Anda di halaman 1dari 24

MENYELAMAT DAN

MELEPASKAN DIRI DARI


BANGUNAN TERBAKAR
UNSUR-UNSUR KEBAKARAN
SEGITIGA HABA
PUNCA-PUNCA KEBAKARAN
Memasak
- Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara
berterusan atau membebankan palam pencucuh elektrik

Merokok
- Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Pastikan
puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang

Lilin
- Letakkan lilin jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan
cecair mudah terbakar
Apabila berlaku kebakaran, jangan cemas.
Lakukan Langkah-langkah Tersebut

Pastikan setiap orang keluar dari


kawasan itu.
Tutup paip gas utama jika anda boleh
melakukannya dan hubungi pasukan
penyelamat seperti Jabatan Pertahanan
Awam atau BOMBA dan Penyelamat.
Sekiranya terdapat alat pemadam api
gunakannya untuk kebakaran kecil.
Masuk ke dalam bilik yang selamat, jauh
dari kawasan kebakaran sebaik
baiknya menghadap jalanraya.
Sumbatkan dengan kain di bawah celah
antara pintu dengan lantai seelok-eloknya
gunakan kain basah untuk menghalang
asap dari masuk.
KEBAKARAN DI BANGUNAN
TINGGI
LIF
Jangan sekali-kali menggunakan lif
semasa kebakaran kerana kemungkinan
besar ianya tidak dapat berfungsi dengan
baik.
Gunakan tangga kerana ianya selamat.
Tangga kecemasan direka bentuk untuk
melindungi penghuni-penghuni ketika
melepaskan diri semasa kebakaran.
TINDAKAN AWAL BERLAKU
KEBAKARAN
Sekiranya terdengar loceng penggera kecemasan
berbunyi di bangunan, patuhi arahan-arahan tersebut.
Mungkin dimaklumkan supaya tidak panik.

Bergerak secara berhati-hati dengan memeriksa


kepanasan setiap pintu yang anda temui serta kadar
asap diruang tangga dan koridor. Sekiranya terdapat
asap,cari jalan keluar yang lain.
jika gagal menemui jalan keluar yang lain,
kembali semula ke bilik asal.

Semasa keluar, pastikan semua pintu di


belakang di tutup bagi mengelakkan asap
atau api merebak.

Kerja menyelamat mangsa di bangunan


tinggi mungkin mengambil masa yang
agak lama. Oleh itu, anda perlu tenang
dan bersabar.
Tindakan Jika Terperangkap
Sekiranya asap atau api menghalang laluan kecemasan,
tutup pintu serta tempat-tempat yang terbuka bagi
menghalang kemasukan api.

Sekiranya berada di tingkat dua atau lebih maka jangan


sekali-kali terjun ke bawah melalui tingkap.

Cuba dapatkan perhatian dengan mengibarkan sehelai


kain putih atau mengunakan cahaya lampu picit.
Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka
sedikit di bahagian atas dan bahagian
bawahnya. Dengan berbuat demikian
udara bersih akan masuk melalui bawah
dan asap akan keluar melalui bahagian
atas tingkap yang telah di buka.

Jangan pecahkan tingkap. Jika asap


masuk ke dalam bilik, tutup tingkap
dengan segera.
Melepaskan diri dari bangunan
terbakar
Tutup mulut dan hidung dengan
menggunakan sapu tangan atau kain.
Seelok-eloknya kain basah. Ia bertujuan
menahan asap, debu-debu dan habuk
masuk.

Apabila bergerak dalam bangunan berasap,


gunakan cara meraba-raba dengan tapak
tangan mengarah kepada kita untuk
menyentuh halangan dan juga bagi
mengelakkan kejutan elektrik.
Seseorang yang terperangkap dalam
sebuah bilik hendaklah menuju ke dinding
dan merayap sekeliling sehaluan hingga
berjumpa pintu.

Memasuki bangunan terbakar secara


merangkak kerana udara bersih dan sejuk
ada di permukaan bawah lantai dan kita
dapat mengesan sekiranya masih ada
cahaya kebakaran.
Dari Tingkat Pertama

Gunakan tangga dengan merapatkan diri ke


bahagian dinding.

Menyusur ke bawah cara membelakang,


rasa dengan kaki sebelum pijak.

Untuk tangga besi pastikan kepanasannya.


Dari Tingkat Dua
Jangan panik, gunakan kain-kain, selimut
atau cadar untuk membuat tali dan ikat
pada perabot berat atau tiang.

Hulur tali serendah-rendah yang boleh


hingga ke bawah, tentukan keselamatan
semasa menuruni cara ini.
Dari Tingkat Tiga dan Ke atas
Sediakan tali belati untuk menuruni, jika boleh.

Tutup pintu, buka jendela dan menjerit untuk


menarik perhatian orang dibawah.

Tunggu sehingga bantuan tiba.

Jangan gunakan lif semasa kebakaran.


TIPS MENGHADAPI
KEBAKARAN
Sentiasa Bersedia
Biasakan diri dengan bunyi loceng
kecemasan bangunan.
Kenalpasti kedudukan loceng kecemasan
dibangunan serta cara untuk
menggunakannya.
Ketahui sekurang-kurangnya dua jalan
keluar untuk melepaskan diri termasuk
tingkap-tingkap serta biasakan diri dengan
semua jalan keluar.
Ketahui jalan terdekat menuju jalan
pelepasan diri supaya mudah mencarinya
walaupun dalam keadaan gelap.

Pilih satu tempat untuk berkumpul diluar


bangunan supaya dan semua ahli
keluarga berkumpul selepas keluar.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai