalam
Islam. Bandung: Mizan,

33
Bil. Pra-Islam Pasca-Islam
1 Wanita adalah manusia yang tidak dikenal Wanita dalam Islam dilindungi al-Qur’an dan
oleh undang-undang, kerana dianggap bukan Sunnah Rasulullah SAW.
sebagai makhluk undang-undang sehingga
tidak wajar masuk dalam peraturan
perundangan.
2 Wanita dianggap sebagai harta benda, Wanita diberi hak untuk memilih pasangan
sehingga berhak diperlakukan apa saja sesuai hidupnya sendiri dalam sebuah pernikahan
dengan keinginan pembeli (suami). Jadi, yang menunjukkan pemberian kebebasan
pada masa ini seorang suami sudah biasa kepada seorang wanita.
menjual isterinya kepada orang lain.
3 Wanita tidak memiliki hak talak (cerai), Wanita memiliki hak talak. Islam memberikan
sehingga diperlakukan bagaimanapun oleh hak talak bagi wanita agar mereka juga
suaminya, harus dihadapi dengan sabar sebab memiliki kedudukan yang setara dengan lelaki.
dalam kondisi yang buruk seperti ini, ia tidak Ketika terjadi ketidaksesuaian atau perlakuan
boleh melepaskan ikatan perkahwinan dari yang tidak adil terhadap dirinya, wanita dapat
suaminya. Maka terus-menerus ia berada menggunakan hak talaknya. Al-Qur’an
dalam ketergantungan terhadap suaminya. memberikan pilihan dan kebebasan untuk
meneruskan atau memutuskan kehidupan
mereka dengan suaminya sama ada melalui
khulu‘ mahupun fasakh.
4 Wanita tidak memiliki hak waris, tetapi Wanita berhak mewarisi dan memiliki
malah diwariskan bagaikan tanah, haiwan, kekayaan, baik yang bersumber dari harta
dan harta kekayaan yang lain. Akibatnya, warisan mahupun mas kahwin (mahar).
wanita tidak punya kesempatan untuk hidup
secara bebas dan maju.
5 Wanita tidak memiliki hak untuk memelihara Wanita memiliki hak penuh untuk memelihara
anaknya, kerana dianggap milik keluarga anaknya. Padahal, dulu bila lahir anak
lelaki. perempuan, terus ditanam hidup-hidup oleh
bapanya. Islam datang memberikan huraian
yang jelas mengenai pentingnya anak
perempuan. Hak memelihara anak (haqq al-
hadhanah) tidak hanya menjadi hak kaum
lelaki sahaja, tetapi juga menjadi hak utama
wanita.
6 Wanita tidak memiliki kebebasan Wanita berhak mempergunakan atau
membelanjakan hartanya kerana wanita membelanjakan hartanya. Pada masa pra-
dianggap harta. Bagaimana mungkin ia dapat Islam, harta boleh dikatakan menjadi hak
membelanjakan harta sedangkan dirinya sepenuhnya kaum lelaki. Harta adalah simbol

34
adalah bahagian dari harta. kemerdekaan dan kehormatan bagi setiap
orang.
7 Penguburan bayi perempuan hidup-hidup. Ini Wanita memiliki hak hidup.
merupakan tragedi terbesar dalam sejarah
wanita pra-Islam.

35

Anda mungkin juga menyukai