Anda di halaman 1dari 36

Topik 8:

Pengurusan Bimbingan dan Tingkah Laku Bayi


dan Kanak-kanak
(0-4 tahun)
Definisi Tingkah Laku

Perbuatan yang dilakukan sama ada secara langsung atau tidak, secara sedar atau
separa sedar (Lewis M. Beaker, 2001)

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama
dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan dan tujuan.
Definisi Tingkah Laku

Secara umum, tingkah laku adalah aktiviti, perilaku atau gerak geri seseorang individu
yang boleh dilihat atau diperhatikan oleh orang lain merangkumi aktiviti fizikal seperti
berlari, bercakap atau menggunakan bahasa isyarat, aktiviti membaca atau menulis,
aktiviti bermain sambil berkongsi atau bekerjasama, aktiviti rutin seperti makan dan
tidur.

Hearron dan Hilderbrand (2012) dalam bukunya Guiding Young Children mengatakan
untuk mengenali tingkah laku kanak-kanak kita perlu tahu temperamen seseorang
kanak-kanak. Kerana setiap kanak-kanak mempunyai temperamennya tersendiri.
Apa itu Temperamen?

Merupakan pembawaan atau tabii seseorang yang ada pada diri mereka sejak mereka
lahir. Temperamen akan mempengaruhi seseorang itu berfikir, rasa (feel), bertingkah
laku.

Merangkumi intensiti dan jangka masa reaksi pada sesuatu perkara kemungkinan
untuk mendekati dan mengelak benda baru, mood, ketekalan, ketabahan dan
gangguan.

Menurut Hearron dan Hilderbrand (2012) lagi temperamen adalah asas untuk
memahami tingkah laku kanak-kanak.
Temperamen terbahagi kepada tiga:

1. Kanak-kanak yang mudah (easy child)

- Sangat fleksibel, tenang, gembira, tabiat makan dan tidur yang tetap, mudah
menyesuaikan diri, kurang demand dari pendidik/pengasuh dan ibu bapa dan tidak
mudah merajuk, tekun membuat aktiviti, menunjukkan emosi gembira dengan
senyuman dan penglibatan positif dalam sebarang aktiviti dan tidak mudah terkesan
pada perubahan rutin dan peraturan.
Temperamen terbahagi kepada tiga:

2. Kanak-kanak yang lambat mesra (slow to warm up)

- Tindak balas pasif atau emosi was-was terhadap benda, orang atau tempat baharu,
rasa takut, malu dan akan memerhati dahulu keadaan sama ada ia boleh atau tidak
jika mahu terlibat.

- Biasanya akan menarik diri atau bertindak negatif pada situasi baru tetapi akan
beransur kurang dan lebih positif apabila mendapat pendedahan berterusan pada
situasi tersebut.

- Kanak-kanak yang begini perlu kepada rutin dan peraturan yang konsisten. Apabila
sudah biasa dia akan patuh rutin dan arahan.
Temperamen terbahagi kepada tiga:

3. Kanak-kanak yang sukar (difficult child)

- Menunjukkan tindak balas dan emosi yang berlawanan daripada kanak-kanak yang lain.
- Menunjukkan reaksi menentang, tidak selesa, marah atau menangis terhadap benda, orang atau
situasi yang baharu (Boukydis & Burgess, 1982).
- Mereka menolak dan enggan mencuba sesuatu yang baharu, cerewet, tabiat tidur dan makannya
tidak tetap, takut pada situasi dan orang yang tidak dikenali.
- Sangat bergantung harap pada pendidik/pengasuh dan permintaan yang tinggi, mudah terganggu
pada situasi bising dan mudah bertindak pada persekitaran.
- Emosinya yang tidak boleh dijangka. Mudah kecewa apabila tidak berjaya melakukan sesuatu dan
kehendaknya tidak dipenuhi.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

1. Sangat aktif

- Petanda kecergasan mental.


- Tugas kanak-kanak : mencuba, memegang, menyentuh, menghidu,
memulas, menuang, mengasingkan benda, menguji, membongkar.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

2. Meniru perlakuan orang lain

- Kanak-kanak seawal usia bayi sudah mula suka meniru perbuatan


orang lain.
- Meniru perlakuan orang tetapi tanpa mengetahui “kenapa” ia
menirunya.
- Kanak-kanak juga suka meniru perlakuan karakter kegemaran mereka
selain dari perlakuan ibu bapa mereka seperti karakter kartun atau
hero kegemaran.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

3. Belum mampu membezakan antara yang betul dan yang salah

- Pemikiran mereka masih belum mampu menaakul


sesuatu yang berasaskan logik dan mereka juga masih belum
memahami sesuatu yang abstrak.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

4. Suka bertanya soalan


- Disebabkan oleh perasaan ingin tahu yang mendalam,
mereka selalu bertanya soalan yang pelbagai berkenaan
persekitaran, perlakuan dan apa sahaja.

- Dalam menangani perkara ini ibu bapa atau


pendidik/pengasuh seharusnya kreatif dalam
memberikan sesuatu jawapan yang bersesuaian dengan
tahap perkembangan pemikiran mereka.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

5. Ingatan yang tajam


- Kanak-kanak memang mudah mengingati apa sahaja
yang didedahkan kepada mereka.

- Jika disuruh hafal sesuatu mereka memang mudah ingat


meskipun tidak faham apa yang dihafal.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

6. Sukakan ganjaran dan sokongan

Sifat semulajadi ini memberikan ruang kepada ibu bapa & pengasuh
merangsang perkembangan tingkah laku positif kanak-kanak dengan cara
memuji, memberi perhatian & memberi galakan kepada mereka.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

7. Suka bermain

Suka bermain & sukakan sesuatu yang menghiburkan adalah naluri semula jadi
seorang kanak-kanak.

Peranan ibu bapa atau pengasuh adalah untuk memantau gerak-geri kanak-kanak
agar tidak melibatkan sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka &
jika boleh bermain bersama mereka.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

8. Suka bersaing

Semakin mereka membesar & sudah boleh berinteraksi dengan adik-beradik juga
rakan sebaya, mereka akan mula bersaing sesama sendiri, bertujuan mendapatkan
perhatian.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

9. Daya sensitiviti yang tinggi

Kanak-kanak secara semula jadi amat sensitif, mudah merasa takut, cepat marah
& selalu dilanda perasaan cemburu.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

10. Perasaan ingin tahu yang tinggi

Itulah sebabnya kanak-kanak tidak boleh duduk diam & suka menerokai apa saja
di persekitaran mereka, & belajar melalui 'first hand experience’.

Justeru itulah dalam proses pengasuhan mereka, kanak-kanak seharusnya


dilibatkan dengan aktiviti 'pembelajaran tidak langsung secara praktikal'.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

11. Daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi

Itulah sebabnya kanak-kanak tidak boleh duduk diam & suka menerokai apa saja
dipersekitaran mereka, & belajar melalui 'first hand experience’.

Justeru itulah dalam proses pengasuhan mereka, kanak-kanak seharusnya


dilibatkan dengan aktiviti 'pembelajaran tidak langsung secara praktikal'.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

12. Perkembangan bahasa yang cepat

Perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku dengan pantas & mereka mudah


menguasai sesuatu bahasa asing jika dibiasakan setiap hari.

Bahasa membantu kanak-kanak menyampaikan perasaan & keinginan mereka.


Respon yang positif & cara berkomunikasi yang betul dapat membantu kanak-
kanak ‘bersaing' & ‘melaksanakan' menggunakan bahasa yang dipelajarinya.
Ciri Tingkah Laku Semulajadi Kanak-Kanak

13. Kecenderungan menyusun dan membongkar barang

Apabila otot mula berkembang, kanak-kanak akan terdorong utk mengumpul,


menyusun barang-barang & kemudiannya menjatuh & menyelerakkan barang-
barang tersebut.

Permainan yang bersesuaian dapat membantu memantapkan proses ini.


Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

Seorang kanak-kanak boleh berkelakuan dalam satu atau


lain cara bergantung kepada pelbagai faktor yang
mungkin mempengaruhi dia sepanjang hayatnya yang
pendek.

Ada kanak-kanak yang boleh melakukan sesuatu secara


tiba-tiba atau tergamam ketika mereka belum dapat
sesuatu, tetapi ada juga yang menerima penolakan
terhadap sesuatu yang baik.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi


tingkah laku kanak-kanak dan perlu diambil kira untuk
memahami mengapa mereka berkelakuan dalam satu cara
daripada yang lain.
Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

1. Pewarisan Genetik
Pewarisan genetik memainkan peranan penting dalam tingkah laku anak-anak. Ibu bapa mungkin
menyedari bahawa perangai anak sama dengan perangai ibu bapa dan ini adalah perkara biasa.

Sekiranya ibu atau bapa seorang yang keras kepala, mereka tidak seharusnya terkejut apabila anak mereka
menjadi pemberontak apabila perkara tidak diikuti seperti yang dia mahukan.

Sekiranya ibu bapa seorang yang aktif atau gementar, mereka juga harus ingat bahawa mungkin anak
mereka juga sebegitu.

Ibu bapa perlu memahami tingkah laku dengan melihat diri atau pasangan mereka. Ibu bapa akan
memahami banyak perkara.

― Irene M. Pepperberg
Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

2. Tingkah Laku Ibu Bapa


Tingkah laku ibu bapa juga sangat penting kerana mempengaruhi tingkah laku anak-
anak dan sikap mereka terhadap kehidupan.

Dalam pengertian ini, ibu bapa perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu dan perlu
ingat bahawa mata kecil itu memerhatikan ibu bapa dalam diam dan belajar dari semua
yang ibu bapa lakukan atau katakan.

Anak-anak akan belajar dari ibu bapa bagaimana bertindak dalam situasi yang berbeza
jadi ibu bapa perlu (atau lebih tepatnya penting) berfikir dengan teliti mengenai tindakan
dan kata-kata mereka.

Keyakinan dan harga diri anak-anak juga akan dipengaruhi secara langsung oleh
tindakan ibu bapa mereka. (Contoh: mengeluh, memaki, bersifat negatif, penakut)

― Irene M. Pepperberg
Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

3. Media
Media sangat popular pada zaman sekarang seperti penggunaan internet dan telefon
bimbit yang sering digunakan oleh kanak-kanak sekarang.

Melalui penggunaan gajet ini kanak-kanak terdedah dengan video-video dan filem atau
cerita yang mempengaruhi watak atau tingkah laku mereka.

Contoh: Watak hero dalam cerita Ultraman, percakapan Upin dan Ipin.

Televisyen juga merupakan unsur media utama mempengaruhi tingkah laku kanak-
kanak. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memantau penggunaan media ini terhadap
kanak-kanak.

― Irene M. Pepperberg
Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

4. Rakan Sebaya
Kanak-kanak suka bermain dan berkawan. Namun, pemilihan rakan yang baik adalah
sangat penting bagi membentuk perwatakan dan tingkah laku kanak-kanak.

Mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu sebagai contoh
mencuba bermain bersama, bercakap sesuatu, meniru perbuatan sama ada betul atau
salah.

Ibu bapa atau waris perlu memantau dan mengambil tahu siapa rakan dan sikap rakan-
rakan di sekeliling anak-anak mereka. Tidak salah jika membenarkan anak berkawan
tetapi perlu ada batasan dan pemantauan daripada mereka.

― Irene M. Pepperberg
Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

5. Fizikal
- Sakit
- Keletihan
- Lapar atau tidak cukup makan
- Kurang aktiviti fizikal menyebabkan restless
- Ketidakupayaan fizikal
- Masalah deria
- Diabai atau didera

― Irene M. Pepperberg
Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

6. Sosioemosi
- Kurang kasih sayang, penjagaan dan penerimaan
- Tertekan
- Rasa kecewa
- Kurang keyakinan diri dan kendiri yang rendah
- Takut atau kebimbangan yang melampau
- Kemiskinan dan kesengsaraan
- Masalah kemahiran sosial

― Irene M. Pepperberg
Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

7. Kognitif dan Bahasa


- Masalah bahasa menyebabkan sukar untuk meluahkan perasaan dan kemarahan.
- Masalah pembelajaran
- Kurang daya tumpuan
- Rangsangan berlebihan
- Sentiasa gagal atau gagal yang berterusan

― Irene M. Pepperberg
Faktor yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

7. Persekitaran fizikal
- Peluang bermain terhad
- Ruang yang sempit
- Terlalu bising dan tiada ruang untuk bermain secara senyap dan bersendirian
- Pengudaraan bilik yang tidak sempurna atau panas.

― Irene M. Pepperberg
Cara Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak

1. Memuji secara spesifik dan memberi ganjaran

Kanak-kanak menerima pujian dan ganjaran semasa kanak-kanak sedang


melakukan sesuatu. Contohnya seperti "Cikgu suka kamu dah kemaskan mainan
kamu" bukan secara umum seperti " Bagus semua rajin“

Cuba berikan contoh untuk situasi ibu bapa dan anak-anak??


Cara Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak

2. Fokuskan kepada perkara yang betul atau baik.

Apabila kanak-kanak melakukan perkara betul dan melakukan kesalahan pada masa yang sama fokuskan
kepada perkara yang betul atau baik yang mereka lakukan.

Contohnya kanak-kanak telah siapkan lukisan dan membantu mengemaskan meja lukisan dan
tertumpahkan air bancuhan warna. Ibu bapa atau pengasuh seharusnya melihat bahawa perkara baik yang
dilakukan iaitu telah menyiapkan kerja dan membantu mengemas bukan terus memarahi tetapi kerana
tumpahkan air. Ajak sama-sama membersihkan air yang tumpah.
Cara Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak

3. Memberikan pujian kepada perbuatan atau tindakan bukan personal.

Hal ini lebih kepada pendidik atau pengasuh , Contohnya "Cikgu suka lukisan kucing
kamu ni, sangat comel." Bukannya "Aina pandai lukis kucinglah". Keadaan ini
sepatutnya pendidik sepatutnya memberi fokus kepada lukisan Aina bukannya Aina.
Perbuatan memuji pada individu boleh menyebabkan kanak-kanak lain akan merasa
cemburu.
Cara Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak

4. Menggunakan analogi atau perumpamaan yang betul

Hal ini penting untuk melatih mereka berfikir. Contohnya "Rumah ini kecil macam
rumah semut. Apakata kamu buat rumah besar sikit macam rumah Giant " bukannya "
kecil sangat rumah ni cikgu tak nampak, cubalah buat besar sikit“.
Cara Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak

5. Banyakkan ganjaran dalam bentuk pujian dan dorongan

Ini perlu diutamakan berbanding ganjaran yang berbentuk material. Walaubagaimana


pun sesekali bolehlah diberikan ganjaran material tetapi bukan selalu.
Cara Membimbing Tingkah Laku Kanak-Kanak

6. Memberikan ganjaran setimpal dengan usaha kanak-kanak.

Contohnya di tadika biasanya ada "Good Board" jadi bila ada kanak-kanak yang berkelakuan baik pendidik
akan lekatkan bintang pada nama mereka.

Sebagai contoh, harini cikgu tengok Amir susun kasut dan simpan mainan. Cikgu suka. Jadi cikgu berikan dua
bintang, Ana pula susun buku, susun kerusi dan hantar pinggan ke dalam besen, jadi cikgu bagi tiga bintang.

Jika Amir tanya kenapa dia dapat dua dan Ana tiga , Pendidik perlu menjelaskan Ana buat tiga perkara baik.
Oleh yang demikian ia boleh menjadi dorongan kepada amir untuk membuat lebih lain kali tanpa disuruh.
Sekian,
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai