Anda di halaman 1dari 11

PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas adalah tindakan awal


dan segera yang diberikan kepada mangsa
sementara menanti ketibaan ambulans atau
pasukan paramedik. Tempoh masa empat
minit
pertama
adalah
kritikal
bagi
memastikan mangsa selamat, khususnya
mangsa
yang
menghadapi
masalah
pernafasan. Kegagalan memberikan bantuan
kecemasan
akan
menyukarkan
usaha
menyelamatkan mangsa.
Pengetahuan
mengenai tatacara bantuan kecemasan
D.R.A.B.C boleh membantu kita memberikan
bantuan kecemasan.

KEPENTINGAN
PERTOLONGAN CEMAS
1. Untuk menyelamatkan nyawa:
Jika mangsa pengsan, pastikan
laluan udara selesa dan pastikan
mangsa bernafas. Sekiranya berlaku
pendarahan, hentikan pendarahan
secepat mungkin. Rawat kecederaan
dengan betul dan kenali latar
belakang mangsa (sejarah kesihatan
seperti diabetes dan lain lagi) yang
perlu perhatian istimewa.
2. Untuk mencegah luka menjadi
lebih teruk: Alih mangsa dari
tempat bahaya dan jangan buat
mangsa banyak bergerak. Selesakan
dan beri keyakinan pada mangsa
serta beri perlindungan dari ketidak
selesaan seperti kesejukan atau
kepanasan atau keadaan yang
basah.

3. Mendapat bantuan perubatan:


Arah
atau
pinta
rakan-rakan
mengambil
peti
keselamatan
berhampiran
dan
memanggil
ambulans atau perawat bertauliah
dengan sesegera mungkin. Pastikan
menunggu
bersama
mangsa
sehingga bantuan sampai.
4. Balutan: Adalah wajib untuk
membalut luka, yang mudah dibuka
oleh perawat bertauliah seperti
doktor,
supaya
menghentikan
pendarahan dan memastikan luka itu
bersih dan terlindung dari luka
menjadi bertambah rosak. Pembalut
mestilah di antikumankan, di simpan
dalam bekas yang ketat dari udara.
Ia sewajarnya dibuat dari kain putih,
suci dari kekotoran. Tangan harus
dibasuh dan dibersihkan sebelum
menyentuh luka. Gunakan balutan
yang
dapat
melindungi
luka
sepenuhnya. Tangani balutan hanya
dari
sisinya.
Tambah
pelapik

tambahan dan letak


dengan pembalut.

ditempatnya

TATACARA D.R.A.B.C
a)

Danger (Bahaya)
1. Sebelum memulakan usaha bantuan
mula, pastikan diri kamu, mangsa
dan orang lain yang berada di
tempat kejadian selamat daripada
punca yang membahayakan.
2. Kenal pasti bilangan orang yang
memerlukan bantuan kecemasan.

3. Teruskan usaha menyelamat apabila


persekitaran
telah
dipastikan
selamat.

b) Response (Gerak balas)


1. Pastikan mangsa dalam keadaan
sedar
dengan
menggoncangkan
badannya dengan lembut sambil
bertanyakan soalan seperti Siapa
nama kamu? atau Kamu berada di
mana?
2. Jika
mangsa
sedar,
teruskan
pemeriksaan bagi memastikan tidak
terdapat sebarang kecederaan yang
lain, seperti luka atau patah.
3. Sekiranya mangsa tidak sedar,
alihkan
kedudukannya
secara

menyisi bagi membantu membuka


ruang pernafasannya.

c)

Airways (Saluran pernafasan)


1. Pastikan saluran pernafasan mangsa
terbuka dan tiada objek yang
menghalang
pernafasan,
seperti
lidah atau sisa makanan.
2. Jika ada objek yang menghalang
pernafasannya,
keluarkanobjek
tersebut agar mangsa boleh bernafas
semula. Selepas itu buka saluran
pernafasan mangsa dengan cara
berikut:
- Letakkan sebelah tangan di atas
dahi mangsa.

- Sokong dagu mangsa dengan


tangan sebelah lagi.
- Perlahan-lahan dongakkan kepala
mangsa ke belakang dan buka
mulut mangsa.

d) Breathing (Bernafas)
1)

Pastikan mangsa bernafas dengan


cara berikut:
Lihat pergerakan turun naik
dadanya.
- Dengar bunyi semasa mangsa
bernafas.
- Dekatkan pipi ke mulut dan hidung
mangsa untuk merasa haba panas
yang keluar dari mulut dan
hidungnya.

2) Sekiranya mangsa bernafas dengan


baik, pastikan kedudukannya stabil.

e) Circulation (Peredaran darah)


1) Periksa denyutan nadi mangsa di
bahagian leher(arteri karotid)
2) Jika nadinya berdenyut, teruskan
proses bantuan pernafasan dengan
kadar satu hembusan setiap lima
saat (12 kali hembusan seminit)
3) Jika mangsa tidak bernafas, berikan
bantuan
pernafasan
(resusitasi)
seperti yang berikut:

Dongakkan kepala mangsa ke


atas.
- Picit hidung mangsa dengan ibu jari
dan jari telunjuk.
- Buka mulut dan lekapkan mulut
kamu ke mulut mangsa.
- Berikan dua hembusan nafas ke
dalam mulut mangsa.
Pastikan
sama ada mangsa boleh bernafas
semula
dengan
berpandukan
kaedah breathing(bernafas)
4) Periksa
semula
denyutan
nadi
mangsa seperti langkah (1).
Jika
nadinya berdenyut dan mangsa
bernafas, pastikan kedudukannya
stabil.
Bantuan pernafasan perlu
dilakukan sehingga mangsa boleh
bernafas semula atau sehingga
pasukan paramedik tiba.

PENDIDIKAN
JASMANI
&
KESIHATAN

FARAH SYAZWANI
NUR SUHAIDA
FARAH NUR AISAH
NURUL IZATY
FATIN FARHANAH

Anda mungkin juga menyukai