Anda di halaman 1dari 2

Laporan Kem Bina Sahsiah 2015

1.0 Pengenalan

Kem bina sahsiah ini dijalankan dibawah subjek pembangunan sahsiah. Program ini
dilaksanakan bertujuan untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang
tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta
negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Program ini dijalankan dibawah tanggungjawab pihak pensyarah dan pihak pelajar Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak sendiri kerana program ini dilaksanakan diatas
idea dan pendapat yang diambil daripada pensyarah dan pelajar sendiri.
2.0 Sebelum program bermula
Ketua Biro kebersihan membuat peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta kem dan
peraturan itu telah dibincangkan dengan ketua biro disiplin. Seterusnya, ia turut dipersetujui
oleh pihak ahli jawatankuasa tertinggi program. Malam sebelum bertolak ke tempat kem,
ketua biro kebersihan memberi pesanan untuk bakal peserta untuk menjaga kebersihan serta
menunjukkan contoh sebagai seorang bakal pendidik kepada kanak-kanak. Kebersihan
merupakan perkara yang perlu dijaga dan dititikberatkan. Biro kebersihan memberi plastik
sampah kepada wakil setiap dorm.
2.1 Semasa program berjalan
Hari pertama, selepas peserta menjalankan aktiviti pertama iaitu aktiviti outdoor 1
(rempuh halangan) peserta diberi makan tengahari. Selepas makan, mereka diminta
membasuh pinggan dan cawan sendiri. Sebilangan peserta tidak membuang sampah di tempat
yang sepatutnya. Hari kedua, mereka tidak membasuh pinggan dan cawan sendiri dan
mengatakan itu tugas biro kebersihan. Mereka telah melanggar peraturan yang telah
diberitahu.

2.2 Selepas habis aktiviti


Sebelum balik, peserta diminta meninggalkan dorm dalam keadaan seperti mula-mula
masuk pada hari pertama. Sebelum meninggalkan dorm, mereka meninggalkan dorm dalam
keadaan bersih. Sampah telah dimasukkan ke dalam plastik sampah. Katil dikemaskan
dengan elok. Peserta yang bertanggungjawab dibawah biro kebersihan telah memastikan
sampah dikumpulkan didalam plastik sampah dan sampah itu telah dimasukkan ke dalam
tong sampah yang disediakan sebelum bermulanya majlis penutup.

POST-MORTEM
KELEMAHAN
Kelengkapan seperti tong sampah di tempat perkhemahan kurang memuaskan. Ini
menyebabkan kesukaran pada biro kebersihan untuk memastikan peserta-peserta kem
membuang sampah ke tempat sepatutnya. Seterusnya, semasa perkhemahan juga, ahli biro
kebersihan terpaksa membasuh pinggan peserta yang lain.
PENAMBAHBAIKAN
Di harap pada kem akan datang, biro kebersihan sentiasa memastikan kelengkapan
peralatan lengkap supaya tidak menimbulkan masalah tentang pembunagan sampah. Selain
itu, ahli biro kebersihan juga haruslah cakna pada kebersihan persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai