Anda di halaman 1dari 16

ADHD

Attention Deficit Hiperactive Disoder (ADHD)


Apakah itu "ADHD"?
Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak
mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan
oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan
pada kanak-kanak.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian
penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi
perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali
tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk
menggambarkan ADHD.
Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh
sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanakkanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti
lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak didiagnosa dengan tepat.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun
walaupun kebanyakanibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia
yang lebih muda. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak
dibawa ke alam dewasa.
Apakah tanda-tanda ADHD?
Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering
berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :1. Hiperaktiviti
Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk Selalu meninggalkan tempat
duduk ketika di kelas Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa
kelihatan kekok Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
Selalu banyak bercakap Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor
2. Tempoh tumpuan yang singkat
Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan
semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan
kerja sekolah, kerja harian atau tugas Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan
yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam,
buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu
aktiviti lain Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan
3. Tingkah laku impulsif
Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan Kurang sabar dan hadapi masalah ketika
menunggu giliran Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain Sering membuat
pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan
Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama
rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanakkanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan
tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan
menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka
bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika
anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.
Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD?
ADHD sukar hendak didiagnosa kerana ADHD kerap disertai dengan masalah-masalah lain.-Gangguan
perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum

autistik.-Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untuk menguasai
bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca dan matematik.-Masalah emosional dan
tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu
emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa
meluahkan emosi mereka.
Masalah ADHD :
Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap
berdepan dengan masalah akademik.
Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah
dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa
sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu
bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.
Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai ADHD?
Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain Kurang daya tumpuan
kerana epilepsi atau sawan jenis petit mal Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran
sesekali Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan Menghadapi
masalah di rumah
Punca ADHD
Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat
terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Menonton televisyen Alah pada makanan Gula yang berlebihan Keadaan hidup yang miskin Sekolah
bertaraf rendah. Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD.
Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang
boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.
Diagnosis dan rawatan ADHD
Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman
memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang
tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti
corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku
mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. Kerapkali rawatan berkesan untuk ADHD
melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan.
Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat
stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak
mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan
bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar
menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan
lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri. Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah
methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60
minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan
antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kesan sampingan yang
biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan.
Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya
semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini
menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan. Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk
merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang
boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk
mereka mengatasi tuntutan hidup.
Bolehkah ADHD sembuh?
Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak ADHD akan mampu
menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat
menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman.

Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak. Walaupun
sebahagian kanak-kanak ADHD akan terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa namaun
dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka
ketika dewasa
Rujukan/sumber:http://www.blogger.com/www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/apakah_ADHD.htm

PINTAR CERDAS
Maksud Pintar Cerdas
Definisi dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanakkanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang
seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan
muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain
atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Definisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar
biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah
biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.
Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik
manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang
memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar
untuk semua subjek.
Ciri-Ciri Pintar Cerdas
Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau
seni persembahan.Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas
:Pengamatan tinggi. Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya
dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.
Keinginan untuk tahu tinggiIngin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu
acara
Minat mendalam. Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau
mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas. Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat
dan banyak
Ingatan yang tinggi. Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta
mampu mengingati semula dengan cepat.
Mungkin dapat membaca lebih awal. Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun. Kerap membaca
serta meluas Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.
Tatabahasa yang tinggi. Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan
perkataan yang baru dan unik.
Tahap penumpuan yang lama. Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih
lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran. Kebolehan
menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar
untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.
Suka bertanya dengan lebih teliti. Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
Keupayaan imaginasi yang tinggi. Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh
mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya.
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosialSebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan
populasi dunia, isu-isu alam sekitar.

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah lakuMudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi
boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup
untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan. Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri
sendiri malah untuk orang lain.
Bersemangat dan bertenaga. Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih
mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian.
Pandai berjenaka. Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan
sebayanya langsung tidak memahami.
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan. Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila
sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6
tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya
kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.
Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas
Permasalah dari segi perkembangan asynchronousKanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara
intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan
konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan
seksualiti dan isu-isu yang lain.
Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka
berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan
boleh mendorong mereka ke arah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa
seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran
mereka diambil oleh seseorang
Permasalahan dari segi pertuturan yang ke hadapan dan kebolehan memberi alasan. Kanak-kanak pintar
cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap
kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi
orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang
mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap
ibu bapa dan guru
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif . Sikap
kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang
yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang
diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap
sensitif dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan,
kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka
akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah existential depression.

SINDROM DOWN
Apa itu Sindrom Down?
Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang
terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan
sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang
kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom
21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh
melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk

melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini
disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses
pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5%
lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini
biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan
kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku
pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma
yang dinamakan "mosaic".
Apakah ciri-ciri Sindrom Down?
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik. Sifat pada kepala, muka dan leher
Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek.
Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang
besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih
rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak
pendek.Sifat pada tangan dan lengan
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking
membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian
crease".Sifat pada kaki
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. Sifat
pada otot
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan
menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
Masalah-masalah yang berkaitan:
Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali
jantung dan usus.
Masalah jantung
Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD)
iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung
berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent
Ductus Ateriosis / PDA).
Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell)
dan susah bernafas.Masalah usus
Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti:
a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu
esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air
liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut
air perut semasa baru lahir.
b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease".
Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami
masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang
air besar.
c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau
penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di
bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran
di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.
Masalah perubatan yang lain
Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah
ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai
ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh
(atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil
mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.

Masalah perkembangan pembelajaran


Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan
akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek
perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial
mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat
periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya
berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.Apakah kaitan usia ibu bapa dengan sindrom down?
Terdapat satu perkaitan antara usia ibu yang lanjut dengan Sindrom Down :Umur ibu Risiko mendapat anak
Sindrom Down25 1:150030 1:1000
35 1:360
40 1:100
45 1:50
Tiada kaitan Sindrom Down dengan usia bapa setakat ini.
Apakah punca kematian kanak-kanak sindrom down?
Kadar kematian kanak-kanak Sindrom Down adalah paling tinggi pada umur 2 tahun yang pertama. Punca
kematian yang paling ketara ialah akibat penyakit jantung kongenital dan sistem pernafasan.Lebih kurang 4060% kanak-kanak Sindrom Down berpenyakit jantung kongenital dapat hidup hingga umur 10 tahun. Tanpa
penyakit kardiak, jangka umur hidup mereka ialah 40 tahun.Lain-lain penyakit serius termasuk dislokasi
atlantoaksial (tulang belakang di antara rangka kepala dengan leher) khususnya dengan aktiviti sukan yang
cergas dan menyebabkan lumpuh akibat saraf tunjang tertekan. Penyakit leukemia juga meragut nyawa
sebanyak 5% daripada kanak-kanak Sindrom Down.
Bolehkah kanak-kanak sindrom down dapat hidup berdikari?
Kebolehan kanak-kanak Sindrom Down amat berbeza, daripada yang cukup serba boleh kepada yang terencat
serius. Oleh yang demikian, kebolehan setiap kanak-kanak Sindrom Down harus ditentukan secara kes demi
kes. Kebanyakkan kanak-kanak Sindrom Down dapat hidup berdikari, kalau mereka mendapat sokongan dan
peluang yang mencukupi. Mereka seperti manusia lain, juga perlu mengatasi masalah kehidupan sehariannya.
Mereka juga harus diberi segala kasih sayang dan kepercayaan yang ibu bapa dan kakitangan perubatan
sanggup berikan, untuk membolehkan mereka terus berkembang maju.
Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
-Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan
penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.-Alat permainan perlu sesuai teknik
pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.-Kanak-kanak SD perlu berasa selamat,
disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong
mereka belajar.-Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak
dibenarkan.
-Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.
Membantu kanak-kanak SD bertuturLangkah perlu diambil:
-Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.-Cuba dapatkan perhatian
sebelum bercakap dengan mereka.-Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri
mereka peluang menjawab.-Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.-Sambil bertutur, buat aksi atau
lakonan.-Latihan berterusan.-Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.-Tumpu kepada
satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.-Guna setiap peluang,
berinteraksi dengan mereka.-Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
-Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.-Pilih alat permainan sesuai tahap
perkembangan kanak-kanak.-Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.-Jangan terlalu memaksa
mereka melakukan sesuatu.-Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.-Apabila kanakkanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.-Jangan
biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

AUTISME
Autisme
Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk pintu rahsia anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak
autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam

dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik,
mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak
autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan
baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.
Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran
mereka, khususnya apabila mereka mula buat perangai, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik
mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.
Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi,
kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya
berkaitan minat, aktiviti dan perangai.Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami
masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme.
Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan
mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus kanakkanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza.
Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah
laku.Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha
menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.Pun begitu, bukan semua individu
autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert
Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu
sejenis autisme.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah
Tidak mampu bersosial Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka
jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal
seperti:- Tidak menghiraukan orang lain.- Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran
orang lain.- Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.- Tidak suka
sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).- Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.- Lebih
suka bermain sendiri.- Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.b. Tidak boleh
bertutur dan berkomunikasi - Lambat bercakap.- Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan
orang.- Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.- Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau
bercakap macam robot.- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang
bercakap).- Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.- Kanak-kanak autisme
dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang
dewasa.c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan- Suka melakukan perkara sama (berulang)
dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing
dan memutar objek.- Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan
perlakuan di luar kawalan.- Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.Tidak boleh duduk diam.- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.d. Masalah tingkah lakuSuka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk,
marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti
mencederakan diri.- Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan
baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.- Tidak tahu
bersosial jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.- Aktif tetapi berperangai pelik kanakkanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanakkanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu
bapa kecewa selepas gagal mengubah anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa
pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai
bodoh.Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara
mendekati mereka.
Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanakkanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.Bagaimanapun melalui
pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya
kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras
kemampuan, kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada

bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya.
Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh
dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak
mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan
boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan
dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.
Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika
apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga
enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar
di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.Panduan
membentuk hubungan sosialBagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan,
mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari
peringkat pra sekolah lagi.Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput
kawan datang ke rumah.
Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.Setiap
kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa
tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih susah
berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi
membolehkan mereka diterima sebagai kawan.Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan
jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh
bermain dengan anak.
Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.Kaedah lain ialah merakam suasana
permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini
berulang kali di rumah, katanya.Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan
kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.
Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markah
bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur
empat atau lima tahun).Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi model dan kawan kepada anak, terutama
apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama
dengan rakan sebaya.
Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme sangat jujur dan
kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh
menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan
kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar
wujudnya perbezaan jantina.Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa
buli. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-rata
berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.Walaupun mula
pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah.
Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka
terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor, katanya.Perlu
diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran.
Ada yang cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam
hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak
autisme.Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada
kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara
sistematik.Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka
mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan fikiran.
Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini bertambah jika
mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik
lain.Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami
Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk menumpukan perhatian, mudah

terganggu dan sukar mengingat fakta penting.Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau
menandakan maklumat penting, memberi tugasan pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa
bahagian untuk membentuk sifat tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi
maklum balas secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan anak.Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan
guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah.
Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan.
Kaedah ini boleh membantu pengurusan dan pembelajaran anak autisme.Apabila semakin besar,
kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau ditertawakan rakan sebaya.
Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, ia perlu diberitahu secara lisan dan
ajar cara betul membuat sesuatu perkara.Anak autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka
bertenang adalah langkah bijak. Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat
diselesaikan.Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan
sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan
berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak, katanya.
sumber : Bahan dari internet

DISLEKSIA
Definisi Disleksia
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud
kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan.
Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini.
Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah
memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam
kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan
ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematikDysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa- Dyspraxia (Dispraksia) iaitu
seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
Apa itu Disleksia?
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar
dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini
bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program
pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak
mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam
otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang
berlainan.Siapa yang mengalami Disleksia?
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia
biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.
Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjadabjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun

atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara
halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi
oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara
visual dan audio
Punca-punca DisleksiaMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996,
Antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.
Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya.
Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang
boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa
dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem
saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan
kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
Ciri-ciri Disleksia
Kanak-kanak pra-sekolah :- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan- Suka mengganti
perkataan dan hiperaktif- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah- Seringkali terlupa nama bendabenda atau pelajaran yang dipelajari- Tidak merangkak semasa bayi- Suka mendengar bacaan tetapi tidak
berminat membaca sendiri- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak
soalan
Kanak-kanak Sekolah Rendah
6 hingga 9 tahun- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf dan nombor- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca- Keliru dengan kiri dan kananTulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun
Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman- Mengambil masa yang panjang untuk
menyiapkan latihan- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks- Sukar mengikuti arahan
lisan yang panjang- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah- Kurang keyakinan dan
menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah
Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten- Kesukaran menulis
karangan- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral- Kesukaran mempelajari bahasa lain- Lemah dalam
kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan- Jenis orang yang suka senyap- Bercakap dengan nada yang
kuat atau menjerit daripada konsisten- Kurang kemahiran bersosial
Masalah kanak-kanak yang menghadapi Disleksia
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran.
Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk
menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad.
Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap
kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti
terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;m w y g j u n m nc e p q h n b
dTerdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf sepertit h f vMembacaKesukaran ini menghadkan
kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara
langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:Batu tuba Gula - laguSelain itu mereka juga melakukan
pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:pada masa yang sama dapa masa yang masaKekeliruan
perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :Bahasa Inggeris dengan
Bahasa Melayu Jam jem/cat - cat
Menulis :
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga
mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengarTerdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka
juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam
proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor:
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental.
Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya
seperti berikut :3 5 - 8 9 - 6Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi
tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut- Kelihatan berminat dalam
pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara
depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
Langkah membantu kanak-kanak Disleksia
Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi
tujuan menaganinya- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam
banyak hal tetapi tetap disayangi.- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau
kebolehan semulajadi- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan
kegagalan yang berterusan.- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu
bapa- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika- Mengamalkan suasan kasih
sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni- Membuat aktiviti berkeluarga serta
memberi bimbingan dalam bidang akademik- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal
identiti sendiri- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
Sumber : carian bahan dalam internet

RAWATAN EPILEPSI (SAWAN)


Rawatan Efektif Epilepsi
Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang, epilepsi dan serangan sawan bukan
lagi satu halangan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja
bagi menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit.
Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang betul tentang jenis serangan
sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan
berkesan.Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini
termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan butiran lanjut mengenainya.
Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti hadir untuk memberi maklumat
tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan diri.Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan
neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan secara khusus
sindrom epilepsi yang dialami pesakit.Doktor mungkin mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami
dengan lebih mendalam punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak
normal dalam otak.
Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak,
tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI), yang, dalam bahasa mudahnya,
menyediakan imbasan imej otak.Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan, doktor akan mencadangkan
beberapa pilihan rawatan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat dengan menggunakan ubat anti-

epileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants atau ubat anti-sawan).


Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah ubat atau kombinasi ubat
anti-sawan yang lazim digunakan.Setiap pesakit memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan
seperti reaksi mereka terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. Oleh itu,
doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk setiap pesakit dengan kesan
sampingan yang minimum.
Sesetengah faktor akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan termasuk jenis sawan, umur
pesakit dan jantina, tahap IQ dan isu kesihatan, serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit.Bagi
rawatan berkesan, pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk kepada doktor
sebelum mengambil ubatubatan yang lain, ubat yang dibeli di kedai, atau rawatan herba.
Terdapat bahan- bahan yang boleh mengganggu rawatan epilepsi dan mengurangkan keberkesanannya.Untuk
hasil rawatan terbaik, pesakit epilepsi perlu terlebih dahulu menemui doktor yang terlatih dan
berlesen.Sebahagian besar pesakit epilepsi boleh bebas dari serangan sawan untuk tempoh yang lama
dengan menjalani rawatan yang betul.
Telah dibuktikan bahawa kira-kira 80 peratus pesakit epilepsi yang dirawat dengan ubat anti-sawan, bebas
daripada serangan penyakit itu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Bagi pesakit dewasa pula, 50
hingga 60 peratus bebas dari serangan sawan selepas pertama kali mengambil ubat anti-sawan. Bagi mereka
yang didiagnosis mengidap epilepsi ketika usia muda, 20 peratus mula mengambil ubat dan tidak lagi diserang
sawan selepas berhenti mengambil ubat, walaupun apabila mencecah usia dewasa.
Lagi lama tempoh mereka tidak mengalami serangan sawan, maka semakin besar peluang untuk mereka
menjalani kehidupan yang bebas dari epilepsi dan lebih 50 peratus kanak- kanak berjaya bebas daripada
serangan penyakit itu.Pembedahan boleh membantu merawat punca-punca epilepsi lain, seperti serangan
sawan itu disebabkan oleh ketumbuhan, tumor atau punca-punca lain. Jika punca-punca tersebut berjaya
dirawat atau dibuang, pesakit tidak akan lagi mengalami sawan.
leh itu, kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh diubati melalui pembedahan.Pembedahan juga boleh
dilakukan untuk membuang tempat fokus serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal),
tetapi ia hanya sesuai bagi sawan partial yang berasal dari satu kawasan khusus dalam otak. Pesakit yang
berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika
berpendapat pembedahan tidak sesuai dilakukan, maka pesakit akan dinasihatkan supaya tidak melakukannya
dan menjalani rawatan pilihan yang lain.
Doktor akan mengambil pendekatan holistik dan berbincang bukan sahaja mengenai penyakit sawan yang
dihidapi dan butiran perubatan, tetapi juga turut merangkumi keseluruhan isu-isu mengenai kehidupan seperti
pendidikan, aktiviti sukan, kehidupan sosial, pekerjaan, malah bercakap mengenai pemanduan, soal
perkahwinan dan mengandung.
Keberkesanan pembedahan berbeza; ada pesakit bebas sepenuhnya daripada serangan sawan selepas
pembedahan, manakala bagi yang lainnya, jumlah serangan sawan yang mereka alami berkurangan dengan
banyaknya. Kebanyakan pesakit boleh berhenti mengambil ubat anti-sawan selepas menjalani
pembedahan.Bagaimanapun, dalam mana-mana pembedahan, masih ada risikonya.Rangsangan saraf vagus
(vagus nerve stimulation atau VNS) adalah satu lagi pilihan rawatan untuk epilepsi.
Alat yang dikenali sebagai perangsang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada pesakit. Wayar dari alat
tesebut diikat pada saraf vagus. Saraf vagus menyambung otak ke jantung, paru-paru dan saluran usus dan
perut. Alat ini menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval), yang merangsang saraf vagus.VNS
boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak berkesan mengambil ubat anti-sawan dan pesakit yang
atas apa-apa sebab, dianggap tidak sesuai untuk menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, kaedah rawatan ini mungkin mahal, tambahan pula, bateri yang dipasang pada alat tersebut
hanya tahan kira-kira selama lima tahun sahaja.Satu lagi rawatan bagi epilepsi di kalangan kanak-kanak ialah
diet ketogenik, yang kaya lemak dan rendah karbohiderat. Ia bertujuan untuk mengekalkan tahap lapar
(starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Bila badan dalam keadaan berpuasa, ia
menghasilkan ketones (bahan yang terhasil bila badan memecahkan lemak untuk menjana tenaga), yang

menunjukkan badan sedang membakar lemak dan bukannya glukos untuk menjana tenaga.
Cara sebenar bagaimana diet ketogenik itu berfungsi tidak diketahui secara jelas. Ia perlu diperjelaskan di sini
bahawa diet ketogenik bukanlah sesuatu diet yang mudah diamalkan, dan ia boleh menyebabkan kesan-kesan
seperti tahap asid urik yang tinggi dan menyebabkan batu dalam buah pinggang.P
rof. Dr Raymond Azman Ali adalah perunding kanan neurologi di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan juga
Pengerusi Majlis Epilepsi, sebuah badan kepakaran khusus di bawah Persatuan Neurosains Malaysia.Beliau
akan bercakap dalam satu forum awam di Melaka anjuran Persatuan Epilepsi Malaysia pada 28 Jun, sempena
Hari Epilepsi Antarabangsa. Forum ini dapat dijayakan dengan geran pendidikan UCB Pharma Asia Pacific
Sdn. Bhd. Orang ramai dijemput hadir! - Mingguan Malaysia, 15/06/08Untuk maklumat lanjut mengenai
epilepsi,
Sumber : sila layari www.epilepsy.org.my atau http://www.livebeyondepilepsy.com/

CEREBRAL
CEREBRAL ialah OTAKPALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN
OTOTKanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam
otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan.
Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan
ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran
- Jangkitan dalam rahim
- Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
- Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
- Kelahiran tidak cukup bulan
- Kecederaan semasa lahir
- Lemas semasa lahir
- Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)


- Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) demam kuning
- Jaundis yang teruk (kemicterus)
- Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur
ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
- Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) punca utama.

- Perkembangan otak yang tidak normal.


- Rembesan (intraeraneal bleeding).
- Demam kuning.
- Terhentak / terhempas / kejutan.
- Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
- Bayi kelihatan lembik
- Lewat perkembangan
- Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
- Masalah menyusu
- Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
- Sembelit
- Cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy


Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding
dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang
atau tidak menangis.0 10 bulanKanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan
biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.11 bulanMula merangkak,
tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang
untuk bertapak.1 3 tahun1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.Tabiat bertahan nafas
atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanakkanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna
biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.8 tahun - Belum
boleh bercakapAkibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :- Rencatan
akal (kurang kecerdasan)- Kerencatan pertuturan- Rencatan penglihatan- Rencatan pendengaran- Sawan
(epilepsy)- Kecacatan anggota- Kecacatan gigi- Masalah mengenai pernafasan- Masalah mangenai
pemakanan- masalah untuk buang air besar atau kecil.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)


Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula.
Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.Athetoid - Bahagian-bahagian anggota
bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid
menunjukkan gimik muka.Atxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan
berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot,
bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan
berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan
postur tersebut.Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur
mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang
kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti
memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin.
Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka
masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih
keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.

Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational
Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy
mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.


Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra
langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat.
Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami
ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau
spastic.

Cortex atau Lapisan Luar OtakCortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan
sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal,
kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di
bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak
boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota
bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.Basal GangliaBahagian ini terletak di bawah cortex iaitu
di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun
pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal
ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis.

Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu
pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.SerebelumSerebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar
otak. Bahagian ini berperanan mentadbir fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan
keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak
kepada saraf tulang belakang.Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan
pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang
badan.

Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan
pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.Mengesan Kanak-kanak Spastik.Kanak-kanak
spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak spastic
akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan
mereka muntah.

Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan
sukar untuk di keluarkan semula.Masalah pernafasanKanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas,
pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.Masalah tidur.Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur,
mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak
boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan babbling
sound.

Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.Masalah pendengaran.Kanak-kanak


spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap
bunyi. Masalah penglihatan.Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan
bola mata yang berterusan.

Reaksi yang tidak normal


Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga
kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanakkanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak
mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan
sekelilingnya.
Sumber : Bahan Carian dari Internet

Anda mungkin juga menyukai