Anda di halaman 1dari 17

Jenis Kanak-kanak Khas

Ciri-ciri Khusus: Perlakuan yang bongkak


Ketawa dengan tiba-tiba Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap. Tidak mengenali bahaya. Tidak merasai kesakitan. Menangis dan marah tanpa sebab. Permainan yang luar biasa. Tidak mahu didakap. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain. Berkelakuan seperti orang pekak. Tiada perhubungan mata bila bercakap. Memutar barang. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal. Tingkahlaku aktif keterlaluan. Tidak mahu terima pelajaran biasa. Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri. Takut dan cemburu berlebihan.

Autisme

Sindrom Down
Ciri-ciri Khusus: Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.

Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata. Bentuk muka yang kecil. Bahagian kepala leper.

Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang. Majoriti berambut lurus dan lembut. Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol. Berbadan gembal dan rendak. Badan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan gembira. Dapat bergaul dengan baik. IQ di antara 30 hingga 80. Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Cacat Akal Ringan


Ciri-ciri Khusus: 1. Adiot Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri. 2. Imbersil Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih. 3. Moron Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa. Lambat berjalan dan lambat bercakap. 4. Lembab Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Cacat Akal Berat


Ciri-ciri Khusus: Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.

Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya. Air liur yang meleleh tanpa kawalan. Sukar bernafas. Sukar tidur dan terjaga waktu malam. Selalu menangis. Sukar bercakap dan memahami orang lain. Suara terlalu lembut, mengau atau sengau. Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi. Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan. Tidur yang berlebihan. Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Hyperaktif
Ciri-ciri Khusus: Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan. Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.

Tidur yang tidak tetap. Terlalu kerap menangis atau ketawa. Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan. Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang. Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya

Hypoaktif
Ciri-ciri Khusus: Murang dan menyendiri. Aktiviti fizikal yang pasif.

Tiada respond pada persekitaran. Suka termenung.

Tidak suka bergaul atau berinteraksi. Menundukkan muka bila nama dipanggil. Suka bermain sendirian.
Suka berkhayal.

Spastik
Ciri-ciri Khusus: Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan. Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.

Tidak berupaya mengangkut badan. Tidak berupaya berpijak atau berdiri. Tidak berupaya memegang objek. Tidak berupaya mengurus diri.

Pintar Cerdas
Ciri-ciri Khusus: Kebolehan yang luar biasa. Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.

pergaulan dengan kanak-kanak lain. Perkembangan bahasa yang lambat. Perbendaharaan kata yang kemas. Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar. Kemukakan soalan yang bertalu-talu. Suka bergaul dengan orang yang lebih tua. Suka mencari helah.

Hiperaktif (ADHD)
Pendahuluan ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan : * Kurang tumpuan

* Hiperaktif * Menurut kata hati (Impulsiviti) Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini. [Atas] Tanda & gejala Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B. A. Kurang tumpuan Kanak-kanak sentiasa : * Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. * Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya * Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah * Tidak dapat menyelesaikan tugasnya * Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya * Tidak berupaya mematuhi arahan * Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran * Mudah hilang perhatian * Pelupa B. Hyperaktif Kanak-kanak sering : * Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya * Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ * Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) * Bising waktu bermain * Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) * Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti) Kanak-kanak akan : * Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis * Tidak sabar menunggu giliran * Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain * Tambahan : o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun

o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera. Komplikasi * ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang. * Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan. * Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah. Rawatan Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau. Pemulihan Intervensi tingkah laku Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah : * Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya. * Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul. * Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik. * Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari. * Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan. * Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata. * Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan

pada kelemahannya sahaja. * Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas. * Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Palsi Serebrum
Istilah serebrum merujuk kepada otak manakala palsi pula ialah gangguan kepada pergerakkan ataupun postur. Pesakit palsi serebrum bererti orang yang tidak berupaya menggunakan sebahagian daripada otot-otot mereka secara normal akibat daripada sedikit kerosakkan pada bahagian otak. Palsi serebrum merupakan satu keadaan yang tidak dapat diubati walaupun melalui pelbagai kaedah. Tetapi pendidikan, terapi dan teknologi dapat membantu mereka yang mengalaminya menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur. Palsi serebrum adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan motor, terutamanya kawalan otot atau koordinasi. Akibat daripada masala-masalah ini juga boleh menimbulkan masalah-masalah lain bergantung kepada bahagian otak yang rosak seperti terencat akal, masalah pertutuan, penglihatan, pendengaran, sawan, kecacatan anggota, kecacatan gigi, masalah pernafasan, masalah permakanan dan masalah untuk buang air kecil dan besar. Jenis-jenis autisme terbahagi kepada tiga iaitu spastik, athetosis dan ataxia. Palsi serebrum apastik adalah merujuk kepada ketegangan otot pada tahap abnormal yang tinggi dan meningkat semasa menjalankan aktiviti. Otot dan sendi kaku dan tdak berupaya melakukan pergerakkan. Palsi serebrum atherosis adalah perubahan ketegangan yang berlaku pada otot secara mendatar daripada keadaan normal kepada ketegangan tahap tinggi. Bahagianbahagian anggota bergerak tanpa mampu dikawal oleh otot otak. Seterusnya ialah palsi serebrum ataxia iaitu mengalami maslah yang teruk dari segi imbangan dan koodinasi. Kanakkanak ataxia tidak mampu duduk. Berdiri mahupun berjalan. Jika mereka dapat berjalan sekalipun, kaki mereka mesti dalam keadaan yang terkangkang bagi membantu imbangan. Antara ciri-ciri kanak-kanak palsi serebrum ialah mereka mengalami perkembangan motor kasar dan motor halus yang sangat perlahan. Terdapat beberapa cara mereka bejalan seperti terkangkang, berjinjit atau kaki diseret bagi mengekalkan imbangan. Ciri yang seterusnya ialah kanak-kanak palsi serebrum ialah ketidaknormalan pembentukan otot tubuh badan. Mereka juga mempunya lekukan pada spinal (jawbone) atau saiz kepala yang kecil. Antara ciri-ciri lain yang boleh dilihat pada kanak-kanak palsi serebrum ialah mereka mempunyai penyakit sawan, masalah pertuturan, tindak balas deria yang lemah, terencat akal, dan masalah tingkah laku.

Terencat Akal
Maksud kerencatan akal (mental retardation) Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.

Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal. Penyebab kanak-kanak terencat akal 30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50. Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal. Penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital. 1. Palsi serebrum (Bab 8.4) 2. Sindrom Downs (Bab 8.3) Kenal pasti kanak-kanak yang terencat akal Sebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca yang ada pada S2 seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti (sila lihat bab 8.3). Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan developmental assessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam. Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu-bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap. Filosofi penjagaan dan rawatan pesakit yang kerencatan akal 1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka. Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan. 2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di beli. 3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy) 4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan

dan pendengaran juga mesti dilakukan. 5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah. 6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu (lihat apendiks 8). 7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada pihak kebajikan atau badan-badan sukarela. Dr Iean Hamzah Sendut & Prof. Dr Zulkifli

Sindrom Down
Apakah Sindrom Down? Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.

Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.. Nota :

Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866

Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down? Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil. Bagaimanakah Sindrom ini disahkan? Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid) Ciri-ciri fizikal Ciri-ciri fizikal termasuklah:

Tubuh yang pendek Kepala bersaiz kecil Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas Lidah terjelir Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.

Pertumbuhan yang lambat. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan

1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur o Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
o o

Lambat atau sukar dalam pembelajaran Lambat dalam pertuturan Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.

2. penyakit jantung kongenital o Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan. 3. Kecacatan pertumbuhan perut o Intestinal atresia
o

Tiada dubur Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.

4. Mudah mendapat jangkitan o Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat. 5. Masalah pendengaran dan penglihatan o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan. 6. Gangguan fungsi Tiroid o Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin

Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.

7. Barah (kanser) o Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanakkanak biasa
o

Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.

Pencegahan

Kaunseling keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya. Kadar risiko kejadian berulang adalah 1% Amalan merancang keluarga

Pemulihan

Program intervensi Terapi carakerja Terapi pertuturan Pendidikan khas Latihan kemahiran khas

Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusatpusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas). Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal.

Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan..

Mengenali autisme
"AUTISME" berasal dari perkataan Yunani bermaksud 'autos' atau diri atau ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkaradi sekelilingnya selain dari dirinya sendiri. Autisme mengganggu bahagian-bahagian di dalam otak yang menguasai kefahaman,emosi,komunikasi secara langsung atau tidak langsung dan keupayaan untuk bergaul.Bilangan yang menghidapi autisme tulen adalah 4 hingga 5 dalam 10,000 orang manakala 10 hingga 15 dalam 10,000 orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu autisme.Boleh dianggarkan bilangan penduduk dengan autisme tulen adalah 10,000 dalam lebih kurang 20,000 orang yang lain mempunyai ciri-ciri tertentu autisme di Malaysia.Bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan dengan nisbah 4:1 dan selalunya seorang sahaja kanak-kanak autisme di dalam sesebuah keluarga dan kerap berlaku pada anak yang sulung.Sehingga ke hari ini masih belum jelas punca sebenar autisme. Andaian-andaian seperti berikut boleh membantu kita dalam usaha kita mengurangkan risiko mendapat anak autisme. - kekurangan oksigen ketika proses kelahiran - proses kelahiran secara paksaan (vacuum extraction) - gangguan neuro transmitter dalam sistem saraf - Infeksi neurologikal - kegangguan bahan kimia di dalam otak menyekat perkembangan Sepasukan penyelidik dari Amerika Syarikat dan Eropah baru-baru ini mendapati faktor genetik menjadi punca autisme.Institut Kebangsaan Kesihatan Amerika Syarikat mengumumkan,penemuan ini mengesahkan bahawa terdapat kromosom-kromosom yang mempunyai hubungkait dengan autisme.Dianggarkan setiap seorang daripada 500 penduduk dunia menghadapi masalah autisme terutama lelaki.Autisme menyebabkan pengidapnya menghadapi kesukaran bertutur,melakukan tabiat yang sama berulang-ulang dan mengalami masalah interaksi sosial. Kajian yang membabitkan DNA 150 pasang adik beradik yang menghadapi masalah autisme mendapati sebahagian daripada dua kromosom kedua dan ketujuh mengandungi gen yang dikaitkan dengan autisme.Secara umumnya kromosom ketujuh dikaitkan sebagai punca terjadinya masalah pertuturan. Ciri-ciri autisme dapat dikenali seperti berikut; 1. Perhubungan yang tidak beremosi dengan orang lain: - Berseorangan dan suka berjauhan.Kanak-kanak ini menganggap manusia adalah objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara-cara tertentu dan dengan orang yang disukainya. - Menolak kehadiran seseorang atau melihat menembusi seseorang itu terutama apabila kita bercakap dengannya. - Amat susah hendak bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak lain. 2. Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri: - Adakalanya kanak-kanak ini memeriksa bahagian-bahagian anggotanya seperti kaki dan tangannya seolah-olah benda itu baru dan pelik.Proses ini berjalan sehingga ke peringkat remaja.

3. Membuang masa pada sesuatu objek dan tidak menghiraukan fungsi sebenar objek itu. - Suka membawa pelbagai objek ke sana sini.Menunjukkan kemarahan yang amat sangat apabila objek yang dibawa hilang. - Sangat menyayangi sesuatu objek yang disukainya. - Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek itu. - Permainan yang aneh seperti memusing objek,menggoyangkan tali,menggoncang objek di dalam tin,mengoyak kertas dan sebagainya. 4. Tidak suka kepada persekitaran yang berubah dan suka kepada kesamaan dari semua aspek. - Sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin contohnya menukar pakaian,makanan atau mengubah jalan. - Menolak penerimaan belajar perkara-perkara yang baru. - Menunjuk kemarahan jika perabot-perabot dalam rumah di ubah-ubah.

Memulihkan Anak Istimewa


1. SEMBILAN bulan di dalam kandungan, setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak yang dilahirkan sempurna dan sihat. Namun, siapalah manusia untuk menentukan segalanya. Anak yang dianugerahkan, baik sempurna atau tidak harus diterima dengan hati yang reda kerana setiap kelahiran merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. 2. Memang ada anak-anak yang lahir dengan kecacatan seperti otaknya tidak berupaya untuk mengawal pergerakan atau memproses maklumat yang diterima dengan sempurna. 3. Situasi ini menyebabkan mereka tidak mampu mendengar, melihat, merasa, menyentuh, mengimbangi badan dan mengawal pergerakan otot-otot dengan baik. 4. Keadaan ini berkait rapat dengan masalah-masalah seperti autisme, attention deficit disorder (Add), attention deficit hyperactivity disorder (Adhd) dan lain-lain kecelaruan perkembangan saraf. 5. Sungguhpun demikian, kanak-kanak ini perlu juga meneruskan kehidupan dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Sekurang-kurangnya mereka boleh berdikari dan tidak perlu bergantung selama-lamanya pada orang lain. 6. Melihatkan ramai kanak-kanak istimewa ini yang tidak mendapat pemulihan yang betul telah membuka pintu hati Ahmad Fathir Badri, 34, membuka Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor, sejak setahun lalu. 7. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. 8. PJPHR ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak kurang upaya ini menghadapi masa depan yang lebih cerah serta mampu berdikari. 9. Bermodalkan lebih RM100,000, PJPHR yang didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini mempunyai seramai lapan orang kanak-kanak istimewa berumur antara tiga tahun hingga 13 tahun. 10. Menurut Ahmad Fathir, di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah. 11. Di PJPHR, kami menggalakkan penglibatan ibu bapa atau penjaga dalam setiap program bagi mempastikan proses pemulihan dapat dipercepatkan. 12. Ibu bapa serta penjaga juga diharap dapat menemani anak-anak semasa latihan sedang dijalankan, kata pemegang Ijazah Teknologi Maklumat dari universiti tempatan ini.

13. Beliau menambah, sesi latihan yang lebih efektif bersama ibu bapa dapat memberi sokongan kepada anak-anak ini mengulangi latihannya di rumah, serta memberi maklum balas kepada ahli terapi mengenai perkembangan anak. 14. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal. 15. Biasanya kanak-kanak istimewa ini kalau pergi ke hospital kerajaan, dua bulan baru dapat temu janji dengan doktor bagi sesi rawatan. Tetapi bila mereka datang ke sini, mereka boleh mendapat rawatan bila-bila masa sahaja, ujar Ahmad Fathir yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang rehabilitasi. 16. Mempunyai empat orang jurupulih cara kerja yang memiliki Diploma Jurupulih Cara Kerja dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), pusat ini menggunakan pendekatan menyeluruh dalam setiap rawatan dan program yang telah disediakan. 17. Menurut Ahmad Fathir lagi, keistimewaan pusat ini ialah terdapat bilik pelbagai sensori (MSR SpaceRoom) yang dilengkapi dengan peralatan berharga RM40,000. 18. Bilik yang konsepnya dibawa masuk dari England ini, memberi rangsangan sensori serta ketenangan sebelum sesi terapi dilakukan. 19. Bilik ini digunakan oleh jurupulih bagi membantu merangsang lima deria iaitu bau, dengar, sentuh, lihat dan rasa. 20. Bilik eksklusif ini disediakan sebagai satu alternatif kepada kanak-kanak istimewa menikmati persekitaran yang unik. Ia juga dapat membantu mereka menikmati suasana yang tenang dan nyaman. 21. Secara tidak langsung mereka akan lebih relak dan akan memudahkan jurupulih mendapatkan maklumat bagi membantu mempertingkatkan keupayaan mereka. 22. Teknik terapi PJPHR bagi kanak-kanak berumur dua tahun ke atas. 23. Gross motor (Pergerakan kasar) 24. Untuk mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang lemah atau tidak boleh melompat, berlari, merangkak, mengesot dan duduk secara betul. 25. Fine motor (Pergerakan halus) 26. Untuk mengatasi masalah tidak boleh menggunakan permainan, tidak pandai menggunakan tangan dalam satu-satu aktiviti, susah memegang pensel untuk melukis, mewarna dan mengelakkan diri bermain dengan permainan yang banyak. 27. Pembelajaran 28. Cara untuk memperbaiki lemah tumpuan, gelisah, lambat dan lembab, tidak teratur dan tidak kemas, tumpuan amat sedikit, hiperaktif, tidak boleh mengikut arahan dan sebagainya. 29. Kebolehan kendiri

30. Cara mengatasi tiada atau kurang kebolehan berdikari daripada segi menyuap makanan, memakai baju, pergi ke tandas, menjaga kebersihan diri dan lain-lain. 31. Kebolehan bermain 32. Cara berhadapan dengan masalah tidak pandai, faham bermain, mengenai mainan, ingin bermain dan masalah kecacatan mengehadkan kebolehan bermain. Memberi peluang kepada kanak-kanak ini bermain kerana ia boleh merangsang perkembangan emosi dan berinteraksi dengan persekitaran. 33. Kognitif dan konsep asas 34. Membantu mereka yang menghadapi pemikiran yang lemah, tidak boleh menerima, memahami dan mengikut arahan. Masalah mengenal asas warna, bentuk, keadaan, benda, tempat, rasa, nombor, huruf dan lain-lain. 35. Psikososial 36. Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti. 37. Skil kehidupan dan pravokasional 38. Cara berhadapan dengan masyarakat, menambah keyakinan, keberanian hidup berdikari. Mempertingkatkan kebolehan seperti berkebun serta membeli barangan harian.

Anda mungkin juga menyukai