Anda di halaman 1dari 21

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.

Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :


Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala


Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :

Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah Tidak dapat menyelesaikan tugasnya Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya Tidak berupaya mematuhi arahan Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran Mudah hilang perhatian Pelupa

B. Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya

Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)

Bising waktu bermain Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)


Kanak-kanak akan :

Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis Tidak sabar menunggu giliran Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain Tambahan :
o o o

Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam

o o o

Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

Komplikasi

ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.

Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.

Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan
Intervensi tingkah laku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.

Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.

Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanakkanak berkelakuan dengan lebih baik.

Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.

Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.

Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.

Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas. Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti

Petua menangani kanak-kanak hiperaktif (ADHD)


Posted on March 4, 2011 by sitik

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Namun, tidak semua anak yang dilahirkan normal dan tidak memberi masalah kepada ibu bapa mereka. Ini semua adalah qadha dan qadar yang telah ditentukan, yang mana secara langsung dan tidak langsung menjadi suatu ujian kepada kedua ibu bapa. Kata orang, tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya kecuali tua dan mati, cuma ibu bapa perlulah mengetahui apakah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh anak-anak mereka supaya mudah dicari ubatnya. Disebabkan keadaan persekitaran dan juga pemakanan sekarang ini, banyak kanak-kanak yang menjadi hiperaktif dan agresif. Perilaku hiperaktif ini bukannya perilaku normal kanak-kanak tetapi ia merupakan suatu penyakit yang perlu ditangani dan diubati. Perilaku hiperaktif ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) di mana kanak-kanak ini tersangat aktif dan lasak, ia boleh memahami dan berfikir tetapi sukar memberi tumpuan atau perhatian. Ini menyebabkan kanak-kanak hiperaktif ini sukar bergaul dalam masyarakat dan lemah dari segi akademiknya. Perilaku hiperaktif dan agresif ini terjadi disebabkan oleh perubahan kimia (neurotransmitter) pada otak dan selalunya otaknya bersaiz lebih kecil (5-10%) daripada normal. Di antara punca penyebab anak hiperaktif ialah ibu yang merokok semasa hamil, faktor genetik, kelahiran pramatang (premature), mengalami kecederaan otak semasa dalam kandungan, dsb. Di antara perilaku hiperaktif yang mudah dikenalpasti ialah kanak-kanak bersikap degil, lasak dan tidak tahu duduk diam, suka membantah, suka melanggar peraturan, leka dan sukar memberi tumpuan (terutama dalam pelajaran), sering tidak berpuas hati, mudah rasa tertekan, bermasalah dalam pelajaran dan hubungan sosial dengan kawan-kawan, sering berpeluh dan mengalami sakit perut atau cirit birit. Masalah perilaku hiperaktif di peringkat kanak-kanak ini jika tidak diubati atau ditangani dengan sewajarnya, mungkin penyakit ini akan berterusan hingga dewasa. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya sahaja dan suka bermain bersendirian. Perilaku hiperaktif ini boleh dirawati atau ditangani dengan pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda kerana ditakuti dia akan menyakiti atau mencederakan mereka, jauhkan bendabenda yang tajam dan merbahaya supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, perlu ditegur dan dididik serta didisplinkannya, jangan bercakap dan berlaku kasar di hadapannya kerana selalunya dia akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan, perlukan perhatian dan tunjukkan kasih sayang yang lebih, dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang sehingga dia terasa tidak disayangi kerana ini kan memburukkan lagi keadaannya.

Petua menjaga dan merawat kanak-kanak hiperaktif diperincikan dalam artikel di bawah ini untuk dijadikan perhatian panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak hiperaktif.. Tips for Parenting a Child With ADHD Reviewed by Melissa Conrad Stoppler, MD What Is ADHD?

ADHD, or attention deficit hyperactivity disorder, is a behavioral condition characterized by inattention, impulsiveness, and/or hyperactivity. It has been estimated that approximately 5% of U.S. children have ADHD, according to established diagnostic criteria. What Are the Symptoms of ADHD?

The three key symptoms of ADHD are hyperactivity, impulsivity, and inattention. These symptoms typically interfere with the childs functioning in social and academic settings, such as paying attention to tasks at home or school, making careless errors, being easily distracted, not following through with tasks or completing instructions, being easily bored, losing things, being forgetful, having difficulty organizing tasks, being fidgety, having difficulty remaining seated, and talking excessively, to name a few.

Many children with ADHD will have symptoms that persist into adulthood. Effective treatments for ADHD include both medications and behavioral therapies. Not surprisingly, parenting a child with ADHD can pose special challenges. How Do I Know if My Child Has ADHD?

Many of the symptoms of ADHD are also symptoms seen during normal childhood and development, and exhibiting one or more of the symptoms does not mean that a child has ADHD. It is also important to note that for a health-care professional to make a diagnosis of ADHD, the symptoms must have been present for at least six months in more than one setting (for example, home, school, and in the community), usually beginning before 7 years of age, and the symptoms must be inconsistent with the developmental level of the child and severe enough to interfere with the childs social or academic functioning. What Should I Do if I Am Concerned That My Child Might Have ADHD?

If you are concerned about your childs behavior, it is appropriate to communicate this to your childs primary health-care provider. He or she can help you determine whether further evaluation may be necessary and whether your childs behavioral symptoms are suggestive of ADHD. If a formal evaluation is indicated, this evaluation will involve professionals from various disciplines to provide a comprehensive medical, developmental, educational, and psychosocial evaluation.

Think Positively

While ADHD can certainly present unique and sometimes what can seem to be daunting challenges, being able to sincerely know and have confidence in your childs strengths can go a long way toward helping him or her be the very best person he or she can be. Many famous, accomplished, and indeed brilliant people of the past and present have ADHD. An outstanding example of learning to have a positive outlook about ADHD is demonstrated in the childrens book and movie called, Percy Jackson and the Olympians: The Lightning Thief. Another benefit to thinking positively about your child with ADHD is its infectious nature. It is much easier for the childs teacher, coaches, peers, and in fact, the child him- or herself to accept and harness strengths when the parent communicates and emphasizes those strengths. The challenge for parenting a child with ADHD is to be able to use the childs unique gifts and address his or her challenges to work toward achieving the childs fullest potential. Define Schedules and Routines

Clearly defined schedules and routines are essential for children (as well as for teens and adults) with ADHD. Having an established, while not inflexible, pattern for getting ready in the mornings, preparing for bedtime, and managing after-school homework and activities provides a sense of consistency and allows the child to know what to expect. It can be helpful for older children to

have plenty of conspicuous clocks to use as cues for time management. Some parents find that the use of timers (for homework time, time to finish up play, etc.) helps for younger children. To make the process more enjoyable or easier to remember, charts and checklists can be used that list the steps or tasks required for each time of day. For example, the morning checklist can include items like making the bed, brushing their teeth, and helping to prepare school lunch. Hang the checklists in a conspicuous place and allow your child to check off completed items as they are done, if he/she wishes. Set Clear Rules and Expectations

As with clearly defined schedules, attainable, clearly defined rules and expectations are also essential for kids with ADHD. In both school and at home, children with ADHD need a consistent and clearly defined set of rules. It can be helpful to create a list of rules for the home and post them in a place where the child can easily see them. Its very important to stick to the rules and provide fair and consistent rewards and consequences when the household rules are not followed. Give Clear Instructions

Avoid vague or open-ended instructions such as clean up your mess or play nicely that do not accurately convey the specific tasks that you want to be done. Instead, use clear language and specific instructions such as please put all the dirty clothes in the hamper, please put all the toys

back on the shelves, or lets allow your friend to have a turn playing with the toy. Speak in a calm and clear voice, and be sure to establish kind eye contact with your child when you give instructions so it is more likely he or she is focused on what you are saying. It can be helpful to have your child repeat the instructions back to you. Breaking down instructions for larger tasks into simple steps can also be helpful. Discipline, Rewards, and Consequences

Children with ADHD respond very well to a defined and predictable system of rewards and consequences to manage behavior and discipline. Reward positive behaviors with praise or with small rewards that cost little or no money, such as special time with a parent or participating in an outing or favorite activity. Focus on praise or privileges as rewards rather than offering foods or toys as prizes. Its always best to give more rewards and positive praise than negative comments or consequences. For example, smile and say, I like the way youre working on your homework or youre doing a great job clearing the table. Ask your child to say what he or she did well during an activity and help him or her to come up with something if he or she cannot.

Likewise, consequences for negative behaviors should be fair, appropriate, consistent, predictable, and swiftly implemented and completed. Major events like holidays or the childs birthday should never be completely withdrawn or uncelebrated because of something the child did. Consequences

ideally should be explained in advance and should occur immediately following the negative behavior. Delayed consequences (such as not participating in an event or outing in the following week) are not as effective as immediate consequences. Consequences can include time-outs, removal from the situation or setting, or restriction of privileges. It is very important that the consequence occur after every instance of negative behavior. Use Time-Out Effectively

Particularly for younger children, time-outs can be an effective consequence for negative behaviors that serve the additional purpose of removing the child from an overstimulating or stressful environment. A time-out is also an immediate consequence that is likely to be more effective than a delayed consequence. Many experts recommend that time-outs not last longer in minutes than the childs age in years (for example, a five-minute time out for a 5-year-old). Longer than that may be too difficult for the child to complete, leading him or her to be more likely to defy doing the timeout at all. Ignore Within Reason

In some situations, ignoring an undesired behavior may be an effective behavior-modification technique for children with ADHD. Obviously, behavior that is risky or injurious to the child or to others cannot be ignored, but behaviors such as whining, nagging, and arguing sometimes can be ignored until the behaviors stop. Many children with ADHD crave attention from others, even if it

is negative attention in the form of yelling, shouting, or scolding. Refusing to provide any attention to the child who is behaving inappropriately can be effective if done consistently. For the child who gets increasingly loud or disruptive (escalates) when ignored, another way to respond may involve calmly and quietly telling the child that when they are calm and quiet the conversation can resume. Develop Organizational Aids

Children with ADHD have poor executive functioning skills, which means, among other difficulties, that they have trouble organizing their belongings and tasks. Some parents (in cooperation with teachers) have found it helpful to provide color-coded binders and notebooks for each school subject, as well as a homework sheet in the front of the binder that lists homework for each school day. Others may find that purchasing a second set of textbooks for the home is useful for the child who frequently forgets to bring the proper materials home. Help your child develop an organizational system for his/her room and belongings and stick to it. Eliminate Distractions

While this sounds obvious, many home environments are simply chaotic and full of distractions for the child with ADHD. Be sure that your child has plenty of quiet time and space to complete homework and other tasks. A homework space that is free of external distractions like television

and video games, and is not located in rooms in the home where most people congregate is key to successful completion of assignments. Set Small, Attainable Goals

Think of changing your childs less positive behaviors like training for a marathon. Just like no one would expect you or anyone else to go from never running at all to completing 26-plus miles, it is unfair and unrealistic to expect your child to change 15, or 10, or even five behaviors immediately. Dont expect dramatic changes overnight. If your goal is to have your child sit still politely through a restaurant meal or family outing, break the process down into small and attainable goals like not interrupting a conversation for five minutes, remaining seated for 10 minutes, etc. Be sure to offer plenty of praise and rewards when these small goals are met. Focus on One or Two Challenging Behaviors at a Time

Changing all of a childs negative behaviors at once is never possible, and attempting to do so can create unbearable stress for both parent and child, setting up both for failure. Instead, pick one or two challenging behaviors that youd like to improve and focus on those. Examples might be interrupting, not remaining seated, forgetting to put toys away, or arguing about bedtime. Whichever behaviors you choose to modify, understand the behavior changes must be gradual to be successful over time.

Find Areas in Which the Child Excels or Succeeds

No one enjoys being subjected to constant criticism or complaints about their behavior. As every individual needs to feel good at something, constant criticizing can result in the child unwittingly working more at perfecting negative behaviors they get attention for rather than the positive behaviors if he or she is not praised. Help your child find an area or interest in which he or she is successful. This can be a sport, musical instrument, academic subject, art form, or other hobby. Being successful or having a strong interest in a hobby can greatly improve your childs selfesteem and well-being. There is no single best activity for children with ADHD. Let their interests and enthusiasm be your guide. Promote a Healthy Lifestyle Nutrition

A healthy lifestyle will help not only your child but the entire family to preserve both physical and emotional health. Stick to a nutrition plan and avoid giving your child junk foods and empty calories on more than an occasional basis. While sugary foods are not a cause of ADHD, some parents find that lots of sugary foods may worsen their childs symptoms. Sometimes older children with ADHD are so distracted and disorganized that they may skip meals or eat irregularly. Decreased appetite can be a side effect of some medications that treat ADHD. Try to ensure that your child is eating regularly, and small meals every few hours may be most effective for some children with ADHD. While allowing your child to enjoy childhood by allowing for an occasional

treat, it is important to teach your child to make good food choices by modeling these choices yourself. Promote a Healthy Lifestyle Exercise

Exercise can help excitable children burn off excess energy, and regular exercise promotes physical well-being and healthy sleep habits. Encouraging your child to participate in organized sports after school can provide both regular exercise and the benefits of a regular and predictable schedule. Many children with ADHD do well in martial arts or yoga classes that emphasize mental as well as physical control over their bodies. In general, its important to pick a sport that suits your child and his or her abilities, but sports that involve constant activity or motion may be better choices for some kids than sports that have significant down-time like baseball or softball. Promote a Healthy Lifestyle Sleep

Sleep is the final factor in ensuring a healthy lifestyle for your child and family on a daily basis. If your child is not well-rested, he/she will have even more difficulty staying focused and on-task. Falling asleep can be difficult for children with ADHD who may be overstimulated and have an increased activity level. As part of your regular and predictable schedule, its important to have a set bedtime and bedtime routine. You can use a checklist or timer if you like to help your child make the transition to bedtime. Eliminating caffeine in your childs diet as well as providing a calming nighttime ritual (such as cuddling or sharing a book or story) can help your child wind

down at the end of an active day. For older children and teens, turning off the computer and storing cell phones and other electronic devices outside the childs room for the night serve to prevent their interfering with sleep. Show Your Unconditional Love

Be sure your child is aware of your unconditional love and support, no matter how he or she behaves. Withdrawal of love or affection is never an appropriate consequence for undesired behavior. Its OK to let your child know that you are angry or frustrated with his/her behavior at times, but remember to say I love you every day and be sure your child knows that he or she is an accepted and valued member of the family. Take Care of Yourself

Finally, dont forget to take care of the caregiver. In addition to the joy of accomplishment, parenting a child with ADHD can bring on a variety of upsetting emotions, including embarrassment, anger, anxiety, worry, and frustration. In fact, you may feel any or all of these on a given day. Try to keep a sense of perspective and understand that your childs behaviors are due to a disorder and may not always be under his or her full control. If you need a break, you shouldnt feel guilty. Parenting is a stressful job, and its OK to accept help from family and friends in caring for your child. Take time off from parenting to spend time

on activities you enjoy or even spend time alone in order to recharge yourself. You wont be an effective parent or role model if you have no energy to devote to the process

Menangani anak-anak hiperaktif


Oleh ZUHAYATI YAZID

KANAK-KANAK lasak yang sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini. Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa. Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD) Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat. Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik. Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar Pillai, ADHD sukar dikesan dan ia tidak mudah didiagnosis disebabkan tiada simptom boleh dilihat seperti penyakitpenyakit lain namun tahap kenakalan kanak-kanak berkenaan berbeza dengan rakan seusia. Katanya, kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk kepada pakar selepas usia enam hingga sembilan tahun.
kanak-kanak hiperaktif hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak yang menjadikan mereka sukar mengawal diri.

"Bukan mudah untuk diagnosis tanda masalah kerana dari mata kasar, kanak-kanak ADHD sama seperti rakanrakan seusia yang lain. Pada usia itu mereka mula lasak dan nakal disebabkan rasa ingin tahu sesuatu yang baru. "Perbezaan antara ADHD dengan nakal ialah tahap tingkah laku. Kanak-kanak nakal akan mendengar cakap tetapi bukan anak kecil yang mengalami ADHD. Mereka tidak mahu mendengar arahan atau belajar daripada kesilapan. Dia akan terus melakukan kesilapan berulang kali. "Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda masih tidak nampak kelainan. Cuma nakal biasa, mereka masih tidak boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku,'' ujarnya melalui laman web www.jomlayan.com. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-kanak atau 4.3 peratus mengalami masalah ADHD. Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan. Katanya, masalah ini boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti, mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa. ''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen. ''Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk belajar, tetapi terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang pengetahuan atau tidak tahu masalah anak menyebabkan sesetengah kanak-kanak ini terbiar tanpa sebarang rawatan,'' katanya. Katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik. "Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa. mereka masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain,'' katanya.

Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org. *Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal. *Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda *abelkan. *Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. *Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya. *Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme. *Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain. *Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik

Kesihatan Anak: Ibu Merokok Berisiko Dapat Anak Hiperaktif


Perasaan marah, cemas dan gusar sering membelenggu ibu bapa setiap kali menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang lemah di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain kemungkinan disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

ADHD biasanya lapan peratus ke 10 peratus dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan. Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanakkanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Berkelakukan Pelik Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti berbeza daripada normal. Ini membuatkan mereka sering berkelakuan pelik dan kelam kabut. Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia. ADHD berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia. Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD. Ada beberapa pendapat pakar mengatakan saiz otak ADHD lima ke 10 peratus lebih kecil daripada otak normal. Beberapa kajian dilakukan dan mendakwa merokok ketika mengandung boleh menyebabkan anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu. Pelbagai kontroversi mempengaruhi jumlah sebenar kanak-kanak yang menghidapi ADHD. Diagnosis dan perangkaan membuktikan antara tiga hingga lima peratus kanak-kanak menghidap ADHD setiap tahun. ADHD bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami situasi kronik. Apa yang membimbangkan 35 peratus daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap degil, sering membantah dan melanggar peraturan. Selain itu 18 peratus daripada mereka lalai, tidak puas dengan apa yang ada, tertekan, masalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa hormat terhadap diri sendiri. Kira-kira 25 peratus lagi kanak-kanak ADHD, cepat risau, takut dan panik, menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit. Walaupun ADHD tidak mengkategorikan mereka yang lemah dalam pelajaran, tetapi sindrom ini boleh menyebabkan gangguan terhadap

penumpuan ketika sesi pembelajaran. Ini sekali gus boleh menjejaskan prestasi di sekolah. Rawatan ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu bapa dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu sendiri. Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom ADHD. Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom dan apa yang diperlukan mereka. Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor jika ada sebarang perubahan yang berlaku

Anda mungkin juga menyukai