Anda di halaman 1dari 3

BANYAK-BANYAK 1. Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang? Jawapan:Kuda yang berbaris-baris 2.

Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya ti dak dimakan. Jawapan:Kuih Donut 3. Banyak-banyak kuih, kuih apa ada bawang besar ditengah-tengah? Jawapan:Kuih salah resepi 4. Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari? Jawapan:Lembu yang hilang kalu tak hilang orang tak cari punya 5. Banyak-banyak binatang.... binatang ape yang bertelur dan beranak.....? Jawapan:Siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x pe rcaye ye.hahahahaha 6. Banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati? Jawapan:Pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia 7. Banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat? Jawapan:Sungai Besi...Alaa sungai yang kat selangor tu. 8. Banyak-banyak air, air apa yang paling berani? Jawapan:Air terjunnnn!!! 9. Banyak-banyak huruf, huruf mana yang boleh kahwin... Jawapan:I dan U leee.. 10. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang pemalu? Jawapan:Ikan Sadin dalam tin. Sebab tak keluar-keluar, dalam tin je.. 11. Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diankat? Jawapan:Kotak Penalti 12. Banyak-banyak orang.. orang apa tak kawin? Jawapan:Orang-orang 13. Banyak-banyak gurun, gurun mana tanamannya subur? Jawapan:Gurun, Kedah 14. Banyak-banyak cecair, cecair apakah yang menjadi beku bila dipanaskan? Jawapan:Telur 15. Banyak-banyak binatang, binatang apa yang baik hati???? Jawapan:SRIGALA kerana Srigala suka lolong melolong 16. Banyak-banyak Tahi, tahi apa yang tak berbau? Jawapan:Tahi hidung, sebab duduk dalam hidung tuan dia tak tercium pun bau. 17. Banyak-banyak burger, burger apa yang buat kita gembira? Jawapan:Bergembira! 18. Banyak-banyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah? Jawapan:Ayer Hitam (Air Hitam) 19. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut? Jawapan:Ikan kembung. 20. Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging? Jawapan:Singapura. 21. Banyak-banyak Burung, Burung apakah yang paling penyayang? Jawapan:Burung belatuk... sebab dia bela atuk. 22. Banyak-banayk buah, buah apa tidak bertangkai? Jawapan:Buah Melaka 23. Banyak-banyak daun, daun apa tidak bertangkai Jawapan:Daun terup 24. Banyak-banyak binatang, binatang apa tidak berkaki? Jawapan:Ular 25. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai Jawapan:Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah 26. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais Jawapan:MILO AIS 27. Banyak-banyak binatang, binatang apa tangannya di kepala, kakinya di kepala, badannya di kepala? Jawapan:Kutu 28. Banyak-banyak burung, burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan:Penguin 29. Banyak-banyak bintang, bintang apa hidup di laut? Jawapan:Tapak Sulaiman

1. Binatang apa namanya hanya guna dua huruf sahaja? Jawapan:U dan G (udang) 2. Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan:Beruang sebab binatang ni ber wang 3. Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan:Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perk ataan Jawa. 4. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan:Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan... 5. Huruf jawi apa yang ada angin... Jawapan:Huruf TA dan YA laa... (Bunyi macam Tayar, tayarkan ada angin) 6. Katak apa yang boleh menyuruh orang? Jawapan:KATAKan padaku 7. Kera apa yang tinggal di istana? Jawapan:KERAbat diraja 8. Kera apa yang buat orang stress? Jawapan:KERAna cintanya diputuskan oleh kekasih hati 9. Ahmad bin Abu, kambing bin apa? Jawapan:Kambing binATANG 10. Kopi apa yang sungguh menyusahkan? Jawapan:KOPIkir sendirilah! 1. Apa Arti Peribahasa "Sambil Menyelam Minum Air"? Jawapan:Tenggelam 2. Bila slogan "Terus Maju, Pantang Berundur" nampak bodoh? Jawapan:Waktu Kejohanan Tarik Tali 3. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan:Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan bua h cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu) 4. Apa dia "jauh di mata, dekat di hati"? Jawapan:Jantung.. paru-paru pun boleh.. hempedu pun boleh.. asalkan denkat dengan hati.. 1. Apa bahasa cinanya "selesai makan"? Jawapan:Sudah KEN YANG 2. Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati.. . 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan. Jawapan:Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firull ah hal azim. 3- Alhamdulillah. 3. Kenapa bila orang putih sebut "Wang Udara dan Kerusi" bunyinya lucah? Jawapan:Air Money and Chair (Air Mani Encir - Encir maknanya cair) 4. Cuba teka apa bahasa cina-nya "orang yang cari ikan di laut"? Jawapan:MAN CHING

1. Apa dia, Ditembak ke lantai kena hidung?

Jawapan:Orang kentut 2. Siapa orang yang gembira bila mendengar orang meninggal? Jawapan:Tukang gali kubur 3. Apa dia yang masuknya lurus keluarnya bengkok? Jawapan:Jari tengah korek lubang hidung 4. Apa dia, kalau dikeluar dari lubang besar tak dapat, tapi kalau dikeluar dari lubang kecil dapat? Jawapan:Air Ludah 5. Apa yang diiring bukan raja, ditanam bukan tanaman? Jawapan:Orang mati nak dikubur 6. Apa benda, bekaki satu bemata tiga? Jawapan:Lampu Trafik 7. Apa yang masuknya keras keluarnya lembik? Jawapan:Terung direbus 8. Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yan g dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu? Jawapan:Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama. 9. Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yan g semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. 10. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan b ila tua pula berkaki 3? Jawapan:Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat. 11. Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarun g kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lor ong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarn a hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di de pan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Jawapan:Waktu itu adalah siang hari bukannya malam! 12. Apa dia, Kalau kita guna kita buang, kalau tak kita simpan? Jawapan:Jala 13. Ada 2 syiling benilai 25 sen. Salah satu darinya bukan duit 5 sen. Jadi bera pa nilai setiap syiling? Jawapan:20 sen dan 5 sen 14. Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di bagi pulak pada 3 orang..berapa seorang dapat? Jawapan:Sebiji sorang sebab limaukan 3 biji.. 15. Benda apa kalau naik tak turun dah? Jawapan:Umur 16. Air apa yang kita bawa tak berat? Jawapan:Air sembahyang 17. Apa binatang ada 6 kaki dan boleh mengeluarkan api? Jawapan:Api-api (kelip-kelip) 18. Apakah dia "rumah di bawah, tiang di atas"? Jawapan:Kubu

Anda mungkin juga menyukai