Anda di halaman 1dari 24

1

PENGENALAN
Kanak-kanak khas adalah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan
keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya
ataupun kanak-kanak cacat. Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang
berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori,
keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal (Jamila, 2005). Perbezaan-
perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam
aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya
berkembang kepada kapasiti maksimum.
1.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS HIPERAKTIF
Hiperaktif merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak
pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan akan bertindak
mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive
Disorders). Kanak-kanak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah berasa puas dengan
permainan atau barang mainan yang disukai oleh kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka
kerana perhatian kanak-kanak hiperaktif mudah beralih dari satu fokus ke fokus yang lain.
Mereka seakan-akan mencari satu permainan yang mampu menarik minat mereka tetapi
mereka tidak pernah menemui permainan tersebut.
Menurut Dr. Seto Mulyadi yang telah memberikan maksud tentang hiperaktif dengan
mengatakan bahawa hiperaktif menunjukkan suatu pola perilaku yang menetap pada seorang
anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan
bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007).
Hiperaktif juga merujuk kepada kepayahan untuk mengawal diri sendiri supaya tidak
melakukan perkara yang diluar kemampuan mereka. Contohnya ketika membuat keputusan
dalam keadaan tertentu mereka tidak akan pernah memikirkan perkara tersebut dari sudut
positif dan negatif sebaliknya mereka hanya melakukannya mengikut kehendak mereka sendiri.



2

1.1 Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif
Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),
Dr. Subash Kumar Pillai dalam Utusan 24 September 2009, ADHD sukar dikesan dan ia tidak
mudah didiagnosis disebabkan tiada simptom boleh dilihat seperti penyakit-penyakit lain namun
tahap kenakalan kanak-kanak berkenaan berbeza dengan rakan seusia.
Kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif akan menunjukkan tiga ciri-ciri yang
berbeza. Antaranya ialah melalui kegiatan hiperaktiviti, tempoh tumpuan yang singkat dan
melalui tingkah laku mereka. Guru akan dapat mengenal pasti kanak-kanaknya yang
mengalami masalah hiperaktif melalui tingkah laku yang ditonjalkan oleh mereka.
Melalui kegiatan hiperaktiviti, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif ini akan
sentiasa bermain dengan anggota badan mereka. Mereka tidak pandai duduk diam di tempat
mereka sebaliknya akan mengeliat-geliut di tempat duduk mereka walaupun berkali-kali telah
diarahkan oleh guru supaya duduk diam. Selain daripada itu juga, mereka tidak pernah duduk di
tempat duduk mereka tetapi akan berjalan di sekitar dalam kelas tanpa menghiraukan guru
yang berada di dalam kelas tersebut. Manakala dalam sukan dan permainan mereka akan
bergerak lebih cergas berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Hal ini adalah kerana,
mereka akan mengalami satu masalah jika hanya duduk belajar secara diam dalam kelas
sebaliknya kanak-kanak yang hiperaktif ini lebih gemar bergerak cergas seperti aktiviti dalam
sukan dan permainan.
Manakala melalui tempoh tumpuan kanak-kanak yang singkat pula akan menunjukkan
ciri-ciri seperti sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap perkara yang rumit atau cuai
serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Selain
daripada itu juga, kanak-kanak tidak akan mematuhi arahan dan gagal untuk menyiapkan kerja
sekolah dan kerja harian. Kanak-kanak akan mengalami masalah untuk mengatur tugas serta
aktiviti-aktiviti, tidak suka atau keberatan untuk melakukan sesuatu tugas yang memerlukan
tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) dan selalu kehilangan barang
(misalnya pensil, pemadam, buku, tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) .Tumpuan kanak-
kanak hiperaktif juga akan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain dan menjadi
mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia.

3

Disamping itu juga, ciri-ciri yang ditunjukkan melalui tingkah laku pula adalah seperti
selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar dan hadapi masalah
ketika menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualan orang lain, sering
membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.
1.2 Sikap Kanak-kanak Hiperaktif
Antara sikap kanak-kanak hiperaktif adalah (Nadia Hamid, 2010):
Degil
Suka membantah
Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal
Sering kali merasa tidak puas hati
Sering tertekan
Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
Cepat takut dan risau
Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit.
1.3 Faktor-faktor Kanak-kanak Hiperaktif
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di
kalangan kanak-kanak sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.
Faktor Genetik
Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang amat
besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif (ADHD). Jika kita lihat pada faktor genetik,
sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa
ataupun saudara mara.
Faktor Neurologik
Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil.
Dalam hal ini, ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah seperti gangguan otak akibat sulit

4

saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak langsung turut
menganggu perkembangan bayi.
Faktor Kultural dan Psikologi
Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan dibawah faktor kulturul dan faktor psikologi
iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan oreintasi kesenangan.
a) Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang
memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan
sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin
memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu
bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah
menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Oleh itu,
faktor ini menjadikan anak, hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku
melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa.
b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan
Faktor merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan
pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu,
kesan daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah
hiperaktif.
c) Orientasikan kesenangan
Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki
cirri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu
mendengarkan dan menyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-
kanak ini akan sering menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri.



5

1.4 Teori dan Pendekatan yang Sesuai
Teori Kognitif Piaget
Berdasarkan teori Piaget, kanak-kanak hiperaktif juga mengalami satu perkembangan
kognitif yang sempurna seperti kanak-kanak lain. Para kanak-kanak hiperaktif ini juga
mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka.
Mereka akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ
dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-
pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh
itu, Piaget menekankan mengenai pentingnya interaksi antara kanak-kanak dengan
persekitaran fizikal mereka (Mok Soon Sang, 2009). Melalui interaksi tersebut mereka dapat
menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya.
Pendekatan Konstruktivisme Sosial
Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam
bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan
konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para kanak-kanak itu
sendiri. Dengan cara ini kanak-kanak berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar
kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di samping
itu juga, para kanak-kanak hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk
berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada
guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil
bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.
1.5 Kesimpulan

Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk diam dan
memberi perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar, tidak
mudah mengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu
berinteraksi dengan pelajar ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh
lingkungan bagi anak hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya
apabila kanak-kanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara
teman-teman yang lain.

6

Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan.
Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya. Dunia
kehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita dapat
memberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru
supaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat.
Ahli sosiologi dan psikologi berpendapat bahawa kanak-kanak hiperaktif memerlukan
bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

2.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN SATU PUSAT PRASEKOLAH ATAU SEKOLAH KANAK-
KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Sekolah Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu salah satu sekolah
Pendidikan Khas yang dipilih sesuai untuk dibuat tinjauan kes jenis keperluan khas yang dipilih
iaitu Hiperaktif atau ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders). Selain menyediakan
peluang pendidikan kepada kanak-kanak bermasalah hiperaktif sekolah itu juga memberi
peluang kepada murid-murid yang berkeperluaan khas yang lain seperti bermasalah
pendengaran, penglihatan, masalah pengajaran, slow learner dan sebagainya. Oleh itu, dengan
memilih sekolah ini, mahasiswa pendidik dapat meluaskan pengetahuan tentang pelbagai
masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang berkeperluan khas. Sekolah itu, juga
telah menempatkan kanak-kanak berhiperkatif di dalam sebuah kelas, dimana strukturnya jauh
lebih berbeza daripada kelas-kelas biasa. Kelas yang telah dibina untuk kanak-kanak yang
berhiperkatif sesuai untuk ciri-ciri mereka yang cepat bosan dan sukar memberi tumpuan.
Sekolah yang dipilih juga boleh dikatakan sesuai untuk dijalankan kajian tindakan
disebabkan oleh kurikulum yang diamalkan olehnya. Kurikulum yang digunakan menepati
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (Hiperaktif). Oleh itu, sekolah ini sesuai dirujuk bagi mengumpulkan maklumat
yang tepat dan sah. Selain itu, sekolah ini juga menjadi sumber rujukan untuk mengumpul
maklumat yang sesuai bagi menjalankan tugasan yang diberi.
Sekolah yang dipilih ini juga sesuai dibuat tinjauan kes jenis keperluan khas yang dipilih
kerana ia mempunyai guru-guru yang berijazah dan berpengalaman dalam bidang Pendidikan
Khas. Guru-guru di sekolah tersebut dijadikan pakar rujuk dan maklumat yang diperoleh
daripada mereka dapat membantu untuk menyempurnakan tugasan. Mereka juga dapat

7

membimbing untuk melaksanakan pengajaran mikro di sekolah tersebut. Selain itu, hubungan
juga dapat dibina bersama guru-guru Pendidikan Khas supaya ilmu dapat dikongsi antara satu
sama lain dan panduan dan bantuan daripada mereka dapat membantu menjadi seorang bakal
guru yang berpengetahuan luas dan serba boleh.
Selain itu, sekolah itu juga bervariasi dari segi kemudahan dan peluang yang disediakan
untuk Pendidikan Khas. Oleh itu, ia boleh dijadikan sebagai tempat untuk melaksanakan
tinjauan kes. Memandangkan ia merupakan sebuah sekolah untuk pendidikan khas, ia mesti
dilengkapi dengan segala kemudahan dan keperluan yang harus dibekalkan kepada kanak-
kanak yang berkeperluan khas yang berbeza. Oleh itu, ia dapat membantu untuk mencapai
objektif lawatan ke sekolah tersebut dan menghasilkan suatu jawapan tugasan yang berkualiti.
Kesimpulannya, sekolah yang dipilih dapat membantu dari pelbagai segi dan ia wajar
dijadikan pilihan bagi melaksanakan tinjauan kes jenis keperluan khas yang dipilih iaitu kanak-
kanak hiperaktif.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah dibina bagi kanak-kanak berumur 9 Tahun
berdasarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas. Murid-murid tahun
3 telah menjadi pilihan disebabkan oleh kanak-kanak yang bermasalah hiperaktif di sekolah
tesebut berumur sembilan tahun dan mereka sesuai untuk dilaksanakan dengan pengajaran
mikro berdasarkan objektif yang hendak dicapai dalam Rancangan Pengajaran Harian yang
telah dirancang sebelum lawatan.



8


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Tarikh : 18 Mac 2014
Mata Pelajaran : Matematik
Hari : Jumaat
Masa : 8.45 a.m 9.45 a.m (1jam)
Kelas : Aktif
Kategori Murid : Hiperaktif
Bilangan Murid : 6 orang murid (2 perempuan dan 4 orang lelaki)
Tajuk : Masa dan waktu
Fokus : Mengenal masa (jam) dan waktu (pagi, tengahari, petang dan malam)
Standard Kandungan : 5.0 Menyatakan waktu dalam unit jam dan minit
Standard Pembelajaran : 5.1.2 Menyatakan waktu dalam unit jam dan minit
5.1.3 Menulis waktu dalam unit jam dan minit.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah biasa melihat jam dinding di rumah
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
I. Menyebut masa (jam) dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu
dengan betul.
II. Menunjukkan waktu (jam) dalam sistem 12 jam sekurang-kurang 3 daripada 5 waktu
III. Murid dapat menyusun aktiviti yang sesuai dilakukan mengikut masa.


9

Penyerapan Mata Pelajaran:
I. Bahasa Inggeris
II. Pendidikan Seni Visual
III. Pendidikan Muzik
IV. Sains
V. Pendidikan Moral (nilai-nilai murni)

Penggabung jalinan :
I. Mendengar
II. Menyebut
III. Membaca
IV. Menulis
V. Mewarna
VI. Bergerak

Unsur Terapi :
I. Pengamatan
II. Pendengaran
III. Pertuturan
IV. Cara Kerja
V. Psikomotor Halus.

10

Penyerapan Nilai :
1. Mendengar arahan guru
2. Konsentrasi
3. Teliti
4. Disiplin
5. Menepati masa

KBKK : Mengenal pasti,membanding beza dan menghubung kait
Bahan Bantu Mengajar(BBM) : Jam, Kad nombor, Alatan Mewarna, Lembaran Kerja, Muzik lagu dan Model jam.




11


LANGKAH ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
CATATAN

Set Induksi
(5minit)

1. Pengenalan Tajuk
Murid diminta
menyanyi lagu
Bangun Pagi
Lirik 1
"Bangun Pagi"

Bangun Pagi Gosok
Gigi,
Cuci Muka Terus
Mandi,
Pakai Baju Minum
Susu,
Salam Ayah Dan
Ibu,

Pergi Sekolah Jalan
Kaki,

1. Guru menyanyi dan murid mengikut
nyanyian guru. (modifikasi pertuturan)
2. Murid-murid menyanyi bersama dan meniru
gaya guru. (modifikasi pergerakan,
pertuturan)
3. Guru mengaitkan lagu dengan pembelajaran
hari ini iaitu waktu bangun pagi dan amalan-
amalan yang wajib dilakukan setiap hari.
(modifikasi pengurusan diri dan tingkah laku)
4. Guru cuba menutup lampu (suasana kelas
jadi gelap petanda malam) dan
menghidupkan kembali suiz lampu kelas
(suasan kelas cerah petanda siang).
- Pendekatan pengajaran sains
(fenomena siang dan malam).
Memodifikasi pemahaman/ pengurusan
masa murid hiperaktif tentang aktiviti-
aktiviti yang tepat sesuai dilakukan.

Teknik
Nyanyian dan pergerakan
Terapi
Pendengaran
penglihatan
Pertuturan
Nilai
Mendengar Arahan Konsentrasi
Kerjasama

BBM-Gambar suasana

TKP
Muzik
Kinestetik
Verval-linguistik
KBKK
Membuat gambaran mental

12

Jumpa Cikgu Depan
Pintu,
Selamat Pagi Cikgu
Sa'amah,
Selamat Pagi Cikgu
Aishah,

Rajin Belajar Cikgu
Ajar,
Pandai Tulis, Pandai
Lukis,
Pandai Nyanyi,
Baca Buku,
Semua Orang Suka
Hati,

Kalau Kita Rajin
Usaha,
Ibubapa Gembira,
Mari Kawan Sama-
Sama,
Pasti Kita Berjaya !

















Kemahiran
Menyebut
Meniru gaya (pergerakan)





13



Langkah 1
(20 Minit)


1. Aktiviti 1
Pengenalan tentang
unit dalam waktu
-unit jam
-pagi, tengahari,
petang, malam.





1. Guru menunjukkan jam loceng di hadapan
kelas.
2. Murid melihat dan menyentuh model jam
yang ditunjukkan oleh guru.(modifikasi
pengamatan melalui sentuhan)
3. Guru menunjukkan komponen jam kepada
murid.
4. Guru menunjukkan nombor-nombor yang
terdapat pada muka jam dan murid
menyebut.
5. Murid memberi respon mengenai
penerangan guru.
6. Guru meminta murid untuk mengebut
nombor secara berkumpulan pada jam
bermula dari nombor 1 hingga nombor 12
dan seterusnya secara individu dan
kemudian dari nombor 12 hingga 1
(menurun)
7. Murid mengikut arahan guru dengan teliti.
8. Guru memberitahu murid tentang jarum jam,
jarum minit, dan jarum saat. (modifikasi)
(loceng jam berbunyi meransang murid untuk


Teknik
Penerangan soal Jawab
Terapi
Penglihatan, Pertuturan, Pendengaran
KBKK
Menghubung kait
Mengenal pasti
Nilai
Teliti, Mendengar arahan, disiplin
TKP
Kinestetik
Muzik (bunyi jam)
InterpersonaI
kontekstual
Kemahiran
Mengingati, mengenal
BBM
Jam loceng
Gambar

14

fokus semasa P&P- modifikasi kepekaan)
9. Guru menerangkan waktu pagi, tengahari,
petang, malam.
10. Guru menerangkan aktiviti yang sesuai
dilakukan mengikut waktu.


Langkah 2
(20 Minit)

Aktiviti 2
1. Membuat model jam
dinding




1. Guru mengagihkan murid pinggan kertas
setiap seorang.
2. Guru meminta murid untuk membentuk
model jam dinding seperti yang ditunjukkan
beserta lekatan nombor 1-12
3. Murid membentuk model jam dinding
mengikut contoh jam yang disediakan oleh
guru.
4. Guru menunjukkan satu persatu langkah
melukis nombor dan jam pada pinggan
kertas.
5. Guru membekalkan lukisan yang belum
diwarnakan dan menyuruh murid melukis
jam dan mewarna berdasarkan contoh yang
diberi dan mengikut tahap keupayaan murid.
6. Murid-murid menerima tugasan yang
diberikan oleh guru dan mewarna mengikut

Teknik
Aktiviti melukis dan mewarna
Terapi
Psikomotor Halus
Pengamatan
seni
Nilai
Teliti, cermat, kreatif dan berusaha,
menepati masa.
KBKK
Membuat gambaran Mental
BBM
Kertas
Model jam
Pen majis
Pelekat nombor
Kemahiran

15

contoh yang diberi mengikut masa yang
ditetapkan.
7. Tugasan disiapkan oleh murid mengikut
masa yang ditetapkan. (modifikasi
pengurusan masa)
Menampal, melukis, mewarna

Langkah 3
(15 Minit)
Aktiviti 3
Lembaran kerja
a) Menulis waktu
jam berdasarkan
gambar jam
yang betul
b) Menentukan
masa (pagi,
tengahari,
petang dan
malam)
berdasarkan
gambar yang
terpapar pada
lembaran kerja.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang
mengandungi gambar jam yang tidak
lengkap.
2. Murid menerima lembaran kerja yang
diberikan oleh guru
3. Guru meminta murid untuk menulis waktu
jam berdasarkan pada model jam yang
disediakan. (Modifikasi BBM)
4. Murid melaksanakan arahan yang diberikan.
(Modifikasi disiplin)
5. Guru membimbing murid yang lemah dalam
menyiapkan lembaran kerja.
6. Murid memberi respon positif kepada guru.
(modifikasi tingkah laku melalui pujian)

Teknik
LatihTubi, Psikomotor Halus
Nilai
Berusaha, Teliti, Tekun.
KBKK
Menghubung kait
BBM
Lembaran Kerja
Pen Majis
TKP:Visual ruang
Interpersonal
intrapersonal
Kemahiran
menulis

16


Penutup
(5 Minit)

1. Mengimbas kembali
2. Penutup Sosial

1. Guru meneliti hasil kerja murid dan memberi
markah secara verbal dan bertulis.Pujian
diberi. (Modifikasi tingkah laku melalui
pengukuhan)
2. Guru membuat ringkasan tentang
pengajaran pada hari ini dengan meminta
murid menyebut kembali waktu pada model
jam. (Modifikasi daya ingatan)
3. Murid memberikan ganjaran pujian atas
pencapaian dan penglibatan mereka dalam
pengajaran dan pembelajaran. (Modifikasi
tingkah laku melalui pengukuhan)

Teknik
Soal Jawab
Penerangan
Terapi
Pertuturan
Nilai
Mendengar
Arahan
KBKK
Membanding beza
TKP-Kinestetik, Verbal- linguistik
*Senarai semak telah disediakan bagi mengenalpasti penguasaan murid-murid terhadap topik yang dipelajari

17



Nama Murid: ___________________________ Kelas :_______
Suaikan Waktu berpandukan gambar.


MALAM
PAGI
MALAM
PETANG
PAGI

18

Nama :_____________________ Kelas :_______
Tulis masa berdasarkan gambarajah jam berikut.



















19


SENARAI SEMAK
Nama : __________________ Kelas : ___________________ Tarikh : ______________
Arahan : Tandakan (/) pada ruang Menguasai atau Belum Menguasai berdasarkan item yang diuji.
Bil ITEM YANG DIUJI Menguasai Belum Menguasai Catatan
1 Menyatakan waktu dalam unit jam dan minit
a. Pukul 8 : 30 minit

b. Pukul 12 : 40 minit
c. Pukul 1 : 15 minit
d. Pukul 4 : 20 minit
2 Menulis waktu dalam unit jam dan minit
a. Pukul 8 : 00

b. Pukul 1 : 00
c. Pukul 9 : 20
d. Pukul 10 : 30

Refleksi :
_________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________.
Tandatangan Guru
________________
Tajuk : Masa dan Waktu
Standard Kandungan : 5.0 Menyatakan waktu dalam unit jam dan minit
Standard Pembelajaran : 5.1.2 Menyatakan waktu dalam unit jam dan minit
5.1.3 Menulis waktu dalam unit jam dan minit.


20

3.1 REFLEKSI
Pada tanggal 18 Mac 2014, saya telah mengadakan sesi pengajaran mikro bagi
memenuhi tugasan projek dengan menjalankan sesi pengajaran matematik di Sekolah
Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam,Pulau Pinang. Pengajaran mikro ini telah membantu saya
meluaskan pengetahuan saya dan memberi satu pengalaman baru kepada diri saya.
Dengan menerapkan modifikasi dalam pembelajaran segalanya memerlukan perincian
yang memenuhi keperluan untuk mengubah kebiasaan pada murid berhiperaktif kepada suatu
tahap untuk membolehkan mereka mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran (P &
P) yang dikendalikan oleh guru. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka istilah modifikasi ialah
proses dari segi perbuatan atau tindakan yang boleh mengubah sedikit sesuatu daripada
keadaan atau sifat asal supaya sesuai dengan keperluan atau situasi, sifat, dan tujuan yang
dikehendaki dan memodifikasi adalah proses pengubahsuaian. Oleh itu, RPH yang dirancang
untuk sesi P&P ini memerlukan elemen modifikasi sebagai kekuatan dalam meningkatkan
kualiti pemahaman atau pencapaian objektif dalam sesi P&P yang dijalankan walaupun murid
yang diajar adalah murid berhiperaktif. Proses modifikasi inilah bertujuan untuk memulihkan
kekurangan murid-murid hiperaktif ini. Jika modifikasi yang dibuat memenuhi kriteria dalam
mengubah tingkah laku mereka, meningkatkan tahap pemahaman mereka dalam P&P, serta
memberi mereka motivasi untuk mereka berusaha dengan sedaya mungkin walaupun
mempunyai tahap kognitif yang terbatas berbanding murid yang normal.
Hasil daripada P&P yang dijalankan, kekuatan yang dapat dikatakan ialah melalui
aktiviti-aktiviti yang dirangka dalam RPH adalah berkesan dan menarik. Hal ini kerana, semasa
sesi P&P dijalankan menggunakan RPH ini, murid hiperaktif memberi perhatian yang penuh
walaupun sukar memahami secara mendalam tetapi masih lagi dikira baik ekoran dari tahap
kognitif mereka yang terbatas. Melalui pemerhatian saya, murid-murid yang mengikuti
pengajaran tersebut kelihatan teruja dengan pengajaran yang mereka ikuti mungkin kerana
mereka belum lagi mempelajari tajuk matematik yang berkaitan dengan masa dan waktu.
Mereka mungkin mengenali jam tapi mungkin tidak memahami kegunaan jam sebagai
pembantu kepada kehidupan. Melalui pengetahuan kepada masa dan waktu, mereka dengan
sendiri dapat memodifikasikan kehidupan harian mereka dengan kehidupan yang lebih
tersusun. Hal ini melibatkan tingkah laku mereka dalam perkara-perkara yang sesuai dilakukan
oleh mereka pada waktu pagi dan pada jam berapa mereka harus melakukannya tanpa sikap

21

kebergantungan daripada ahli keluarga untuk menyuruh mereka melakukan untuk mereka. Jika
ianya berlaku maka dapat ditafsirkan bahawa modifikasi yang dibuat adalah mencapai objektif.
Namun apa yang mengagumkan saya, mereka dengan pantas menjawab soalan-soalan yang
ditanya oleh saya terutama. Hal ini membuktikan P&P yang dirangka berkesan kepada mereka,
tambahan pula rangsangan daripada pengukuhan semasa P&P menambahkan lagi semangat
mereka.
Dari segi kelemahan pula, apa yang dapat saya katakan ialah kelas Aktif adalah kelas
yang sempit dan tertutup dari kelas-kelas lain, hal ini akan membataskan pergerakan mereka
dan pengembangan mereka untuk memberi komitmen semasa pengajaran matematik yang
melibatkan aktiviti mereka setiap hari. Hal ini dapat dapat dilihat melalui pemerhatian saya
kepada dua orang murid perempuan yang duduk di belakang dalam deretan meja yang
menghala ke papan putih. Mereka kelihatan pasif dan menunjukkan perbuatan tidak ambil
peduli, jika keadaan kelas mereka sedikit luas mungkin mereka dapat memberi kerjasama saya
sama seperti murid-murid lelaki yang lain. Sebagai penambahbaikannya semasa kelas
matematik, mungkin murid sesuai ditempatkan pada ruangan yang luas sedikit dan susunan
meja yang lebih fleksibel untuk mengurangkan batasan pergerakan mereka.
Secara kesimpulannya dapat saya katakan, hasil daripada pengajaran yang dijalankan
adalah berjaya dijalankan terutama elemen-elemen modifikasi dapat diterapkan disamping
menyelitkan pendekatan pengajaran sains dan penggabungjalingan matapelajaran lain agar
murid lebih memahami P&P serta mencapai objektif P&P pada hari tersebut. Di kesempatan
ini, saya juga mengucapkan rasa kesyukuran diatas kerjasama ramai pihak dalam usaha saya
menyiapkan tugasan yang agak mencabar ini. Tugasan ini rata-rata mencabar kami sebagai
guru pelatih kerana ianya adalah tersirat dan memerlukan kreativiti dan pemahaman yang
mendalam untuk merangka RPH yang sesuai dengan murid berhiperaktif
Akhir kata, jutaan terima kasih semua banyak membantu untuk saya menjalankan
tugasan projek ini dengan jayanya. Ilmu yang diperoleh hasil daripada tugasan ini dapat saya
amalkan dan berkongsi kepada orang lain dan menjadikan sebagai satu ilmu yang akan
membantu saya sebagai seorang bakal guru.



22

Bibliografi

Jamila (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Bentong: PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd
Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007). Membimbing Anak Hiperaktif. Diperoleh pada 14 September
2010, daripada http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing-Anak-Hiperaktif
Mok Soon Sang (2009.) Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Nadia Hamid (2013, Februari 2). Anak Hiperaktif. Berita Harian. Retrieved 10 February 2014,
from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anakhiperaktif/Article/
Zuhayati Yazid (2009, September 24). Menangani Anak-anak Hiperaktif. Utusan Malaysia.
Retrived 10 February 2014, from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Keluarga&pg=ke_05.htm







ii

23


24

Anda mungkin juga menyukai