Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN

Kanak-kanak memerlukan perhatian, Sekiranya kanak-kanak tidak menerima perhatian yang positif, dia akan bertindak mencari atau mendapatkan perhatian melalui tingkahlaku negatif. Selalunya kanak-kanak akan mendapatkan perhatian melalui tingkahlaku negatif apabila mereka berpendapat tidak dapat perhatian dalam sesuatu aktiviti seperti tumpuan daripada ibu bapa atau guru.

Apabila kanak-kanak bertingkahlaku baik, kebiasaannya ibu bapa atau guru akan meneruskan tugasan mereka tanpa memberikan perhatian atau pujian kepada mereka . Hanya apabila kanak-kanak bertingkahlaku salah, ibu bapa atau guru akan terhenti daripada tugasan mereka dan memberikan penjelasan atau amaran terhadap kanak-kanak tersebut. Tingkahlaku salah kanak-kanak ini mendapat perhatian selalunya. Walaupun tingkahlaku ini salah tetapi kanak-kanak berulang kali akan membuat tindakan seperti ini kerana mereka berpendapat ia adalah cara untuk menarik perhatian. Walaupun kanak-kanak ini berhenti daripada tingkah laku salah ini apabila meningkat umur, tetapi kajian menunjukkan mereka akan bertingkahlaku salah apabila memerlukan pada masa hadapan.

Menurut DSMIV (Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association) masalah tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkahlaku, kriteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh pakar-pakar psikiteris dan psikologis. (Saadah Sumrah, 2008) Manakala menurut menurut Kerr & Nelson, masalah tingkahlaku dilihat sebagai:

i.

Tingkahlaku yang mengganggui (Disruptive Behavior) iaitu tingkahlaku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya out of seat, merayau-rayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa.

ii.

Tingkahlaku yang tidak sesuai dari segi sosial dan tingkahlaku kurang matang. Misalnya sering menangis, tantrums, terlalu bergantung kepada rakan. Juga, mungkin tidak faham apakah tingkahlaku yang sesuai untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan.

iii.

Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal) iaitu individu yang terlalu segan dan takut melibatkan diri dalam situasi sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada bermain atau berkomunikasi dengan kanak- kanak lain.

iv. Tingkahlaku yang berulangan (stereo type beheviour) iaitu sesetengah kanak- kanak misalnya kanakkanak autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku seperti gerakan tangan dari depan mata rocking dan lain-lain.

v.

Tingkahlaku yang agresif iaitu tingkahlaku di mana seseorang kanak- kanak selalu mencederakan orang lain atau merosakkan harta benda. Menurut Achenbach & Edelbrock (Saadah Sumrah, 2008) pula mengkategorikan

tingkahlaku sebagai : Tingkahlaku externalizing ditujukan kepada orang lain dan persekitaran bersifat impulsive dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering mengganggu orang lain. Individu ini sentiasa menonjol dengan permasalahan tingkahlaku sehingga menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial. Contoh perlakuan tidak duduk di tempat duduk sendiri, berkelahi menjerit, atau lari mengelilingi tidak bilik darjah, mengganggu arahan guru

i.

rakan,memukul,

bergaduh,

menghiraukan

,mencuri,merosakan harta benda vendalisme, berbohong dan sering marah-marah. Tingkahlaku unternalising ditujukan kepada diri yang bersifat mengasingkan diri compulsive, selalu sedih, pemalu, berfokus kepada ketakutan dan fantasi .Keadaan sebegini mungkin tidak disedari oleh guru kerana tidak mengganggu namun tingkahlaku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal.

ii.

1.1 TINGKAHLAKU

Tingkahlaku terbahagi kepada dua iaitu tingkahlaku positif dan tingkahlaku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat (4) iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkahlaku negatif pula terbahagi kepada tiga (3) iaitu tingkahlaku distruktif, distruptif dab sikap bergantung.

1.1.1 TINGKAHLAKU POSITIF

Tingkahlaku positif merupakan tingkahlaku kanak-kanak yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkahlaku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak2

kanak akan membantu guru dalam merangsang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini. Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkahlaku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak

proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.

1.1.2 TINGKAHLAKU NEGATIF

Tingkahlaku negatif pula merupakan tingkahlaku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkahlaku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang sering memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku negatif. Tingkahlaku distruktif merupakan tingkahlaku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkahlaku fizikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut. Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkahlaku distruktif.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku distruptif pula,kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkahlaku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkahlaku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanakkanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang

dijalankan.

Kanak-kanak yang

terlalu

pemalu

juga

merupakan

kanak-kanak

yang

mempunyai tingkahlaku pergantungan.

2.0 TINGKAHLAKU BERMASALAH

Tingkahlaku bermasalah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai tingkahlaku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkahlaku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan kanak-kanak dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan kanak-kanak serta keharmonian persekitarannya. seterusnya mengganggu kestabilan dan

Dalam konteks kajian kes ini, tingkahlaku bermasalah merujuk kepada tingkahlaku suka menganggu orang lain oleh kanak-kanak yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya di dalam bilik darjah.

2.1 LATAR BELAKANG KAJIAN KES

Kajian kes adalah mengenai tingkahlaku bermasalah kanak-kanak yang suka membuat nakal iaitu menganggu kanak-kanak lain semasa sesi pengajaran & pembelajaran (P&P) dijalankan dalam kelas. Pemilihan tingkahlaku bermasalah ini dibuat disebabkan objektif pengajaran di dalam kelas sering tidak tercapai apabila terdapat kanak-kanak seperti ini. Dengan menjalankan kajian kes ini ia akan dapat membantu mengenal pasti kaedah efektif bagi menangani dan mengubah tingkah laku kanak-kanak seperti ini. 2.2 BIODATA KANAK-KANAK KAJIAN KES

Maklumat kajian kes ini diperolehi menerusi borang maklumat peribadi yang terdapat di sekolah dan juga menerusi temubual bersama kanak kanak berikut:

NAMA UMUR JANTINA

: KEERTHANA A/P SIVAKUMAR : 8 TAHUN : PEREMPUAN 4

BILANGAN ADIK BERADIK ALAMAT RUMAH

: TIADA : NO.6, KAMPUNG HAJI MAHMUDDIN, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN

TEMPAT BELAJAR

: SRJK (T) LADANG SABAK BERNAM, 45200 SABAK BERNAM

CITA-CITA HOBI WARNA KEGEMARAN MAKANAN KEGEMARAN MINUMAN KEGEMARAN NAMA BAPA PERKERJAAN NAMA IBU PERKERJAAN LATAR BELAKANG KELUARGA

: BADAN UNIFORM : BERMAIN ANAK PATUNG : MERAH JAMBU : NASI AYAM : AIR BERKARBONAT : SIVAKUMAR A/L PALLAR : PEMANDU LORI : MALIGGA A/P KRISHNAN : JABATAN PERTAHANAN AWAM (RELA) :

Kanak-kanak ini merupakan anak angkat. Keluarga ini tinggal di rumah kampung. Ibu bapa angkat kanak-kanak ini bekerja. Kanak-kanak ini menaiki basikal untuk ke sekolah. Pergaulan kanak-kanak ini baik tetapi tingkahlaku bermasalah kanak-kanak ini ialah suka mengganggu rakan-rakan semasa mereka sedang belajar di dalam kelas, semasa di perhimpunan, di kantin dan di pusat sumber sekolah. Kanak-kanak ini tidak disukai oleh ayah angkatnya kerana ibu angkatnya telah mengambil keputusan untuk membela kanakkanak ini tanpa persetujuan beliau. Kanak-kanak ini telah ditemui oleh ibu angkatnya semasa membuat tugasan rondaan rela. Kanak-kanak ini telah dijumpai dalam bilik kurung dengan kesan penderaan seperti putung rokok pada seluruh badan serta trauma. Oleh kerana ibu angkatnya tiada anak kandung, maka beliau telah mengambil keputusan untuk menjadikan anak angkat. Kanak-kanak ini juga tidak disukai oleh saudara mara keluarga angkatnya. Kanak-kanak ini dibela dengan tegas oleh ibu angkatnya. Kanak-kanak ini tidak mempunyai rakan untuk bermain kerana mereka tinggal dirumah kampung yang berasingan. Kehidupan kanak-kanak ini menyebabkan emosi beliau terganggu dan sering ingin menarik perhatian.

2.3 METODOLOGI KAJIAN KES

Metodologi yang digunakan dalam membuat kajian ini adalah berdasarkan kaedah bukan ujian iaitu pemerhatian. Pemerhatian ini dibuat melalui cara time sampling dimana tempoh kajian kes ini dibuat selama 5 hari persekolahan iaitu bermula dari 9 April 2012 sehingga 16 April 2012. Kanak-kanak ini dipantau dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P &P) di sekolah semasa saya mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil dan Pendidikan Moral. Selain itu, kanak-kanak ini juga dipantau apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pemantauan ini telah dijalankan dengan bantuan Ketua Kelas yang mencatatkan nama kanak-kanak yang membuat tingkahlaku bermasalah dan kanak-kanak yang dipantau merupakan salah seorang daripada murid di dalam kelas tersebut. Tempoh masa pemantauan bagi setiap mata pelajaran adalah selama 40 minit untuk sehari.

Selain itu, pemerhatian juga dibuat melalui cara event sampling untuk mengenalpasti dalam keadaan bagaimana tingkahlaku bermasalah ini berlaku. Tingkahlaku bermasalah yang diperhatikan pada kanak-kanak ini adalah tingkahlaku suka menganggu rakan lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, kanak-kanak ini didapati selalu bergerak, bergaduh dengan rakan semasa ketiadaan guru dan suka membuat bising di dalam kelas.

Tingkahlaku yang diterangkan ini merupakan tingkahlaku bermasalah disruptif atau tingkah laku mengganggu. Tingkahlaku bermasalah ini menganggu keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Jadual 1 dibawah merupakan hasil daripada pemerhatian yang dijalankan terhadap kank-kanak tersebut yang mempunyai tingkahlaku bermasalah:

Bilangan

Tarikh

Tempoh

Tingkahlaku Bermasalah ( Gangguan) Bergerak

Punca Tingkahlaku Bermasalah

Kekerapan Tingkahlaku Bermasalah 6

Pemerhatian Pemerhatian ( Minit) 1 9/4/2012 40 ( 9.00 am 9.40 am)

dari Apabila diberikan tugasan individu

tempat duduk

10/4/2012

40 ( 10.00 am 10.40 am)

Membuat bising kelas

Apabila

guru

dalam tiada di dalam dan kelas

bergaduh antara rakan 3 12/4/2012 40 ( 7.40 am 8.20 am) Baling kertas di Untuk dalam kelas berkomunikasi atau menarik 4

perhatian rakannya 4 13/4/2012 40 ( 9.00 am 9.40 am) Bergerak tempat dari Apabila duduk sedang memberi perhatian terhadap kanak-kanak lain 5 16/4/2012 40 ( 9.00 am 9.40 am) Bercakap / berbisik /ketawa kuat dengan rakan lain sewaktu pengajaran Pertanyaan atau jenaka 5 guru 4

dan bising

daripada rakan lain

Jadual 1: Taburan Data Pemerhatian Kanak-Kanak

3.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TINGKAHLAKU BERMASALAH

Menurut Saayah Abu, secara umumnya tingkah laku bermasalah biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Selain itu, faktor-faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidak mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekolah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang bermasalah.

Berdasarkan kajian kes yang dijalankan terhadap kanak-kanak ini, terdapat pelbagai punca terjadinya tingkahlaku bermasalah. Punca pertama penyebab kanak-kanak ini bertingkahlaku bermasalah adalah disebabkan oleh diri sendiri kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini merupakan pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang dikategorikan lemah di dalam pelajaran. Wujudnya keadaan ini kerana kanak-kanak ini tidak mendapat pendidikan atau didikan awalan yang sempurna semasa dari kecil. Justeru, kanak-kanak ini mengalami kebosanan dengan aktiviti kelas apabila beliau tidak dapat mengikuti pengajaran di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak ini membuat gangguan seperti membuat bising, bercakap semasa pengajaran dan pembelajaran, bergerak dari tempat duduk yang dikhususkan dan sebagainya.

Selain itu, kanak-kanak ini mengalami gangguan emosi kerana penderaan fizikal dan mental yang beliau alami semasa dari kecil sehingga berumur 6 tahun. Berdasarkan rekod yang terdapat disekolah, kanak-kanak ini mengalami trauma disebabkan kehidupan lampau bersama ibubapa kandung. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam dengan peraturan yang tegas tanpa kasih sayang , mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain.

Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain disekelilingnya.

Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam kajian Saayah Abu (2008) kanakkanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera.

Selain itu, kanak-kanak ini ingin mendapat perhatian daripada guru dan rakan. Oleh yang demikian, beliau cuba untuk bertindak dengan perwatakan gaya baru di dalam kelas supaya dapat menarik perhatian guru dan rakan sekelasnya. Sifat kanak-kanak ini adalah untuk menguji guru atau ibubapa samaada tindakan seperti peraturan akan dikenakan atau tidak atas tingkahlaku mereka. Perbuatan kanak-kanak ini untuk melihat tahap had sempadan bagi sesuatu tingkahlaku masalah itu boleh dilakukan.

Punca kedua berlaku tingkahlaku bermasalah gangguan adalah disebabkan latar belakang keluarga kanak-kanak. Kanak-kanak ini merupakan anak angkat bagi keluarga ini. Kehidupan kanak-kanak ini tinggal berseorangan dan tiada rakan sebaya untuk bermain dan berseronok adalah salah satu faktor penyebab berlakunya tingkahlaku bermasalah ini. Selain itu, peraturan yang ketat yang diamalkan oleh ibu angkat di dalam menjaga kanakkanak ini memberikan kesan emosi dan mental. Sosioekonomi keluarga juga merupakan salah satu penyebab berlaku tingkahlaku bermasalah. Ianya berlaku kerana kehidupan pada zaman ini yang hanya mengejar wang ringgit tanpa memperuntukkan masa bersama

keluarga atau kanak-kanak juga menyumbang kepada tingkahlaku bermasalah.

Selain itu, punca kanak-kanak ini tidak disukai oleh ayah angkat dan saudara mara menyebabkan kanak ini terasa keseorangan tanpa belaian kasih sayang sepatutnya. Ini menyebabkan keadaan dimana kanak-kanak terasa jiwanya memberontak dan terkongkong dirumah. Masalah ini seterusnya terbawa ke sekolah dimana rakan-rakan menjadi tempat untuk melepaskan tekanan dan perasaan bagi kanak-kanak ini.

Menurut Leff et al., 1985 dalam Saayah Abu(2008), terdapat tiga kategori tingkahlaku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkahlaku mendera emosi kanak-kanak, penolakan, pengasingan dan sikap tidak peduli didapati mempunyai persamaan dengan tingkah laku penjaga ataupun ahli keluarga pesakit skizofrenia. Tingkahlaku ini dikenal pasti sebagai tingkahlaku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menentukan masa depan pesakit skizofrenia. Dalam hal kanak-kanak ini, ahli keluarga didapati

menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Contohnya, sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga seperti kanak-kanak ini yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.

Punca ketiga berlaku tingkahlaku masalah gangguan dalam kelas adalah disebabkan oleh guru. Ianya terjadi disebabkan oleh kerana tahap penyampaian kandungan pelajaran guru yang tidak jelas dan tidak menarik perhatian kanak-kanak ini. Ianya berkait disebabkan keadaan kanak-kanak ini yang mempunyai tahap penguasaan pelajaran yang rendah.

Selain itu, tindakan guru tidak menyediakan bahan pengajaran yang secukupnya atau relevan untuk menarik perhatian semua golongan kanak-kanak serta hanya terlalu menumpukan terhadap akedemik dan menghabiskan sukatan pengajaran mereka juga menyumbang kepada keadaan tingkahlaku bermasalah. Keadaan seperti ini akan membosankan kanak-kanak untuk memberikan tumpuan di dalam kelas dan seterusnya mereka akan mula membuat tingkahlaku bermasalah gangguan iaitu berbisik, bercakap, membaling kertas dan sebagainya.

Punca keempat berlaku tingkahlaku masalah gangguan dalam kelas adalah disebabkan oleh sekolah. Ianya terjadi disebabkan peraturan dan disiplin di sekolah yang terlalu ketat. Justeru, kanak-kanak ini terasa kebebasan beliau telah dikongkong.Untuk memberontak kanak-kanak ini membuat tingkahlaku bermasalah dengan tidak mengikut arahan dan peraturan yang perlu dipatuhi. Selain itu, suasana persekitaran keadaan sekolah dan kelas juga menjadi punca berlaku masalah gangguan.

Keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif seperti berdebu dan sempit telah menganggu emosi dan perkembangan mental kanak-kanak ini. Keadaan sekolah yang terletak ditepi jalan utama kawasan ladang juga menyumbang kepada masalah ini. Ianya berlaku disebabkan oleh bunyi bising dari kenderaan. Keadaan seperti ini dipercayai telah menjejaskan tumpuan kanak-kanak ini untuk memberikan fokus kepada pelajaran.

Selain itu, ruang pembelajaran yang tidak selesa juga merupakan faktor penyebab masalah tingkahlaku. Daripada pemerhatian yang dijalankan, didapati keadaan suasana kelas tidak menarik disebabkan ruang pembelajaran terlalu sempit, padat dan panas. Keadaan seperti ini menyukarkan kanak-kanak ini untuk menumpukan terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada itu, keadaan seperti terpaksa mengikut arahan guru-guru atau autoriti sekolah juga didapati kanak-kanak ini terasa tertekan. Kanakkanak ini merasakan hak kebebasan mereka tersekat apabila guru bertindak menunjukkan kuasa mereka.

Punca kelima kanak-kanak bertingkahlaku bermasalah adalah disebabkan rakanrakan sekelas. Semasa ketiadaan guru didapati kebanyakkan kanak-kanak mengambil 10

tingkahlaku dengan membuat bising. Apabila perkara seperti ini terjadi, kanak-kanak menganggap perkara seperti ini adalah kebiasaan. Justeru, kanak-kanak yang terbawa perkara seperti ini setiap masa apabila tiada kawalan daripada pihak sekolah atau guru.

4.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI TINGKAHLAKU BERMASALAH

Antara perkara yang boleh dilakukan dalam mengendalikan tingkahlaku bermasalah gangguan di dalam kelas adalah seperti berikut:a) Membuat Jenaka Mengurangkan Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak

Berjenaka atau 'humor' dapat membantu mengurangkan masalah tingkahlaku kanakkanak tersebut. Banyak masalah tingkahlaku seperti situasi "saya lawan awak" yang memerlukan beradu tangan dan tenaga boleh dihalang dengan menggunakan sentuhan - menghalang dengan sesuatu yang menarik dan lucu, mengalih tumpuan dalam bentuk nyanyian atau jenaka. Jenaka atau humor yang tidak menyentuh peribadi kanak-kanak perlu dihindarkan. Jenaka dapat membantu mengurangkan rebutan kuasa sebab guru dan kanak-kanak akan terlibat sama dengan penuh kemesraan dan persahabatan. Memberitahu kanak-kanak,"

Sekarang...cuba..saya...lihat...kamu... jalan... perlahan.. perlahan... macam... kurakura" lebih berkesan daripada berkata, " Berapa kali saya hendak beritahu kamu jangan berlari di dalam kelas?"

b) Masa Khas Untuk Bersama Kanak-Kanak Oleh Guru

Salah satu cara mekanisma menyediakan perhatian tanpa syarat kepada kanakkanak yang memerlukan masa yang lebih untuk diberi perhatian ialah masa khas. Guru perlu duduk di sebelah kanak-kanak untuk beberapa minit sehari atau dua atau tiga kali seminggu untuk kanak-kanak. Masa untuk bersama kanak-kanak seorangdengan-seorang bukan syarat pada tingakahlaku kanak-kanak. Misalnya,"Jika kamu bersikap baik tanpa membuat gangguan dalam kelas, kita akan bersama untuk masa khas." Masa khas hanya untuk seorang kanak-kanak tersebut sahaja bersama guru. Guru memberi isyarat," Saya hendak meluangkan bersama anda sebab kamu adalah kamu." Guru boleh bertanya apa yang kanak-kanak suka untuk masa khas

11

dan mengikuti cadangan kanak-kanak. Contohnya membacakan buku atau main permainan.

c) Pengucapan Ikhlas Untuk Peneguhan Tanpa Syarat Oleh Guru

Peneguhan tanpa syarat memberitahu kanak-kanak bahawa kita menghargai dirinya sebagai insan yang mempunyai hak bukan disebabkan tingkahlaku yang sepatutnya kita mahukan. Oleh itu kita boleh memberi perhatian peneguhan tanpa syarat dengan berbagai cara. Kita hendaklah tidak lupa memberi ucapan di awal permulaan kelas kepada kanak-kanak tersebut sama ada dengan pengucapan ikhlas dan jujur seperti,"Selamat pagi, Keertana! Saya cukup gembira melihat kamu!" Semasa suasana di kelas, guru boleh memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang meminta bantuan atau perhatian dengan memberi senyuman, mendakap atau menyentuh bahu kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasakan dirinya diberi perhatian dan dihargai. d) Memberi Kata Pujian Dan Dorongan Kepada Kanak-Kanak Oleh Guru

Memberi kata pujian atau kata ransangan atau dorongan kepada kanak-kanak akan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengukuhan positif dari sudut pandangan pengurusan tingkahlaku adalah cara untuk mengekalkan tingkahlaku supaya mereka tidak membuat gangguan. Pengukuhan ini boleh menjadi alat yang berkesan untuk membimbing kanak-kanak dengan cara memberi perhatian apabila kanak-kanak melakukan tingkahlaku positif daripada tingkahlaku negatif. e) Memberi Dorongan Meningkatkan Keyakinan Diri Kanak-Kanak

Dorongan atau galakkan daripada guru dapat meningkatkan keyakinan diri kanakkanak. Dorongan lebih tertumpu kepada meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dengan menerima mereka seadanya bukan mengharapkan mereka lebih daripada sepatutnya. Dorongan dibina pada kelebihan kanak-kanak yang boleh menyerlahkan keyakinannya. Dorongan juga berbeza dengan pujian. Contohnya,"Saya sungguh berbangga awak menolong mengemaskan alat main di kelas." Manakala dorongan tertumpu kepada keupayaan dan pencapaian kanak-kanak. Misalnya, "Sekarang kelas ini kelihatan cantik!". Pujian memberi ganjaran kepada tindakan kanak-kanak 12

dan menjadikannya bergantung kepada restu orang dewasa. Dorongan meletakkan tindakan dalam kontek sumbangan kanak-kanak kepada kumpulan secara keseluruhan. f) Didikan Awalan Dari Keluarga Untuk Kanak-Kanak

Masalah tingkahlaku gangguan kanak-kanak ada perkaitannya dengan cara didikan awalan daripada keluarga. Sekiranya ibu bapa tidak mendisiplinkan dan mengawal kanak-kanak kesannya akan memberi masalah tingkahlaku di sekolah. Cara didikan oleh keluarga mestilah tegas serta sopan dan konsisten. Kelemahan mendidik boleh membawa kepada masalah untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan dan melanggar peraturan. Pengukuhan perlu diberi dengan syarat kepada kanak-kanak untuk bertindakbalas dalam sesuatu keadaan yang khusus.

Walau bagaimana pun Ibu bapa sebenarnya telah memulakan memberi perhatian tanpa syarat sejak bayi dilahirkan sebagai asas membina rasa kepercayaan. Hasilnya, kanak-kanak yang mendapat perhatian sepenuhnya di rumah mempunyai kekuatan hubungan kepercayaan dalam kehidupannya. Kanakkanak ini biasanya ke sekolah dengan penuh rasa berdikari dan keterbukaan kepada pengalaman baru. Manakala kanak-kanak yang asas kepercayaan tidak terbina dengan kukuh didapati ingin mendapatkan perhatian. Mungkin mereka sentiasa ingin mendapatkan perhatian daripada guru, kemungkinannya menerusi melakukan masalah tingkahlaku gangguan di dalam kelas.

g) Mengasingkan dan Mengabaikan Tingkahlaku Negatif Kanak-Kanak

Memberi masa pengasingan tingkahlaku negatif merupakan salah satu cara mengabaikan. Keadaan ini boleh dilakukan apabila kanak-kanak diberi masa pengasingan daripada kedua-dua pengukuhan dan pendorong di bilik darjah. Masa pengasingan yang berterusan boleh menjadi berkesan untuk melenyapkan tingkahlaku yang tidak dikehendaki. Masa pengasingan tidak boleh digunakan terlalu kerap untuk semua keadaan, tetapi pada keadaan mengasingkan kanak-kanak untuk mendapatkan tindak balas yang terbaik seperti membuat bising dan berlaku pergaduhan. Sebenarnya masa pengasingan bukan untuk menyisihkan kanak-kanak tetapi untuk memberi kesedaran terhadap sesuatu tingkahlaku yang khusus.

13

Pengukuhan positif dapat mengukuhan tingkahlaku. Sebaliknya pengabaian juga dapat menghapuskan tingkahlaku negatif. Contohnya jika seorang kanak-kanak menjerit di dalam kelas berulangkali, guru boleh memberitahu,"Berhenti menjerit, kamu mengganggu orang lain!" atau membawa kanak-kanak duduk di penjuru dengan berjanji sekiranya dia tidak lagi menjerit boleh duduk bersama rakannya semula. Reaksi ini memberitahu kanak-kanak bahawa dia berjaya mendapatkan perhatian. Mengabaikan boleh melenyapkan tingkahlaku jika berterusan dan teratur. Walau bagaimana pun mengabaikan bukanlah cara yang terbaik untuk digunakan terutama jika melibatkan tingkahlaku agresif. Tingkahlaku yang agresif perlu di atasi dengan lebih tegas dan tindakan yang cepat diambil untuk keselamatan semua.

h) Ibu bapa Menjadi Model Untuk Tingkahlaku Positif

Menteladani atau peniruan digemari dan disenangi oleh kanak-kanak kerana dapat memberi kesan kepada tingkahlaku kanak-kanak. Pembelajaran menerusi

pemerhatian kerap berlaku di rumah. Umpamanya ibu bapa perlu menjadi model kesopanan, kemesraan, atau keperihatinan kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjaga tertib percakapan dihadapan kanak-kanak supaya tingkahlaku baik dapat dibentuk dengan sempurna supaya ianya tidak terbawa ke dalam kelas.

i)

Menangani Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak Menerusi Teknik Penyelesaian Masalah Menang-Menang

Teknik proses menang-menang boleh dilakukan apabila masalah telah menjadi milik bersama, kepunyaan orang dewasa iaitu guru atau ibu bapa dan kanak-kanak. Teknik ini melibatkan perbincangan dan perundingan sehingga menemui kepuasan penyelesaian kedua pihak. Kanak-kanak akan merasa dihargai dan orang dewasa dapat hasil positif dengan perubahan tingkahlaku kanak-kanak yang telah dapat memahami punca masalah tingkahlakunya.

j)

Menangani Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak Menerusi Cara Pendengar Aktif

Apabila kanak-kanak mempunyai masalah sendiri, mereka akan menghantar isyarat menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Berkenaan kes masalah ini, guru 14

atau ibu bapa boleh menggunakan teknik 'pendengar aktif.' Guru atau Ibu bapa memberi tindakbalas pada masalah yang dikatakan oleh kanak-kanak untuk mendapatkan penyelesaian. Jangan menyelesaikan masalah tersebut untuk diri kanak-kanak menerusi reaksi standard seperti memberi nasihat. Pendengar aktif menerima dan menggalakkan kanak-kanak untuk menjelaskan secara jujur disebalik masalah yang menyebabkan dirinya tertekan. Contohnya, apabila terdapat kanakkanak sedang membuat bising dalam kelas, tindakbalas 'pendengar aktif mungkin dengan mengatakan,"Kamu seolah-olah marah," daripada mengatakan," Saya mahukan awak meninggalkan kelas sekarang juga." Kanak-kanak ini melihat guru atau ibu bapa menerima perasaannya daripada orang dewasa memberi tumpuan kepada masalah orang dewasa.

k) Menyediakan Persekitaran Pembelajaran Kondusif

Guru perlu membuat perubahan dalam menyediakan susun atur yang selesa di dalam kelas supaya kanak-kanak dapat merasakan suasana pembelajaran. Ia boleh dilakukan dengan membuat penambahbaikan di dalam kelas seperti menyediakan sudut bacaan. Selain itu, guru juga perlu menyediakan teknik pengajaran yang pelbagai supaya semua golongan kanak-kanak dapat mengikuti. Contohnya, guru perlu banyak menggunakan kaedah penayangan video, pembelajaran interaktif menerusi cakera padat (CD) dan sebagainya supaya kanak-kanak memberikan tumpuan dalam pembelajaran. Sekiranya perubahan seperti ini dapat dilakukan, maka tingkahlaku bermasalah iaitu gangguan dalam kelas dapat diatasi dan dikurangkan pada tahap yang minima.

l)

Memberikan Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkahlaku perlu diberikan tanggungjawab. Contohnya mereka boleh dilantik menjadi pengawas bilik sumber. Ini akan mendorong mereka untuk mendisiplinkan diri kerana mereka tahu dan sedar tentang tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, kanak-kanak juga akan berasa dihargai kerana atas kepercayaan yang diberikan.

15

5.0 KERJASAMA ANTARA IBUBAPA DAN PIHAK SEKOLAH DALAM PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU POSITIF KANAK-KANAK

a) Pembentukan Program Pengurusan Tingkah Laku Diantara Sekolah Dan Ibubapa Penglibatan ibubapa merupakan aspek penting dalam pembentukan pengurusan tingkahlaku kanak-kanak. Ibubapa adalah orang yang pertama mendidik atau mengurus tingkahlaku kanak-kanak dari kecil. Oleh itu adalah wajar jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk sama-sama mendidik atau mengurus tingkahlaku kanak-kanak semasa di prasekolah atau sekolah. Penglibatan ibubapa dalam pengurusan tingkahlaku mempunyai kesan yang positif kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasakan perubahan tingkahlaku bukan sahaja semasa disekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.

Guru pula akan dapat mengembangkan peranan professional

sebagai

pemudahcara pengurusan tingkahlaku kepada ibu bapa. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu pengurusan tingkahlaku kanak-kanak melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. Pendek kata, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan pengurusan tingkahlaku kanak-kanak.

Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan tingkahlaku anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personalitisi kanak-kanak itu supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga dan sekolah.

Kajian menunjukkan melihat peningkatan hubungan di antara faktor-faktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pembentukan tingkahlaku kanak-kanak. Ini menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam menentukan perubahan tingkahlaku kanak-kanak di sekolah.Ibu bapa merupakan sebaik-baik contoh kepada kanak-kanak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar kanak-kanak dapat menjiwakannya. Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak kanak dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat

16

mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan kanak-kanak sepertimana yang dicita-citakan.

Faktor-faktor

yang

mempengaruhi

perkembangan

dan

tingkah

laku

seseorang kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri kanak-kanak. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana kanak-kanak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosio-ekonomi, budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan kawan di sekelilingnya, peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa.

Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan, taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar, pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ), dan ciri-ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya. Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa.

Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri-ciri tingkahlaku yang ada pada kanak-kanak di samping menumpukan perhatian pada tingkahlaku bermasalah yang ada pada seseorang kanak-kanak tersebut atau sekurang-kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Tingkahlaku bermasalah yang dikenal pasti boleh diubahsuaikan dengan memberi galakan atau ganjaran positif seperti hadiah, lawatan tempat menarik supaya kanak-kanak dapat merasakan mereka akan mendapat pulangan jika bertingkahlaku baik serta merasa dirinya dihargai dan sentiasa mendapat perhatian.

Sekolah akan berperanan bertindak sebagai pemudahcara kepada ibubapa dalam menyediakan program pengurusan tingkah laku. Pengurusan tingkahlaku secara dokumen bertulis perlu dirancang, dibina, dilaksana , dan direkodkan bagi meningkatkan tingkah laku bermasalah. Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak tersebut. Sekolah perlu memberikan penerangan dan maklumat yang mendalam dalam pengurusan tingkahlaku kepada ibubapa.

Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku; memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran yang hendak 17

dicapai (target behaviour), mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat, memilih strategi dan kaedah yang perlu digunapakai menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation), tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai), memastikan supaya tingkah laku bermasalah tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan.

Sekolah harus menyediakan senarai semak (checklist) untuk memudahkan ibubapa dalam pengurusan tingkahlaku. Antara kandungan yang perlu ada dalam senarai semak adalah seperti berikut; Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan? Bila tingkah laku itu berlaku? Kekerapan tingkah itu berlaku. Apakah punca /sebab tingkah laku itu berlaku? Bagaimana hendak mengurus tingkahlaku tersebut?

b) Penglibatan Yang Proaktif Dalam Persatuan Ibubapa Dan Guru Di Sekolah

Melalui langkah ini, ibubapa perlu menunjukan respon terhadap aktiviti dalam persatuan terutamanya dalam mesyuarat tahunan yang diadakan iaitu dengan mengemukakan cadangan dan idea supaya boleh diambil tindakan oleh pihak sekolah. Setiap keputusan dan cadangan yang ingin dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu diberi pandangan dan penilaian ibubapa bagi mengelakkan ketidakpuasan hati dibelakang hari. Sebagai contoh, tindakan membanteras masalah tingkahlaku kanak-kanak, jika ibubapa tidak melibatkan diri, sudah pasti tindakan tersebut tidak akan berjalan dengan jayanya.

Dalam persatuan ini juga, ibubapa boleh memberikan sumbangan berbentuk kewangan yang bakal digunakan oleh pihak sekolah dalam pengurusan sekolah dan pembelajaran kanak-kanak. Sumbangan berbentuk barangan juga boleh diberikan seperti kain langsir,peralatan belajar dan sebagainya yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta selesa di dalam kelas. Selain itu, ibubapa juga perlu mengetahui tentative dan program sekolah serta tanggungjawab seorang guru disekolah supaya situasi saling faham-memahami dapat diwujudkan.

18

c) Pemantauan Bersama Diantara Sekolah Dan Ibubapa Hasil Tingkahlaku Positif Kanak-Kanak

Ibubapa semestinya mempunyai satu prinsip yang tetap iaitu menghantar kanakkanak ke sekolah dengan satu tujuan untuk memastikan kanak-kanak mereka berjaya dalam pelajaran serta memastikan pembelajaran tingkahlaku baik. Oleh itu, ibubapa perlulah bertindak sebagai tegas dalam pembentukan tingkahlaku kanakkanak dirumah. Mereka perlu menjadi contoh model yang terbaik kepada kanakkanak dirumah. Ibubapa juga harus melibatkan diri secara terus dalam pembentukan tingkahlaku kanak-kanak dengan memperuntukkan masa untuk hadir kesekolah. Mereka sentiasa perlu mempunyai hubungan baik dengan sekolah. Kehadiran ibubapa ke sekolah boleh meningkatkan tingkahlaku kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok dan menjadi dorongan kepada mereka untuk bertingkahlaku baik. Tingkahlaku kanak-kanak juga perlu ditinjau selalu supaya

perkembangan mereka adalah positif. Tingkah laku dan sahsiah anak-anak turut menjadi tanggungjawab bersama kerana tempoh antara 6 atau 7 jam berada di sekolah tidak cukup bagi guru-guru mengubah tingkahlaku jika dibandingkan dengan ibubapa di rumah.

d) Mewujudkan Keseragaman Kaedah Atau Mesej Untuk Mengatasi Tingkahlaku Bermasalah Di Sekolah dan Rumah Untuk Kanak-Kanak.

Adalah menjadi tanggungjawab sekolah dan ibubapa supaya kanak-kanak berasa selesa dan selamat. Oleh itu, ibubapa dan guru perlu memahami tingkahlaku perlu yang dipamerkan oleh kanak-kanak tersebut. Sekiranya mereka menerima mesej yang berbeza dirumah dan sekolah ia akan menyebabkan kanak-kanak berasa kekok dan mempamerkan tindakan untuk menguji tingkahlaku yang positif dan negatif. Perkara terbaik yang boleh dibuat ibubapa ialah berjumpa dengan guru kanak-kanak. Ini adalah kerana contoh terbaik dalam kehidupan kanak-kanak adalah ibubapa. Mereka bertingkahlaku melalui pemerhatian kehidupan ibubapa mereka. Oleh itu, mereka haruslah berinteraksi dengan guru atau sekolah dalam kaedah mengatasi sesuatu tingkahlaku bermasalah. Semasa perjumpaan ibubapa boleh menerangkan kaedah mereka dalam mengurus tingkahlaku bermasalah kanakkanak mereka dan bertanya kepada guru bagaimana mereka mengendalikan situasi yang sama disekolah. Ini adalah penting supaya tindakan atau kaedah yang seragam semasa dirumah dan sekolah dapat dipraktikkan. Dengan pengamalan 19

kaedah atau mesej yang sama semasa dirumah dan sekolah , maka kanak-kanak dapat memenuhi harapan tingkahlaku positif yang diperlukan dan mereka akan lebih berasa gembira terhadap proses tersebut.

e) Pembentukan Tingkahlaku Melalui Penglibatan Sukarela Ibubapa Di dalam Kelas Atau Program

Menurut Cherylynn Bassani, penglibatan ibubapa secara sukarela dalam kelas mampu mengatasi tingkahlaku kanak-kanak. Apabila terdapat penglibatan terus daripada ibubapa, mereka dapat memahami tingkahlaku kanak-kanak tersebut dengan lebih spesifik. Selain itu, perubahan sikap juga akan berlaku pada ibubapa dimana mereka dapat mengatur strategi dalam mengatasi tingkahlaku bermasalah. Kanak-kanak juga akan berasa seronok sekiranya terdapat penglibatan terus daripada ibubapa mereka. Selain itu, kanak-kanak akan merasa lebih selamat dan bertingkahlaku positif apabila ibubapa mereka ada disamping mereka dalam sesautu program.

6.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak haruslah diberikan didikan mengenai tingkahlaku dari kecil. Kanak-kanak perlu difahami kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam diri mereka. Pengurusan tingkahlaku dengan kerjasama antara sekolah dan ibubapa dapat dipraktikkan bagi mengatasi tingkahlaku bermasalah. Selain itu, persekitaran dalaman dan luaran juga penting dalam memberikan didikan tingkahlaku kanak-kanak. Tingkahlaku baik dan terpuji penting bagi melahirkan kanak-kanak yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkahlaku baik dan terpuji dalam diri kanak-kanak tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sendiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.

Tingkahlaku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila kanak-kanak yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada kanak-kanak yang membuat bising dan mengganggu pelajar lain belajar.Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan 20

kanak-kanak disebabkan berbagai-bagai masalah sebaliknya kanak-kanak sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan kanak-kanak dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan.

Disamping itu, dia minat kanak-kanak bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan. Para kanak-kanak menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkahlaku terpuji. Apabila mereka mengikut displin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang- undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran. Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan.Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak kini lebih banyak melakukan tingkahlaku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.

Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak mampu melatih kanak-kanak dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih sayang, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu,dengan mematuhi tingkahlaku, kanak-kanak sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

21

7.0 RUJUKAN

Saadah binti Sumrah, Salwan binti Sudirman, Roslee bin Ahmad (2008). Kaedah Menangani Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Cherylynn Bassani (2008) Parent classroom involvement and the development of social capital: a reading program in East Vancouver, Journal of Educational Enquiry

Deborah Richardson Guiding Young Children Series: Why Children Misbehave. Division of Agricultural Sciences and Natural Resources, Oklahoma State University

Elaine Wilson, Guiding Young Children Series Responses to Misbehavior Division of Agricultural Sciences and Natural Resources, Oklahoma State University

Wan Norazman Wan Salleh, Pengurusan Tingkah Laku,Universiti Kebangsaan Malaysia

22

Anda mungkin juga menyukai